Pages

Thursday, June 24, 2010

Dimanakah Semangatku?

Ya Allah..hambaMu mohon dikurniakan ketenangan hati.Jauhkanlah segala fikiran negatif.Teguhkanlah pendirian dan semangatku.Sesungguhnya andai ada dugaan yang menanti hambaMu ini, sentiasalah Engkau kurniakan kekuatan.Jangan biarkan hambaMu sendirian kerana sesungguhnya aku lemah saat ini..


Ya Allah..entah kenapa hari ini semangatku hilang.Banyak perkara yang bermain difikiran.Serabut rasanya otak.Sudah semestinya sedang berfikir tentang permulaan hidupku di Sarawak yang hanya tinggal seminggu sahaja.Mampukah saya hidup disana?Dapatkah saya menangani masalah homesick?

Saya tahu Yang Maha Esa sentiasa bersama tapi kenapa hari ini terlalu banyak hasutan syaitan yang menguasai diri.Hingga saya menangis pada mama dan katakan saya mahu menolak tawaran berkenaan.Mama terkejut.Mama pesan aku kena banyak doa.Selawat, baca yasin.Saya bertambah tidak keruan.Kesian mama..mendengar pengakuan gila anak perempuan dia ni.Mama..you kena sabar denagn anak you ni.Jiwa tengah kacau memang macam-macam nak jadi.

Dan akhirnya aku teringat akan kisah yang pernah diceritakan seseorang.Kisah tentang semangat anak kecil.Orang dewasa kena mencontohi semangat bayi.Bayi kalau nak mula berjalan dia terpaksa menempuh beberapa fasa.Daripada asyik terbaring terlentang nak ke peringkat meniarap pun ambil masa.Tu pun jenuh berlatih memusingkan badan.Dah boleh meniarap, merangkak pula.Lepas merangkak bertatih.Jalan sambil pegang kerusi,dinding,tangan mak ayah.Bila dah mahir semua ni barulah si anak kecil ni akan berlari.Anak kecil sangat pantas lariannya dan anak kecil itu akan berlari tanpa berhenti hingga terpaksa dikejar mak ayah.Namun pernahkah kita terfikir bagaimana bayi itu mendapat keberanian untuk menempuhi semua fasa-fasa itu?Dari manakah datangnya naluri untuk bayi itu meniarap,merangkak,bertatih tanpa diajar sesiapa?Sebenarnya bayi kecil itu telah dilahirkan dengan sifat keberanian.Dan saya, awak, mereka serta yang lain adalah insan berani itu suatu masa dahulu.

Cuma apabila kita meningkat dewasa, sifat keberanian dan semangat itu hilang.Betul tak?Kemana hilangnya sifat yang pernah kita miliki dulu?Adakah kerana faktor perubahan usia?Atau kerana sang anak kecil ini merasakan dia sudah tidak perlu semangat itu kerana perubahan keadaan sekeliling?

Saya sangat berharap dapat memiliki semula semangat dan keberanian itu.Saya mesti mencarinya dan bawa bersama terbang ke Sarawak Bumi Kenyalang.Najib pun dah pesan banyak dekat saya untuk saya kuat.Antaranya kalau saya tak buat sekarang, ble lagi?Kalau Sarawak pun saya tak mampu pergi, macam mana saya nak melaksanakan impian kami dua sambung master dekat Aberdeen dan Dublin?Ya, Najib..saya kena ingat.Sarawak adalah transit saya sebelum ambil flight terbang ke Dublin.Ya Allah..Engkau permudahkanlah segala urusanku di Sarawak dan lancarkanlah perancanganku.Walau apa pun orang akan berkata-kata tentang impianku, tapi ADA AKU KISAH?So, you better shut up!

Dan Allah itu tidak membiarkan aku keseorangan.Hari ni kaunselor kesayanganku merangkap kakak angkatku, Kak Ina balas mesej yang aku hantar hari Jumaat lepas.Kak Ina siap pesan Ilah, belajar rajin-rajin sampai jadi Menteri Kewangan tau.Hehehe..akak, tu Ilah kena masuk politik lak.Then masa tolong Didi buat projek Add Math dia, pak lang call.Pak lang very sporting.Memula paklang tanya jugak betul ke aku tak nak pergi sebab tok cakap macam tu?Aku jawab aku takut.Ayat paklang paling best, sekarang ni jarak dah bukan jadi masalah.Pergi je sebab nak belajar kan?Lepas tu siap buat lawak lagi.Ada ka patut suruh bawak beras banyak-banyak sebab nak stay 3 tahun.Memang gelak besar.Pak lang, kakak tak nak masak dekat sana.Beli je.I resign jadi chef.Hehehe..nasib baik la cousin ku Mirul tu dapat Uitm Shah Alam.Dekat dengan rumah.Tak de nak merasa homesick macam saya kan?

It's okay Ilah.You can do it.Kalau dulu kena campak dekat Beranang pun boleh survive, mesti Sarawak pun boleh.Walaupun akan mengambil masa yang lama, namun semuanya akan jadi yang terbaik sebab Allah itu tahu apa yang Dia tetapkan untuk hamba-hambaNya.Yang penting kena pandai jaga diri, kawal keadaan dengan baik, ingat pesanan dan harapan orang-orang tersayang serta berkongsi kasih sayang dengan semua orang.Paling penting, F.O.K.U.S!!!!

Saya ibarat layang-layang yang terbang di dada langit
Ada masa perlu dilepaskan talinya agar saya terbang lebih tinggi
Dan ada masa perlu ditarik supaya tidak lupa diri

p.s-->Untuk kawan-kawan saya, sentiasalah bersama dengan saya harungi kesukaran ini.Andai kata di kemudian hari saya mula hanyut atau lupa diri, segera ingatkan saya.Tegurlah saya supaya saya tidak lupa kesusahan ini.Terima kasih kawan-kawan baikku Najib & Nani kerana sentiasa memberi nasihat.Terima kasih juga yang lain untuk doa kalian..

No comments:

Post a Comment