Pages

Wednesday, June 9, 2010

The End Is Coming...




Menolak kemahuan kamu, bukanlah sesuatu yang pernah kufikirkan.
Tidak bermakna kutidak sudi menerima keikhlasan yang diberikan.
Ku tidak mahu kamu jadi kekasih, yang mungkin akan melukakanku.
Ku ingin kamu jadi teman yang mampu menemani kesedihan dan kegembiraan.
Namun, kamu tidak mengerti akan maksudku.
Kau pergi,bawa diri jauh dariku.
Salahkah tindakanku?Bagaimana harus kubaiki kekhilafanku?
Hukumlah diri ini untuk kekasaran bahasaku
Hukumlah diri ini untuk keterlanjuran perbuatanku
Hukumlah diri ini kerana ku bukan sahabat terbaik untukmu
Katakanlah sesuatu, janganlah membisu..
Tidak akan berpenghujung kisah ini
Andai tiada jalan untuk kita berdamai
Maaflah..Maaflah..Maaflah..
Saban hari aku terus berdiri
Ditempat yang sama
Kerana apabila kau mahu kembali
Ku sentiasa disitu..menanti kamu wahai sahabatku

No comments:

Post a Comment