Pages

Monday, September 6, 2010

Itu Kenangan kan??

Salam..hari ini best!!!Akhirnya perancangan kami (Nani,Najib,Annas dan saya) untuk berjalan bersama terlaksana.Walau tukar rancangan daripada nak ke Bukit Merah ke Zoo Taiping, tapi sangat seronok.Annas datang rumah pukul 8 dan pergi ambil Nani.Najib dilantik menjadi co pilot untuk ke Zoo Taiping dan Annas merupakan pemandu pertama.

Okeh..satu peristiwa yang akan saya ingat sampai bila-bila.Tahap keyakinan Najib menjadi co pilot sangatlah mendatangkan ketawa yang tak terhingga.Ada ka patut masa sampai depan pintu Zoo Taiping, Annas tanya boleh ke parking dalam (sebab Najib suruh follow kereta depan kami kami melalui pintu masuk Zoo Taiping).Najib pun dengan yakin "Boleh parking dalam".Sekali rupanya kereta tu mungkin pekerja Zoo Taiping.Aduii..malu!!!So kena berpatah balik.Bila nak masuk entrance zoo, uncle yang ambil tiket tu cakap "U all ke tadi yang kereta masuk dalam?Tak boleh parking dalam ye."See..bila suruh Najib jadi co pilot..lingkup!!!Hahahaha...but itu kenangan kan?

Masa dalam zoo, kami jalan kaki je.Tak guna trem train pun.Saya suka sebab dapat jumpa orang utan.Ada dua ekor je.Dekat Sarawak tak sempat nak pergi tengok.Hahaha..Annas pulak mencari-cari badak air.Siap buat ejaan badak air in English ngan saya.Saja betul nak uji minda dalam zoo.Macam-macam binatang kami tengok.Dah macam kanak-kanak sekolah melawat zoo pun ada jugak.Hahahah..nani dah jadi ibarat cikgu sekolah memperkenalkan binatang dekat anak-anak murid.Masa lalu kandang apa tah, saya terasa nak muntah..Tak boleh tahan bau maa.Annas kata ni la bau zoo..Ya bijak Annas..itu kenangan kan?

Balik dr zoo, Najib jadi cik pembawa kereta, nani jadi co pilot, saya dan annas jadi penumpang di belakang.Amboi Najib bawak sampai melantun-lantun kami dekat belakang ni.Pening kepala Annas sampai nak muntah.Mana taknya..asal Nani leka sikit je, mula la Najib menekan minyak sampi 130!!!Kena sound ngan Nani baru dia slow sikit.Sebab tu la cepat sampai ke Penang.Hahaha..

Dekat Penang mula-mula singgah Queensbay sebab nak beli baju melayu Annas.Tapi takde yang dia berkenan.Last-last Nani,Najib dan saya beli baju untuk anak saudara Annas.Cute baju baby!!!Sukanya!!!Lepas sembahyang zohor (peristiwa dalam surau tu saya tak nak jadikan kenangan pun!!!), kami pergi Miami Beach, Batu Feringgi.Saja nak melepak dekat sana.Angin pantai petang-petang puasa ni best jugak kan?

Boleh pula masa dekat pantai ni main Berkata Benar (in English apa?).Soalan yang diajukan memang hot-hot sahaja.Annas kata soalan bikin panas.Hahaha..berpeluh nak menjawab soalan melibatkan hati dan perasaan.InsyaAllah yang saya jawab tu benar.Ekeke..Sejam juga rasanya kami menghabiskan masa di tepi laut.Pukul 5 gerak balik SP kembali.

Masa nak balik ni, Nani pulak drive,najib co driver, saya n Annas jadi penumpang setia di belakang.Jangan suruh saya drive sebab kereta tu MANUAL ok!!!Tapi Nani lagi hebat.Menyentak jantung semua penumpang dengan deruman enjin kereta sebab mengelak daripada kemalangan!!!Owh tidakk..apa hang buat Nani oiii??Co driver time ni dok buat apa?Saya yang duk tunjuk jalan tu pun tak perasan macam mana hampir-hampir accident..aiyohh, careful la makcik!!!hehehe..kami balik naik feri.Sebab satu rahsia yang baru saya tau.Najib tak pernah naik feri.Selalu guna jambatan sahaja.Haihh..ingatkan kawan-kawan saya dari KL ja.Yang dok dekat ni pun tak pernah noh.Hahaha..memang kenangan kan?

So now..enjoy the pics!!!Honestly...i love this moment and miss it so much!!!







No comments:

Post a Comment