Sepanjang cuti, status FB sentiasa memaparkan keadaan jiwa kawan-kawanku.Ada yang suka dan ada yang duka.Untuk kawan-kawan sekelas, boleh dikatakan status FB mereka sentiasa sama sahaja dengan status FBku.Mana tidaknya semuanya gara-gara kena 'bercinta' dengan Encik Assignment yang bersusun.Ada sahajalah keluh kesah jiwa yang mereka luahkan.Kami berkongsi kisah yang sama.Kami berdiri di tempat yang sama.Perbezaan kami bukan halangan.Persamaan antara kami yang jadi ukuran.
Diri sendiri tak tahu nak cakap macam mana.Rasanya tak mengeluh sebab sudah biasa dengan keadaan ini sewaktu diploma dulu.Cuma rasa kesian pada diri sendiri sebab kenapalah Encik Malas sangat-sangat bersama dengan saya sepanjang cuti?Mula-mula balik rumah je rajin buat latihan Math dengan taip soalan tugasan Economy tapi lepas tu..hurmm..nan hado jer!!!Aduhai..kenapa diriku begitu?Oh ya pengaruh mood cuti raya la kan jawapannya.
Sampai sahaja di UNIMAS, barulah terbayang kerja-kerja.Mula terasa bahang tekanan yang akan dialami.Oh saya kena ingatkan diri saya bahawa saya tidak boleh tertekan.Kalau saya tertekan nanti macam-macam keadaan pelik akan terjadi pada diri saya.Contohnya akan timbul bengkak secara tiba-tiba pada bahagian leher.Atas nasihat doktor, saya perlu elakkan tekanan dan mengawal keadaan dengan baik.Kena fikir positif.Sebenarnya kerja tu tak adalah banyak sangat.Bila duduk dan buat, memang sekejap sahaja.
Encik Jiwa tiba-tiba buat perangai.Meronta-ronta tidak mahu berada disini sedangkan jasad saya sudahpun memijak bumi Kota Samarahan.Aduh, pening!!!Cuba melarikan diri daripada membiarkan Encik Jiwa terus begitu namun tiada kesudahan.Melihat Encik Jiwa tidak keruan, telah membantutkan segala perancangan kerja.Itulah akibatnya apabila Encik Jiwa tidak bersatu dengan jasad.Akhirnya, mengadap game!Sungguh jasad terseksa mengikut kehendak jiwa.Sebab itu agaknya ada peribahasa IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA.Habis, nak ikut apa?Ikut minda?Kan bagus kalau ada papan penunjuk arah.Tak adalah nak keluh kesah macam ni.
Tapi entah kenapa lepas maghrib tadi (rasanya saya terkena kejutan kembali.orang putih kata jetlag.betui ka?perubahan waktu ni buat diriku kekok seketika.waktu maghrib pukul 6.35petang!kena biasakan diri kembali) Dia Yang Maha Esa mengerti akan keadaan diriku.Aku disalurkan dengan satu semangat yang luar biasa.Encik Jiwa seolah mahu kembali kepada diriku.Mahu bersatu seperti dahulu.Cewahhh..madah pujangga la pulak.Syukur, siap tugasanku!
Jadi, rasanya kita jangan mengeluh lagi.Mengeluh tu macam kita tak bersyukur dengan apa yang kita miliki.Bukankah sepatutnya saya kena gembira dengan kehidupan sekarang?Kehidupan yang saya sering dambakan setahun yang lalu.Jadi, mengapa apabila diri saya dihujani dengan semua ini, saya mahu bising 1 dunia?Relax..semua orang menghadapi perkara yang sama.Kawan-kawan saya yang jauh tu pun sedang berjuang seperti saya juga.Jadi saya bukan keseorangan kan?
Wahai Encik Jiwa, janganlah terus mendesah kerana sesuatu yang harus dihadapi.Kamu perlu bersama dengan saya agar saya kuat semangat disini.Kita akan kembali kepada insan yang kita sayang, namun bukan sekarang.Hanya dua bulan sahaja untuk dihabiskan sebelum cuti kembali.Sabar ye?Kalau kamu menjadi entiti yang berbeza dalam diri saya, saya akan alami kecelaruan fikiran.Kamu sayangkan saya kan?Jadi Encik Jiwa, silalah bertenang.Kembalilah kepada keadaan asal dan saya berjanji kita akan hadapi semua ini bersama.Kawan-kawan saya juga akan bantu untuk tenangkan kamu wahai Encik Jiwa.
Masih ingat lagu yang diajar Ustaz Hafiszi suatu masa dulu.Merancang Kerja~Nowseeheart
Tenaga dan Kemampuan Diperhitungkan
Berjuanglah Dalam Satu Barisan
Umpama Batu Teratur Menjulang Ke Awan
Itulah Tunggak Dalam Merancang
Berjuanglah Dalam Satu Barisan
Umpama Batu Teratur Menjulang Ke Awan
Itulah Tunggak Dalam Merancang
No comments:
Post a Comment