Pages

Saturday, June 25, 2011

The Look-A-Like Tower

Water Tower UNIMAS, Sarawak

Menara Alor Star, Kedah

Water Tower always and never fail make me miss my hometown Kedah!Dangg..

Idea sapa ni pi reka-reka tangki air dengan bentuk macam Menara Alor Star ni?Buat aku homesick tiap masa tau!Tu belum aku cakap macam Menara KL..mau teriak tak berlagu woo rindu kawan-kawan kt KL dgn aktiviti zaman muda aku di KL!

Harini aku pi melawat adik debab aku yang bongsu tu selepas sebulan aku tak jumpa dia.Dia pun tak balik rumah sebab tiap weekend ada sahaja aktiviti dekat matrik.Aku nampak slim sikit ja adik aku ni.Sorry aku tak bawak spaghetti kat dia sebab mama & bapak nak pi awal, bahan apa pun aku tak beli.Hehehe..

Lepas dah beli barang kat dia n sumbat perut dia dengan makanan, kami pulangkan dia kembali dalam 'kurungan'.Hahha..masa untuk kami berjalan.Hajat hati nak cari selendang la nak pakai untuk event terdekat, tapi 1 pun aku tak minat.Lepas tu cari jugak la baju nak raya.AKU MEMANG TAK PANDAI PILIH LAAA!!Not in the mood nak shopping.Aku mengantuk tahap kau bagi bantal jer, selamatlah jawabnya.Finally dapatlah jugak sehelai kain nak buat baju raya plus blouse kaler purple!

Bapak saja nak balik ikut jalan lama.Oh lamanya!!So tidurlah aku dalam kereta lepas penat jalan dalam panas.Letih weh!!!Tapi shawl untuk event still tak dapat!Dangg lagi..Hopefully minggu ni aku dapat pi mencari dekat mana-mana area SP je.

p/s:dah nak sebulan jogging berat aku turun 1kg je?ok..sila kerja keras..ak x berdisiplin macam tahun lepas!!!

Parenting Knowledge

"Life affords no greater responsibility, no greater privilege, than the raising of the next generation"- C.Everett Koop

While we (Najib,Nena & I) dropped for a 10 minutes shopping at POPULAR, this book arouse lots of attention to my friends.Hey, it's about parenting!To be a good mother /father now days, I believe we should prepare ourselves with parenting knowledge.You know kids in the new era generation is much more smarter than during our childhood time.

p/s:i really want to be a good mother to 3 kids..

Tuesday, June 14, 2011

Kem Jati Diri Remaja

Alhamdulillah akhirnya Kem Jati Diri Remaja anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Patani Jaya & Sungai Gelugor telah berlangsung dengan penuh semangat waja daripada adik-adik yang terdiri daripada beberapa buah taman perumahan seperti Taman Patani Jaya, Taman Ria, Taman Sri Wang serta Penghulu Him.Kem buat julung kalinya ini diadakan di Kem Palas, Yan yang terletak kira-kira 1 jam lebih perjalanan daripada Taman Patani Jaya.Seramai 36 peserta diiringi 7 orang urusetia termasuklah aku dan kakcik.

Kem selama 3 hari ini telah diuruskan dengan baik sekali oleh seluruh warga Kem Palas yang diketuai oleh Tuan Azam dan dibantu oleh beberapa orang yang lain seperti Tuan Zul,Tuan Bidi, Tuan Lan, Puan Izzati, Puan Mira serta kakitangan bahagian dapur (kakitangan bahagian dapur ada ramai sangat lelaki yang muda dan seorang sahaja perempuan.makanan yang dijamu sangatlah enak dan tak terasa macam duduk dekat kem pun!B.E.S.T!!!)

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari pertama ialah ice-breaking dalam kumpulan, latihan dalam kumpulan, dilepaskan seorang diri dalam hutan gelap tanpa bantuan cahaya, senaman pagi, kawad kaki, survival memasak dalam hutan, mendirikan khemah,jungle trekking,malam bakat, menginsafi diri, paintball, operasi menyelamat dalam hutan..best kan?

Antara yang akan aku ingat:-

1.Dapat makan durian dalam dusun milik kem.Terima kasih Tuan Zul tolong kopekkan durian dan Tuan Bidi sebab bagi kami kongsi durian yang 2 biji tu..

2.Pemandangan indah ketika tiba di temapt perhentian selepas jungle trekking.Subhanallah..cantik sangat sebab boleh nampak beberapa buah pulau.

3.Jumpa pokok yang berusia 100 tahun yang mana pada batangnya terdapat lubang.Kita boleh masuk dalam lubang ni dan apabila mendongak ke atas, boleh nampak cahaya.Kiranya pokok ni berongga pada bahagian dalamnya..

4.Kak Lina terkena serangan pacat sebaik sahaja kami selesai jungle trekking.Lebih kurang 10 ekor pacat rasanya...nasib baik aku dan kakcik terselamat.

5.Malam menginsafi diri tu aku juga turut menangis.Biarlah kami yang menghadiri kem itu yang tahu mengapa.Adik-adik sekalian, akak doakan adik-adik berubah..Walau tidak dapat kita jadi yang terbaik, cukuplah andai kita dapat buat sesuatu yang baik untuk diri kita.

6.Semasa peserta dilepaskan bersendirian dalam hutan gelap tanpa bantuan cahaya, macam-macam gelagat daripada mereka.Sebenarnya para jurulatih kem dan peserta kem telah diletakkan di beberapa kawasan dan kami dibenarkan untuk mengganggu peserta.Setiap peserta yang tiba di check point ke-3 mesti menjerit kecemasan sebab mereka terdengar bunyi babi hutan.Hahahah..padahal itu adalah muslihat Tuan Bidi yang buat bunyi tu.Ada juga budak lelaki yang menjerit bila diusik oleh kami dalam gelap.Hehehe...

7.Memasak dalam hutan memang mencabar.Dapatlah ktia lihat adik-adik ni buat kerja.Rupanya ada yang tak kenal rupa bawang macam mana.Tu dia la anak-anak remaja hari ini.Siang ikan sampai tak nampak dah rupa ikan.Hehehe..xapa adik, yang siang ikan tu akak pun fail jugak!ahahah...

8.Jurulatih kem yang sangat sporting..murah senyuman, mesra sangat dengan semua orang..




Urusetia perempuan...

Bersedia untuk peperangan paintball

Memasak dalam hutan

Rendam..jangan tak rendam

Urusetia dan jurulatih bersama pokok yang besar


Thursday, June 9, 2011

Tonton wayang sambil tutup mata..

kawan lama merangkap jiran belakang rumah merangkap senior sekolah merangkap partner jogging merangkap geng tonton movie

Hari ni masa nak p jogging dgn Fairuz a.k.a Uih, dia cadangkan kami menonton wayang Karak pada sebelah malamnya.*Jogging tetap kena on bila berat dah mula nak turun ni*..Walaupun masing-masing berhati kecil nak menonton Karak, tetap nak pergi melayan perasaan takut tu jugak.Barulah thrill kan?Hahaha...

Makanya jam 7.50, Uih dah muncul depan rumah, tapi aku baru nak pakai tudung.*Sebab tu aku rembat jer selendang yang sama macam entry lepas.Aku dah lama tak pergi membeli selendang!*Pukul 8 baru gerak daripada rumah.Mujurlah panggung wayang tak jauh daripada rumah kami kan?Zup zap zup zap..pukul 8.10 kami dah ada dalam panggung.Cepat tak?Haaa..tu la kalau buat kerja dengan kami kena pantas dan efisien.Hehehe..Wayang start pukul 8.15malam..

*Thank you so much Uih belanja aku tiket wayang,ayaq ice lemon tea dengan cheezel!Muahhh...

Dah kata kami ni berjiwa kecil, tengok wayang cerita hantu memang sampai tutup-tutup mata, peluk-peluk beg.Aku dah sampai suspen sesak nafas,sakit jiwa masa part kemunculan hantu-hantu dalam cerita tu.Uih paksa aku bukak mata, so aku bukaklah tapi pusing mengadap Uih.Lama-lama barulah aku berani nak mengadap skrin.Hehehe..

Apa yang boleh aku cakap tentang cerita Karak ni ye?Ini pandangan aku ok.Korang tak setuju, tak dapatlah den nak menolongnya.Memang kena bagi double thumb ups dekat seluruh warga kerja filem ni sebab hasilnya sangatlah memuaskan.Kesan solekan,efek khas dan segalanya sangatlah menjadi sampai aku rasa kalau buat 3D cerita ni, boleh menjerit dengan lebih dasyat.Terutamanya daripada part kepala hantu tergolek depan Jack.Memang superb ahhh...Dah terasa cheezel di tangan nak melambung jer.*Sambil aku pejam mata & jantung berdegup kencang*.Daripada segi lakonan aku rasa oklah, not bad bagi mereka yang masih baru berjinak-jinak dalam dunia lakonan.Hei kalau letak aku dalam filem tu, memang tak mampu nak buat okeh!

p/s:9jun-11jun saya nak pergi kem jadi urusetia.moga dipermudahkanlah segalanya.aminn...

Wednesday, June 8, 2011

Bertahun-tahun daripada sekarang...

*sila klik utk lihat apa yg sedang saya fikirkan




*Lagu Aizat yang terdengar time dia perform dekat Konsert Mingguan AF9

Bila dengar lagu ni memang fall in love habis dengan melodi lagunya.Saya suka gila-gila melodi yang catchy macam ni buat terasa nak bangun menari pop yeh yeh dulu-dlu tu.Macam ni barulah layan jiwa.

What will I be years from now, What will I wear, how will i look, i think too much i think too much

Lirik yang ini pun dah terkena dekat diri sendiri.Rasanya semua orang pun mesti terlalu memikirkan apa yang akan mereka tempuhi di masa hadapan kan?Adakah laluan hidup itu lebih mudah atau ada dugaan yang menanti.Yang penting di mana kita ketika itu.Sudah bekerjakah,masih belajarkah, sudah kahwinkah, sudah jadi orang ternama agaknya atau sudah bertemu mengadapNya?Kita tak tahu..dan tiada siapa yang tahu

I pun selalu jugak terfikir dah habis belajar nanti, I nak kerja atau sambung master.Kalau nak kerja, nak kerja apa?Dekat area KL atau dekat dengan rumah sahaja?Adakah beberapa tahun daripada sekarang akan ada perubahan dalam hidup.Mungkinkah I akan tampil dengan kurus ibarat model macam Next Top Model tu.Mungkinkah I dapat kahwin dengan lelaki pujaan I?Terlalu banyak yang I fikirkan...

Sometimes its scary over thinking, What you have and haven't done..You think too much, You think too much

Saturday, June 4, 2011

Top 5 Kerja Rumah yang "Oh No, H.E.L.P!!"

Dalam I menghabiskan masa terluang cuti semester di rumah, semestinyalah I kena melaksanakan kerja-kerja rumah kan?Takkan nak bergoyang kaki sahaja.Itu memang menghabiskan beras parents je kan?Dengan buat kerja rumah tak adalah rasa bersalah sangat walaupun duduk di rumah sahaja sedangkan kawan-kawan lain kerja.

Tapi dalam banyak-banyak kerja rumah, ada juga kerja rumah yang I rasa "Oh no, H.E.L.P!!!"Haaa..macam tulah gayanya bila I kena berdepan dengan kerja-kerja rumah ni.

So, let's check out!

1.Lipat kain baju
Berada di tangga pertama!Ini adalah perkara yang I paling tension kalau kena buat.I boleh basuh baju 2 3 mesin, tapi jangan bagi I bab melipat baju.Sebab?Lipat baju kena duduk.Nanti bangun kebas kaki sampai tahap lembik 1 badan.Kat hostel, memang I boleh biar je baju tu tak berlipat 2 hari.Terukkan?Kat rumah, itu je kerja yang mama kena buat kalau I ada.Yang lain I boleh bereskan tapi tidak untuk melipat kain baju!

p/s:haruslah kena mencari bakal suami yang rajin lipat baju.tak pun tolonglah sesiapa cipta mesin melipat baju.sanggup beli!

2.Siram pokok bunga
Boleh bilang dengan jari la berapa kali je dalam hidup selama ini I siram pokok bunga dekat depan rumah tu.Tak tahu kenapa I tak dilahirkan untuk jadi seorang wanita yang suka menyiram pokok.Kalau disuruh baru I buat.Tapi selalunya kerja ni tak perlu dirisaukan sebab bapak I yang akan uruskan.Bapak I memang rajin siram pokok bunga

p/s:idamkan rumah yang ada lot tanah kecik kt tepi supaya boleh muatkan mini kolam ikan dengan gazebo je.kalau nak pokok, letak je pokok kaktus!kalau nak pokok lawa-lawa, encik bakal suami, u jaga lar...

3.Gantung langsir
Ini pun kerja rumah yang boleh bilang dengan jari berapa kali je I buat.Orang selalu cakap gantung langsir tu mudah.Tapi tidak dalam hidup Ilah Ismail ok.Menggantung langsir boleh mengakibatkan ganguan emosi yang mulalah nak buat hilang sabar.Nak panjat tangga,masukkan cangkuk ke ke tempat penggantung lepas tu kang tetiba lak terpanjang la terpendek la.Biar adik-adik I yang tinggi galah tu buat.

p/s:kalau rumah I nanti tak nak pakai langsir boleh?pakai cermin yang one-way view tu jer..kita nampak orang luar,orang luar tak nampak kita..dah macam rumah kaca pulak..hurmm xpe..suruh je encik bakal suami gantung langsir kan?

4.Cuci kipas siling
Sebarang kerja yang melibatkan panjat tangga janganlah disuruh I buat.Sudah termaktub yang I ni seorang yang tidak dilahirkan untuk mempunyai hubungan baik dengan ketinggian,tangga dan kipas.Nak-nak pulak I ni rendah berbanding adik-adik I yang tinggi.Biar dowg je yang buat.

p/s:rumah I nanti tak payah berkipas-kipas.siang bukak tingkap bagi angin masuk, malam on aircond.hehe..encik bakal suami, u cuci kipas boleh?

5.Buang sampah
Berada di tangga terbawah sekali kerana tidaklah seteruk 4 yang atas tu.Selalunya yang buang sampah adik lelaki I, Didi. Bila dia tak ada, maka I @ bapak yang uruskan.I tak berapa suka nak buang sampah sebab mesti time nak kena buang tu tengahari.Yelah, lepas masak kan.Dah tu nak la kena proper attire. Pakai tudung segala bagai kan?

p/s:takpe..yang ni I masih rela buat kalau encik bakal suami tak rela..tak pun train jelah bakal anak-anak I kan?muahaha..

Selain kerja-kerja di atas, I boleh buat.Sekarang I terfikir ada tak lelaki yang sanggup kahwin dengan I if they know bout this?