Alhamdulillah akhirnya Kem Jati Diri Remaja anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Patani Jaya & Sungai Gelugor telah berlangsung dengan penuh semangat waja daripada adik-adik yang terdiri daripada beberapa buah taman perumahan seperti Taman Patani Jaya, Taman Ria, Taman Sri Wang serta Penghulu Him.Kem buat julung kalinya ini diadakan di Kem Palas, Yan yang terletak kira-kira 1 jam lebih perjalanan daripada Taman Patani Jaya.Seramai 36 peserta diiringi 7 orang urusetia termasuklah aku dan kakcik.
Kem selama 3 hari ini telah diuruskan dengan baik sekali oleh seluruh warga Kem Palas yang diketuai oleh Tuan Azam dan dibantu oleh beberapa orang yang lain seperti Tuan Zul,Tuan Bidi, Tuan Lan, Puan Izzati, Puan Mira serta kakitangan bahagian dapur (kakitangan bahagian dapur ada ramai sangat lelaki yang muda dan seorang sahaja perempuan.makanan yang dijamu sangatlah enak dan tak terasa macam duduk dekat kem pun!B.E.S.T!!!)
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari pertama ialah ice-breaking dalam kumpulan, latihan dalam kumpulan, dilepaskan seorang diri dalam hutan gelap tanpa bantuan cahaya, senaman pagi, kawad kaki, survival memasak dalam hutan, mendirikan khemah,jungle trekking,malam bakat, menginsafi diri, paintball, operasi menyelamat dalam hutan..best kan?
Antara yang akan aku ingat:-
1.Dapat makan durian dalam dusun milik kem.Terima kasih Tuan Zul tolong kopekkan durian dan Tuan Bidi sebab bagi kami kongsi durian yang 2 biji tu..
2.Pemandangan indah ketika tiba di temapt perhentian selepas jungle trekking.Subhanallah..cantik sangat sebab boleh nampak beberapa buah pulau.
3.Jumpa pokok yang berusia 100 tahun yang mana pada batangnya terdapat lubang.Kita boleh masuk dalam lubang ni dan apabila mendongak ke atas, boleh nampak cahaya.Kiranya pokok ni berongga pada bahagian dalamnya..
4.Kak Lina terkena serangan pacat sebaik sahaja kami selesai jungle trekking.Lebih kurang 10 ekor pacat rasanya...nasib baik aku dan kakcik terselamat.
5.Malam menginsafi diri tu aku juga turut menangis.Biarlah kami yang menghadiri kem itu yang tahu mengapa.Adik-adik sekalian, akak doakan adik-adik berubah..Walau tidak dapat kita jadi yang terbaik, cukuplah andai kita dapat buat sesuatu yang baik untuk diri kita.
6.Semasa peserta dilepaskan bersendirian dalam hutan gelap tanpa bantuan cahaya, macam-macam gelagat daripada mereka.Sebenarnya para jurulatih kem dan peserta kem telah diletakkan di beberapa kawasan dan kami dibenarkan untuk mengganggu peserta.Setiap peserta yang tiba di check point ke-3 mesti menjerit kecemasan sebab mereka terdengar bunyi babi hutan.Hahahah..padahal itu adalah muslihat Tuan Bidi yang buat bunyi tu.Ada juga budak lelaki yang menjerit bila diusik oleh kami dalam gelap.Hehehe...
7.Memasak dalam hutan memang mencabar.Dapatlah ktia lihat adik-adik ni buat kerja.Rupanya ada yang tak kenal rupa bawang macam mana.Tu dia la anak-anak remaja hari ini.Siang ikan sampai tak nampak dah rupa ikan.Hehehe..xapa adik, yang siang ikan tu akak pun fail jugak!ahahah...
8.Jurulatih kem yang sangat sporting..murah senyuman, mesra sangat dengan semua orang..
No comments:
Post a Comment