Pages

Saturday, June 4, 2011

Top 5 Kerja Rumah yang "Oh No, H.E.L.P!!"

Dalam I menghabiskan masa terluang cuti semester di rumah, semestinyalah I kena melaksanakan kerja-kerja rumah kan?Takkan nak bergoyang kaki sahaja.Itu memang menghabiskan beras parents je kan?Dengan buat kerja rumah tak adalah rasa bersalah sangat walaupun duduk di rumah sahaja sedangkan kawan-kawan lain kerja.

Tapi dalam banyak-banyak kerja rumah, ada juga kerja rumah yang I rasa "Oh no, H.E.L.P!!!"Haaa..macam tulah gayanya bila I kena berdepan dengan kerja-kerja rumah ni.

So, let's check out!

1.Lipat kain baju
Berada di tangga pertama!Ini adalah perkara yang I paling tension kalau kena buat.I boleh basuh baju 2 3 mesin, tapi jangan bagi I bab melipat baju.Sebab?Lipat baju kena duduk.Nanti bangun kebas kaki sampai tahap lembik 1 badan.Kat hostel, memang I boleh biar je baju tu tak berlipat 2 hari.Terukkan?Kat rumah, itu je kerja yang mama kena buat kalau I ada.Yang lain I boleh bereskan tapi tidak untuk melipat kain baju!

p/s:haruslah kena mencari bakal suami yang rajin lipat baju.tak pun tolonglah sesiapa cipta mesin melipat baju.sanggup beli!

2.Siram pokok bunga
Boleh bilang dengan jari la berapa kali je dalam hidup selama ini I siram pokok bunga dekat depan rumah tu.Tak tahu kenapa I tak dilahirkan untuk jadi seorang wanita yang suka menyiram pokok.Kalau disuruh baru I buat.Tapi selalunya kerja ni tak perlu dirisaukan sebab bapak I yang akan uruskan.Bapak I memang rajin siram pokok bunga

p/s:idamkan rumah yang ada lot tanah kecik kt tepi supaya boleh muatkan mini kolam ikan dengan gazebo je.kalau nak pokok, letak je pokok kaktus!kalau nak pokok lawa-lawa, encik bakal suami, u jaga lar...

3.Gantung langsir
Ini pun kerja rumah yang boleh bilang dengan jari berapa kali je I buat.Orang selalu cakap gantung langsir tu mudah.Tapi tidak dalam hidup Ilah Ismail ok.Menggantung langsir boleh mengakibatkan ganguan emosi yang mulalah nak buat hilang sabar.Nak panjat tangga,masukkan cangkuk ke ke tempat penggantung lepas tu kang tetiba lak terpanjang la terpendek la.Biar adik-adik I yang tinggi galah tu buat.

p/s:kalau rumah I nanti tak nak pakai langsir boleh?pakai cermin yang one-way view tu jer..kita nampak orang luar,orang luar tak nampak kita..dah macam rumah kaca pulak..hurmm xpe..suruh je encik bakal suami gantung langsir kan?

4.Cuci kipas siling
Sebarang kerja yang melibatkan panjat tangga janganlah disuruh I buat.Sudah termaktub yang I ni seorang yang tidak dilahirkan untuk mempunyai hubungan baik dengan ketinggian,tangga dan kipas.Nak-nak pulak I ni rendah berbanding adik-adik I yang tinggi.Biar dowg je yang buat.

p/s:rumah I nanti tak payah berkipas-kipas.siang bukak tingkap bagi angin masuk, malam on aircond.hehe..encik bakal suami, u cuci kipas boleh?

5.Buang sampah
Berada di tangga terbawah sekali kerana tidaklah seteruk 4 yang atas tu.Selalunya yang buang sampah adik lelaki I, Didi. Bila dia tak ada, maka I @ bapak yang uruskan.I tak berapa suka nak buang sampah sebab mesti time nak kena buang tu tengahari.Yelah, lepas masak kan.Dah tu nak la kena proper attire. Pakai tudung segala bagai kan?

p/s:takpe..yang ni I masih rela buat kalau encik bakal suami tak rela..tak pun train jelah bakal anak-anak I kan?muahaha..

Selain kerja-kerja di atas, I boleh buat.Sekarang I terfikir ada tak lelaki yang sanggup kahwin dengan I if they know bout this?

No comments:

Post a Comment