Pages

Monday, May 30, 2011

Impak Hero Kalah Dulu

Salam..alhamdulillah akhirnya hari ini dah keluar result exam.I memang tak ada perasaan nak check sangat result sebab takut trauma tengok result I.Maklumlah masa exam haritu, wireless kolej I tetiba dah ok pulak sampai keje dok online je.Hehehe..masa exam pun rasa macam tak tau la apa yang I dok karang.

However, syukur I panjatkan kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan result yang sangatlah tidak I duga apatah lagi mengharukan I.Tengok result tadi pun rasa nak menjerit je.Akhirnya apa yang I usahakan dengan penuh sabar dan melalui saat-saat yang mencabar membuahkan hasil.

Cukuplah sekadar I katakan result semester ini naik mencanak berbanding dengan semester lepas.CGPA I berjaya diperbaiki jua akhirnya.I paling berdebar dengan result OB dan Bahasa Jepun.Alhamdulillah kedua-dua subjek I memberikan I kepuasan.Yang lain juga sangatlah buat I puas hati sampai tak boleh berhenti nak senyum.Terima kasih Madam Janifer Lunyai (Marketing), Dr Khairil (OB), Dr Rohaya (IT Tools for Knowledge Workers), Sakai Sensei (Japanese), Miss Melissa (English), Madam Izzah (HE)

Tahniah jua buat kawan-kawan yang telah berjaya meningkatkan prestasi akademik mereka semester ini.Semester lepas kami sama-sama tenggelam akibat masalah jiwa, semester ini kami bangkit untuk terus bernyawa.

Moral of the story:Masa I jatuh dulu, I janji dengan mama I will improve back my study.Mama faham sebab sem lepas I bergelut dengan homesick,berlawanan dengan rasa kesepian dan kesunyian,berdepan dengan konflik diri I sendiri!!!Semester ni I dah mengatasi homesick, i make some new friends, i work on my study even i'm so busy with my other activities, i enjoy my life there with friends and i always have the blessings from my family!



No comments:

Post a Comment