Pages

Sunday, May 8, 2011

Tak terduga..

Salam..cewah tajuk dramatik habis.Tapi memang tak terduga pun.Memalukan dan tak akan aku lupa sampai bila-bila.Boleh jadi kenangan untuk gelak bersama bila dah grad nanti.Kalau korang baca ni pun nak bantai gelak skali, boleh jer.Sharing-sharing ketawa apalah sangat kan?

Alkisahnya aku keluar dengan 2 orang coursemate aku Ada & Lida sebab ini sahaja masa kami ada sebelum nak berangkat pulang 12mei ini.Cuma kami bertiga sahaja sebab yang lain tak ada yang nak ikut.Nak dijadikan cerita kitaorg dah berpusing Waterfront,Satok sampai akhir sekali ke airport.Ada banyak adegan-adegan memalukan yang tidak disengajakan.Aku ulang TIDAK DISENGAJAKAN!

Pagi dalam pukul 10 bertarikh 7Mei 2011, Ada & Lida datang ambil aku dekat Cempaka dengan kereta Viva putih disewa khas.Pemandu berhemah hari ini ialah Lida.As usual aku tak akan memandu even aku ada lesen.Wa tak terer la beb bab-bab memandu di Sarawak.So kami memecut ke rumah Kaklong sebab Ada & Lida nak simpan printer dekat rumah Kaklong sempena cuti semester 4 bulan.Kalau letak dekat stor belum dapat dijamin keselamatan kot.Sempatlah aku berborak dengan mak & ayah Kaklong.Dah lama tak berborak dengan mak & ayah kaklong yang best!!

Lepas dari rumah Kaklong, singgah kejap tempah Kek Lapis Cheese tidak jauh daripada rumah Kaklong.Kak Lapis Cheese ni memang terbaik la.Cheese punya banyak atas kek tu.Melting-melting in your mouth beb!Tapi yang tempah bukan aku sebab aku dah tempah dekat belakang UNIMAS.Ada tempah khas untuk akak ipar dia yang mengidam.Hehehe..

Maka masuklah kitaorang ke Satok yang tak jauh sangat daripada rumah Kaklong.Memula pergi bank dulu keluarkan duit.No money no talk la beb.Then makan dekat satu kedai ni.Menu tomyam,sayur campur n telur bungkus.Okeh tomyam dia ada rasa tapi tak pedas la.Spoil..Lapar punya pasal sebab breakfast dengan tembikai susu je, bedal ajelah.Kenyang jugak perut untuk sesi tengahari.

Terus Lida memecut kereta ke Waterfront Kuching sebab nak beli cenderahati untuk ahli keluarga.Sepanjang gerai depan Waterfront tu kitaorang masuk.Dari depan sampai ke belakang.Dah terasa nak tercabut kaki tapi melangakh jugak.Sebab tu agaknya kenapa lelaki memang tak boleh tahan ikut perempuan shopping.Semua kedai nak masuk tengok padahal jual barang yang sama je.Beli jelah dekat kedai A, kenapa nak sampai pergi beli dekat kedai hujung-hujung.Ok..lelaki tak ada skill membeli belah macam perempuan.Nasib baik tak angkut coursemate lelaki.Kalau tak may be dia dah pergi terjun Sungai Sarawak akibat tekanan jiwa.Hahaha...Aku beli present untuk mama & bapak sebab selalu bawak balik kek lapis dengan terubok masin je.Kali ni aku beli handbag & kemeja Sarawak style untuk bapak.Actually aku dah bantai gelak bila terbayang bapak aku pakai baju tu.Hope he will like it!Aku tak nak borong banyak sebab nanti excess luggage kena charge pulak!Kek lapis pun dah ada 10 biji.Cukuplahkan?Ada dengan aku tak terduga berkenan beg & kemeja yang sama.Maka barangan kami untuk parents tersayang adalah sama dari segi bentuk dan warna.

Kebetulan time aku tengah teman Lida beli barang, dapat call dari housemate Mimi.Minyak kereta dia habis daaa..So dia mintak tolong belikan minyak dan hantar ke Spring.Okeh..kena patah balik.Tolong senior maa..Nak dijadikan cerita tak terduga dekat sinilah.Sila ambil pengajaran dan jangan sesekali suruh aku lagi ok!Sampai stesen minyak Shell tak jauh daripada Spring, ak nak beli la mineral water untuk isi minyak.Tapi yang jaga kaunter tu cakap dowg de botol khas untuk isi minyak.Kalau isi dalam botol mineral boleh akibatkan meletup tak pasal-pasal nanti.Okeh..amek la botol yang diberi dengan kena letak deposit rm10 takut-takut kitaorg tak pulangkan balik botol tu.Nak isi minyak rm5.Aku memang tak nak isi minyak dalam botol sebab takut tumpah.Tak sama dengan macam isi dalam tangki kereta.So dengan slumbernya, aku tengok ada 2 orang mamat pembantu pam minyak ni dok bersembang baik punya.Aku dengan niat nak bagi kerja kat salah sorang tu pun slumber cakap "awak, tolong isi boleh?"Arghh..member-member aku dah terkejut badak dekat belakang sambil bantai gelak.Giler manja suara aku mintak tolong!Sengal..itu bukan aku.Korang tak tau aku memang pemalu kalu kena suruh cakap dengan lelaki yang aku tak kenal.Maka keluarlah ayat selembut wanita melayu terakhir!Argh..tebal muka aku sebab dua-dua pembantu tu datang!Yang sorang ni siap sempat menyakat nak minyak diesel ke?Aku boleh jawab ya sebab dah termalu dengan adegan tak terduga aku tadi.Then member aku "hei, diesel nak buat apa?minyak biasa laa..diesel isi dekat lori!".Argh..malu kali kedua!!!Habis je dia isi, cepat-cepat aku lari masuk kereta.Nak keluar dari stesen minyak tu, boleh lak mamat tu lambai sebab si Lida ni angkat tangan say thank you.Oh my..ak malu gilerrr!!!

Dah setel kitaorg tolong hantar minyak dekat akak senior tu dan pulangkan balik botol dekat stesen minyak dengan aku tak nak turun kereta dah, kami pergi ke Pasar Satok.Akhirnya aku jumpa juga pasar malam dekat Sarawak.Giler jakun kejap jadinya.Yelah, aku ni kan asyik nak banding dengan semenanjung.Dah jumpa aku cuma beli air tebu, Ada beli air kelapa & Lida beli keropok lekor.Takkanlah kitaorang nak beli sayur-sayur pulakkan?Cenderamata pun dijual disini.Sila berkunjung ke sini jika anda datang ke Sarawak.

Cuma menghabiskan 30 minit berjalan di Pasar Malam Satok, kami ke Tom Yam Goong untuk dinner.Tomyam lagi?Hahaha..Ada & Lida selalu cerita akan kesedapan tomyam dekat sini.Sepatutnya makan tengahari dekat sini tapi sebab tengahari tadi tutup, so makan malam pun bedal tomyam lagi bersama kerabu sotong,sambal belacan dan telur dadar.Kebaboom rasa tomyam tu.Terbaik dari ladang beb..Memang cukup sifat-sifat pedasnya & first time aku makan tomyam putih!

Lepas habis dinner tau mana kitaorang pergi nak sembahyang Maghrib?Yes..Kuching International Airport!!!Memang dasar tak de keje la kitaorang ni.Nasib abik airport tak jauh daripada UNIMAS.Memang airport tu dah jadi temapt lepak sebab McD tak banyak dekat sini.1 lagi dekat town Kuching.Sanggup travel daripada Satok ke Serian yang lebih kurang 20 minit untuk sembahyang even tak jauh daripada tempat makan tu ada surau.Sebab apa?Hahaha..sebab idea Lida nak makan aiskrim dekat McDonald laa..semua dah terbayang aiskrim.Daripada tengahari nak makan tapi tak berkesempatan.Sampai airport, dah rasa macam nak balik pulak.Adoii..sila bersabar.Ada beberapa hari lagi sahaja.Lepas sembahyang Maghrib & Isyak, apa lagi masing-masing nak menyerbu McDonald.Sekali lagi aku buat malu!!!Apa taknya aku dah turun eskalator nk ke McD dowg panggil nak g toilet.Apa aku buat?Berlari-lari anak atas tangga eskalator yang nak turun ke bawah sedangkan aku kena naik atas.Okeh sebelah tu eskalator daripada tingakt bawah ke atas yang ada pakcik polis tengok!Arghh..malu!!!

Habis sesi di toilet, McD diserbu dengan order McFlurry Oreo sampai 3.Sorang satu la..Melantak namanya kalu sorang amek sampai 3.Perut kenyang dengan tomyam lagi.Duduk dekat airport lepak-lepak dulu.Relax kan otak.tak nak tension-tension.Balik boleh mengadap buku marketing dengan fikiran yang tenang.Hehehe..

Masa nak balik pun jadi kejadian memalukan.Ada sebuah kereta ni dengan kurang asam jawanya memotong kereta kitaorang daripada lane kiri.Hampeh.Tak de budi bahasa punya driver!Bukan bagus pun keta kau ok.Kalau Ferari boleh la aku nak senyap tak menyumpah, ni setakat kereta proton yang kau ubah suai tu, sorry la brader.Entah tak sedar macam mana,tetiba kereta kitaorng deakt depan kereta dia balik.Masa ni Lida dekat lane kanan.Lida punye geram tak nak bagi dia potong,saje bawak lambat sebab lane kiri banyak kereta & Lida tak nak masuk lane kiri.Nak kasi ajaran sikit dekat si kereta tak beradap dijalan raya ni.Last-last Lida pecut tertinggal juga kau dekat belakang kan?Tapi dapat malu yang seterusnya.Dekat traffic light depan UNIMAS,Lida tertekan hon.Arghh..dah la dekat sebelah tu mamat-mamat mana tah dah bantai gelakkan kitaorang.Tak cukup dengan gelak, bila lampu dah green light, dowg boleh nak beriringan dengan kereta kitaorang.Hampeh!Tak sengajalah.Bukan hon dekat kau pun!Akhirnya Lida bagi signal & drive belakang kereta dowg jer.Sampai dekat round bout, kami ikut jalan berlainan.Ada & Lida punya kerja giler dowg pergi angkat tangan melambai.Adoii..kawan-kawan aku ni.Buatnya downg berpatah balik follow macam mana?

Apa-apa pun selamat jua sampai setelah banyak yang tak terduga.

No comments:

Post a Comment