Aku masih ingat masa kena pergi Klinik Aisyah dekat pekan Sungai Petani ketika umur aku 5 tahun.Sebab masa tu aku dapat adik lelaki.Umur aku masa tu 5 tahun.Masa aku tengok adik lelaki aku yang baru tu, dia menangis punyalah kuat dalam bilik kaca baby tu.Hohoho..dia tau kakak dia datang kot?
Bila dia dah umur beberapa bulan (kira dah besar sikit lah), aku dapat amanah jaga dia.Bukan dukung,tukar lampin atau main dengan dia.Amanahnya aku kena hayunkan buaian dia sampai dia tidur!Arghh...dalam usia aku baru mencecah beberapa tahun itu, sangat menguji kesabaran nak kena hayun buaian dekat budak kecik ni.Mesti aku rasa nak hayun laju2 sampai buaian tercabut supaya cepatlah dia tidur dan dapatlah aku tengok tv dengan aman tanpa gangguan.Kecik-kecik pun aku dah menghadapi stress!Hehehe..tapi de part yang sangat kelakar dengan adik lelaki aku tu.Pernah sekali mama baru habis mandikan dia.Tengah mama nak pakaikan lampin dekat dia, boleh dia kencing dengan slumber.Hahahaha...terbaik la!!!
Bila dia dah umur 5 tahun, mama hantar dia pergi tadika seperti abang-abang & kakak-kakak dia yang lain.Tapi, dia buat masalah la pulak.Kecik-kecik dah pandai demand!Mentang-mentang kau anak bongsu,demand mengalahkan anak raja pulak yer.Ada ke patut first day dekat tadika, dia tak nak masuk tadika sebab ada budak perempuan!Haiyaa..apa masalah adik aku yang sorang ni?Dia siap warning kat mama kalau nak dia masuk, suruh semua budak perempuan keluar dari tadika tu.P.E.N.G.S.A.N!Aku sanagt tak faham motif dia bagi arahan macam tu.Macam lah aku dengan kakcik bukan perempuan.Tapi aku akui adik lelaki aku ni mempunyai sifat pemalu yang mengalahkan anak dara!Samapai sekarang pun dia masih denagn sifat pemalunya dan kurang bercakap even dengan cousins,makcik2 and pakcik2 aku!Mau dekat seminggu dia dok buat perangai tak nak pergi tadika sebab ada budak perempuan.Akhirnya terpaksalah mama keluarkan dia daripada tadika tersebut dan adik lelaki aku hanya menghadiri tadika ketika berusia 6 tahun sahaja.Sungguh tidak adil sebab yang lain semua kena 2 tahun.Abang-abang aku siap kena hantar masuk TASKI lagi!
Bila dia dah darjah 1, dia kena stay dekat kelas paling last skali Kelas J sebab daftar lambat kot.Dalam tahun 1 ni pun macam-macam perangai dia dok buat sampai aku rasa, sapa punya perangai dia dok ikut ni?Masa ni aku darjah 6.So tiap pagi dia pergi sekolah dengan aku jalan kaki sebab sekolah depan rumah jer kan.Pernah sekali dia lupa nak bawak duit sekolah.Lepas je dia letak beg dalam kelas dia, terus dia naik kelas aku dekat tingkat 3 dan mintak duit dekat aku.H.A.M.P.E.H!Aku ingat lagi ada sekali tu cikgu kelas dia tinggikan suara marah kawan sebelah dia, tapi dia pulak yang berair mata menangis.Then ada juga cikgu tu terguna high pitch dekat adik aku, berjuraian air mata turun.Aduhaiii..sensitif pulak adik aku ni!Tapi yang paling aku tak boleh lupa ialah dia patah tangan masa darjah 1 dan 4.Time nilah dia menyorong beg sekolah beroda yang sanagt femes dulu.
Bila keputusan kakcik dapat UPSR 4A1B, aku masih ingat lagi peristiwa di meja makan.Mama cakap "Didi nanti kena bagi dapat 5A sebab didi yang last."Tau kenapa mama cakap macam tu?Sebab daripada abang sampailah ke kakcik, kitaorang 4 beradik mesti tersangkut 1 subjek dapat B.Dengan slumber dia jawab balik, "Didi tak pandai macam kakcik.Jangan suruh didi dapat 5A"..Wah jawapan meletup sangat!Maka ketika aku berada di Tingkatan 5 dan dia berada di Darjah 6, aku guna pendekatan psikologi.Masa ni abang-abang aku dah pergi study dekat universiti.Tiap malam aku make sure aku buat homework dekat bilik tidur adik lelaki aku supaya dia tengok aku study.Bila dia dekat nak UPSR, aku study je dia pun kean study.Kami dua berkurung dalam bilik.Aku bagi dia segala buku latihan yang dibeli dan suruh dia buat sampai habis.Dan alhamdulillah..aku ingat lagi pada hari aku menghadapi peperiksaan SPM Matematik, lepas habis kertas 1, mama datang ambil aku dekat sekolah dan bawak pergi sekolah adik lelaki aku.Kitaorang punya nervous sampai rasa tak boleh nak jalan.Budak-budak semua kena kumpul sebab cikgu nak announce sapa dapat result 5A.Aku siap pesan dekat mama, jangan mengharap apa-apa sangat.Tapi disebabkan curious sangat, kitaorang pergi dekat papan kenyataan dan tengok result yang cikgu dia tampal.Cari nama dia dan kitaorang rasa macam diserang sakit jantung tengok result dia 5A!!!Mama dah nangis dah..aku lagi la rasa nak tersembah bumi.
Masa dia ambil PMR, aku tak ada sebab buat diploma.Tapi aku yakin budak debab tu akan dapat 8A sebab dia ni cepat faham apa yang dia belajar walaupun dia suak tengok kartun dan main computer games!Tapi apakan daya, dia dapat 7A1B..Aku bersyukur juga walaupun yang dia B tu subjek yang sangatlah aku tak faham kenapa dia boleh dapat B..Subjek apa tau tak?Subjek BM.Arghh..kat rumah cakap BM bukan cakap English pun.English boleh A, BM dapat B macam pelik je adik aku yang sorang ni.
Memandangkan dia anak bongsu, maka parents aku taklah terlalu tegas sangat dengan dia.Budak debab ni senang-senang je boleh tak nak pergi sekolah even baru pening sikit.Mama aku takde cakap pape pun.Tapi kalau time aku sekolah dulu, nak kena cari alasan yang bijak supaya tak nak pergi sekolah.Arghh..untung betul si debab tu.Sebab dia anak bongsu, so manja dia lain macam sikitlah.Dulu kecik-kecik nak minum susu dalam botol tu kena ada orang sebelah dia teman.Sambil dia minum susu, sambil dia pintal-pintal rambut orang yang teman dia.Mangsa-mangsa dia aku,mama,kakcik,tok.Dush..mengada!
Bila dia ambil SPM tahun lepas, kebetulan aku balik cuti semester.Dapatlah aku tengok-tengokkan budak ni.Walau bagaimanapun dia hanya buat aku rasa sakit jiwa jer.Ada ka patut time-time exam dia boleh main computer games lagi?Sangatlah aku tak faham.Tapi malas nak bising sebab kang dia memberontak pulak kan.Yang paling aku tak boleh terima untuk subjek Matematik dan Matematik Tambahan dia boleh baca sahaja buku!!Siap keluarkan statement dekat aku yang "matematik bukan kena buat latihan,tapi kena membaca".Lantak kau lah debab.Result kau,bukan result aku.Lagipun dia memang otak matematik.Aku tak risau sangat.Masa hari nak keluar result SPM, aku paling nervous sebab aku berada nun jauh di Sarawak.Aku asyik dok sms dia je.Masa dalam kelas OB, aku dapat call daripada mama bagitau result dia.Ahh..cantik pulak result si debab ni.Matematik dia dapat A!BM pun alhamdulillah A!Kalau dapat B lagi, memang aku suruh dia speaking dekat rumah.
Aku diberitakan dengan khabar yang adik lelaki aku ni dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Kedah untuk program Sains setahun.Rasa macam nak nangis je masa tu cz i'm so proud of him!Dia dapat juga tawaran UiTM tapi memilih matrikulasi atas nasihat beberapa pihak.Maka pada 23 Mei yang lalu, aku,mama dan bapak hantar dia ke sana dengan hati aku yang sangat-sangat berat.Nasib baiklah kakcik jadi fasilitator sebab kakcik kan baru je keluar daripada matrik yang sama.Heheh..bolehlah kakcik tengokkan dia seminggu ni sebab hari first je dia dah kata nak pitam.R.I.S.A.U!!!
Lepas ni dah tak ada orang nak cubit pipi aku macam dia selalu buat, tak ada siapa nak request masak itu ini macam dia selalu buat, tak ada siapa nak teman aku tengok wayang macam dia selalu buat, tak ada siapa nak jadi bodyguard aku bila aku nak pergi mana-mana, tak ada siapa nak teman aku tengok channel KBS World melayan korea macam dia selalu buat, tak ada siapa yang nak buat aku sakit jiwa dengan usikan macam dia selalu buat dan banyak lagi yang dia sahaja selalu buat!
Apa pun aku kena lepaskan Muhammad Fithri aka Didi untuk memulakan fasa baru dalam hidup dia.Dia perlu bergaul dengan komuniti yang lebih besar,belajar tentang tanggungjawab, hidup berdikari dan mencari jalan hidup dia sendiri.Aku tak boleh overprotected dia!Didi..all the best
No comments:
Post a Comment