Pages

Monday, September 12, 2011

Kekayaan Uncle McDonald...

Korang pernah buat perangai makan McDonald dengan begitu kerapnya dalam tempoh seminggu?
AKU DAH!!!


# Kalau korang tengok berat aku dah naik..tolonglah salahkan kawan baik aku Najib
# Kalau korang tengok aku dah tak mengidam nak makan McDonald selama 6 bulan..sila ucap tahniah dekat kawan baik aku Najib
# Kalau korang tengok aku cuma menjamah sundae strawberry & apple pie McDonald..beri tepukan gemuruh buat Najib
# Kalau korang cakap muka aku dah macam double cheeseburger..korang memang nak kena dengan aku!

Hehehe...korang taulah kan aku dah nak balik Sarawak nanti.Maka saat-saat terakhir begini memang sangatlah berharga dalam hidup aku.Mulalah segala makanan dekat sini aku nak telan.Tapi masalahnya bila aku kena telan benda yang sama dalam masa 4 hari seminggu, kau rasa tekak aku mampu bertahan ke?

Haaaa...ni memang aku dah terasa kombang tokak dah.Ada ke patut Najib boleh ajak aku melepak dekat McDonald sampai 4 kali.Dan yang lebih buat aku terpegun kejap dengan Najib ni, daripada 4 kali lepak McDonald tu, dia boleh order double cheeseburger untuk 3 kali kami lepak.Danggg!!!Najib...Najib..mcm mana dia boleh belajar bahagian dietetik ni?Risau aku nak mendapatkan khidmat nasihat dia kalau tengok dia sendiri menketedarah sampai hilang kepercayaan dia belajar dietetik.Kalau boleh nak report dekat lecturer dia ni.Muahahaha..ampun ye awak!

Xpe..aku tau dia buat macam tu sebab lepas ni susah nak dapat McDonald dah.Yelah balik Kuantan nanti dia dah nak kena masuk clinical dekat Kuantan,Temerloh,Beserah dengan mana tah satu lagi.Mesti kesibukkan clinical itu akan menghalang dia daripada berkasih sayang dengan McDonald.Sebab tu dia dok pulun sungguh-sungguh sekarang ni.Aku sebagai kawan baik redha dengan penuh pasrah la melepak McDonald dan menguyah double cheeseburger bersamanya..

Berikut ialah sinopsis kunjungan kami ke McDonald..

* Kunjungan Pertama Rabu 7 September 2011

Sebab melepak:Najib stress nak setelkan kerja-kerja yang tiba-tiba datang menimpanya.Siap angkut kerja-kerja dia lepak McDonald.
Penerangan:Okeh dia buat kerja, aku pun buat kerja aku juga.Usha orang sekeliling.Yang tau perangai aku, sila bayangkan situasi itu berlaku.Hehehe..Tapi time keluar ni perut aku memang meragam tak best.Kembung angin orang cakap.Tapi aku dah rasa macam perempuan mengandung dengan ragam perut macam tu.Najib cadangkan aku minum V-Soy Multi Grain..Sekotak 1000ml aku & Najib telan bersama..Kami dua order 2 set double cheeseburger dengan sundae strawberry & sundae cornetto chocolate...


Khusyuk weh buat kerja..Aku amek gambar pun dia tak perasan.Nampak tak kotak V-Soy tu?Sungguh berjasa!!!


*Kunjungan Kedua Jumaat 9 September 2011

Sebab melepak:Nak makan aiskrim sundae!!!
Penerangan:Kami keluar pagi hari lagi pukul 8.30 macam tu.Pergi cari responden untuk FYP Najib dekat taman jubli.Lepas taman jubli terus ke Tesco.Inagt nak breakfast je sebab Najib cakap dia belum makan.So makan lah sorang sekeping roti canai.Tapi, kami boleh menghabiskan masa dekat food courst Tesco sampai waktu lunch.Apalagi terus menjamah lunch chicken mushroom yee mee.Lepas dah makan lunch tu, Najib mengidam sundae!Aiyohh...aku ni dengar sundae memang tak boleh menolak.Jom aje..hehehe..

*Kunjungan Ketiga Sabtu 10 September 2011

Sebab melepak:Mencipta kenangan dengan Uih..
Penerangan:Memandangkan kami berdua sudah mau pulang ke tempat perjuangan masing-masing, maka Uih terpaksalah kami tinggalkan di SP.Bila tanya Najib nak lepak mana, korang dah tentu boleh agak apa jawapan dia kan?Oh yeahhh McDonald lokasi yang sama lagi!!Sekali lagi kami berdua makan double cheeseburger dan Uih makan spicy chicken mcdeluxe & sudah pastilah wajib ada sundae.Sebak rasa hati mengenangkan mungkin ini pertemuan kami yang terakhir sebelum bawa haluan masing-masing.Ah sedih weh..aku tahan air mata je.Konon nak jadi kental, taknak jadi ratu air mata!


Bukti McDonald jadi igauan Najib,Ilah & Uih..

* Kunjungan Keempat Ahad 11 September 2011

Sebab Melepak:Kali terakhir nak jumpa ikemen Annas..
Penerangan:Aku dah agak..kalau kau suruh Najib decide mana nak lepak, McDonald adalah jawapan utamanya walaupun aku dah hint ke pizza la pulak.Kau tanya Annas tu memang dia bagi jawapan "Aku tak kisah..ikut hangpa la".Sepatutnya Syafiq join tapi ada hal yang tak dapat dielakkan maka kami bertiga sahaja.Kali ni memang aku dah tak boleh nak terima McDonald lagi dah.Sudahlah lunch aku mama tapaw KFC, takkan aku nak makan McDonald pukul 3petang pulak kan?Aku cuma makan sundae strawberry dengan apple pie je.Itu yang mampu lalu dekat tekak aku.Tekak Najib masih boleh terima double cheeseburger.Pengsan!!!Sambil makan siap boleh transfer Running Man lagi.Auwww..thank you makcik Najib!!!

Sekian sahaja laporan sebab-sebab aku akan mengalami kenaikan berat badan selepas berjaya menurunkan 4kg sepanjang 4 bulan cuti.Oh pengsan!!!Najib..jangan buat perangai macam ni lagi yer.Nanti pekerja McDonald pun dah cam muka kita.Kalau dia bagi diskaun oklah jugak..

p/s:Ketika baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi McDonald petang tadi, Najib dapat mesej daripada Uih mengatakan yang dia baru sahaja accident!!!Terus Najib call..sedih dengar suara lemah Uih.Petang tu juga lepas balik rumah, Najib datang ambil semula pergi melawat Uih.Adoii kemek kereta myvi dia..Tapi terima kasih la dekat Uih & keluarga sebab jamu nasi daging,dalca,daging masak kicap,air asam dengan sate dekat kami.Boleh tak Uih cakap air asam tu sambal tumis?Efek accident ni..be strong tau my dear Uih..


No comments:

Post a Comment