Pages

Sunday, September 4, 2011

Jumaat, 2 September 2011

Ada dua perkara yang terjadi dalam hari ni:

1.Raya bersama Sepupu 'terpisah' 10 tahun
Kisah lama 10 tahun lalu rasanya tak payahlah aku buka disini.Apa yang jadi biarlah jadi rahsia peribadi keluarga aku.Buka pekung didada tu tak baik derrrr...Jadi diam-diam sudeh.Yang penting setelah 10 tahun aku dengan family sebelah mak tak dapat beraya dengan 2 orang sepupu aku akibat "terpisah" kerana sesuatu, namun alhamdulilah semuanya berakhir pada tarikh keramat ni.Walaupun perancangan awal Atikah dengan Alif nak datang semasa raya ketiga, tapi itulah dia orang kata.Kita hanya mampu merancang tapi Allah SWT itu Maha Mengetahui segalanya.So, Atikah & Alif datang rumah keesokkan harinya.Kami habiskan masa dekat rumah tok & wan.Aku rasa nak nangis je la masa tu tengok dowg jmpa tok & wan.Kebetulan masa tu makjang,pakjang & haziq pn ada sama sebab nak balik KL dh.Sempatlah berjumpa..Pkul 11 lebih macam tu abang Mie bawakaku,tok,Atikah & Alif pergi kubur arwah Ngah.Ngah adalah adik perempuan mak aku yang meninggal dunia tahun 2000.Dan aku lupa nak bagitau pak ngah aku juga telah meninggal dunia pada April 2011 lalu.Maka sepupu aku tiada ibu ayah kandung untuk beraya melainkan ibu tiri sahaja.
Dalam tempoh 10 tahun ni, aku cuma ke kubur arwah Ngah sekali sahaja.Adakah aku anak saudara Ngah yang teruk?Aku tak boleh nak pergi kubur sebab aku akan menangis sangat-sangat.Aku sempat jaga arwah Ngah dekat hospital seharian lepas operation apendiks.Dan arwah Ngah meninggal 5 hari lepas operation.Korang boleh rasa apa perasaan aku masa tu?Sudahlah sepupu-sepupu aku masa tu masih kecil.Memang aku trauma la..Dan hari Jumaat itu aku melangkah dengan tabah ke tanah perkuburan dan cuba tahan air mata aku.Terasa macam ada flash back je dalam otak dan aku menangis.Aku lap cepat-cepat tak nak bagi Atikah & Alif nampak.5 minit je aku boleh tahan dekat situ.Lepas tu angkat kaki keluar la...

2.Abang, Persona & Takdir..
Lepas makan tengahari dekat rumah tok & wan, aku dapat call daripada didi.Dia cakap abg sulung aku accident.Ya Allah...ketaq lutut rasa nak rebah.Panik ok!!Baru je pagi tadi jumpa abang aku.Bila tanya didi teruk ke tak, didi cakap tak tau.Arghh..sakit jiwa beb!Aku ni dah la tak boleh terima berita mengejut.Mula rasa darah aku naik sampai pening.Terus abang Mie bawak balik rumah, then dia amek bapak pergi dekat abang..Rupanya ada sebuah lagi kereta persona ni yang dipandu oleh wanita telah berhenti mengejut bila pemandu tu tak pasti nak jalan atau tak dekat traffic light.So abang terlanggarlah bila org dpn dah break mcm tu.Sian abang..teruk juga kereta dia.Tapi asalkan abang selamat itu lebih penting kan?Baru aku boleh cool down bila tengok abang balik ok je.Tapi abang dalam trauma rasanya sebab dia diam je.

No comments:

Post a Comment