"Macam mana adik usrah, kak minat korea pulak ni?"
Aku menjaga batasku
Aku cuba sedaya upaya pelihara auratku
Aku laksanakan perintahMu
Aku kutip ilmu menerusi pembacaanku
Namun aku masih kekurangan sesuatu
Bukan kesempurnaan yang aku cari..kerana seorang hamba itu tidak sempurna
Bukan hormat orang yang aku damba..kerana aku mahu kasihMu
Bukan cinta manusia yang mahu aku kejar..kerana keabadian bersama rahmatMu lebih bermakna
InsyaAllah..aku tidak akan lupa padaNya
Dari semasa ke semasa akan aku perbaiki diri
Terima kasih teman kerana gurauanmu menyedarkan aku
Teruslah mengingatkan aku
Agar tidak lupa diri, tidak lupa peganganku
Doalah moga aku tidak tersasar daripada jalan ini
Kerana aku juga sentiasa mendoakan teman-temanku
Sentiasa dilindungi,diberkati dan dirahmati selalu...
Aminn..
No comments:
Post a Comment