Pages

Friday, August 26, 2011

Aku dan kuih raya

Masa cuti bermula bulan mei lepas, aku memang dah berkira-kira nak kerja.Kononnya nak menyimpan duitlah nak pergi bercuti dengan Najib ke Korea & Jepun tahun depan.Tapi ni dah nak habis cuti pun, aku cuma dapat simpan sikit je duit.Tahun depan pulak aku nak kena internship pulak.Oh bilalah aku nak sampai ke sana?

Tapi tup tup masa 16 Ogos tu aku dapat tawaran bekerja.Muahaha...tiba-tiba aku teringat ayat keramat adik perempuan aku.

"Ala..kita ni tunggu kerja cari kita.Bukan kita cari kerja"

Heee..muchas gracias la dekat kak Liza sebab menawarkan peluang ini.Tapi kan aku agak risau jugak mulanya sebab aku dengan kakcik kena tolong kak Liza buat biskut raya!!!Untuk orang lain buat biskut raya memang tak ada masalah la tapi bagi aku yang dah biasa dengan biskut raya tunjuk-tunjuk, korang tak rasa aku akan menjahanamkan kecantikkan biskut raya tu?

Tu la family aku memang semua nak mudah je.Lagipun mama aku kan bekerja.Kesian la kan nak kelam-kabut buat kuih pulak.Aku nak buat tak ada hal tapi aku tak rasa biskut raya yang aku buat akan dapt keizinan daripada family aku untuk dijamu kepada tetamu.Mau kena gelak je kang..Dulu-dulu ada jugak buat masa ak kecik-kecik.Time tu chef utama adalah abang nombor dua aku, abang mie.Ah..dia memang expert la bab jaga oven sebab oven rumah aku tak pakai set timer tau.oven rumah aku pakai api sebab skali dengan dapur masak.Heh..zaman dolu-dolu punya dapur daa..

Aku kerja seminggu je dengan Kak Liza sebab nak tolong dia siapkan tempahan biskut Honey Cornflakes.Korang tau berapa kilo Honey Cornflakes aku buat dengan kakcik?50kg bebeh..Korang bayangkanlah aku duduk dekat lantai daripada pukul 9 pagi kadang-kadang pukul 8pagi sampailah pukul 5/6 petang buat Honey Cornflakes.Hari first tu aku rasa tulang belakang aku dah macam nak kembali sakit.Aku kan ada masalah dengan tulang belakang akibat tisu terkoyak ke apa tah doktor yang aku jumpa dulu bagitau yang aku alami 3 4 tahun lepas.Sebelum aku nak kena mengadap doktor, baik aku letak siap-siap minyak kuda warna putih yang panas tu dan tidur senyeyaknya..Kalau aku jumpa doktor, confirm ceramah kepentingan menjaga tulang belakang akan aku dengar.Ye, saya faham dan takkan buat perkara yang menyakitkan tulang belakang saya.


Ni timbunan dulang-dulang yang penuh dengan Honey Cornflakes dan menanti untuk dibakar.Kenapa paper cup warna warni ek?Sebab yang ni adalah untuk aku dengan family kak Liza.Tempahan orang dah siap, buat pulak untuk diri sendiri.Heheheh...

Maka, pada tahun ini mereka yang berhajat nak jadi tetamu dekat rumah aku akan dapatlah merasa biskut Honey Cornflakes ini setelah mendapat kelulusan mama.Keutamaan diberikan untuk kawan-kawan aku sebab dowg tak percaya aku buat biskut raya.Didi dah habiskan sebekas kecil biskut Honey Cornflakes sbb dia cakap sedap, manis.Bila aku kata mestilah manis sebab letak honey, dia cakap "laaa..yaka?patutlah rasa madu"..Korang tengok betapa sengalnya adik aku yang sorang tu.

No comments:

Post a Comment