Pages

Tuesday, August 16, 2011

Dapat ke Seoul Garden pun jadilah..

*Call from najib time aku tengah dancing2 exercise

najib:ilah awk tau tak anis balik? (dgn suara serak sbb sakit tekak)
ilah:ha?apa?sapa balik?tak dengarlah
najib:anis..dia balik.dia msg sy ni..awk tau x?
ilah:oh anis ka?mn dia pernah bgtau sy dia nk balik
najib:teruk tau buat surprise2 pepagi ni..
ilah:pergilah bgtau kt annas..

beberapa ketika kemudian najib call lagi

najib:ilah,kalau harini kita buka puasa kt luar ok ke?
ilah:i tny mama dlu la..nk g mn?
najib:penang kot..anis yg organize..
ilah:okeh..

So pukul 3 lbh Annas smpai depan rumah dan dapatlah jumpa Annas & Anis buat pertama kali setelah sekian lama.Masuk kereta je trs ckp dkt Annas, "eh annas, sape yg ko bwk ni?kwn baru ko ek?"..Anis memang seorang kawan yang balik Malaysia tak pernah nak bagitau.Main surprise jer.Bajet artis tau mamat ni.Dah amek Najib, trs vroom vroom pergi Queensbay Penang.

After solat Asar, gerak keluar dari Penang yang sesak nak pergi amek seorang lagi kawan, Mira.Okeh ini lagi satu kes.Anis kan dasar perahsia mcm agen kerajaan jer.Dia seboleh-boleh taknak bagitau kat mana rumah Mira even lepas ditanya.Tekanan darah mula la nak naik sampai hampir-hampir nak langgar kereta orang tau.Lepas dipaksa baru dia bagitau kat Simpang Ampat.Okeh fine..Najib pula kata dia tau kat mana.

Bila Anis kata ikut jalan Ipoh Kuala Lumpur, Najib cakap ikut Alor Star.Najib kata dia tau tempat tu sebab dekat dgn institut jepun pe tah.Anis kata memang dekat dengan institut jepun tu.So biar jelah Najib jadi penunjuk arah tapi aku mula syak wasangka,Annas bawak sahaja dan aku malas nak masuk campur sebab aku memang tak tau!So Najib amek alih jadi co-driver tak rasmi + penunjuk jalan.Dia suruh masuk ikut Perai, lepas tu tup2 dah smpai depan uitm penang, tak nampak signboard pape pn.Yang aku nampak depan mata macam kawasan kampung jer.Aku dah mula rasa lain macam suruh Anis call Mira & aku cakap dengan Mira.

Ilah:Mira, kami ada dekat dpn uitm ni.betul ke salah?
Mira:salah..
Ilah:haa..lepas tu sebelah mana ye?
Mira:korg kena ikut Ipoh Kuala Lumpur.Then ada sign board Bukit Tambun,Batu Kawan,Simpang Ampat...
Ilah:woo..ok2..tau dah.sabar sat ek.

Aku letak phone jer, semua terus serang najib sebab sesuka hati dengan penuh confident bagi arahan.Aku dah agak Najib memang tak boleh dipercayai kalau bagi dia jadi penunjuk arah.LINGKUP!!!Dulu dia buat dah masa pergi Zoo Taiping, ni dia buat lagi.Aku suruh dia diam je, biar Anis yang lead sebagai penunjuk jalan balik.Kami sampai dekat exit tol Bukit Tambun tu pukul 7.20!!!Nasib baik dah beli donut J.co dekat Queensbay tadi.Itulah juadah berbuka.

Dah amek Mira, pergi singgah masjid, sembahyang magrib dulu kemudian baru gerak nak cari makan.Kami pergi makan dekat Autocity,Juru.Nak mencari Seoul Garden sebab yang perempuan semua berangan nak ke Seoul.Hahaha..nak mencari Seoul Garden pun satu hal sampai kena tanya encik JAGA yang pun tak pasti dekat mana.Nasib baik bantuan gps Najib, dapat jumpa.Kenapa awak tak guna gps masa nak cari Simpang Ampat tadi?Haihh...

Dah dekat pukul 9 baru nak makan.Lapar!!!Semua makan dengan bajet ala-ala Korea kecuali Annas sebab dia kan Jepun wanna be and Anis kan mafia Perancis terkemuka.Muahaha..Benda pertama aku makan AISKRIM!kali ni aku makan 2 mangkuk je.Tak macam dekat Bimmers dgn D11, bermangkuk-mangkuk aiskrim aku telan.Sambil makan aku dah mengantuk giler padahal abru pukul 9 lebih.Malam sebelum tu aku tido pukul 10 ok.Lepas Seoul Garden, semapt lepak dekat Starbucks lak.

10 minit lagi pukul 12.00 tghmalam baru sampai rumah.Ada macam Cinderella tak?Balik ruamh before pukul 12.00 yer.Thank you so much to Najib,Annas,Anis & Mira sebab sudi jemput I join buka puasa luar.Memories remain forever...




p/s:rasa nak pergi Seoul skrg!!ada orang nak sponsor tak?

No comments:

Post a Comment