Pages

Wednesday, August 3, 2011

Eh dah nak raya ke?

Eh title macam buang tebiat lak kan?Baru puasa 3 hari aku dah berangan nak beraya.Aiyohh ada lagi 27 hari lagi.Tapi tu la aku aku terasa bila aku pergi mall dengan kakcik semalam.Bukan main lagi mall ni pasang lagu raya.Ohoiii..semangatnya korang nak beraya?Cubalah pasang lagu puasa kan?haha..



Tapi sebab aku kan budak-budak under otak bisnes ni, kenalah faham itu adalah strategi pemasaran atau dalam bahasa jawa international marketing strategy.Fuhh..memang terbaik punya marketing strategy sebab dah nampak hiasan raya pun dah keluar.Demi menarik pelanggan yang akan meningkatkan jumlah keuntungan, kakcik cakap minggu lepas pun dah ada dowg pasang lagu tu.Ohoiii..ni gempak punya marketing strategy.Kalau tak menarik pelanggan aku tak tau la.Tapi tahun lepas, bila aku pergi mall time puasa dekat sarawak dan dengar lagu raya berkumandang, hatiku meruntun pilu macam rasa betul-betul aku study dekat luar negara!nak-nak bila dengar lagu raya klasik macam dendang perantau,indahnya beraya di desa,dari jauh ku pohon maaf...


Eh aku belum ucap selamat berpuasa ek?Ok2..selamat berpuasa buat muslimin muslimat sekalian tidak kiralah pada waktu bila anda kena sahur dan berbuka seawal mana pun.Oh tahun lepas puasa kat sarawak best woh.Sahur minum air je xde hal la kan.Tapi part paling peberet forever buka puasa pukul 6.30petang...Maghrib kat sarawak kan awal.Muahaha..balik kelas pukul 4, beli siap-siap makanan dekat cafe, balik apartment boleh mandi n basuh baju lepas tu online dan tengok jam dah pukul 6.20..cuma kurang best sikitlah sebab I selalu buka puasa seorang diri kalau roomate I ada kelas.Kalau tak ada sesiapa nak teman, sila buat ayat sedih buka puasa seorang diri.


Kenangan puasa zaman kanak-kanak rebina



1.Perkataan puasa adalah perkataan terbeban dalam hidup aku bila aku kena start berpuasa sejak umur 7 tahun.Arghh..cabaran hidup di waktu kecil yang paling besar.Masa tu antara ayat drama aku ialah "apa?puasa?alaaa kurus la macam ni" tapi sampai sekarang pun aku tak kurus


2.Sebab dasar kenaifan tahap gaban, aku pernah buat perkara yang paling MAHARAJA LAWAK pun tak pernah fikir nak buat macam aku buat.Masa tu umur aku 8 tahun.Tok aku pergi masak sambal sotong yang jadi makanan peberet aku.Sambal sotong tu untuk adik-adik aku yang tak berpuasa la.Oleh sebab aku tergoda, aku pun makan setelah puas buat demontrasi jalanan dengan tok.Dekat sekolah kawan-kawan tanya aku puasa tak?Ko tau jawapan apa aku bagi?Aku pun slumber je jawab "aku puasa tapi tadi dekat rumah aku makan sikit.Tapi lepas tu aku tutup baliklah puasa"..Hambik kau!Kawan-kawan aku punya terkejut dan aku boleh pergi balas balik "Laaa kalau dah boleh buka puasa, mestilah boleh tutup puasa"..Dasar suka menjawab + loya buruk memang terserlah dari kecik rupanya.


3.Masa darjah 2 tu juga ada lagi perkara naif yang aku buat.Darjah 2 kan sekolah petang.Balik sekolah pukul 6 lebih, tempat pertama aku paling suka ialah bilik mandi.Kalau boleh nak masuk bilik air dari pukul 6.30 sampai 7.30 sebab ada projek best dalam toilet aku wajib buat.Korang pernah dengar kan cerita budak-budak suka minum air dalam toilet time puasa?Okeh aku buat ye perangai tu masa kecik2.Tapi dengan standard yang lebih baik laa.Aku kan budak bijak berhelah.Sebab aku tak nak telan air paip yang dah confirm tak best,aku cuma masukkan air paip dalam mulut sambil berkumur beberapa ratus kali.Bijak tak?


4.Dulu masa kecik-kecik, program Jejak Rasul dekat TV3 memang buat hidup aku nak pengsan.Tiap petang je rumah aku mesti nak bukak Jejak Rasul tu.Sebab jiwa kanak-kanak rebina, program macam tu tak best la kan.Tak masuk jiwa rebina la kan?So kau tau setiap kali aku tengok program tu, aku MESTI pening kepala macam kena migrain.Kecik-kecik aku memang over!


5.Kalau hujung minggu time cuti sekolah, aku mesti nak tidur tak nak bangun.Kau kejutlah aku macam mana pun, aku akan tetap buat pejam mata.Kalau aku bukak mata mesti tengok jam.Oh lambat lagi laaa..Baru pukul 11pagi!Nak bangun dekat-dekat dengan buka puasa je...


6.Waktu berbuka puasa sangatlah aku tunggu.Dengar azan je, telan kurma sebijik then air ais 2 gelas berturut-turut.Aku makan macam anak pelarian je rasanya.Oh sungguh la kanak-kanak rebina.


7.Aku akan tau raya dah dekat bila bapak aku beli bunga api.Muahaha..kantoi la aku dulu main bunga api.Hello kau cakap dengan aku kanak-kanak Malaysia mana yang tak main bunga api.WAJIB weh kalau tak kau memang tak ada cerita main bunga api nak tunjuk eksen dekat kawan-kawan sekolah.Dapat main mercun pop pop tu pun dah cukup bangga dah la kan.Tapi sebab dasar penakut aku aku cuma main bunga api yang batang dia kaler merah putih tu jer.And of course la mercun pop.Wakaka..abang-abang aku advance la dowg main sebab kalau main bunga api macam aku, buat malu jelah jadi abang aku kan?


8.Oh aku lupa sesuatu hidangan wajib tiap tahun untuk buka puasa hari pertama ialah bubur nasi.Hey orang utara panggil kanji.Ni bukan tulisan kanji jepun ek.Ni makanan all time peberet weh.Sampai sekarang pun tradisi tu masih dikekalkan dan belum pernah lagi buka puasa hari pertama makan benda lain.Thanks mama!muah2..




p/s:dolu-dolu bila keluar je muka pakcik hensem kacak bergaya pakai baju melayu time nak dekat puasa, aku kalau boleh nak buat litar pintas putuskan bekalan elektrik rumah sebab tak nak dengar pengunguman puasa.tapi hujung-hujung puasa, aku dengan adik-beradik boleh duduk depan tv tunggu pakcik tu nak umum bila nak raya.dia bagitau ja lusa raya, horey2 dalam rumah.lepas seksaan sebulan aku.oh aku rindu zaman dolu-dolu..


No comments:

Post a Comment