Pages

Tuesday, January 17, 2012

Adakah disebabkan faktor peningkatan usia?

Situasi 1

Sebelum keluar rumah untuk ke airport jam 7.15 pagi, PA i yang paling setia Cik Min dah pesan siap2 jangan lupa serahkan kunci apartment dkt member yg bwk i pergi airport tu.Sebab kunci tu kena diserahkan kepada ofis kolej kediaman & i balik pulak hari Sabtu time ofis tutup.So minta tolong kwn serahkan laa..Okeh, i memang angguk2 faham sahaja sebab nak turun dah ni.

Sampai dekat airport, i pun keluarkan semua bagasi letak atas troli, say thank you dkt my friend yg tlg hantarkan i then pergilah dropkan luggage dkt kaunter.Pukul 8.35pagi, i pun masuklah balai berlepas dengan seorang junior yang ikut i balik sekali Muaz & kawan baik i yang sentiasa bersama-sama setiap kali i balik Aida.Tengah beratur tunggu flight, seluk poket seluar jeans nak amek hp skali i trasa mcm ada sesuatu lak.Tarik keluar dan aaaaaaaa(menjerit) i dah terbawak sekali kunci apartmen yg sepatutnya i serahkan dekat kwn i td.

Haihh..punyalah cuak tak terkata.So i sms Kak Lia, staf kolej yg i baik tu bgtau i dh terbawak balik kunci.Tp tidak direply sbb masih pagi sgt.Hehehe...So dengan hati pasrah, i masuk juga kedalam perut pesawat dengan membawa kunci apartment kolej kediaman yang tidak diserahkan..I tak pernah buat perangai macam ni tau.

Penyelesaian masalah: Akhirnya i balik rumah, letak dekat status FB mintak tlg my sarawakian friend.Finally my dear drama queen partner Suzy aka Nings sudi membantu i.So i dah pos kunci apartment dekat Nings, nanti Nings akan serahkan dekat ofis kolej.Fuhhh..legaaaa...


Situasi 2

Pada malam i dah sampai rumah untuk percutian selama sebulan, i pun dengan daya kudrat yg masih ada berhajat nak unpack barang2 dlm luggage masuk dlm almari.So firstly i ambil Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) yang ala2 macam passport lah jugak untuk simpan dlm laci.I pun tak tau kenapa i tergerak nak buka DPT tu.Hanya Allah yang tahu betapa i terkejut sambil tersembul biji mata (oppsss hiperbola sgt) tengok DPT tu milik Aida kawan i yang duduk sebelah seat i.Oh my..mana DPT i?I cari dalam bagasi,handbag,beg laptop semua takda..Adoiii..nayalah.

I call Aida pukul 11.57pm tapi dia tak angkat.So i taulah dia dah tidur sebab penat kan travel jauh2.Barulah i terinagt yang masa dalam flight, ada DPT yang terjatuh.Antara DPT i atau DPT Aida.So i amek la dpt tu n simpan dlm handbag i.Seingat i, DPT and boarding pass i letak dekat temapt yg letak majalah tu.Then bila i tarik majalah untuk dibaca, kebetulan masa tu DPT Aida jatuh.So i think from there lah i terambil DPT dia.But where is my DPT?i dah menggigil tgn sbb DPT tu mmg passport.Takde DPT sshlah i nak balik Sarawak nanti.

I terus call mama yang tengah tidur suruh datang bilik i.Mama pun terkejut i boleh buat perangai macam tu.Haiyaaa dah tak pasal-pasal nak kena pergi airport tanya dengan customer service then buat report polis pulak.Memang malam tu i tak tidur langsung sebab risaukan DPT i yang ditinggal dalam flight.haihhhh..

Penyelesaian masalah:Pukul 5.40 pagi Aida sms i balik.Dia pun heran macam mana pulak DPT dia boleh ada dekat i.I mntk dia tlg check kot2 la ada dkt dia.Aida pun kata "ila, DPT hangpa ada dgn kami la..tertukar rupanya"...Alhamdulillah..syukur sgt2 sbb DPT i rupanya dah tertukar dengan Aida.I ingatkan tertinggal dlm flight.



p/s:korg rasa apa sebab i mengalami dua situasi diatas?adakah disebabkan faktor peningkatan usia?oh tedahhhh...

No comments:

Post a Comment