Pages

Tuesday, January 24, 2012

Soal Jodoh

Sejak kawan baik time diploma dlu, Sha menamatkan zaman single beliau pada 24 Disember lalu, banyak pula undangan perkahwinan yang aku terima.Semuanya buat aku terasa aku semakin meniti usia dewasa dan perlu berfikir tentang tanggungwab dan masa depan dengan lebih serius.Sebenarnya dah ramai rakan-rakan sebaya aku yang dah berkahwin dan dah ada anak.Anis dah ada seorang ank perempuan yg comel, Silah pun dapat anak perempuan juga, Hidayah kawan sekolah menengah dah ada anak perempuan juga, dan tak lupa kawan baik sekolah menengah Pah dgn anak perempuan yg super adorable Eka aka anak angkat aku tu.Eh semua member aku dapat ank perempuan ek?Tapi rasanya belum ada lagi member lelaki aku yang kawen kan?So sape nak memulakan langkah??Hehehe...


23 Januari-perkahwinan kawan baik time diploma, Syira
28 Januari-perkahwinan kawan baik time diploma, Dayah
4 Februari-perkahwinan kakak kepada PA kesayangan aku Cik Min, Kak Ja
12 Februari-perkahwinan kawan baik time diploma, Umra

Dan bakal menyusul tahun ini juga insyaAllah perkahwinan twin kesayangan aku Bazilah.Oh semakin buat aku rasa "yes, I am 24 already!"..

Maka dengan itu coretan dibawah ini adalah jawapan untuk penantian kamu..

Sana sini semua bercerita tentang bahagia
Buka buku ukir kata cinta
Senyum gembira penuh dengan tawa
Fasa baru pasti mendebarkan jiwa
Moga rahmat melindungi kalian berdua

Hati ini sebenarnya belum dimiliki
Sepi dan kosong sejak dari azali
Bukan tidak ada yang mendekati
Namun berdua ketika masih muda bukan yang kuingini
Maka tinggallah ia sendirian tidak berteman
Dan itu nyata pilihan terbaik saat itu

Bila masa berlalu meninggalkan usia muda
Jiwa makin memberontak mahu diisi
Harusnya inilah waktunya untuk kufikirkan semula
Mencari sang pemilik rusuk kiri
Dalam doaku tetap kusebut
Temukan jodoh yang terbaik untuk kusambut

Bila tiba masanya tidak akan terlewat sesaat pun
Akan ku kongsi khabar gembira bersama
Hingga masa itu tiba
Bersabarlah kalian
Jangan diasak jiwaku dengan apa yang aku sendiri tak mampu pastikan
Iirnglah doa bersama agar jodohku nanti mampu menamatkan
Segala penantian dan persoalan

No comments:

Post a Comment