Pages

Monday, October 20, 2014

Jom Bawa Bekal

          Beberapa hari lepas aku ada terbaca tentang saranan untuk menggalakkan anak-anak ke sekolah atau orang dewasa ke tempat kerja untuk membawa bekal.Lalu aku teringat pengalaman sendiri membawa bekal ke sekolah dan ke tempat latihan praktikal dahulu.

          Seingat aku masa sekolah rendah aku dah bawa bekal.Tapi bekal aku masa ni istimewa sikit.Orang lain letak dalam bekas.Aku ni siap buat ala-ala nasi bungkus.Masa tu pulak sekolah petang.Rehat rasanya dalam pukul 3 kot.So sempatlah makan nasi bungkus daripada rumah.Siap ada plastik yang kita guna utk bungkus nasi kt kedai tu.Malah balut denagn surat khabar lagi.Haaaa kau ada?Nak pulak kalau lauk bekal aku sambal sotong,perghhhh memang tak sabar tunggu waktu rehat masa tu.Kemain tanya kat mana aku beli nasi bungkus gitu.Eh ini daripada rumah sendiri tau.Memandangkan masa tu tok aku yang jaga aku sewaktu mama n bapak bekerja,maka selalunya lauk bekal adalah lauk masakkan tok.Kalau hari Ahad baru bawa bekal lauk yang mama masakkan sebab mama cuti.Kadang letak ekstra sikit sebab kongsi dengan kawan.Kan best gitu?Perasaan budak-budak masa tu kan.

          Masa aku praktikal pun ak bawak bekal.Senang hidup aku tak payah nak keluar cari kedai nak makan.Waktu lunch kan ramai yang penuh kat kedai.Lepas tu nak tunggu fikir nak makan apa bukan senang.Kan aku cakap aku ni kalau bagi menu, memang terus jadi tak pandai nak pilih makan apa.Masa diploma aku praktikal kat satu company ni.Cukup time je aku pergi pantry makan bekal.Bukak bekal dan makan.Bila kami dah besar, mama masak lauk la pagi tu.Simple je lauk.Tapi sebab mama yang masak, kelazatan dia sangatlah tiada bandingan.Walaupun mama masak nasi goreng simple je letak isi ikan kembung  pun dah buat aku rasa alangkah bagusnya kalau letak lebih dalam bekas pagi tadi.

          Masa degree pulak praktikal dekat dengan KFC.Ko rasa aku ni tak tergugat tengok KFC hari-hari?Bau KFC tu macam boleh memanggil-manggil mendekatinya sahaja.Mau kopak aku kalau ahri-hari KFC.Silap hari bulan kian kembang aku nanti.So aku bawak bekal jugak.Pernah ada sekali tu aku teringin gila nak KFC, aku slumber bawak bekal masuk KFC.Aku beli seketul ayam dengan air,aku duduk kat satu tempat sambil mengadap TV pastu slumber bukak bekal aku dalam KFC.Hahahahaha..kan dah jadi keje slumber tu.Peduli la aku orang nak cakap apa.Ampun ya tuan kedai, I tumpang sini.Kedai ni selesa dan nyaman.

          Aku suka tengok masyarakat Jepun yang kreatif dengan seni bento.Bento tu apa?Bento tu lunch box yang ko bawak daripada rumah.Haaaa gitu bahasa mudahnya.Bila tengok cara mereka sediakan bento, rasa kagum sangat-sangat.Bento yang disediakan untuk anak-anak sangatlah menarik dan aku yakin kalau aku dapat bento tu rasa bangga.Kenapa?Yelah mak kau buat bento lawa kemain.Bolehlah tunjuk dengan kawan-kawan kat sekolah.Boleh bertukar tengok bento orang lain.Eh mak dia buat bentuk macam ni, mak kau buat bentuk tu,mak kau hias sayur macam ni,mak aku hias buah macam ni.Haaaa...kan best gitu?

                                                           
          Aku godek dekat Google dan ini antara bento comel yang menarik perhatian aku.Rasanya anak-anak kecil memang teruja bila melihat bento secomel ini.Barulah semangat nak makan sebab disediakan oleh ibu tersayang atau mungkin ayah juga.Penuh dengan nutrisi makanan yang baik dan insyaAllah selamat dimakan oleh anak-anak kita.Eh aku belum ada anak.Tapi nak menyediakan bento macam ni mungkin mengambil masa.Kebanyakkan ibu bapa hari ini berkejar masa untuk ke tempat kerja.Mungkin ada sedikit batas waktu di situ.

          Tak apa aku faham.Kalau nak buat macam ni memang kena bangun awal pagi jawabnya.Alternatifnya sediakan sahaja yang mudah-mudah untuk dibawa bekal oleh anak mahupun kita sendiri ke tempat kerja.Andai kata tak dapat buat setiap hari, mungkin seminggu sehari bawa bekal pun ok jugak kan?Mama aku pun bawa bekal pergi tempat kerja.Jimat masa katanya.Lepas makan boleh solat dan berehat.Tak perlu nak tergesa-gesa ke sana sini.Ada jugak aku tengok kadang-kadang tempat kerja mama ni buat potluck.Bawak sorang sikit lauk boleh kongsi ramai-ramai masa lunch.Boleh makan sambil sembang-sembang.Kan best gitu?

          Jom bawa bekal sama-sama..

No comments:

Post a Comment