Pages

Tuesday, August 10, 2010

Ibarat sang burung

Ahad lepas memang membosankan.Rasa mati akal seketika sebab duduk seorang diri.Roomate pergi camping fakulti.So kire hari Sabtu kena tidur seorang diri berteman cahaya lampu study.Siap mimpi sesuatu yang sangat mengejutkan.Hehehehe...

Adik balik pukul 6 terus terbaring atas katil.Kesian adik..penat betul tengok dia.Muka pun tak bermaya dah.Masa adik tidur, aku melepaskan pandangan keluar jendela sambil menghadap assignment yang bersusun.Sudah hampir magrib ketika itu sebab di luar jendela sudah denagr hiruk-pikuk sang burung-burung kembali ke tempat mereka.Sang burung-burung ini merupakan antara penghuni Kolej Cempaka juga.Malah jumlah mereka mungkin sama dengan bilangan pelajar yang menetap di sini.

Bayangkanlah satu bahagian itu mampu diduduki oleh 100 ekor burung (hobi masa lapang terbaru setiap hari ialah mengira jumlah burung yang bertenggek di palang besi bumbung.Itu baru satu bahagian daripada beberapa blok yang ada.Setiap kali waktu magrib atau subuh, burung-burung ini akan bersorak riang di luar jendela dan bagaikan alarm clock untuk aku bangun pagi.Terima kasih wahai sang burung!!!

Ketika itu aku terfikir bahawa aku sebenarnya juga sang burung. Sebab sekarang aku merantau jauh ke tempat lain untuk mencari ilmu.Akan sampai satu masa nanti, aku pulang semula ke pangkuan keluargaku yang sedang menanti.Ni kes rindu!!!Dan tiba-tiba aku teringatkan sms daripada Ain, roomate aku masa diploma dulu.

Ain hantar mesej hari Sabtu infrom yang ayahnya telahpun meninggal dunia.Aku tersentak dan tersandar.Time tu ada rentak ruai fakulti FEB.Aku terbayang macam mana Ain menghadapi semua ini.Masa arwah Az meninggal haritu pun, Ain dah sampai sesak nafas dan tekanan darah dia naik.Dan lebih mengejutkan yang ayah dia meninggal 2 minggu lepas.Kenapa sekarang abru aku tahu???

Aku tertanya pada diri petang itu.Adakah aku terlalu membawa diri kesini hingga tidak kuhirau orang lain?Adakah aku seorang sahabat yang tidak baik?Aku tidak mampu berada disisi sahabat baikku ketika dia dalam kesusahan dan memerlukanku.Ain, sorry sebab aku betul-betul menyepikan diri sejak sampai sini.Aku bawa diri sampai aku lupa pada orang yang masih ada menyayangi aku.

No comments:

Post a Comment