Pages

Wednesday, August 18, 2010

Mulut Suwei?

Salam..semenjak dua menjak ni rajin pulak nak update blog.Kenapa?Banyak sanagt ke free time aku?Oh dont ask!!!Asal free je kerja2 lain pulak menanti.Ni pun baru lepas cari info untuk assignment eco.Nak submit 30 Ogos ni.

Tadi jumpa dengan Sharon, budak group untuk assignment ni.Dia ajak discuss hari khamis malam.Tapi sorry dear..I ada pertandingan syarahan.Dia dengar je aku masuk syarahan, excited!Dari MAP lagi kami baik sebab dia suka bagi sokongan kat aku masa masuk sidang pleno.Masa tu tak kenal sangat.Tak sangka sekelas.Hehehe...Lilian pulak tadi bukak crita pasal presentation TITAS aku hari Isnin lepas.Lilian, I'm waiting for your presentation k!!!

Oh nak cerita pasal perkara yang berkaitan dengan mulut.Aku pun tak tau kenapa sejak datang Sarawak, mulutku tersangatlah masin!!!Haishhh..banyak dah peristiwa terjadi sebab mulutku ini.Kekadang kalau tak mulut aku, mulut member2..Kami gelarkan peristiwa mulut suwei..

1.Masa dalam kelas ekonomi (rasanya macam dah selalu aku cerita pasal kelas ekonomi ni kan?Bosan x?Layan jer...)
Minggu-minggu awal kelas, Puan Rossa seperti biasa suka panggil nama dalam kelas.Semua time ni kecut la.Muka masing-masing cover line jer.Then aku bisik dekat kaklong yang duduk sebelah.

"Kejap lagi mesti puan panggil nama ko"

"Suka hati ko je, Lah"

Tup-tup, memang paun panggil.(Eyh kenapa rasa macam dah penah citer?Takpe next story)

2.Masa dalam kelas TITAS. (Jarang kan dengar cerita kelas TITAS)
Hari tu wakil kumpulan kena cabut undi untuk presentation.Aku yang duduk belakang Lilian ni saja la sembang-sembang.Mesra-mesrakan diri dengan kawan.Mulutku kan ramah tamah sket.

"Lilian, your group will get number 1.From my instinct la"

"Eh, I dont want la..Too early."

"Ok what.I can support you from here."

"Dont want la.You la should get number 1.Then I'm going to watch how u gonna present first."

"Ok2..then my group number 1, your group will be the last group."

"Hah?LAST?I want number 2 or 3."

Tiba-tiba wakil kumpulan aku balik ke tempat dia sambil menunjukkan number 1.Alamak,group aku dulu la..Cissss..Wakil group Lilian pun kembali dengan muka ala-ala tak puas hati.Kenapa?

"We got the last group!!Number 17"

"FAZILAH!!!See what have you done?"

Hahahah..is that my fault Lilian?

3.Malam hari Isnin (dekat rumah kaklong, tengah edit assignment BM)
Kaklong aku ni kuat daya imaginasi.Ada je la imaginasi dia yang melangkaui batas normal.Time-time boring mula la keluar macam-macam idea dia.Tengah edit kerja pun sempat merapu.Memula dia main terkejutkan aku.Tak pasal-pasal dia menjerit nak test reaksi aku kalau dalam bahaya.Aku jerit ala-ala manja jer..hikhikhik..

"Macam tu je reaksi ko kalau terkejut?"

"Habis ko nak aku menjerit macam mana?Eishhh..."

"Ko bayangkan kalau tiba-tiba depan pintu rumah aku ni ada anjing.Apa reaksi ko?"

"Aku lari masuk bilik kau la"

"Tapi kalau anjing tu terus masuk, ko nak pergi mana?"

"Aku panjat meja la.Hehehe.."

Nak dijadikan cerita, malam selasa iaitu keesokkan harinya, lepas Isyak macam tu, aku nak turun ke rumah kaklong.Tengah aku beriang gembira turun tangga nak ke tingkat bawah, tiba-tiba aku tersentak tatkala ternampak kelibat seekor anjing yang dengan slumber melintas dekat tangga.Nasib baik aku masih di atas tangga.Aku terdiam dekat situ.Dalam hati aku "Cis, suwei betul mulut kaklong"

*Dah2..nak dekat pukul 1 ni.Ak nak siap2 nak g naik bas pulak.Kelas softskill pukul 2 ni.Hujung minggu ni aku nak mengemas almari aku.Hampeh punya lipas tiba-tiba muncul dalam almari ak.Apa kes tah?Tau la aku jarang tutup pintu almari.Jaga kau cik lipas!!!

No comments:

Post a Comment