Pages

Wednesday, August 25, 2010

STRESS? Face it!

Semalam, aku menghabiskan masa malamku di CAIS bersama Lilian, Sharon, Wee Wee dan 2 lagi jejaka yang pendiam.Heheh..walaupun mereka rakan sekuliahku, namun tidaklah ku tahu nama mereka sebab mereka sangat pendiam.Ke aku yang sangat ramah mesra sampai diaorang tak boleh nak mencelah?Sorry guys...

Sebenarnya, aku,Sharon & Wee Wee kena kumpul maklumat tentang Economy Growth Trend in Malaysia from 1980-2010.Haihh..bagai nak gila mencari data dari tahun 1980 tau.Dah la semalm line internet dekat kolej kediaman menghadapi masalah.Sasau kejap aku.Mau dekat 10 buku kami selak nak cari info.Alhamdulilah dapat..

Tapi, aku nak cerita tentang hal aku dan Lilian.Rasanya bukan kami sahaja.Rakan kelas lain pun menghadapi masalah yang sama.Masalah kami ialah apa kami nak jawab untuk midterm Business Communication hari esok (Khamis)?Nampak je subjek ni senang tapi nak mengarang jawapan untuk Prof Tony Wilson bukanlah semudah disangka.Prof Tony cakap kalau nak ekstra markah, baca info yang dia bagi dalam web online learning kami.Masalah pun muncul lagi kerana kami tak dapat nak kenal pasti mana satu nak bagi dekat Prof Tony.

"Fazilah, what to do?I dont have any idea.Can you explain to me bout all these things?"

"I also dont have any idea.Why dont we just answer the question and then write some notes for Prof Tony at the bottom of the paper.Just say sorry Prof Tony, this is our best answer."

Kami berdua ketawa dalam library!!!

*********************************************************

Hari Isnin, Puan Rossa tegur kami satu kelas asyik senyum sahaja.Dia sendiri hairan kenapa kami senyum semacam je pagi tu.Puan Rossa cakap adakah hari ini hari senyum sedunia?Sebenarnya semua tengah cuak kalau-kalau pagi tu nak dapat markah midterm Eco minggu lepas.Huhu..nasib baik minggu depan baru dapat.

Puan Rossa ada sentuh tentang stress.Sebab rasanya dia pun dapat kesan betapa kami macam menghadapi krisis hidup je.Walaupun tersenyum, dalam hati tu tiada siapa yang tahu.Masing-masing menyembunyikan gelora rasa.Puan pesan apa pun stress atau tekanan yang kami hadapi, janganlah sampai memudaratkan diri.Yang penting bukan berapa banyak stress atau apakah punca yang menyebabkan kita stress, tapi bagaimana kita menghadapi stress tersebut.

Kemahiran atau cara mengawal stress mesti ada dalam setiap insan sebenarnya.Barulah tak ada orang yang akan menyumbang kepada perbuatan negatif macam terjun bangunan ke,mengamuk tak tentu pasal ke.

STRESS?
1.Midterm Buss Com yang tak tahu nak jawab apa
2.Assignment Eco yang baru 20% siap.Submit on Monday!!
3.Nak menghafal sejarah tamadun.Sabtu, midterm TITAS!
4.Hari-hari nampak ayam dekat kafe.Hari-hari makan ayam.
5.Tengok kalendar menghitung hari flight balik Penang.Nak kena letak kalendar jauh2!!
6.Panas yang amat sangat waktu malam.Ada ekstra matahari ke?

FACE IT!!!
1.Tersenyumlah..
2.Dont let others know your stress.If you let others know then you can overcome it, please do.But if it wont help you, then just keep it to yourself.
3.Dengarlah lagu kegemaran anda..
4.Buat perkara yang akan melupakan anda pada stress..saya tengok cerita Korea sekarang!!!hehehe..

No comments:

Post a Comment