Pages

Saturday, November 23, 2013

Bukan Mudah Tapi Mampu Sebenarnya

          Memang bukan mudah untuk mula ubah cara hidup kepada yang lebih sihat.Terutama sekali kalau kita ni jenis yang selalu memberi bermacam alasan.Aku pernah jadi orang yang memberikan alasan.Alasan paling teratas aku ialah tiada masa.Kononnya sibuk dengan tugasan seharian.Sekarang bila aku fikir balik, memang rasa kerugian.Kalaulah aku gunakan masa yang dulu tu dengan baik,mungkin aku lebih baik harini.Tapi itulah kesedaran baru datang.Walau bagaimanapun tak pernah terlambat okeh untuk berubah.Sekarang ni kalau dapat berjalan sahaja pun aku dah puas hati sebab aku tau aku tak duduk saja.

          Sekarang ni aku tak buat apa-apa.Daripada duduk saja membesarkan badan,baik aku bergerak aktif.Walaupun mula-mula tu memang berdepan dengan cabaran sebab selalu rasa malas,tapi akhirnya aku dah biasa.Sebab sesuatu benda baru yang kita buat akan mengambil masa 21 hari untuk jadi habit atau kebiasaan pada diri kita.Nak tak nak kalau dah benar-benar berazam,kena paksa diri jugak.Jangan manjakan diri itu yang selalu aku pesan untuk diri sendiri.Dah lama sangat aku manjakan diri.

          Badan kita sebenarnya mampu buat apa sahaja.Tapi perkara paling penting untuk buat sesuatu perkara tu adalah yakinkan diri bahawa kita mampu sebenarnya.Yakinkan diri sendiri,kawal apa yang kita fikir dan secara automatik otak kita pun akan jadi positif dengan perkara tu.Kita akan mampu buat.Banyak benda dalam hidup aku ni yang aku rasa aku tak boleh buat tapi akhirnya aku dapat buat.Dulu aku memang tak pernah terfikir nak buat flying fox,abseiling, daki Gunung Santubong sampai ke puncak.Untuk orang lain mungkin nampak mudah je.Tapi bukan untuk aku yang selalu rasa takut,gayat,mengah mendaki.Alhamdulillah,bila kita ubah fikiran kita letak kepada yang lebih positif,otak memang akan hantar isyarat ke setiap tubuh kita bahawa kita mampu.

          Dan sudah semestinya sokongan orang sekeliling itu penting.Aku sangat-sangat berterima kasih untuk mereka yang sering beri aku galakan.Nak buat aktiviti-aktiviti di atas tadi kalau tanpa galakan mereka,mungkin aku tak buat.Begitu pentingnya galakan daripada orang sekeliling terutama yang rapat dengan kita.Galakan daripada anda sangatlah berharga.Apabila orang tu dah berjaya buat,pasti dia berterima kasih dengan galakan anda.Bukan mudah untuk orang tu atasi kesukaran dia.Dorongan anda mampu memberikan makna untuk seseorang.Maka jadilah orang yang selalu mendorong impian,usaha atau keinginan orang lain.Walau anda rasa orang tu tak mampu atau mustahil untuk dia laksanakan misi dia, jangan pernah sesekali mematahkannya.

          Bukan mudah untuk mencapai sesuatu matlamat.Kau kena kerja keras,kau kena disiplin,kau kena sabar.Kalau kau malas kerja keras,tapi nak kurang berat dalam masa yang singkat,kau memberikan kesan pada diri sendiri sebenarnya.Kau akan memanjakan diri dengan lebih lagi.Aku belajar dalam setiap perkara yang dilakukan disiplin itu penting.Memang ada masa kau akan rasa bersemangat dan tiba-tiba semangat tu jatuh.Takpe,paksa je diri tu.Kalau tak berdisiplin susah nak berjaya.Paling penting sabar.Dah bertahun-tahun kau usung berat yang sama dengan ditambah segala jenis makanan,jadi kau kena sabar jugak bila nak kurangkan berat ni.Nak hilangkan berat pun akan mengambil masa.Berbanggalah walau sebulan kau cuma kurang 1kg sahaja.Kena sedar bahawa apa yang kau sedang usahakan ini bukanlah mudah tapi mampu sebenarnya.


BE STRONGER THAN YOUR EXCUSES

Thursday, November 21, 2013

Merajuk Si Penimbang Berat

Sejak daripada 23 September lagi aku dah berazam yang aku mesti kurangkan berat aku.Korang pun tau kan tamparan kesedaran yang datang secara tiba-tiba tu benar-benar buat aku insaf.So aku start exercise,pergi jogging,pergi jalan,minum air masak banyak-banyak,minum green tea semata-mata untuk memastikan berat aku kurang.Aku kurangkan berat ni bukanlah semata-mata untuk nampak cantik tapi untuk kesihatan jugak.

Dalam keluarga aku ada yang menghidap darah tinggi,kencing manis.Keluarga aku memang besar-besar.Aku tengok sendiri macam mana dorang kena telan ubat,masuk hospital akibat sakit.Dan masalah ini dah mula beri kesan pada kesihatan aku sendiri.Aku masih muda so kenapa tak nak elakkan?Kenapa aku perlu tunggu sampai dah jadi teruk baru nak ambil tindakan kan?Kan orang cakap mencegah itu lebih baik daripada mengubati.Nekad aku untuk jadi lebih sihat.Itu sahaja.

Tapi penimbang berat dekat rumah aku ni seolah-olah memberikan kesan psikologi yang sangat tinggi pada aku.Setiap hari aku timbang berat macam tak nampak sebarang perubahan pun.Aku mulalah rasa menyampah dengan penimbang berat tu.Aku merajuk dengan penimbang berat aku.Masa tu berat aku cuma berkurang 2 kg sahaja padahal aku kerja keras dengan berdisiplin.Sedih betul aku rasa.Tapi aku tak tinggal senaman aku.Aku merajuk dengan penimbang berat je.Hehehehe...

So masa balik Kuching hari tu ramai yang cakap aku nampak lain.Akak dekat ofis kolej cakap aku nampak lebih berseri.Hehehe..itu seri nak konvo kot.Aku nampak je penimbang berat dekat ofis.Aku tak berani naik takut merajuk aku bertambah-tambah lagi.Tapi ramai yang aku jumpa ada yang cakap aku nampak berkurang berat.Aku sedapkan hati mungkin sebab dah lama dorang tak tengok aku.

Hari Jumaat,8 November aku kena pergi amek jubah,lepas tu ada rehearsal.Rehearsal habis awal.Aku lapar.Tekak rasa nak makan McD.Duduk dekat sana haritu memang aku cheat day jelah.Aku teringat janji dengan Ina nak makan McD dengan dia.Mujur dia tak buat apa-apa haritu terus pergi McD berdua.Aku rasa dah berbulan lamanya aku tak makan McD.Sampai aku tak ingat bila last aku makan McD.Last aku makan KFC time praktikal bulan 8 haritu.Mungkin last aku makan McD bulan 6 kot.Perghhh..lamanya..Padanlah aku mengigil je bila orang sebut McD.

Balik daripada makan,aku melangkah berani dekatkan diri dengan penimbang berat dekat ofis.Diam-diam je aku naik.Mata tak nak tengok penimbang.Berdebar-debar ok.Dah tu sapa nk tolong tengokkan angka dekat penimbang ni?Ok fine bukak mata tengok sendiri.Pastu aku terkejut.Rasa mata aku ni salah tengok ke apa.dia tunjuk angka 90kg.Terus aku jerit 1 ofis..Hoyeahhhh berjaya kurangkan 5kg.Haaaa berkat merajuk dengan penimbang beratlah ni.Makan hati dengan penimbang berat pun boleh buat berat turun.

Bila balik rumah aku gunalah balik penimbang berat aku tu.Hehhhh dia tunjuk angka 92kg lak.Maka aku syak penimbang berat aku ni dah tak memberikan kerjasama yang baik dengan aku.Ada sapa-sapa murah hati nak taja penimbang elektronik dekat aku tak?Jasa kalian amatlah dihargai..hahahahah...melawak je ok.Aku akan usaha dengan lebih berdisiplin lagi demi memastikan aku dapat kurangkan berat aku lagi.Bulan depan majlis kawen kawan baik.Harus gojes okeh!

Hari Graduasi

Assalamualaikum..Alhamdulillah setelah sekian lama menanti, 9 November lalu adalah harinya.Segala penat lelah menangis ketawa berbayar.Dewan besar itu memang jadi saksi untuk usaha 3 tahun di bumi UNIMAS.Maka kiranya aku telah membuat mama gembira melihat aku melangkah atas pentas itu.Syukur untuk peluang yang diberikan.Walau bapak tak terbang bersama untuk melihat aku, namun aku sangat berterima kasih padanya.Syukur untuk nikmat hidup ini.Syukur untuk semua yang sentiasa mendoakan dan menyokong perjuangan ini.

Bukan mudah untuk aku berkelana sendiri di bumi asing.Ya,asing sekali kerana aku tiada saudara-mara disini.Jauh aku rentas Laut China Selatan demi ilmu.Jauh aku tinggalkan keluarga dan rakan-rakan di tempat aku bermastautin.Belajarlah aku untuk mencari kawan baru.Belajarlah aku menimba pengalaman di tempat orang.Walau aku punya seorang kawan lelaki yang aku kenali sejak daripada peringkat diploma dahulu,tapi takkanlah aku nak bergantung harap dengan dia sahaja.Maka aku redah juga walau rasa kurang yakin.

Alhamdulillah, Allah SWT sentiasa mempertemukan aku dengan orang-orang yang sangat baik,sentiasa membantu aku dan menerima aku seadanya.Disanalah aku bina sebuah keluarga lain.Aku punya kakak,aku punya abang,aku punya adik yang memeriahkan hari-hari aku sepanjang pengajian.Pada merekalah aku meluahkan cerita,pada merekalah aku berkongsi duka.Dan ada masa kadang-kadang dengan merekalah aku terlepas marah,dengan merekalah aku merajuk lara.Untuk kalian yang menjadi keluarga aku di sana, ketahuilah bahawa kasih dan sayang diri ini insyaAllah akan berterusan.

Perjuangan 3 tahun ini ada pasang surutnya.Aku tak sentiasa berada di atas.Aku tak sentiasa hidup bahagia.Bila saat aku diduga,bila saat aku jadi lemah tidak bermaya aku tidak pernah terfikir untuk berhenti melangkah.Kerana aku tahu jalan ini yang aku pilih.Kalau menyerah bermakna aku mengalah sebelum mencuba.Mereka di sekeliling aku benar-benar memberikan sokongan tanpa henti.Aku sangat menghargai jasa mereka mengangkat aku bangun bila aku jatuh terduduk.

Akhir sekali, aku mendedikasikan hari indah ini untuk semua yang telah sama-sama dengan aku selama 25 tahun ini tak kira keluarga tersayang,rakan-rakan baik di Kedah,rakan-rakan baik ketika diploma dan keluarga kesayangan hati beta di Kuching.Kamu tahu diri ini adalah kosong tanpa kehadiran kamu.Diri ini tidak akan berdiri segembira ini tanpa kamu di sisi.Terima kasih.

Terima kasih sangat-sangat Miss Diana Tracy aka Kak D yang merupakan felo kolej kediaman yang sangat kaya dengan senyuman dan sering berkongsi waktu bersama untuk gambar diluar jangkaan ini.Orang lain berarak masuk penuh tertib,aku terus sengih excited sebab nampak Kak D di tepi.

Thursday, October 10, 2013

Tamparan Kesedaran!

          Wahhh gitu tajuk kali ni.Tapi serius kali ni macam datang kesedaran ibarat orang tampar pipi bangun daripada lena yang panjang.Kelas tak peribahasa aku guna?Haaaa gitulah hendaknya keinsafan yang datang menerjah diri ini.Selama ni aku macam ok je.Tak ada hal sangatlah.Saat kena "tamparan kesedaran" tu, terus aku rasa membuak-buak semangat berkobar nak laksanakan misi aku.

          Sebelum aku masuk universiti dlu, berat aku ni 85kg.Nampaknya 3 tahun dekat universiti aku telah berjaya meningkatkan berat kepada 95kg!!!Haaaaa hamek kau..ni kalau tak tersedar daripada mimpi indah aku tak taulah.Sebab balik daripada Kuching haritu aku timbang berat la.Homaiiiii mau pengsan rasa tengok angka dekat penimbang aku tu.Patutlah aku rasa macam baju-baju aku kecik dah.Rasa tak selesa nak pakai.Rupanya dah sampai 95kg kauuuuu!!!!Sikit lagi nak 100kg der.Jangan main-main.Sekarang muda lagi.Tak kan nak sakit baru nak jaga kesihatan.

          Tamparan kesedaran ni datang bila aku ambil gambar dekat airport kuching haritu.Aku nampak kebulatan sangat muka aku.And guess what??Double chin aku sangat kelihatan.Tiba-tiba aku rasa kurang gojes dah.Hilang terus photogenic skill aku (hahaha...photogenic is a skill to me?apa2 jelah).Lepas tu bila masuk kapal terbang haritu, kena lalu la dulu dekat sone business class.Ak rasa pintu depan business class tu ngam-ngam badan aku.Aku pusing cakap dekat khalid.Gelak je weh sebab aku rasa lawak masa tu.Tapi bila sampai Sungai Petani aku terfikir balik situasi tu.

         Bulan Disember ni pulak kawan baik aku Dayang tu nak kawen. Haruslah kena nampak kecik sikit sebab Dayang kata nak suruh kwn2 jadi pengiring pengantin.Lagipun aku dah janji dengan kawan-kawan baik aku dekat Kuching yang aku nak datang konvo nanti aku nak kurangkan berat.Sebab dah janji kenalah tunaikan.Depa pun pakat support aku jugak.Thank you korang sebab bagi semangat dekat aku.Tak lupa jugak pakar rujuk aku untuk setiap benda Najib sebab dengan dia selalu share macam-macam la.Lucu ok dia sanggup bawak aku pi Tesco nak tengok jenis green tea yang lain.

         Sebenarnya start 23 September haritu aku dah stop makan nasi.Aku gantikan dengan roti,makan salad,buat half boil egg.Tapi hujung minggu hari Sabtu aku jadikan cheat day aku.Maknanya bolehlah aku makan nasi lemak ka,nasi beriani ka.Ada la turun 2kg berat aku.Lepas tu dah kawal makan kenalah pi bersenam jugak.Sekarang ni aku tengok cuaca pun cerah cantik ja kan.Rugilah terperap dalam rumah.Pukul 5.30 petang aku akan jalan-jalan dekat lorong belakang rumah.Nak p jauh-jauh aku takut kena kejar dengan anjing,kena usik dengan mat lepak.Kalau ada partner aku berani la.

        So doakanlah aku dapat hilangkan berat sebelum aku konvo bulan depan.Ada lagi sebulan la.Tak apa pelan-pelan kita kayuh.Nak laju-laju pi mana.Slow and steady ja cukup.Nanti bulan depan aku update kalau-kalau berat aku ni dah berkurang.

Wednesday, October 2, 2013

Minumlah Air untuk Kesihatan yang Lebih Baik

Assalammualaikum...homaiii baca tajuk kat atas macam doktor-doktor bagi nasihat pulak kan.Yelah sekarang ni musim hujan lepas tu tiba-tiba panas.Badan terkejut kot tu yang ramai jatuh sakit.Lepas tu ramailah yang ke klinik.Rasanya sekarang ni mesti ramai pesakit yang jumpa doktor mengadu selsema,demam dan sakit tekak.Lepas tu bila update status demam dekat Facebook dengan Twitter atau share gambar dkt Instagram mesti akan ada sorang dua pesan "minum air banyak2".Betul tak?Kan kan kan..kenapa orang suruh minum air banyak2?


Sebab air masak atau air putih atau air mati atau apa-apa jelah yang korang panggil untuk air minum yang berwarna putih tanpa rasa itu sebenarnya mempunyai banyak kebaikan.Tapi ramai yang tak tahu akan kebaikan minum air masak atau pun dorang tahu tapi selalu cari alasan tak nak minum air masak banyak-banyak.Macam aku sendirilah.Memang kurang nak minum air masak sbb bila duduk dekat hostel masak air bila rasa nak minum je atau masak maggi.Hahahahah...time lain rasanya macam membeli je air dekat kafe.

Macam aku cakap dalam tulisan sebelum ni, mungkin faktor peningkatan usia dah buat aku banyak fikir lebih kearah kesihatan kot.Sebab utama ialah kebelakangan ni aku rasa macam cepat pulak aku rasa pening la nak demam la.Masa aku balik Sarawak awal September haritu, tiba-tiba hari kedua mcm tu ak dh rasa sakit tekak.Dok esoknya aku terus demam.Menggigil badan okeh.Lepas tu baru je minggu lepas aku rasa nak demam balik.Aku kalau nak demam dia mesti start sakit tekak kemudian selsema baru demam sampai pening kepala tak boleh nak bangun.

Memandangkan sekarang ni aku sedang berusaha untuk diet kurangkan berat badan, maka aku memang banyak minum air.Yelah orang cakap minum air masak banyak-banyak boleh membantu mengurangkan berat badan.So masa hari yang aku rasa start sakit tekak tu, aku nekad tak nak makan ubat.Bahaya jugak biasakan diri telan ubat kan?Aku minum air masak banyak-banyak.Adalah 5 liter air rasanya aku telan haritu.Dan akhirnya memang terbukti pesanan orang suruh minum air banyak-banyak tu berbaloi.Esoknya aku dah kurang rasa sakit tekak dan tak selsema.Pening kepala pun hilang entah kemana.

Nak tau kenapa sakit-sakit tu boleh hilang?Sebab air ni membantu mengawal suhu badan.Fikir macam bila api marak dalam kebakaran kita siram air kan.Lepas tu api dah padam.So macam tu jugak tubuh badan kita.Sekaligus mempertingkatkan sistem pertahanan dalam badan kita.Malah hasil daripada pembacaan aku jugak baru aku tahu bahawa air ni mampu mengurangkan risiko kanser.Whoaaaa...best tak?

Tak nak cakap banyak sebab korang mesti cakap aku temberang kan?Tak apa, meh nak bagi korang tengok beberapa gambar yang aku amek daripada Google.



Haaaa...tudia punyalah banyak kebaikan minum air ni sebenarnya.Cuma kita je selalu mencari alasan tak nak minum dengan lebih kerap sedangkan air tu sangat bagus dan penting untuk kesihatan yang lebih baik.Kena sayang badan.Dan untuk mereka yang selalu berhadapan dengan masalah nak mulakan minum air masak ni, aku ada tips yang aku sendiri gunakan.Aku bila dah nekad memang slow pun tak apalah.Janji buat.Orang kata pelan-pelan kayuh.

1.Gunakan mug/cawan/bekas minuman yang paling disukai.
2.Cuba minum segelas untuk setiap sejam/dua jam.
3.Kalau gunakan bekas minuman, sentiasa pastikan bekas minuman itu ada dengan anda.Minum dengan motivasi "aku nak habiskan air ni sebab nak tambah air lagi".Serius aku sampai paksa diri macam tu tau.
4.Buat catatan berapa jumlah air yang dah diminum.Kalau botol korang tu 1 liter then korang dah catat 4 kali minum, tak ke dah 4 liter tu?
5.Sentiasa bangga dengan pencapaian diri.Macam aku bila berjaya minum lebih daripada 3 liter haritu aku terus tulis.Bila kita beri motivasi yang positif pada diri, kan bagus tu.Otak pun akan berazam esok nak buat lagi.
6.Masa mula-mula nak start minum air dengan jumlah banyak ni time tu aku mula nak diet dengan Najib.So tok aku bagi satu petua.Dia kata letak limau dalam air masak tu.At least adalah rasa kan?Nanti bila dah biasa minum, kau langgah je air masak tu macam biasa.Kannnn??

Memang tak susah pun sebenarnya.Cuma kadang-kadang ni kita suka memberi alasan dan mencari alasan.Sampai bila nak macam tu kan?Kena berubah untuk kesihatan yang lebih baik.Air masak je kot.Nak sihat tak susah..cuma minum air untuk kesihatan yang lebih baik.

Saturday, September 21, 2013

Kenapa Green Tea?

          Dari dulu kalau makan dekat kedai, aku lebih suka pilih teh o ais limau/lemon daripada air-air lain.Sebab utama aku malas nak fikir nak pilih air apa.Ko bayangkanlah pilih menu nak makan pun aku dah rasa stress ni nak pilih air.Dah la macam-macam jenis air sekarang ni.Ko nak yg blended ada,yg letak bubble2 tu pun ada,belum masuk dorg gabung-gabung air.Haaaa...tak ke pening nak pilih tu.Aku ni sejak umur dah meningkat ni beralih dah citarasa tekak.Dah tak mampu nak terima minuman manis-manis.Kang manis sangat aku boleh pening kepala tahap nak hentak kepala dekat dinding.So kalau teh o ais limau tu takde lagilah yang manis sbb ada limau/lemon yang akan buat dia rasa masam2 sket.

          Nak dijadikan cerita aku mula-mula minum teh hijau ni masa belajar dekat Sarawak. Kalau tak salah masa tu keluar makan dekat luar.Kaklong la yang order minuman ni.Kitaorg pandang dia macam eh sedap ke air tu?Apa rasa dia?So try minum sket.Bluwerrrkkkk...sumpah aku rasa tak best tekak aku masa tu.Kalau tak salah aku teh hijau yang kaklong order tu yang ada bunga melati aka jasmine.Perghhh..kembang je tekak aku ni.Memang taklah aku nak try lagi dah green tea nekad aku masa tu.

          Tapi itulah orang cakap selera tekak ni berubah ikut peningkatan umur agaknya.Bila pergi latihan teater, boleh pulak aku beli air green tea with lemon.Haaaaa..rasanya bermula dari sinilah cinta aku pada green tea berputik.Bagus..dia gabungkan teh hijau dengan lemon so xdelah tekak aku rasa kembang sangat.Yelah time tu berteater banyak je suara jerit-jerit aku kan.Bila minum green tea with lemon tu rasa sejuk sket tekak aku.Maka sejak daripada itulah aku prefer minum green tea with lemon.Tiap kali nak pergi latihan esp masa latihan persiapan untuk teater KOJOL tu, wajib beli sebotol.Namun nak memupuk kesukaan pada green tea with jasmine tu, ohoiiiii ak rasa mimpi ngeri je.

          Dalam pada tak suka aku dengan green tea with jasmine tu, now tekak ni dah serasi dengannya pun.Yelah sebab org cakap minum green tea ni boleh kurus, so paksa jugak diri telan.Lama-lama berkenan terus melekat dengan citarasa tekak ni.Sebab dah pandai ajar tekak jangan minum yang manis-manis.Tak bagus untuk kesihatan.

          Sebab berazam nak minum green tea, aku pon beli la teh hijau dlm uncang.Tapi perempuan dasar nak cepat macam aku ni sangat malas nak bancuh-bancuh green tea uncang tu.Asyik beli jugak yang dh siap dalam botol or tin.Mudah dan pantas.Yelah yang aku beli tu green tea tanpa lemon tanpa jasmine apa2.So memang tak jalan langsung green tea yang aku beli tu.Daripada 25uncang sekotak, dapat la jalan 2 3 uncang je.

        Bila dah balik semenanjung ni, tak taulah sama ada amalan minum green tea tu dpt diteruskan ke tidak.Sebabnya dah xde lagi latihan teater,xde lagi lunch dengan kesayangan hati, xde lagi kakak kafeteria yang dah tau aku nak minum air apa,xde lagi koperasi yang dekat untuk aku menapak membelinya.Oh ruginyaaaaa...sebab green tea ni bukan je bagus untuk membantu menurunkan berat badan tapi ada banyak faedah lain.So aku godek Google dan jumpa beberapa perkongsian daripada orang lain tentang kebaikan green tea ni..



          Haaaaa....hamekkk kau banyak benor kebaikan minum green tea.Terus keterujaan aku nak minum green tea kembali.Esok nak keluar beli barang.Wajib masukkan dalam list untuk beli green tea.Kali ni kena pastikan cari yang ada perisa.Kalau beli yang teh hijau semata2, lambat nnt nak habis.Jadikan teh hijau sebagai minuman pilihan.Gituuu macam iklan pulak..

Ukhwah Ini..

Assalammualaikum..alhamdulillah panjang lagi umur nak berkongsi kisah hidup. Baru-baru ni aku terbang balik Kuching 2 minggu. Walaupun dah habis belajar, tapi aku still sayangkan tanah Sarawak terutama sekali UNIMAS.Balik untuk sambut juniors tapi macam more kepada aku nak ada quality time dengan kesayangan hati aku dekat sana.Heiii jangan ingat kesayangan hati aku tu pakwe ok..Notty korang ni.

Aku naik flight MAS kali ni.Naik dr KLIA dengan Min.Tapi lain-lain flight.Hhahaha...so aku sampai Kuching dulu kenalah tunggu Min.Takpe, sebab ada internet aku boleh survive sorang2.Kalau takde,mau aku mati kutu tunggu Min sampai.

Balik Kuching pun sebab nak hantar report Industrial Training aku.Malas nak pos-pos.Alang-alang nak berhajat ke Kuching,hantar je terus report aku ke fakulti.Alhamdulillah, aku dah pun dapat berita menggembirakan.InsyaAllah 9 November ni aku akan naik pentas dekat DeTAR UNIMAS untuk amek ijazah.Penat lelah tangis tawa jatuh bangun 3 tahun aku dekat perantauan.

Ni antara wajah-kawajah kesayangan aku.Time ni kitaorg dalam DeTAR untuk Malam Rumpun Budaya Minggu Aluan Pelajar 2013/2014..Perghhh ketaq lutut tau dak sebab team Cempaka,kolej kediaman kesayangan aku tu ditempatkan nun di tingkat atas sekali.Gayat pulak aku rasa bila tengok stage.Curam weh...Tapi lama-lama rasa ok.Siap boleh buat cheers,menari sakan kat tingkat atas tu.Kitaorg datang menyokong juniors.

Bila dah jumpa adik-adik kesayangan aku tu mmg kecoh jadinya.Kitaorg ada nickname istimewa.Pastu kejap2 kitaorg jerit je pakai nickname tu.Ohhhh aku akan rindu nak guna nickname tu..

Malam last before balik ke semenanjung, keluar makan ramai-ramai.Kitaorg makan dekat Sharing Planet.Fav place kalau nak makan western yang murah,sedap dalam portion yang besar dekat Kuching.Sebab tu namanya Sharing Planet kot.Malam tu bos-bos belanja, maka aku tanpa rasa segan silu lagi berfikir panjang order set Fisherman Delight kot namanya ni.Bila sampai je pinggan kat meja, ak tersandar.Wehhhhh..mampukah aku nak habiskan ni?Dah tu yang lain pakat main passing makanan.So bayangkanlah kekeyangan malam tu.Dasar lupa dunia kan.Lepas tu dessert dia order Choc Lava dia taruk aiskrim atas tu lagilah aku rasa hilang dari dunia..Memang terbaik bro.Yang tak habis siap tapau bawak balik untuk adik-adik makan.

Ni adik-adik yang selalu teman aku sepanjang aku dekat Kuching.CT tak dapat datang sebab dia ada meeting untuk event.Abaikan kebulatan wajah aku.Aku pun macam tak dapat terima hakikat dengan kebulatan itu.Thank you ainnur, lina and wanie sbb buat hari-hari kak ila dekat kuching penuh dengan gelak ketawa dengan korang.InsyaAllah nnt kak ila konvo kita jumpa lagi...

Yang nak baliknya cuma 4 orang which is aku,Haikal yg pkai baju kotak2, Khalid tshirt kuning & Hadi pakai kot tapi yang hantar ke airport sekampung.Spongebob aku pun terjebak masuk gambar sama.Yang kat belakang aku pakai tshirt biru gelap tu Kery.Orang yang aku rasa dah banyak tolong aku.So masa nak jalan masuk departure hall, aku cakap dkt kery, "Kery,thank you sbb kau kutip aku 3 tahun dlu"..then kery jawab "you are a diamond now"..Pilu gila aku rasa time tu.Walaupun Kery tu muda daripada aku, tapi dia senior aku.So banyaklah pengalaman dia kongsi.Depan departure hall tu peluk dgn gegirls kesayangan aku.Aku memang tak boleh tahan air mata dah.Aku kena tinggalkan Min dekat Sarawak sbb dia ada 1 sem lagi.Pelik tau rasa sebab datang sama-sama,balik aku sorang je.Nasib baik aku 1 flight dengan khalid and haikal.Hadi naik malindo.Mesti orang lain pelik tengok kitaorg nangis-nangis depan tu kan.They are my awesome friends.

So harapnya inyaAllah Nov nanti kita jumpa lagi ok.Ukhwah ini harus terus dipelihara..

Monday, August 26, 2013

Sehingga Akhir Nafas Ini..

*Dah lama tak menulis puisi..aku bukan seorang yang hebat.Aku usaha tulis untuk mengenang kawan-kawan baik dari sekolah sampai zaman universiti yang aku anggap adik-beradik sendiri.Kalau aku sayang kau, aku sayang sampai bila-bila.


Saat aku coret bait-bait indah jadi kalam 
Untuk tatapan bersama kemudian hari
Cuba mencari definisi yang sahih untuk sebuah tujuan
Ada jawapan yang tak mampu dinafikan
Membenarkan ia membina sebuah ukhwah
Dalam sedar mahupun tidak

Dari arah mana pun kau datang
Jalan hidup ini tidak pernah sunyi
 Pengalaman telah mendewasakan pemikiran
Namun tingkah masih manja dan tenang
Biar mereka yang lain bicara tentang perbezaan
Kita senang lihat sudut persamaan

Metafora apa yang diguna
Untuk jadi perlambangan sebuah persahabatan
Mungkin tak sehebat keriuhan yang dilalui
Abstrak lukisan atas kanvas hidup
Satu nilai tiada bandingnya
Ku syukuri atas kurniaan tanpa bernokhtah

Berdiri dan jatuh tak pernah ada rasa gentar
Sebab selalu rasa yakin
Aku tak pernah sendiri
Selagi Allah SWT masih ada
Yang akan terus memelihara hubungan ini
Wujud diri ini akan terus melangkah
Bersama mereka yang sudi memberikan ruang
Berkongsi nikmat hidup 
Sehingga akhir nafas ini

I'M BACKKKK!!!

Salam..perghhh berkurun lama kutinggalkan ruang ini.Baru kini ada masa mahu menjengah seketika.Banyak kisah yang terjadi sepanjang 7 bulan yang lalu.Ada yang buat aku ketawa, ada yg buat aku menangis menahan marah.Mahu dikongsikan disini tapi macam asyik cari alasan tak nak update je.hehehehe..

So boleh tak nak buat ringkasan secara keseluruhan sahaja?Sebab kalau nak recap semuanya, aku kena hadap menulis tanpa lena la jawabnya.Tapi tak pe banyak gambar dalam simpanan.Mana yang aku rasa nak kongsi cerita nnt ak kongsikan ye.

Cuma ak nak minta doakan semoga perjalanan hidup aku selepas ini lebih baik.Yang sebelum ini dan sekarang mmg dah baik.Cuma selepas ini banyak liku-liku kehidupan harus aku hadapi.Aku boleh dikira dah habis tempoh pengajian.Now tunggu keputusan untuk grad sahaja.Semoga dapatlah aku grad bulan Nov nnt dan bawak family aku terbang ke Kuching jugak.

Lepas ni aku akan cuba untuk update.Walau tak ada yang membaca tapi itu lebih baik.Privasi sket..kononnyaaa..hahhaaha...

Untuk semua yang sentiasa ada untuk diri ini sama ada deakt mahupun jauh dimata, I LOVE YOU!

Tuesday, February 19, 2013

CUTI-->Lepak dgn Gegirls Kesayangan

Salam..cuti sebulan sudah mau habis der.Apa mau bikin?Kemas kain baju dan moh le pulang.Adoi korang kan tau aku ni murah dgn air mata.Tiap kali nak berpisah macam ni,hati aku memang lemah betul la.Banjir dengan air mata mungkin.Sayang nak tinggal semua gegirls kesayangan i.Cuti ni memang jumpa gegirls je.Almaklumlah i kurang kawan lelaki.I kan gemuk!Teringat ada orang tu cakap something bad pasal perempuan gemuk.Eeeeeee...nasib aku x dgr sendiri.Kalau aku dengar,mau aku buat drama swasta depan dia.Sifu aku ajar "lambung org tu tinggi2 lepas tu smash" kalau dlm debat.So aku aplikasikan dlm kehidupan seharian.Ehem..awak kena jaga perasaan orang dan kena fikir setiap benda yang awak cakap tu okeh.Ada sesetengah isu tu sangat sensitif utk dibicarakan.Nak2 kalau awak bukan dr kalangan yang i close.Mak sentap nak!!!

Heyyyy....lupakan itu olang yang bikin hidup rasa tidak syok.Wa mau kasi bahagia dan hidup gembira sahaja.Wa rasa mungkin sejak umur dah nak masuk angka 25 ni,wa rasa kematangan wa ada anjakan paradigma sikitlah.Wa banyak menasihati,wa banyak dengar nasihat orang,wa banyak belajar dengan orang sekeliling.Tapi wa punya perangai merajuk tu tarak boleh hilang..hehehe..wa kan perempuan kental di luar lembut di dalam..

Cuti ni sempatlah jumpa dengan gegirls kesayangan.WAJIB jumpa mereka okeh!!!Lagi wajib jumpa anak Pah.Humaira dah semakin membesar.Memang aku membuli dia aje masa dia datang rumah aku.Aku siap dodoikan dia tdo.Korang kan tau menyanyi adalah kegemaran aku.Maka aku dengan suka hati nyanyi smbil tepuk2 bontot Humaira bagi dia tdo.Thank you Pah datang lepak dekat rumah aku.Be strong k Pah.Kita perempuan kuat sebab kita sentiasa ada Allah SWT utk bergantung harap.Trust my words babe!


Alololo..tomei tak Humaira tdo?Tdo sebab tak tahan dengar aunty Ilah nyanyi..hehehe


Aipp..Eka awak dah besar2 pun minum susu dalam botol yeh


Suka sangat buat muka macam ni.Gonna miss u Humaira..


Sepanjang aku cuti,selalu jugak dengaq Uih kata dia nak keluaq sama2 p tempat pojaan hati kami bertiga (aku,uih&najib) tapi itulah kekangan masa membuatkan kami terpaksa menundanya.Akhirnya dapat jugak sekali.Haritu masa awai2 balik p dah rumah Uih ada kenduri sikit.Masuk rumah dia,nmpak uih terus nak jerit2 macam biasa dok buat.Aippp..org ramai tak boleh buat macam tu.Hehehe..Najib pulak buat lawak boleh salah faham tarikh kenduri.So dia dok blur confuse sampai la aku mesej tanya dia.Cenggitulah Najib bila nak masuk 25 thn ni..*naya ak kena ketuk ngan Najib ni*...Last Sunday dapatlah larikan diri sebentar meluangkan masa bertiga.Port lepak kami adalah di Spices of Penang Village Mall.Semua nak pekena Mix Fruits.

Bila kami bertiga kumpul,mula nak buat perkara yang tak diduga.Aku nak amek gambar menu2,dah orang kedai tu mai nak ambil.Pastu dia kata takpa,dia tinggal satu.Adoii malunya aku weh!!!Uih la ni awai2 tu dok buat ramah mesra tanya mix fruits ada ke tak.*Sembunyi muka bawah meja.hehehe*Siap buat meeting Persatuan Gadis TPJ Siri 1/2013 dengan 6 agenda mesyuarat.Kau mampu???

And to our dearest best soul sister and best friends Nani,please la balik for good to Malaysia ASAP.We miss u so much laaaa.Rasa macam ada seat kosong utk hang setiap kali kami keluaq.Rasa nak keluaq macam time kita p A&W,ambik gambaq,gelak pastu dok merapu bersama.Uih plan nak buat sleepover.Dia nak pasang bekas teloq ayam dekat bilik dia supaya bila kita gelak,orang luaq tak dengaq la.*Naniiii...we miss u..we miss u..we miss u..we miss u*

Masih ada ruang kosong dibelakang..cepat isikan..the more the merrier rite?

Dan akhirnya hajat hati nak luangkan masa dengan best friend Alin tercapai jugak.Aku kenal Alin drpd Form 2..Sama macam kenal best friendsku Syafiq jugak.Aku jarang mesej dengan Alin.Huwaaa...kejam tak aku?Last jumpa Alin masa raya tahun lepas.Itulah masing-masing sambung belajar jauh-jauh.But Alhamdulillah bila jumpa kami tak awkward.Still boleh gelak and share cerita.3 kali aku jumpa Alin time cuti ni.Terlepas rindu2 selama ni..Sempat heret Zati sekali join.Zati as usual memang meriah bercerita.Yang lawaknya Alin nak perkenalkan produk kolagen dekat aku dengan Zati.Zati tanya banyak gila.Helloooo...Zati tu amek Legal Studies weh..Tak heranlah dia soal Alin macam2.Hehehehe...Macam Alin kena buli dengan Zati.Zati kata "ni ak nak ajaq hang meniaga laa..customer tanya hang kena jawab."Lepak dengan dorg tadi cerita pasal keje,kecantikkan dengan business..Gituuu...macam businesswomen kan kitaorg ni..heheheh...

Senyum manis mereka...

Alhamdulillah..cuti terisi dengan mereka bila berkelapangan..Bukan senang nak duduk bersama.Kekangan masa dan tanggungjawab jadi penghalang.Aku mohon untuk semua doakanlah aku dapat perform final semester aku dengan baik.Doa kalian amat aku perlukan untuk menghadapi semester akhir ini.I love my gegirls...

Thursday, January 31, 2013

Cuti Cuti Cuti..

Salam...weehooo cuti semester dah bermula..hehe balik 21 Januari haritu..Lepas tu dok sibuk sana sini sikit..Eh itupun kira balik lambat dah..Last paper 14 Januari.Saja luangkan masa dekat Kuching.Holiday kt Kuching dulu.Hikhikhik..tak ada pergi mana2 pun.Cuma rutin setiap pagi adalah turun melepak dekat ofis.Tolong sibukkan diri bersama..Sempatlah jaga kaunter pertanyaan ofis kolej masa dorg bukak weekend.Aku dengan Min tolong jaga..Abang2 dgn kakak2 staf kolej boleh relax..Org nak serah kunci je pun.Senang je..

Sempat juga sebelum balik tu mengikis harta En Bak.En Bak ni lecturer fakulti i yer merangkap pengetua kolej i skali.Haritu dia mintak tolong kemas rumah sebab dia nak sambut baby dia.Kemain lagilah aku,min,cik b,zatil,kery,khalid mengemas.Kitaorg x mintaklah En Bak naikkan markah exam.Cukup belanja makan.Dah En Bak pun nak makan steamboat,heret pergi tempat steamboat kegemaran..thank you En Bak sebab belanja.Itu kira skali En Bak belanja birthday Kak Lia.

19 Januari tu birthday kakak kesayangan kita, Kak Lia.Muahhh..dekat kolej sambut dgn kery,khalid,sein,hadi,min..dorg belikan kek aiskrim..pastu ak dgn min culik kak lia.bawak pergi makan kek dkt secret recipe..ni hajat mimi ye.

Eh time cuti ni merancang nak siapkan projek tahun akhir dgn cari tempat nak praktikal..Aduhaiiii dah nak habis belajar ni.Semoga perjalanan ini akan dipermudahkan dan hanya kenangan terindah sahajalah yang bisa aku kutip.Last semester pun best..Projek KOJOL nyata buat aku kenal team yang hebat..Harap2 masih ada projek baru lagi nanti..

Cuti tinggal lagi 20 hari sahaja..orang lain kuliah start 18 Februari..Aku ni 20 Februari baru nak terbang balik.Well i kan nakal...

Thursday, January 3, 2013

Ceritera Pementasan KOJOL Bhgn 4

Maka sekarang mari saksikan apa yang terjadi pada sebelah malamnya.Awas sbb mungkin mengandungi gambar-gambar yang buat anda seram..

 Alhamdulillah..kawan2 yg dtg sokong..kupaksa beli tiekt ni.hehehe

 Dewan yang hampir penuh walaupun masih awl utk pementasan..

 Yg ada beg coklat tu kakak syg kita..Kak Lia..Lelaki berbaju pink is Seko and sebelah dia Sara..cucu2 yg dtg support aunty dgn nenek

 Berbaju batik tu wakil DBP,tgh2 Madam Dayang, yang hujung itu Khalid..pengarah projek ni






 Iblis dlm teater ni..

 Penaja makanan..wakil MyChicken..kenyang semua krew


 Warga kerja teater KOJOL
Dah siap teater..kemas2 mari pulang..

Ceritera Pementasan Teater KOJOL Bhgn 2

Maka mari mencuci mata tgk gambar-gambar sekitar pementasan KOJOL di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.Ini adalah gambar-gambar ketika pagi pementasan.Sesi untuk susun kerusi,check sound system,check lighting, susun props atas stage..

 Yang baju hijau tu abg zul..abju hitam tu kak aisyah..sibuk siapkan pentas

 mirul dgn trademark seluar kuningnya..putra trademark dia?suara kuat gila mcm telan mic..hehe..

 Proses susun kerusi..sibuk aku duk buat ujikaji penglihatan

 semua tgh dgr abg zul nk ckp apa..kerusi hijau ni haikal x bg org lain duduk..duduk je kena denda

 siap susun atur dewan..

 yang pakai topi tu amin..yg sorg lagi aiman..dua2 ni junior ibrahim school tau..tekun belajar psl teknikal kt dwn ni..bangga ngan junior mcm ni

 tgh2 sibuk dok bincang, sempat posing amek gambar..

 ni pagi hari nk bergerak..sumbat barang semau dlm bas..pakcik pemandu bas dh pening kepala..hehehe

pentas yg sedang dlm proses penambahbaikan..

Ceritera Pementasan Teater KOJOL Bhgn 3

Kali ni meh kita tgk sesi raptai sebelah petang selepas solat Jumaat.Time ni aku dengan khalid tak ada.Kena keluar beli barang.Yelah last minute masih nampak ada yang perlu ditambah.Nasib baik ada kereta..Kalau tak nak lari dengan apa?Hehehe..

Pengacara mlm tu..Zam..jgn igt jd pengacara sng.dgn dia skali kena berlakon..kitaorg kan lain dr yang lain

 Scene pertama..kelahiran bayi..dibungkus dgn kain,azan berkumandang..sayu hati..terkenangkan mama!

 Scene pengusungan jenazah..dlm tu memang ada pelakon ye.

 Lepas baca talkin, baca doa..insaf dgr bacaan talkin..

 Ini dia perjalanan cerita..

 Taraaa..abg zul..penulis skrip dan pengarah bersama..

 Ni haaa..Haikal..pengarah bersama dan bendahari..


Buh lagi gmbr mereka..tekun kerja dkt atas sana..bagus..bagus..

Ceritera Pementasan Teater KOJOL Bhgn 1

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mempermudahkan dan melancarkan setiap apa yang kami rancangkang.Perancangan untuk melaksanakan pementasan teater KOJOL ini datangnya daripada senior yang dah pun bergraduasi, abg zul.Abg zul ni dah lama ak kenal.Dari first year lagi kenal dia dah.Kebetulan haritu ajak dia jadi juri jemputan untuk salah satu aktiviti teater.Kemudian terus dia datang dengan idea nak bawa teater ke luar.Satu pencapaian terbaik UTD selain daripada muncul sebagai johan untuk mana-mana pertandingan.Diberi skrip berjudul KOJOL.

Daripada peringkat pemilihan pelakon,latihan,persiapan props,preview teater sempena Antara Dua Jalan, smpailah ke pementasan di Dewan Bahasa dan Puastaka, semuanya memberikan pengalaman dan ruang aku belajar.Yelah ni aku jadi SU.Biasa jd SU untuk UTD ni event dlm kolej je.Dah event kt luar, mmg surat menyurat haku punya kerja la tu.Nasib baiklah ada yg contoh lama2 time jd JPK dlu.Harus edit2 je kan.Boss cakap nak itu,nak ini..sediakan.Pengarah suggest mcm itu,mcm ini..anggukkan shja.Aku bukan jenis byk songeh kalau benda itu boleh memantapkan event.Go on je.I'm ok with it.Aku ni membantu dari belakang tabir.

Alhamdulillah jugak..syukur sgt2 yang jadi AJK semua tau tugas masing-masing.AJK semua dah ada pengalaman kerja.Dah tau mcm mana cara kerja sorg2.So mmg tak pening kepala sgtlah.AJK yang baru pertama kali kerja dgn kitaorg pun senang jugak kerja dgnnya.Efisyen dan pantas.Aku yang terkejar-kejar nk follow step mereka.Memang seronok kerja dengan team yang sekepala.Yelah, mostly semua kawan-kawan.Tak ada nak susah hati sangat pun kan.

Yang bahagian props lagilah aku tak susah hati.Pengarah mintak apa shja mereka mampu sediakan.Guna kreativiti sendiri tau.Kalau perlu beli barang,beri je duit.Esok mereka tungkus lumus siapkan props tu.Eh cantik-cantik props kali ni.Nampak sgt real.Kerja keras bahagian props.Tanpa mereka tak berjalan teater.Thank you so much la dkt Kak Aisyah, Props Master UTD sbb bimbing krew2 lain dgn baik sekali.Terima kasih utk krew2 yang bekerja keras smpai tahap berkampung dkt bilik teater tu.

Yang dok susah hati bahagian pelakon je.Bukan pilih kasih ke apa ek.Dowg ni dah la selalu bikin ak dgn min and pengarah2 tunggu.Pastu nak dekat pementasan, boleh lah de yang demam panas,yang sakit tekak,yang accident jatuh motor pun ada..Ak memang doa byk2 semua oklah.Nasib baiklah masa hari pementasan semua ok.Aku kan cikgu disiplin garang.Harus awal2 dah pesan jgn mengada nk minum ais and tdo lewat.Eh malam sebelum pementasan tu,siap boleh keluar lagi budak2 ni pergi kuching supper.Hoihhhhh..esk korg muka x berseri siap.Sorg2 ak libas dgn rotan..

Malas nak tepek gmbr kt sni.Next post lah aku tepek ye.Gambar sgtlah byk.Nak memilih yg cantik2 je masuk dlm ni..

Keluarga Unit Teater dan Drama CREATIST Kolej Cempaka

Sepanjang semester ni memang life aku setiap malam adalah di bilik teater.Macam semester ni aktif pulak UTD dengan pelbagai aktiviti dan yang paling istimewa projek mega kami tu.Now bila semuanya sudah habis, duduk bilik rasa resah.Yelah berbulan lamanya kau asyik ngadap muka orang yang sama je kan.Dok gelak ketawa,buat kerja itu ini.Perancangan macam-macam..Walau kurang tidur, stay up malam siapakn homework kuliah tapi aku puas.Puas sebab aku dapat buat apa yang aku suka.Bukan sebab dipaksa sesiapa.Inilah yang aku selalu minat daripada dulu.Libatkan diri dalam perkara yang boleh beri aku ruang utk belajar byk benda.




Gambar-gambar kat atas ni sekitar persiapan utk Festival Kesenian Inter Kolej..Tema kali ini adalah teater muzikal..Hoihhh bukan main berhari-hari rekod suara.Budak2 ni ko suruh nyanyi mmg boleh.Tapi nak nyanyi sedap ala2 professional, byk training lagi diperlukan.Nasib baiklah ada abg zul dgn bani tlg.Time ni sedih sikitlah..Dpt no 3..unfair!!!Yelah jurinya bukan dr bidang teater, so jgn nk rasa apa2.Diam jelah..kita membalas dgn tempat lain.huh..dek kecewa dgn FKIK, maka dowg ni semua nekad nk balas dendam utk pertandingan teater seterusnya bersempena Sik Mok Rasuah.Hoyeahhh....time tu tajuk teater dah la BALAS, memang membalas dendam sungguh.Teater dpt no 1,Cheers dpt no 1,sidang pleno pun no 1..So Kolej Cempaka layak bergelar Juara Keseluruhan (tepuk kuat sket)






Yang kat atas ni time kami pergi ramai-ramai tgk teater kt luar.Pergi naik kereta konvoi mcm tulah..Hbs teater,semau pakat lapar.Okeh jom pergi makan.Budaya makan waktu malam adalah normal.Nowonderlah tak kurus2 kan?heheheh..Tauke warung nusantara tu terkejut and kelam kabut jugak bila kitaorg dtg skali 30 org..penuh kedai dia..Bergabung-gabung meja kerusi.Tapi tak muat..smpai kena buat 3 tempat la utk kitaorg duduk.Mkanan dia best jg..Berbaloi dgn harga..Dh hbs mkn, time nak balik lak sempat nyanyi lagu Happy Birthday dkt Ainnur (gmbr last baju merah)..Terkejut dan malu la dia semua org tgk kami nyanyi mcm tu.Eh kitaorg mmg tak reti nak malu sgt kalau dpn public.Dh terbiasa begitu..

Dowg ni mmg selalu kena dgn aku.Kalau training pukul 8.30 tp yg dtg sorg dua, haruslah aku berleter kan.Tapi buat semua tu sbb nk disiplinkan dorg jg.Tak boleh lah awk nk lewat time latihan.Nanti kalau lah dpt job kt luar,kau nk buat perangai mcm tu ke?Oh tidak boleh ye..Bikin malu sahaja nnt.Sbb tu dlm UTD aku ni garang mcm cikgu disiplin.Lambat mmg kenalah dgn aku.Marah marah pun sayang adik2 oii..