Pages

Tuesday, February 22, 2011






Semenjak dua menjak ni memang ak mendengar radio je.Sebab dah tak de internet sebagai sumber hiburan.So terlayan la lagu-lagu ni.Bestlah pulak kan.Nak-nak lagu Anuar Zain tu yang boleh wat aku karaoke sorang-sorang sampai tak sedar diri kang.Hehehe..biasalahkan stress mengadap buku...

Okeh minggu ni start dah la minggu exam midterm aku.Memang bersusun subjek bermula hari sabtu ni.Pagi sabtu ada paper IT for Knowledge Workers and petang pukul 2 ada paper Organizational Behavior.Hari Isnin ada exam Hubungan Etnik..yang tak bestnya soklan struktur.Waaaa..naya la aku macam ni!!!Kalau objektif tu boleh la jugak nak pakai logik ni dah struktur memang kena bertapa mengadap buku HE macam mengadap subjek lain jugak.Kena pakai skill masa study Sejarah dulu.Hari Khamis 3 Mac aku ada exam Marketing.Petang okeh!!!Tengahari tu pukul 1.30 de test Jepun.

Memang sesak je kan.Sudahlah internet takde nak search info kena la pulak bertapak ke library yang sejuk membeku.Takpe..sabar2.Dekat library ada abang gula aka sugar brother.Muahahaha..niat tak murni la aku masuk library.Siapakah gerangan abang gula?Hanya aku dan cik min je tau.Yang tak nak datang library tak dapat la tengok abang gula.Ekeke..tapi abang gula tu bukan milikku.Milik cik min.Hahah..

*Hari Jumaat 4 Mac aku akan angkut beg balik Kedah.So jangan jeles!!!17 biji kek lapis sarawak siap untuk dibawa pulang nanti.