Pages

Monday, October 20, 2014

Jom Bawa Bekal

          Beberapa hari lepas aku ada terbaca tentang saranan untuk menggalakkan anak-anak ke sekolah atau orang dewasa ke tempat kerja untuk membawa bekal.Lalu aku teringat pengalaman sendiri membawa bekal ke sekolah dan ke tempat latihan praktikal dahulu.

          Seingat aku masa sekolah rendah aku dah bawa bekal.Tapi bekal aku masa ni istimewa sikit.Orang lain letak dalam bekas.Aku ni siap buat ala-ala nasi bungkus.Masa tu pulak sekolah petang.Rehat rasanya dalam pukul 3 kot.So sempatlah makan nasi bungkus daripada rumah.Siap ada plastik yang kita guna utk bungkus nasi kt kedai tu.Malah balut denagn surat khabar lagi.Haaaa kau ada?Nak pulak kalau lauk bekal aku sambal sotong,perghhhh memang tak sabar tunggu waktu rehat masa tu.Kemain tanya kat mana aku beli nasi bungkus gitu.Eh ini daripada rumah sendiri tau.Memandangkan masa tu tok aku yang jaga aku sewaktu mama n bapak bekerja,maka selalunya lauk bekal adalah lauk masakkan tok.Kalau hari Ahad baru bawa bekal lauk yang mama masakkan sebab mama cuti.Kadang letak ekstra sikit sebab kongsi dengan kawan.Kan best gitu?Perasaan budak-budak masa tu kan.

          Masa aku praktikal pun ak bawak bekal.Senang hidup aku tak payah nak keluar cari kedai nak makan.Waktu lunch kan ramai yang penuh kat kedai.Lepas tu nak tunggu fikir nak makan apa bukan senang.Kan aku cakap aku ni kalau bagi menu, memang terus jadi tak pandai nak pilih makan apa.Masa diploma aku praktikal kat satu company ni.Cukup time je aku pergi pantry makan bekal.Bukak bekal dan makan.Bila kami dah besar, mama masak lauk la pagi tu.Simple je lauk.Tapi sebab mama yang masak, kelazatan dia sangatlah tiada bandingan.Walaupun mama masak nasi goreng simple je letak isi ikan kembung  pun dah buat aku rasa alangkah bagusnya kalau letak lebih dalam bekas pagi tadi.

          Masa degree pulak praktikal dekat dengan KFC.Ko rasa aku ni tak tergugat tengok KFC hari-hari?Bau KFC tu macam boleh memanggil-manggil mendekatinya sahaja.Mau kopak aku kalau ahri-hari KFC.Silap hari bulan kian kembang aku nanti.So aku bawak bekal jugak.Pernah ada sekali tu aku teringin gila nak KFC, aku slumber bawak bekal masuk KFC.Aku beli seketul ayam dengan air,aku duduk kat satu tempat sambil mengadap TV pastu slumber bukak bekal aku dalam KFC.Hahahahaha..kan dah jadi keje slumber tu.Peduli la aku orang nak cakap apa.Ampun ya tuan kedai, I tumpang sini.Kedai ni selesa dan nyaman.

          Aku suka tengok masyarakat Jepun yang kreatif dengan seni bento.Bento tu apa?Bento tu lunch box yang ko bawak daripada rumah.Haaaa gitu bahasa mudahnya.Bila tengok cara mereka sediakan bento, rasa kagum sangat-sangat.Bento yang disediakan untuk anak-anak sangatlah menarik dan aku yakin kalau aku dapat bento tu rasa bangga.Kenapa?Yelah mak kau buat bento lawa kemain.Bolehlah tunjuk dengan kawan-kawan kat sekolah.Boleh bertukar tengok bento orang lain.Eh mak dia buat bentuk macam ni, mak kau buat bentuk tu,mak kau hias sayur macam ni,mak aku hias buah macam ni.Haaaa...kan best gitu?

                                                           
          Aku godek dekat Google dan ini antara bento comel yang menarik perhatian aku.Rasanya anak-anak kecil memang teruja bila melihat bento secomel ini.Barulah semangat nak makan sebab disediakan oleh ibu tersayang atau mungkin ayah juga.Penuh dengan nutrisi makanan yang baik dan insyaAllah selamat dimakan oleh anak-anak kita.Eh aku belum ada anak.Tapi nak menyediakan bento macam ni mungkin mengambil masa.Kebanyakkan ibu bapa hari ini berkejar masa untuk ke tempat kerja.Mungkin ada sedikit batas waktu di situ.

          Tak apa aku faham.Kalau nak buat macam ni memang kena bangun awal pagi jawabnya.Alternatifnya sediakan sahaja yang mudah-mudah untuk dibawa bekal oleh anak mahupun kita sendiri ke tempat kerja.Andai kata tak dapat buat setiap hari, mungkin seminggu sehari bawa bekal pun ok jugak kan?Mama aku pun bawa bekal pergi tempat kerja.Jimat masa katanya.Lepas makan boleh solat dan berehat.Tak perlu nak tergesa-gesa ke sana sini.Ada jugak aku tengok kadang-kadang tempat kerja mama ni buat potluck.Bawak sorang sikit lauk boleh kongsi ramai-ramai masa lunch.Boleh makan sambil sembang-sembang.Kan best gitu?

          Jom bawa bekal sama-sama..

Sunday, October 19, 2014

Setinggi Mana Impian?

          Semua orang ada impian.Dan setiap impian itu berbeza.Ada yang katanya impiannya kecil sahaja.Tak kurang juga yang mempunyai impian yang besar.Impian untuk memiliki sesuatu, impian untuk menjadi seorang yang berjaya, impian untuk mengelilingi dunia, impian untuk menjadi insan yang lebih baik daripada semalam dan pelbagai lagi.Impian mendorong kita untuk berusaha.Impian menjadikan kita fokus terhadap kehidupan.Malah impian sebenarnya menjadikan kita seorang yang berani kerana kita berani menyimpan impian berkenaan.

          Berapa ramai sebenarnya berjaya menjadikan impian itu satu kenyataan?Sehebat mana kita berani menyimpan impian, mampukah untuk kita menghadapi andai ditakdirkan sebelum mencapai impian itu kita diuji dengan pelbagai rintangan?Nak bertahan atau menyerah?

          Ada antara kita mampu diuji berkali-kali tanpa kenal erti menyerah.Berundur itu bukan pilihan katanya.Kenapa perlu mengaku kalah hanya kerana diuji?Ujian itu menjadikan diri lebih bersemangat untuk merealisasikan impian.Jatuh tersungkur sekalipun masih terus bangkit melawan demi memburu impian.Kental semangat mengutip sisa impian yang berkecai.Menahan sabar dengan setiap kata yang dilempar.Masih memberikan senyuman buat mereka yang menjadi musuh.Hakikatnya tidaklah sekuat manapun kudrat yang tinggal.Namun kerana impian yang diidamkan, gagahkan diri jua untuk menongkah cabaran.

          Bukan semua orang mempunyai semangat yang sama kan?Diuji sekali dua mungkin dapat lagi bangun untuk mengejar impian.Andai kata diuji setiap kali bangkit untuk berlari semula, apakah harus bertahan?Siapa tahan untuk menerima kegagalan?Lalu mereka katakan cukuplah untuk mengejar impian ini.Ada baiknya impian ini berhenti.Penat untuk menerima keperitan daripada kegagalan.Maka dengan mudahnya mereka ini melupakan impian yang dulunya berani mereka semai.Namun bukankah kegagalan seharusnya menjadikan kamu sedar bahawa ada kelemahan yang harus kamu perbaiki?

          Lalu, setinggi mana impian yang berani kamu letakkan?


Thursday, October 16, 2014

Berkorban Apa Saja

Berkorban Apa Saja oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
Berkorban apa saja
harta ataupun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
tidak diingini
bahgia kekasih
saja yang diharapi

Untuk mencari bukti
kasih yang sejati
itulah tandanya
jika mahu diuji
          Walaupun terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha tapi sebab masih lagi punya kesempatan maka ucap je.Budak-budak dia tak berapa suka la raya Aidiladha sebab tak dak duit raya.Itu akulah dulu kecik-kecik.Tak faham sangat pun erti raya korban ni.Yang aku tau tak dapat duit raya tapi dorang akan sembelih lembu.Haaa nampak definisi seterusnya daripada sudut seorang kanak-kanak.

          Kalau balik kampung sebelah Penang boleh la aku nampak orang sembelih lembu.Aku bukan seorang yang berani nak pergi jenguk orang sembelih.Penakut tau!Tapi dah nak masuk jalan kampung tu kena lalu depan masjid, maka memang akan nampaklah orang penuh dekat masjid tengah sembelih dan lapah lembu.Merah je darah aku tengok.Rasa macam nak pitam je.Seingat aku pernah ikut sekali je pergi masjid dengan sepupu-sepapat lain nak jenguk.Kejap je aku dok situ.Pastu aku dah nak balik.Kang aku pitam kat masjid,bertambah lak drama kan.

          Semakin meningkat dewasa ni semakin aku belajar untuk memahami erti pengorbanan.Cewahhh kau ayat tak boleh lagi kebaboom ka?Tapi betul ni.Perubahan yang kita alami akibat peningkatan usia membuatkan kita lebih berfikir dan menghargai serta belajar banyak perkara kan?Macam itu jugak dengan aku.Pengalaman menyambut Hari Raya Aidiladha di Sarawak adalah sangat seronok.Itu yang membuatkan aku rasa erti berkorban tahap orang dewasa.Tak pernah aku sambut raya tak balik rumah.Tapi masa tu belajar jauh,cuti pun sekejap saja maka sambutlah aku di Sarawak dengan keluarga rakan-rakan aku di sana.

          Kalau diajukan soalan pada setiap orang tentang apa yang mereka telah korbankan, pasti kita akan dapat pelbagai jawapan.Setiap orang yang kita tanya itu datang daripada jalan hidup yang berbeza.Pastinya jawapan yang mereka berikan akan berbeza.Aku percaya pengorbanan setiap orang itu tidak kira sama ada kecil atau besar sudah tentu memberikan kesan terhadap individu tersebut.InsyaAllah pengorbanan itu sentiasa membawa kesan positif walaupun terpaksa mengharungi kepayahan.Ada ke orang berkorban untuk kesan negatif?
          Rasanya semua orang berkorban sesuatu itu untuk memberikan kesenangan atau kegembiraan kepada diri sendiri mahupun orang yang disayangi.Definisi pengorbanan itu skopnya besar sama ada kita berkorban daripada segi wang ringgit, masa, tenaga, kerjaya mahupun cinta sekalipun.Kalau kita dah melakukan pengorbanan yang cukup besar, janganlah kita lihat pengorbanan orang lain pula tidak setara dengan kita.Kadang pada kita kecil orang tu korbankan tapi pada individu berkenaan, perngorbanan itu terlalu besar.Usah sekali memperlekehkan pengorbanan individu lain.Sebaliknya apa kata kita sokong pengorbanan yang baik tu.

          Untuk mereka yang berkorban tidak kira atas apa jua alasan, aku doakan pengorbanan kalian menjadikan kalian insan yang lebih baik daripada semalam.Pengorbanan kalian sekurang-kurangnya telah memberikan kegembiraan untuk insan lain.Jangan pernah ragu dengan keputusan untuk berkorban demi sesuatu yang baik.Kalian sebenarnya dikurniakan hati yang murni.Bukanlah kita berkorban untuk mengharapkan balasan yang setimpal dengan apa yang telah kita berikan.Dan tidak sekali kita mahu mengungkit pengorbanan itu suatu masa nanti.Berkorbanlah seikhlasnya.Yakinlah, pengorbanan kita tidak akan jadi sia-sia.Mungkin bukan hari ini orang akan menghargainya.Siapa tahu esok lusa pengorbanan ini yang akan dikenang.