Pages

Sunday, October 31, 2010

SAYA tolak EXAM tapi tambah AKTIVITI LAIN

**Sepatutnya sekarang saya harus buat ulangkaji untuk exam.Oh ya exam saya dijadualkan 8 november sampai 24 november.APA KES LAMA SANGAT EXAM KAU NI?BERAPA BANYAK PAPER KAU AMBIL?soalan wajib tanya oleh beberapa member bila diaorang tau saya punya jadual exam.Sebenarnya saya cuma ambil 6 paper sahaja.5 paper tu di minggu awal exam..TMX & TITAS (pagi n petang 8 nov.naya la nk menghafal term komputer dgn sejarah tamadun), BM (petang 9 nov.siap la nak kena tau laras bahasa untuk kegunaan ilmiah), Business Communication (paper mentor a.k.a daddy Prof Tony Wilson adalah pagi 12 nov) dan Principles of Economics (subjek yang korang selalu baca dekat blog semester ni adalah pada 13 nov.SABTU PUN KENA EXAM!?ngeng..).Lepas tu i gap gila panjang almost 2 weeks sebelum mengadap paper Business Mathematics (paper Encik Bakri, warden Kolej Cempaka, tempat penginapanku adalah pagi 24 nov.malam tu flight ke KL.yebedabeduuuu...).Sila bersimpati sebab kena beraya dekat Sarawak.Apa nak makan pagi raya nanti?BISKUT SAYUR!!!

Tapi entahlah minggu terakhir kelas ni saya terasa very the touching gitu.Sebab nak say tataaa dekat lecturer and classmates yang super duper happening sampai saya pening tiap masa.Ekeke..Dah la mentorku Prof Tony tu berada di Penang sejak Rabu lepas untuk talk dekat USM..Serangan psikologi la ni.Kelas Ekonomi yang terakhir pun ala-ala berendam air mata tapi Puan Rossa i tu kan macho.So saya baru je nak feeling sedih terus beliau cakap "Kelas, kita kan macho.Jangan sedih-sedih.Awak patut gembira sebab tak jumpa saya lagi lepas".Terus 1 kelas bantai ketawa bila denagr perkataan macho.Kami je tau rahsia macho!Shh...rahsia.

Hari Jumaat lepas memang hari Ilah date bersama kawan-kawannya.Mana taknya..pepagi hari pukul 10 macam tu pergi kejar bas nak ke Desa Ilmu yang terletak dekat pintu belakang UNIMAS a.k.a kampus timur.Date di pagi hari bersama dengan budak senegeri Aida.Lepak dengan dia memang keluar la bahasa Kedah.Kami kekunun nak membeli peralatan nak exam.Lepas tu memborong sakan stok makanan sempena nak exam.Almaklumlah..bila exam ni mulut kena kunyah-kunyah juga bila bosan membaca.Ingat senang subjek banyak membaca ni.MUNTAH SHREK la nanti..ekeke...Lunch kami dekat KFC.Dan terserempak dengan lovely couple Yvonne (classmate) dengan chenta hati dia Hahn (LO MAP ku).Balik dari shopping, singgah dekat fakulti nak ambil slip exam.tapi pejabat tutup la pulak!!ngeng..sebab malas nak tunggu pukul 2.30 (ni time bas terakhir dari Timur ke Barat sebelum disambung jam 4.00petang), kami ambil keputusan nak datang hari Isnin.Kebetulan kena hantar assignment soft skill.

Balik apartment, terasa bilikku macam serabut sangat-sangat.Datang pulak mood rajin nak mengemas.Ekeke..anak dara bilik jangan sekali macam tongkang pecah.MALU JER OKEH!Siap tukar cadar baru dibeli lagi.Ni gara-gara nak naikkan mood exam la.Okeh jenama Lilo Tomato.Nice giler sebab design ala-ala musim bunga.Hatiku berbunga ker?NO COMMENT.Nak tengok cadar baru saya?Silakan...

tidur malamku memang indah sejak guna cadar ni

Dah selesai mengemas bilik, sepatutnya petang tu ada date denagn my geng nak pergi menghentam lane bowling dekat Pusat Pelajar.Tapi sebab Mimi dan beberapa lagi kata ada hal tak dapat dielakkan, maka cik mek dari Kelantan (tahniah menang bola semalam), Yasmin pun ajak melepak di tasik UNIMAS yang berhadapan dengan kediaman kami.Sebab teruja sangat duduk dekat pelantar dalam tasik tu dan boleh nampak ikan, kami siap beli roti bagi ikan makan.Whoaa..teruja!Dah lama tak buat aktiviti fish feeding kan?

oppss..terambil gambar abang encem berkayak!sape suruh dia enter frame kan?
Subhanallah..pelangi yang tiba-tiba hadir saat kami menikmati keindahan alam

sila besarkan mata anda untuk melihat ikan yang banyak!

Sebabkan magrib disini masuk pukul 6.25 petang, so kami pun buat faham la bawa diri kembali ke apartment masing-masing.Elok je lepas mandi & sembahyang, Cony pun mesej ajak pergi melepak dekat tasik lagi.Ahhh sudah.Bila masa nak mengadap nota exam ni?Memula decide taknak pergi sebab terdengar guruh di langit.Masa tengah dinner, rasa macam boring pulak kalau baca notes awal-awal malam ni kan?Confirm kejap lagi mengadap FB juga tak pun citer korea.Menjengah ke balkoni apartment tak nampak macam tanda-tanda nak hujan.Guruh pun tak dengar dah.Terus text Cony suruh dia siap n turun.Kami pergi melepak dekat tasik pukul 8.45 malam.

Kali ni duduk dekat pelantar berhampiran dengan Water Tower.Cony bawak biskut sayur dia yang tak sedap dan bersedekah dekat ikan-ikan.Ekekek..ikan dapat makan biskut sayur kire mantaplah kan?Dah habis 2 paket biskut sayur Munchy's tu, sebab tak ramai orang dekat situ, maka kami pun baring sambil memandang langit.Terasa tenang dituip bayu malam.Waktu menginjak pukul 10 malam dan kesejukkan sangat terasa.Kebas kaki sebab sejuk melampau tapi tetap baring dekat pelantar sambil gelak-gelak.Kami pulang jam 11 malam selepas terasa rintik-rintik hujan.

Hari Sabtu pula ada pertandingan 'kollum' sempena Deepavali.Yeay..untuk pengetahuan anda, me and my team also took part in this activity.Mimi jadi tukang lukis and the rest jadi tukang tabur beras warna-warni tu.Pertama kali buat 'kollum' rasa gian pulak.Sebab memerlukan sepenuh perhatian dan ketelitian.Cewahh..ayat skema habis.

jeng...jeng..jeng..hasil 'kollum' kami yang masih dalam proses

tadaaa...hasil seni kumpulan ILUSTRASI

ILUSTRASI GIRLS..

Habis sahaja aktiviti ni, kami pun bergegas ke Desa Ilmu menaiki kereta Atul untuk makan tengah hari.Masing-masing muka lapar sebab semua memang tak makan breakfast.Eh rasanya Kaklong je makan sebab dia dari balik rumah.Dan terjadilah kisah lawak di tempat kami makan.Sekali lagi biarlah kami sahaja yang tahu.Tapi memang pecah perut ketawa.Next time jangan buat perangai macam tu lagi ok!

Balik daripada makan, memang tak larat nak study.Mataku berat je.Sudahlah semalam tidur lambat.Bangun awal untuk program.Jadi saya perlu tidur.Gedebush..bermimpi la dalam tidurku akan nota-nota yang ada atas meja tu.Terjaga pukul 4 petang.Sekali lagi Cony mesej ajak lepak tasik.Dia nak sedekahkan biskut tawar pulak dekat ikan-ikan yang ala-ala piranha tu.

Pukul 8malam kami bergerak ke pelantar yang sama seperti malam semalam.Kali ni memang ikan sangat rakus berebut makanan sampai ada beberapa ekor ikan melompat-lompat nakkan biskut tawar Cony.Amboi..lapar ye cik ikan?2 paket bersama 1 bekas tupperware biskut tawar Cony berjaya dihabiskan cik ikan.Lepas tu seperti biasa kami pun terbaring dekat pelantar tu sambil nak mengira bintang dan menanti kalau-kalau ada kapal terbang nak melintas.Sebenarnya saya rasa takut sebab terbayang kalau-kalau Water Tower yang tak jauh daripada kami tu terbalik or pecah.Naya woooo...Cony lagi la dengan macam-macam imaginasi yang melampaui batasan dia.Semakin dilayan, semakin terasa mengarut.

Apabila malam sudah menginjak pukul 10 malam, Cony cakap dia nak tidur sekejap.Seronok katanya tidur dihembus bayu malam yang sangat-sangat dingin.Sementara tunggu Cony tidur, saya tengok tv dekat handphone Cony.Cerekarama hari Sabtu kan?Tapi cerita dia buat saya bosan la..hurmm.Selepas setengah jam Cony bangun then kami tengok cerita tu sama-sama sambil bergambar.

kami yang suka menghabiskan masa di tasik

menonton tv di tv kecil...

Kami bergegas pulang ke Cempaka sebaik mendengar keriuhan anak-anak Kelantan meraikan kejuaraan mereka.Kebanyakkan mereka menonton di Kolej Allamanda yang terletak di seberang tasik.Berlari-lari anak kami mahu kembali ke Cempaka sebab keriuhan mereka macam orang nak buat rusuhan pula.Sangat menakutkan laaa!!!

Kisah Kami-Part 5

Dua hari selepas peristiwa dalam hujan itu, saya masih tak nampak awak dalam kelas.Bukanlah saya mencari kerana rindu tapi kerana mahu memulangkan payung besar yang awak pinjamkan dekat saya.Takkanlah saya nak menyimpannya lama-lama.Nanti awak mesti nak guna juga.Lagipun saya dah ada payung saya sendiri.Kenapa ya awak tak hadir ke kelas?Dengan siapa saya nak bertanya ni?Hurmm..perlu tak saya mesej awak?

Akhirnya saya ambil keputusan untuk mesej awak.Walaupun agak ragu-ragu dengan tindakan saya ini, namun untuk pulangkan payung awak, saya harus melakukannya.

"Awak, saya nak pulangkan payung awak ni?Boleh saya jumpa awak tak?"

Butang 'send' ditekan dan saya berdebar menanti jawapan daripada awak.Sudikah awak nak membalas mesej saya?Kalau awak tak sudi, awak juga yang rugi sebab tak dapat balik payung awak.Kalau awak tak nak, saya dah merancang nak sedekahkan payung ni dekat orang yang lebih memerlukannya.Telefon saya berbunyi.

"Saya dekat Pusat Kesihatan Pelajar.Awak boleh datang sini?"

Setelah saya baca mesej awak, saya dapat mengagak yang awak mungkin awak demam.Yelah, malam tu awak mandi hujan.Saya sendiri hampir jatuh sakit.Mujurlah saya sudah siapkan bekalan ubat demam.Tanpa berlengah, saya pantas mengejar bas kampus untuk ke Pusat Kesihatan Pelajar yang terletak di dalam Bangunan Hal Ehwal Pelajar.Hanya 10 minit perjalanan daripada fakulti saya menggunakan bas.

Sampai sahaja di Pusat Kesihatan Pelajar, mata saya meliar mencari awak.Tapi saya tak nampak awak pun di kawasan menunggu untuk pesakit.Awak main-mainkan saya ke?Saya duduk dahulu di salah satu kerusi.Mungkin awak sedang berada dalam bilik doktor untuk pemeriksaan.Apabila seorang pelajar keluar daripada bilik rawatan, saya rasa awak tidak berada di dalam bilik berkenaan.

"Awak dekat mana?Saya tak nampak pun!"

Mesej seterusnya saya hantar.Tak lama kemudian saya dapat mesej balasan daripada awak.Saya tersentak.Saya capai beg dan payung awak dan terus bergegas ke tangga yang menghala ke tingkat 1 Pusat Kesihatan Pelajar.Tingkat 1 menempatkan wad kecil untuk pelajar yang memerlukan pemerhatian yang lebih rapi.Dalam hati saya berdoa agar awak tak apa-apa.Jika tidak, saya akan rasa sangat bersalah.

Saya menghala ke wad khas untuk lelaki.Saya nampak nama awak dekat luar pintu.Saya melangkah.Bilik kecil itu hanya terdapat 3 buah katil sahaja.Dan saya nampak hanya ada sekujur tubuh sedang berbaring di aktil hujung berhampiran dengan tingkap.AWAK!Separuh menjerit saya rasa suara saya namun suara itu tersekat di kerongkong.Saya melangkah menghampiri awak dan awak hanya memerhatikan saya dengan sebaris senyuman.Oh manisnya senyumanmu!

"Kenapa tak cakap awak sakit?"

"Perlu ke?Saya kan dah tak boleh kacau hidup awak lagi"awak tersengih.

"Saya nak pulangkan payung awak.Terima kasih.Kalau awak ada payung ni, mesti awak tak sakit kan?"

"Alah demam panas sikit saja.Cuma semalam saya dehydrate.Itu yang kena masuk sini"

"Oh macam tu.Ermmm..awak,sorry!Saya tak patut cakap macam tu dekat awak"

"Sorry?Takpe..memang patut pun awak marah saya sebab kacau anak dara orang.Padan muka saya"

"Awak tak marah saya lagi?"

Saya nampak awak menggelengkan kepala dan kemudian awak senyum lagi.Lega rasanya.Ibarat terlepas daripada hukuman tali gantung.

"Tapi dengan syarat boleh?"

"Syarat?Apa?"saya blur!

Awak capai telefon awak dan sedang mencari sesuatu.Saya menanti apakah syarat yang mahu awak kenakan.Awak mainkan sebuah lagu daripada kumpulan yang saya minati, Michael Learns To Rock.Saya terdiam...



"Awak rasa saya ni macam lelaki dalam lagu tu tak?"

"MEMANG PUN!"tegas saya jawab.

"Hoping so bad that you'll let me in, I'm at your feet,waiting for you"awak menyanyi sebahagian
lirik lagu berkenaan.

"You got time right?If you want then you can wait for me.But I don't promise anything.I'll try to accept you when I'm ready.Never ever force me.Get it?"

"1000 tahun jua akan saya tunggu awak,"awak senyum menampakkan barisan gigi.

Haihh..lelaki ini benar-benar menawanku.Namun untuk menerimanya bukanlah semudah itu.Hati ini hanya untuk yang benar-benar ikhlas menjaganya.Tidak rela hati ini hancur kerana cinta palsu.Tidak tega membinasakan diri dalam arus khayalan.Cukuplah kisah-kisah sebelum ini.Merawat hati yang terluka menagmbil masa.Luaran sahaja kutampakkan senyum namun dalamanku menangis.Andai benar kau milikku, biarlah masa dan waktu yang menentukannya.Takkan lari gunung dikejar.Itu peganganku.

Thursday, October 28, 2010

Kisah Kami-Part 4

Sudah lama rasanya saya dan awak tidak bertegur sapa. Sejak daripada peristiwa itu, tiada lagi mesej daripada awak yang mengejutkan waktu subuh saya.Tiada lagi awak yang dulunya setia duduk di kerusi hadapan atau belakang saya. Kini Aaron yang mengambil tempat awak.Tapi kehadiran dia tak sama macam awak.Dia tak mampu buat seperti apa yang telah awak lakukan dalam hidup saya sepanjang saya berada disini beberapa bulan ini.Kehilangan awak benar-benar saya rasai kini.

Setiap kali ke kelas, awak duduk jauh daripada saya.Selepas habis kelas, awak akan cepat-cepat keluar tanpa saya sempat menoleh ke arah awak.Saya tahu awak memang marahkan saya dan awak memang mahu menunaikan kata-kata awak untuk tidak menggangu hidup saya lagi.Saya patut dihukum untuk keterlanjuran kata.Ucapan maaf tidak mampu merawat hati awak yang terluka.

Hari ni hujan lebat sekali.Saya terlupa bawa payung.Sudahlah kuliah lewat dihabiskan gara-gara pembentangan kumpulan.Jam sudah pukul 7.00malam.Belum menampakkan yang hujan akan reda.Saya marah diri sendiri sebab terlupa bawa payung.Kawan-kawan yang bawa payung memang sudah melangkah meninggalkan dewan kuliah.Mahu menunggu bas bermakna saya perlu menanti lagi 30 minit sedangkan ketika itu azan Isyak akan berkumandang di tempat ini.Ah bagaimana?Ok..redah sahajalah.Hujan sahaja pun.

Dengan baju kurung yang tersarung, kasut ala2 barbie doll saya melangkah.Langkah saya laju sebab mahu segera sampai ke kolej kediaman.Saya memeluk erat beg yang berisi buku dan nota-nota.ALAMAK!!!Habislah saya.Nota-nota saya mesti basah.Arghh..itulah masa ambil keputusan nak redah tadi tak fikir pasal nota.Sekarang kalau berhenti pun nota ni memang dah sah-sah basah.Pilihan yang saya ada?Teruskan sahaja melangkah.Dalam kepekatan malam yang semakin gelap, saya meredah hujan lebat.Terdengar bunyi guruh yang sayup-sayup sahaja.Kalau bunyi guruh kuat, saya tidak akan seberani ini.

Saya terdengar ada suara yang melaungkan nama saya.Namun say tak peduli.Ini waktu magrib.Macam-macam dugaan.Kalau saya toleh, tiba-tiba muncul apa yang tak dijangka, nahas saya.Saya denagr ada bunyi derap kaki yang berlari ke arah saya.Ah sudah..apa pulak ni.Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu.Seketika selepas itu saya terkejut kerana dipayung dengan payung besar.Saya berhenti dan toleh.Terasa mahu tergugur jantung melihat awak disisi sedang memayungkan saya.Saya telan air liur.Lidah saya benar-benar kelu.Awak cakaplah sesuatu.Jangan biar keadaan kita kaku dalam hujan begini.

"Lain kali tunggulah bas kalau dah tahu tak bawa payung.Berani sangat redah hujan seorang diri"

Saya mengetap bibir.Saya masih berdebar berdua dengan awak dalam hujan dan dibawah 1 payung yang sama.Kita nak jalan bersama pulang ke kolej kediaman macam ni?Kalau dipandang orang, saya malu!

"Awak tunggu apa lagi?Ambillah payung ni.Takkan saya nak balik dengan awak pula."

Arahan daripada suara tegas awak itu buat saya tersentak daripada lamunan.Drastik saya mengambil payung dan kemudian melihat awak berlari dalm hujan.Sekali lagi saya perasaan saya tersentuh.Kenapa kebaikan juga yang awak tabur setelah saya lukakan hati awak?Awak menawan jiwa saya dengan perbuatan yang tak pernah saya duga.Baiknya hati awak.Namun kebaikan itu yang saya tolak.Orang lain akan kata sayalah orang yang paling kurang waras kerana menolak lelaki sebaik awak.Mereka tidak faham apa yang saya rasa sebenarnya.Saya keliru.Buntu dengan diri sendiri.

Telefon saya berbunyi.Erk?Telefon saya pun basa juga ke?TAK!!Sebab saya letakkan dalam kotak khas sebelum melangkah meredah hujan tadi.Menyelamatkan telefon adalah penting.Nota tak sempat pula nak fikir kaedah menyelamatkannya.

"Ya Aaron I'm fine.Ya..ya..I'm on my way.Ok daaa.."talian perbualan saya dan Aaron dimatikan.

Geram sebab Aaron tidak menghadirkan diri ke kelas.Kalau Aaron hadir dia mungkin tak perlu meredah hujan.Sekurang-kurangnya dia ada teman untuk berjalan pulang bersama.Kelibat awak saya dah tak nampak.Saya menyambung kembali perjalanan denagn tubuh yang menggigil kesejukan.Payung awak memang penyelamat saya!

Monday, October 11, 2010

Kisah Kami-Part 3

Pagi-pagi lagi saya dah dapat mesej daripada awak.Mesej-mesej awak tu walaupun ringkas tapi buat saya tersenyum sendiri.Mesej-mesej awak kejutkan saya daripada tidur semenjak saya di sini.Awak memang baik dengan saya.Dengan orang lain pun awak macam tu jugak ke?

"Subuh dinihari sudah bertamu, bangunlah wahai hamba Allah.Tunaikan ibadahmu.Laksanakan suruhanNya yang menjadi tanggungjawabmu."

Saya biarkan mesej awak seperti pagi-pagi sebelum ini juga.Separuh malas saya bergerak ke bilik air, mengambil wuduk dan kembali ke bilik membentang tikar sejadah.Usai solat saya capai Al-Quran dan membacanya beberapa helai untuk mengelakkan daripada tidur kembali.Alasan lain yang tak munasabah, tak nak mandi seawal jam 5.30pagi walaupun sebenarnya baik untuk kesihatan.Boleh terasa kesejukkan air menggigit tulang.

Sebelum saya ke kelas awak hantar mesej lagi.Awak pesan jangan lupa breakfast, jangan lupa bawa payung, jangan lupa bawa kunci, jangan lupa kunci pintu.Haihh..berapa punya banyak jangan daaa!Rimas la dengan mesej mengada-ngada awak ni.Ingat saya budak kecil ke yang perlu diperlakukan begini?Lagipun saya tak ada kena-mengena dengan awak.Suka sangat awak layan saya macam saya ni milik awak.MENYAMPAH!!Pagi-pagi la saya dah moody sebab mesej-mesej awak tu.Macam mana saya nak beritahu awak supaya jangan suka-suka hati nak hadir dan mengganggu ketenangan hidup saya?Saya hormati awak sebagai kawan sahaja.

Saya kena naik bas untuk ke tempat kuliah saya.Jauh!Kalau berjalan, alamatnya mandi peluh lagi la.Mekap pun cair.Hahaha..Naik bas sahaja, entah dari mana awak menjelma jua.Awak ni ada belajar ilmu apa-apa ke untuk berada disetiap tempat yang saya ada?Nasib baiklah bas ni ada single seat.Cepat-cepat saya duduk.Awak kena ke belakang sekali dekat double seat.Saya lega.

Turun bas, saya segera melangkah ke bilik kuliah.Langkah saya pantas supaya awak tak dapat kejar saya.Saya tak nak awak ambil kesempatan ini untuk berbual atau usik saya.Sempat saya toleh ke belakang.Oh awak berjalan dengan kawan awak.Saya perlahankan langkah seperti biasa sebab rasanya awak tak akan datang kacau saya.

Masuk dalam kelas, seperti biasa saya ambil barisan kedua daripada hadapan.Tempat yang orang tak nak duduk sebab gusar akan jadi sasaran pensyarah untuk menjawab soalan.Kemudian, Aaron mengambil tempat di sebelah saya.Jejaka kacak ini memang memberikan semangat di pagi hari dengan senyuman manisnya.Kacak dia hari ini mengenakan seluar denim hitam, t-shirt hitam berbelang merah di dada serta kolar yang terangkat.Tak jemu mata memandang!Awak masuk dan duduk di betul-betul di belakang saya.Seperti biasa, awak memang suka mengekori pergerakan saya.Saya lemas!!!

Sepanjang kuliah, Aaron banyak tolong saya memahami apa yang diterangkan oleh pensyarah.Tapi beberapa kali juga saya rasa saya diperhatikan pensyarah.Kenapa?Saya ada buat salah ke?

"Cik abang berbaju biru tu, saya tahulah gadis dihadapan awak tu lebih menarik daripada apa yang saya ceritakan tapi yang saya ajar ni masuk exam,"

Ayat slumber yang keluar daripada pensyarah itu membuatkan saya menoleh ke arah awak.YA!!Awak yang berbaju biru.Patutlah pensyarah tengok saya.Eishh..tak habis-habis buat masalah.Memalukan saya sahaja.Seluruh isi kelas riuh.Awak masih buat tak tahu dan memandang saya.Eeee...terasa nak korek sahaja mata awak tu.Saya pandang Aaron yang masih terdiam disebelah.Hari ini awak telah memalukan saya di dalam kelas!Memang awak sengaja menguji kesabaran.

Selesai sahaja kelas, saya rasa dah tak boleh tahan dengan sikap awak.Saya perlu berterus-terang dengan awak.Saya perlu buat awak sedar yang saya tak suka dengan setiap tindakan awak yang telah mengkucar-kacirkan hidup saya.Saya berdiri di hadapan awak.Saya memang geram tengok awak!!

"Jangan kacau saya!Awak dah malukan saya hari ni.Apa awak nak daripada saya?"

Awak diam.Tak berkata apa-apa.Saya semakin panas hati melihat awak begitu.Tenang sahaja.Berlagak tidak mengetahui apa yang sedang membuatkan saya dilanda amarah.Saya tak tahu mengapa tangan saya menggapai buku nota yang terdapat di hadapan meja awak dan melemparkannya ke arah awak.Awak terkejut.Rakan-rakan lain yang belum meninggalkan kelas memandang tindakan saya.Aaron tidak sempat menahan tangan saya daripada melakukannya.

"YOU, GO TO HELL!" saya menjerit dan berlalu pergi menuju ke pintu luar.

Saya tak tahu apa yang terjadi.Saya terus berjalan menuju ke kelas lain.Ketika ini hati saya menangis, tangan saya menggeletar,kaki saya terasa tidak memijak bumi.Ya Allah..apa saya dah lakukan?Apa saya dah buat tadi?Saya berhenti melangkah.Menekup muka dengan kedua-dua belah tangan, menarik nafas sedalamnya dan beristigfar.Aaron menghampiri melihat keadaan saya.

"Aaron, I want to go back to hostel.I don't think I can enter the next class and the evening class.I need to rest."

"Alright.Just go back and have a sleep ok.Later I'll text you"

Tanpa membalas, saya berjalan ke arah tempat menunggu bas.Saya masih keliru dengan tindakan saya tadi.Handphone saya berbunyi.

"Terima kasih.Kita dah seri sebab saya dah malukan awak dan awak pun dah malukan saya.Lepas ni saya tak kacau awak lagi."

Saya genggam handphone sekuatnya.Terasa pedih menjalar di hati sekarang.Saya menyesal dengan perbuatan saya.Namun terlajak kata-kata, masakan dapat di undur.Saya lukakan hati awak dan hati saya juga.Bagaimana harus saya hadapi semua ini?Setitik air jernih mengalir di pipi dan pantas saya menghapuskannya.

Friday, October 8, 2010

Kisah Kami-Part 2

Library sebesar sebuah shopping complex ini penuh dengan pelajar yang sedang menyiapkan tugasan masing-masing.Ada yang duduk di dalam bilik perbincangan bersama kumpulan.Ada juga yang mengurungkan diri di dalam bilik bacaan peribadi yang lebih privacy. Saya memilih untuk melakukan tugasan di ruang terbuka library ini kerana dapat melihat gelagat pelajar lain yang tekun dengan bahan-bahan ilmiah masing-masing.

Terasa berat sahaja mata memandang kertas-kertas yang berselerakkan di atas meja. Tidak tahu bagaimana harus disusun ke dalam bentuk laporan yang dimahukan pensyarah. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menyerahkan tugasan ini.Bukannya sengaja mahu lewat menyelesaikan tugasan yang sudah diberi dua minggu yang lalu tapi tuntutan kerja-kerja berkaitan dengan program universiti dan kolej kediaman memaksa saya terpaksa menganaktirikan hal laporan ini.

Sudahlah laporan ini perlu diselesaikan secara individu, banyak pula maklumat yang perlu dicari dan diolah mengikut ayat sendiri.Kalau copy paste daripada internet, alamatnya mesti kena buat semula. Ah, tekanannya.Hujung minggu begini perlu dihabiskan di ruang yang dipenuhi buku-buku. Sudah lama rasanya saya tidak keluar melihat dunia luar.Terperuk di sini sahaja.

Saya angkat kepala.Meliar mata memerhatikan seluruh pelusuk ruang library.Membosankan!Mengapa tidak disediakan hiburan di satu ruang khas untuk para pelajar yang letih menelaah buku?Barulah ramai pelajar bersemangat nak datang library.Saya menghela nafas sedalamnya.Melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 10malam.APA?Sudah pukul 10 malam?Aduh, kena cepat balik ni.Dah la nak jalan seorang diri.Kawasan sunyi pulak antara library dengan kolej kediaman.

Tanpa berlengah saya kemas barang-barang.Kertas yang bersepah dikumpulkan dan dicampak masuk kedalam beg sahaja.Laptop yang terpasang sudahpun dimatikan.Beranikah saya nak balik seorang diri?Seketika kemudian saya nampak awak keluar daripada bilik bacaan peribadi.Eh sejak bila awak disitu?Kenapa saya tak perasan?Macam mana nak perasan kalau saya asyik dengan tugasan sahaja.Patutkah saya suruh awak balik dengan saya?Kebetulan kolej kediaman kita sama.Mahukah awak?Patutkah saya tanya?TIDAK..

Tapi saya nampak awak berjalan ke arah saya.Jantung saya berdegup pantas.Tolonglah jangan cakap apa-apa dengan saya.Saya tak boleh nak berhadapan dengan awak.Walaupun kita rakan sekelas tapi saya tak tahu kenapa saya tak boleh berkomunikasi dengan awak.Pelikkan?Semakin awak dekat semakin saya kalut.Saya pura-pura tak nampak awak.Buat sibuk mengemas barang.Rupanya awak cuma nak letakkan buku dekat troli di belakang saya.Oh malunya!!!Kemudian awak berlalu pergi sahaja.Sikit pun awak tak pandang saya.Keciknya hati saya.Eh kenapa saya nak kecik hati pula?Jangan layankan perasaan nanti saya juga yang terperangkap.

Saya nampak awak turun tangga ke aras bawah dan menuju ke pintu keluar.Saya ekori langkah awak daripada belakang.Lajunya awak jalan.Mahu sahaja saya suruh awak perlahankan langkah.Penat tau saya mahu awak menemani saya secara tidak langsung ni.Padan muka saya.Segan sangat nak minta tolong dengan awak.Awak pun tak toleh langsung dekat saya.Awak tak perasan ke buat-buat tak perasan saya dekat belakang ni?Geram pula saya rasa.Bila orang perlukan, buat tak tahu.Bila orang tak perlukan, masa itulah dia nak muncul.AWAK!!!

Sedang saya dan awak lalui satu jalan yang hanya diterangi lampu jalan serta sangat sunyi daripada kehadiran manusia, ketika itulah saya terdengan suara lolongan anjing.Gulp..dari mana pula suara anjing ini datang?Saya lihat kiri dan kanan tapi saya tak nampak apa-apa.Janganlah nanti tiba-tiba muncul dihadapan saya pula.Mahu saya membuka langkah seribu.Semakin lama saya terasa semakin seram.Lolongan itu semakin kuat dan bersahut-sahutan.Orang kata kalau dengar lolongan begitu maknanya....

"Awak!!!"saya menjerit sekuat hati.

Tapi awak tak toleh pun.Saya tak boleh berdiam diri lagi.Saya berlari mendapatkan awak.Kalau terjadi apa-apa, habislah saya.Sudahlah saya ni penakut.Saya berdiri betul-betul disebelah awak dengan keadaan tercungap-cungap.Awak buat muka pelik sambil menanggalkan earphone.Patutlah awak tak dengar saya menjerit tadi.Telinga tersumbat dengan lagu.

"Kenapa ni?Malam-malam pun nak berlari?"

"Boleh saya jalan dengan awak?"

"Tiba-tiba nak jalan dengan saya.Kenapa?"

"Saya dengar bunyi anjing tadi.Saya takut"

Kali ini saya tak tahu kenapa saya rasa lebih selamat kalau ada awak sebagai pelindung saya.Keselamatan saya terjamin dengan kehadiran awak.Tolonglah..kali ini saya benarkan awak berada di sisi saya.

"Ikut suka awaklah.Saya tak tak kisah pun."

Saya lega.Awak..terima kasih.Tapi saya cuma mampu cakap dalam hati sahaja.Tapi kenapa awak diam sahaja.Selalunya awak suka usik saya, awak akan banyak cakap sampai saya rasa rimas dengan usikkan awak.Dah lama awak tak baut perangai gila-gila awak.Awak terasa hati sebab kata-kata saya haritu agaknya.Awak..maaflah, masa tu saya serabut sangat-sangat.Saya berperang dengan perasaan sendiri ketika ini.

"Ok dah sampai.Awak nak saya teman sampai kolej sahajakan.Bukan sampai blok hostel awakkan.So pandai-pandailah jalan balik"

Kemudian, awak berlalu pergi menuju ke blok asrama awak.Awak tinggalkan saya macam tu sahaja?Eish..geramnya!!!Tak gentleman langsung.Kalau ye pun temanlah saya sampai depan blok saya yang jauh daripada blok awak ni.Sudahlah blok saya dekat belakang.Gelap.Sunyi.Saya penakut tau tak!!!!

Saya jalan dalam keadaan tidak puas hati.Handphone saya berbunyi memecah kesunyian.

"Saya dah tanggalkan earphone.Kalau jadi apa-apa,jerit je.Saya boleh dengar sebab kali ini saya pula ikut awak daripada belakang."

Saya segera toleh.Girangnya hati saya nampak awak berjalan tidak jauh dibelakang.Mahu saya saya berlari ke arah awak.Tapi, saya kena kawal perasaan.Mana saya boleh tunjuk perasaan itu dekat awak.Saya pusing kembali dan berjalan seperti biasa.Saya tersenyum tapi awak tak nampak kan?Terima kasih awak!!!

Thursday, October 7, 2010

Kisah Kami-Part 1

Semalam..saya berlari sekuat hati.Saya bawa diri jauh daripada kehadiran ramai manusia.Saya tahu saya akan buat kerja gila.Saya perlu hilangkan diri seketika.Saya keluar bilik dan saya berlari tanpa henti tapi saya tak tahu kemana harus saya bawa diri ini.Ada satu rasa yang menggangu.Ada satu suara yang cuba membisikkan sesuatu.Saya perlu cari ketenangan.Saya tak mampu bertahan.Walau saya bercerita, namun derita ini hanya saya yang tahu.

Akhirnya saya mula letih berlari.Tanpa saya sedar saya sudah jauh!!!Saya berada di tempat yang sunyi.Sebuah padang bola terbentang dihadapan mata.Oh jauhnya saya lari.Tiada orang main bola hari ini.Mungkin semuanya sedang sibuk dengan aktiviti terbesar tempat pengajianku.Saya duduk di atas sebuah kerusi.Menghela nafas sedalamnya.Lama tak lari, mengah terasa.

Ketika itu di tengah padang, saya terlihat kelibat sekumpulan manusia sedang berjalan ke arah saya.Siapa?Saya perhatikan langkah mereka.Mereka seolah melemparkan senyuman kepada saya.Saya keliru.Benarkah apa yang saya lihat?Saya nampak kawan-kawan baik saya!!!Saya sangat gembira kerana mereka hadir ketika saya benar-benar terasa sunyi.Jasad saya seperti tidak mampu untuk bertahan di tempat ini.Saya bangun.Menanti mereka menghampiri saya.Mereka riang.Mendepakan tangan untuk menyambut diri saya ke dalam dakapan mereka.Akhirnya saya berlari mendapatkan mereka...

Tapi..kenapa tiba-tiba mereka menghilang?Saya toleh kiri kanan.Berpusing-pusing saya mencari mereka.Mereka tinggalkan saya ke?Saya terduduk kembali.Saya tutup muka dengan tangan dan saya menangis.Rupanya itu bayangan sahaja.Saya kecewa.Tangisan saya bergema dipadang namun hanya alam yang mendengar.

Saya seluk poket seluar.Saya capai handphone dan saya terus cari gambar kawan-kawan baik saya.Saya menangis lagi.Saya tak pernah rasa seperti ini.Saya tertunduk menahan perasaan.Kenangan bersama mereka terlalu dekat hingga saya rasa mereka sentiasa ada dengan saya setiap masa.Saya sentiasa nampak mereka kemana jua saya pergi.Saya kena kuat.Saya tak dapat miliki mereka sekarang.Jarak kami terlalu jauh.Ya Allah..tabahkan lah hambaMu ini.Kurniakanlah hambaMu ini kecekalan.

Handphone tiba-tiba berbunyi.Ada mesej daripada seorang insan

"Next time kalau nak lari ajaklah saya sama.Best ke lari sorang2? ('_')"

Saya terkejut.Ada orang nampak saya berlari.Saya balas mesej awak..

"Saya senang seorang diri sebab orang takkan nampak apa saya buat"

Kemudian, awak terus call..

"Saya nampak awak berlari.Awak menangis kan tadi?Kenapa?Kalau awak nak menangis lagi, menangislah.Saya tunggu dekat sini"

Saya terus toleh.Saya nampak awak!Dekat kerusi yang saya duduk tadi.Gila!!!!Apa awak buat dekat sini?

"Awak ikut saya ke?Saya tak perlukan awak untuk temankan saya.Pergilah.Awak akan buat saya lebih serabut."

Saya terus matikan telefon.Saya jadi geram tiba-tiba.Kenapa awak kena ada waktu saya mahu bersendirian?

Handphone berbunyi lagi.Mesej daripada awak.

"Kalau awak nak berlari, saya nak jadi kasut yang tersarung dikaki awak supaya dapat lari bersama awak.Kalau awak nak menangis, saya nak jadi tisu yang akan mengesat air mata awak.Kalau awak rasa awak keseorangan, saya nak awak tahu awak sentiasa ada saya"

Saya tersentuh.Awak hantar mesej macam tu dekat saya?Kenapa?Apakah tujuannya?Untuk menjerat perasaan sayakah?Saya terharu dengan kesudian awak tapi saya tak mampu terima kebaikan yang terlalu besar ini.

"Kalau awak jadi kasut yang tersarung di kaki saya, awak akan sakit kerana saya akan memijak awak.Kalau awak jadi tisu yang mengesat air mata saya, saya akan buang tisu yang telah saya gunakan untuk hapuskan kesedihan.Jadi awak tak perlu sentiasa ada untuk saya"

"Terima kasih" ringkas sahaja awak balas.

Kemudian, saya lihat awak berlalu pergi.Kali ini awak pula yang berlari dengan jeans biru gelap dan T-Shirt polo putih.Awak kecewakah???

Tuesday, October 5, 2010

Stress telah membinasakan sahabatku

Maka, akhirnya stress telah membinasakan sahabatku..

Hari Sabtu 2 Oktober 2010, rakan sekelasku merangkap rakan dalam team Vendetta Machiano, Wani telah dikejarkan ke hospital akibat lemah yang tahap maksimum.Dimaklumkan pada saya bahawa gastrik beliau menyerang dan kebetulan beliau berpuasa pada hari tersebut.Beliau sepatutnya bersama dengan saya dan rakan-rakan lain ke Majlis Gema Aidilfitri Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.Beliau dikejarkan ke hospital oleh JPK Kolej Cempaka dan menerima rawatan disana sebelum pulang jam 2/3 pagi.

Semalam, Isnin 4 Oktober 2010 kelas Finance Year 1 telah dikejutkan dengan berita yang dimaklumkan oleh Puan Alifah, pensyarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS) tentang salah seorang daripada rakan sekuliah kami iaitu Fiona yang kini berada di hospital dipercayai akibat tekanan yang melampau. (Adakah hidup di universiti benar-benar memberikan tekanan yang begitu hebat?Saya faham apa yang Fiona lalui sebab saya sudah melaluinya sejak kebelakangan ini.)

Semasa dalam kelas TITAS, saya ternampak SanSan, orang yang paling rapat dengan Fiona mengalirkan air mata kerana tidak dapat menahan kesedihan apabila perlu melihat dan mendengar rakan baiknya melalui semua ini.Fiona adalah seorang pelajar yang pendiam di dalam kelas dan saya sendiri tidak pernah bekerja bersama beliau lagi.Fiona, get well soon.SanSan really need you.SanSan so lonely in the class.

Jadi beberapa orang rakan sekuliah telah pergi melawat Fiona di hospital semalam memandangkan mereka mempunyai kenderaaan sendiri. Mereka menyatakan rasa sedih melihat keadaan Fiona.Malah lebih memilukan hati kami semua apabila Fiona tidak dapat mengenal bapanya sendiri.Tersentak jantung saya apabila dimaklumkan tentang hal ini oleh kaklong.Fiona, dont be like that girl.Fight with it.As Miza said 'you are not alone'.

Saya harap Fiona akan kembali pulih dan ke kelas seperti biasa.Perjuangan Finance mesti diteruskan.Rakan-rakan yang lain jangan hanyut dalam stress yang cuba memusnahkan kita.Kita lawan bersama-sama.Jaga kesihatan masing-masing.