Pages

Monday, October 11, 2010

Kisah Kami-Part 3

Pagi-pagi lagi saya dah dapat mesej daripada awak.Mesej-mesej awak tu walaupun ringkas tapi buat saya tersenyum sendiri.Mesej-mesej awak kejutkan saya daripada tidur semenjak saya di sini.Awak memang baik dengan saya.Dengan orang lain pun awak macam tu jugak ke?

"Subuh dinihari sudah bertamu, bangunlah wahai hamba Allah.Tunaikan ibadahmu.Laksanakan suruhanNya yang menjadi tanggungjawabmu."

Saya biarkan mesej awak seperti pagi-pagi sebelum ini juga.Separuh malas saya bergerak ke bilik air, mengambil wuduk dan kembali ke bilik membentang tikar sejadah.Usai solat saya capai Al-Quran dan membacanya beberapa helai untuk mengelakkan daripada tidur kembali.Alasan lain yang tak munasabah, tak nak mandi seawal jam 5.30pagi walaupun sebenarnya baik untuk kesihatan.Boleh terasa kesejukkan air menggigit tulang.

Sebelum saya ke kelas awak hantar mesej lagi.Awak pesan jangan lupa breakfast, jangan lupa bawa payung, jangan lupa bawa kunci, jangan lupa kunci pintu.Haihh..berapa punya banyak jangan daaa!Rimas la dengan mesej mengada-ngada awak ni.Ingat saya budak kecil ke yang perlu diperlakukan begini?Lagipun saya tak ada kena-mengena dengan awak.Suka sangat awak layan saya macam saya ni milik awak.MENYAMPAH!!Pagi-pagi la saya dah moody sebab mesej-mesej awak tu.Macam mana saya nak beritahu awak supaya jangan suka-suka hati nak hadir dan mengganggu ketenangan hidup saya?Saya hormati awak sebagai kawan sahaja.

Saya kena naik bas untuk ke tempat kuliah saya.Jauh!Kalau berjalan, alamatnya mandi peluh lagi la.Mekap pun cair.Hahaha..Naik bas sahaja, entah dari mana awak menjelma jua.Awak ni ada belajar ilmu apa-apa ke untuk berada disetiap tempat yang saya ada?Nasib baiklah bas ni ada single seat.Cepat-cepat saya duduk.Awak kena ke belakang sekali dekat double seat.Saya lega.

Turun bas, saya segera melangkah ke bilik kuliah.Langkah saya pantas supaya awak tak dapat kejar saya.Saya tak nak awak ambil kesempatan ini untuk berbual atau usik saya.Sempat saya toleh ke belakang.Oh awak berjalan dengan kawan awak.Saya perlahankan langkah seperti biasa sebab rasanya awak tak akan datang kacau saya.

Masuk dalam kelas, seperti biasa saya ambil barisan kedua daripada hadapan.Tempat yang orang tak nak duduk sebab gusar akan jadi sasaran pensyarah untuk menjawab soalan.Kemudian, Aaron mengambil tempat di sebelah saya.Jejaka kacak ini memang memberikan semangat di pagi hari dengan senyuman manisnya.Kacak dia hari ini mengenakan seluar denim hitam, t-shirt hitam berbelang merah di dada serta kolar yang terangkat.Tak jemu mata memandang!Awak masuk dan duduk di betul-betul di belakang saya.Seperti biasa, awak memang suka mengekori pergerakan saya.Saya lemas!!!

Sepanjang kuliah, Aaron banyak tolong saya memahami apa yang diterangkan oleh pensyarah.Tapi beberapa kali juga saya rasa saya diperhatikan pensyarah.Kenapa?Saya ada buat salah ke?

"Cik abang berbaju biru tu, saya tahulah gadis dihadapan awak tu lebih menarik daripada apa yang saya ceritakan tapi yang saya ajar ni masuk exam,"

Ayat slumber yang keluar daripada pensyarah itu membuatkan saya menoleh ke arah awak.YA!!Awak yang berbaju biru.Patutlah pensyarah tengok saya.Eishh..tak habis-habis buat masalah.Memalukan saya sahaja.Seluruh isi kelas riuh.Awak masih buat tak tahu dan memandang saya.Eeee...terasa nak korek sahaja mata awak tu.Saya pandang Aaron yang masih terdiam disebelah.Hari ini awak telah memalukan saya di dalam kelas!Memang awak sengaja menguji kesabaran.

Selesai sahaja kelas, saya rasa dah tak boleh tahan dengan sikap awak.Saya perlu berterus-terang dengan awak.Saya perlu buat awak sedar yang saya tak suka dengan setiap tindakan awak yang telah mengkucar-kacirkan hidup saya.Saya berdiri di hadapan awak.Saya memang geram tengok awak!!

"Jangan kacau saya!Awak dah malukan saya hari ni.Apa awak nak daripada saya?"

Awak diam.Tak berkata apa-apa.Saya semakin panas hati melihat awak begitu.Tenang sahaja.Berlagak tidak mengetahui apa yang sedang membuatkan saya dilanda amarah.Saya tak tahu mengapa tangan saya menggapai buku nota yang terdapat di hadapan meja awak dan melemparkannya ke arah awak.Awak terkejut.Rakan-rakan lain yang belum meninggalkan kelas memandang tindakan saya.Aaron tidak sempat menahan tangan saya daripada melakukannya.

"YOU, GO TO HELL!" saya menjerit dan berlalu pergi menuju ke pintu luar.

Saya tak tahu apa yang terjadi.Saya terus berjalan menuju ke kelas lain.Ketika ini hati saya menangis, tangan saya menggeletar,kaki saya terasa tidak memijak bumi.Ya Allah..apa saya dah lakukan?Apa saya dah buat tadi?Saya berhenti melangkah.Menekup muka dengan kedua-dua belah tangan, menarik nafas sedalamnya dan beristigfar.Aaron menghampiri melihat keadaan saya.

"Aaron, I want to go back to hostel.I don't think I can enter the next class and the evening class.I need to rest."

"Alright.Just go back and have a sleep ok.Later I'll text you"

Tanpa membalas, saya berjalan ke arah tempat menunggu bas.Saya masih keliru dengan tindakan saya tadi.Handphone saya berbunyi.

"Terima kasih.Kita dah seri sebab saya dah malukan awak dan awak pun dah malukan saya.Lepas ni saya tak kacau awak lagi."

Saya genggam handphone sekuatnya.Terasa pedih menjalar di hati sekarang.Saya menyesal dengan perbuatan saya.Namun terlajak kata-kata, masakan dapat di undur.Saya lukakan hati awak dan hati saya juga.Bagaimana harus saya hadapi semua ini?Setitik air jernih mengalir di pipi dan pantas saya menghapuskannya.

No comments:

Post a Comment