Pages

Thursday, October 28, 2010

Kisah Kami-Part 4

Sudah lama rasanya saya dan awak tidak bertegur sapa. Sejak daripada peristiwa itu, tiada lagi mesej daripada awak yang mengejutkan waktu subuh saya.Tiada lagi awak yang dulunya setia duduk di kerusi hadapan atau belakang saya. Kini Aaron yang mengambil tempat awak.Tapi kehadiran dia tak sama macam awak.Dia tak mampu buat seperti apa yang telah awak lakukan dalam hidup saya sepanjang saya berada disini beberapa bulan ini.Kehilangan awak benar-benar saya rasai kini.

Setiap kali ke kelas, awak duduk jauh daripada saya.Selepas habis kelas, awak akan cepat-cepat keluar tanpa saya sempat menoleh ke arah awak.Saya tahu awak memang marahkan saya dan awak memang mahu menunaikan kata-kata awak untuk tidak menggangu hidup saya lagi.Saya patut dihukum untuk keterlanjuran kata.Ucapan maaf tidak mampu merawat hati awak yang terluka.

Hari ni hujan lebat sekali.Saya terlupa bawa payung.Sudahlah kuliah lewat dihabiskan gara-gara pembentangan kumpulan.Jam sudah pukul 7.00malam.Belum menampakkan yang hujan akan reda.Saya marah diri sendiri sebab terlupa bawa payung.Kawan-kawan yang bawa payung memang sudah melangkah meninggalkan dewan kuliah.Mahu menunggu bas bermakna saya perlu menanti lagi 30 minit sedangkan ketika itu azan Isyak akan berkumandang di tempat ini.Ah bagaimana?Ok..redah sahajalah.Hujan sahaja pun.

Dengan baju kurung yang tersarung, kasut ala2 barbie doll saya melangkah.Langkah saya laju sebab mahu segera sampai ke kolej kediaman.Saya memeluk erat beg yang berisi buku dan nota-nota.ALAMAK!!!Habislah saya.Nota-nota saya mesti basah.Arghh..itulah masa ambil keputusan nak redah tadi tak fikir pasal nota.Sekarang kalau berhenti pun nota ni memang dah sah-sah basah.Pilihan yang saya ada?Teruskan sahaja melangkah.Dalam kepekatan malam yang semakin gelap, saya meredah hujan lebat.Terdengar bunyi guruh yang sayup-sayup sahaja.Kalau bunyi guruh kuat, saya tidak akan seberani ini.

Saya terdengar ada suara yang melaungkan nama saya.Namun say tak peduli.Ini waktu magrib.Macam-macam dugaan.Kalau saya toleh, tiba-tiba muncul apa yang tak dijangka, nahas saya.Saya denagr ada bunyi derap kaki yang berlari ke arah saya.Ah sudah..apa pulak ni.Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu.Seketika selepas itu saya terkejut kerana dipayung dengan payung besar.Saya berhenti dan toleh.Terasa mahu tergugur jantung melihat awak disisi sedang memayungkan saya.Saya telan air liur.Lidah saya benar-benar kelu.Awak cakaplah sesuatu.Jangan biar keadaan kita kaku dalam hujan begini.

"Lain kali tunggulah bas kalau dah tahu tak bawa payung.Berani sangat redah hujan seorang diri"

Saya mengetap bibir.Saya masih berdebar berdua dengan awak dalam hujan dan dibawah 1 payung yang sama.Kita nak jalan bersama pulang ke kolej kediaman macam ni?Kalau dipandang orang, saya malu!

"Awak tunggu apa lagi?Ambillah payung ni.Takkan saya nak balik dengan awak pula."

Arahan daripada suara tegas awak itu buat saya tersentak daripada lamunan.Drastik saya mengambil payung dan kemudian melihat awak berlari dalm hujan.Sekali lagi saya perasaan saya tersentuh.Kenapa kebaikan juga yang awak tabur setelah saya lukakan hati awak?Awak menawan jiwa saya dengan perbuatan yang tak pernah saya duga.Baiknya hati awak.Namun kebaikan itu yang saya tolak.Orang lain akan kata sayalah orang yang paling kurang waras kerana menolak lelaki sebaik awak.Mereka tidak faham apa yang saya rasa sebenarnya.Saya keliru.Buntu dengan diri sendiri.

Telefon saya berbunyi.Erk?Telefon saya pun basa juga ke?TAK!!Sebab saya letakkan dalam kotak khas sebelum melangkah meredah hujan tadi.Menyelamatkan telefon adalah penting.Nota tak sempat pula nak fikir kaedah menyelamatkannya.

"Ya Aaron I'm fine.Ya..ya..I'm on my way.Ok daaa.."talian perbualan saya dan Aaron dimatikan.

Geram sebab Aaron tidak menghadirkan diri ke kelas.Kalau Aaron hadir dia mungkin tak perlu meredah hujan.Sekurang-kurangnya dia ada teman untuk berjalan pulang bersama.Kelibat awak saya dah tak nampak.Saya menyambung kembali perjalanan denagn tubuh yang menggigil kesejukan.Payung awak memang penyelamat saya!

No comments:

Post a Comment