Pages

Thursday, January 31, 2013

Cuti Cuti Cuti..

Salam...weehooo cuti semester dah bermula..hehe balik 21 Januari haritu..Lepas tu dok sibuk sana sini sikit..Eh itupun kira balik lambat dah..Last paper 14 Januari.Saja luangkan masa dekat Kuching.Holiday kt Kuching dulu.Hikhikhik..tak ada pergi mana2 pun.Cuma rutin setiap pagi adalah turun melepak dekat ofis.Tolong sibukkan diri bersama..Sempatlah jaga kaunter pertanyaan ofis kolej masa dorg bukak weekend.Aku dengan Min tolong jaga..Abang2 dgn kakak2 staf kolej boleh relax..Org nak serah kunci je pun.Senang je..

Sempat juga sebelum balik tu mengikis harta En Bak.En Bak ni lecturer fakulti i yer merangkap pengetua kolej i skali.Haritu dia mintak tolong kemas rumah sebab dia nak sambut baby dia.Kemain lagilah aku,min,cik b,zatil,kery,khalid mengemas.Kitaorg x mintaklah En Bak naikkan markah exam.Cukup belanja makan.Dah En Bak pun nak makan steamboat,heret pergi tempat steamboat kegemaran..thank you En Bak sebab belanja.Itu kira skali En Bak belanja birthday Kak Lia.

19 Januari tu birthday kakak kesayangan kita, Kak Lia.Muahhh..dekat kolej sambut dgn kery,khalid,sein,hadi,min..dorg belikan kek aiskrim..pastu ak dgn min culik kak lia.bawak pergi makan kek dkt secret recipe..ni hajat mimi ye.

Eh time cuti ni merancang nak siapkan projek tahun akhir dgn cari tempat nak praktikal..Aduhaiiii dah nak habis belajar ni.Semoga perjalanan ini akan dipermudahkan dan hanya kenangan terindah sahajalah yang bisa aku kutip.Last semester pun best..Projek KOJOL nyata buat aku kenal team yang hebat..Harap2 masih ada projek baru lagi nanti..

Cuti tinggal lagi 20 hari sahaja..orang lain kuliah start 18 Februari..Aku ni 20 Februari baru nak terbang balik.Well i kan nakal...

Thursday, January 3, 2013

Ceritera Pementasan KOJOL Bhgn 4

Maka sekarang mari saksikan apa yang terjadi pada sebelah malamnya.Awas sbb mungkin mengandungi gambar-gambar yang buat anda seram..

 Alhamdulillah..kawan2 yg dtg sokong..kupaksa beli tiekt ni.hehehe

 Dewan yang hampir penuh walaupun masih awl utk pementasan..

 Yg ada beg coklat tu kakak syg kita..Kak Lia..Lelaki berbaju pink is Seko and sebelah dia Sara..cucu2 yg dtg support aunty dgn nenek

 Berbaju batik tu wakil DBP,tgh2 Madam Dayang, yang hujung itu Khalid..pengarah projek ni






 Iblis dlm teater ni..

 Penaja makanan..wakil MyChicken..kenyang semua krew


 Warga kerja teater KOJOL
Dah siap teater..kemas2 mari pulang..

Ceritera Pementasan Teater KOJOL Bhgn 2

Maka mari mencuci mata tgk gambar-gambar sekitar pementasan KOJOL di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.Ini adalah gambar-gambar ketika pagi pementasan.Sesi untuk susun kerusi,check sound system,check lighting, susun props atas stage..

 Yang baju hijau tu abg zul..abju hitam tu kak aisyah..sibuk siapkan pentas

 mirul dgn trademark seluar kuningnya..putra trademark dia?suara kuat gila mcm telan mic..hehe..

 Proses susun kerusi..sibuk aku duk buat ujikaji penglihatan

 semua tgh dgr abg zul nk ckp apa..kerusi hijau ni haikal x bg org lain duduk..duduk je kena denda

 siap susun atur dewan..

 yang pakai topi tu amin..yg sorg lagi aiman..dua2 ni junior ibrahim school tau..tekun belajar psl teknikal kt dwn ni..bangga ngan junior mcm ni

 tgh2 sibuk dok bincang, sempat posing amek gambar..

 ni pagi hari nk bergerak..sumbat barang semau dlm bas..pakcik pemandu bas dh pening kepala..hehehe

pentas yg sedang dlm proses penambahbaikan..

Ceritera Pementasan Teater KOJOL Bhgn 3

Kali ni meh kita tgk sesi raptai sebelah petang selepas solat Jumaat.Time ni aku dengan khalid tak ada.Kena keluar beli barang.Yelah last minute masih nampak ada yang perlu ditambah.Nasib baik ada kereta..Kalau tak nak lari dengan apa?Hehehe..

Pengacara mlm tu..Zam..jgn igt jd pengacara sng.dgn dia skali kena berlakon..kitaorg kan lain dr yang lain

 Scene pertama..kelahiran bayi..dibungkus dgn kain,azan berkumandang..sayu hati..terkenangkan mama!

 Scene pengusungan jenazah..dlm tu memang ada pelakon ye.

 Lepas baca talkin, baca doa..insaf dgr bacaan talkin..

 Ini dia perjalanan cerita..

 Taraaa..abg zul..penulis skrip dan pengarah bersama..

 Ni haaa..Haikal..pengarah bersama dan bendahari..


Buh lagi gmbr mereka..tekun kerja dkt atas sana..bagus..bagus..

Ceritera Pementasan Teater KOJOL Bhgn 1

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mempermudahkan dan melancarkan setiap apa yang kami rancangkang.Perancangan untuk melaksanakan pementasan teater KOJOL ini datangnya daripada senior yang dah pun bergraduasi, abg zul.Abg zul ni dah lama ak kenal.Dari first year lagi kenal dia dah.Kebetulan haritu ajak dia jadi juri jemputan untuk salah satu aktiviti teater.Kemudian terus dia datang dengan idea nak bawa teater ke luar.Satu pencapaian terbaik UTD selain daripada muncul sebagai johan untuk mana-mana pertandingan.Diberi skrip berjudul KOJOL.

Daripada peringkat pemilihan pelakon,latihan,persiapan props,preview teater sempena Antara Dua Jalan, smpailah ke pementasan di Dewan Bahasa dan Puastaka, semuanya memberikan pengalaman dan ruang aku belajar.Yelah ni aku jadi SU.Biasa jd SU untuk UTD ni event dlm kolej je.Dah event kt luar, mmg surat menyurat haku punya kerja la tu.Nasib baiklah ada yg contoh lama2 time jd JPK dlu.Harus edit2 je kan.Boss cakap nak itu,nak ini..sediakan.Pengarah suggest mcm itu,mcm ini..anggukkan shja.Aku bukan jenis byk songeh kalau benda itu boleh memantapkan event.Go on je.I'm ok with it.Aku ni membantu dari belakang tabir.

Alhamdulillah jugak..syukur sgt2 yang jadi AJK semua tau tugas masing-masing.AJK semua dah ada pengalaman kerja.Dah tau mcm mana cara kerja sorg2.So mmg tak pening kepala sgtlah.AJK yang baru pertama kali kerja dgn kitaorg pun senang jugak kerja dgnnya.Efisyen dan pantas.Aku yang terkejar-kejar nk follow step mereka.Memang seronok kerja dengan team yang sekepala.Yelah, mostly semua kawan-kawan.Tak ada nak susah hati sangat pun kan.

Yang bahagian props lagilah aku tak susah hati.Pengarah mintak apa shja mereka mampu sediakan.Guna kreativiti sendiri tau.Kalau perlu beli barang,beri je duit.Esok mereka tungkus lumus siapkan props tu.Eh cantik-cantik props kali ni.Nampak sgt real.Kerja keras bahagian props.Tanpa mereka tak berjalan teater.Thank you so much la dkt Kak Aisyah, Props Master UTD sbb bimbing krew2 lain dgn baik sekali.Terima kasih utk krew2 yang bekerja keras smpai tahap berkampung dkt bilik teater tu.

Yang dok susah hati bahagian pelakon je.Bukan pilih kasih ke apa ek.Dowg ni dah la selalu bikin ak dgn min and pengarah2 tunggu.Pastu nak dekat pementasan, boleh lah de yang demam panas,yang sakit tekak,yang accident jatuh motor pun ada..Ak memang doa byk2 semua oklah.Nasib baiklah masa hari pementasan semua ok.Aku kan cikgu disiplin garang.Harus awal2 dah pesan jgn mengada nk minum ais and tdo lewat.Eh malam sebelum pementasan tu,siap boleh keluar lagi budak2 ni pergi kuching supper.Hoihhhhh..esk korg muka x berseri siap.Sorg2 ak libas dgn rotan..

Malas nak tepek gmbr kt sni.Next post lah aku tepek ye.Gambar sgtlah byk.Nak memilih yg cantik2 je masuk dlm ni..

Keluarga Unit Teater dan Drama CREATIST Kolej Cempaka

Sepanjang semester ni memang life aku setiap malam adalah di bilik teater.Macam semester ni aktif pulak UTD dengan pelbagai aktiviti dan yang paling istimewa projek mega kami tu.Now bila semuanya sudah habis, duduk bilik rasa resah.Yelah berbulan lamanya kau asyik ngadap muka orang yang sama je kan.Dok gelak ketawa,buat kerja itu ini.Perancangan macam-macam..Walau kurang tidur, stay up malam siapakn homework kuliah tapi aku puas.Puas sebab aku dapat buat apa yang aku suka.Bukan sebab dipaksa sesiapa.Inilah yang aku selalu minat daripada dulu.Libatkan diri dalam perkara yang boleh beri aku ruang utk belajar byk benda.




Gambar-gambar kat atas ni sekitar persiapan utk Festival Kesenian Inter Kolej..Tema kali ini adalah teater muzikal..Hoihhh bukan main berhari-hari rekod suara.Budak2 ni ko suruh nyanyi mmg boleh.Tapi nak nyanyi sedap ala2 professional, byk training lagi diperlukan.Nasib baiklah ada abg zul dgn bani tlg.Time ni sedih sikitlah..Dpt no 3..unfair!!!Yelah jurinya bukan dr bidang teater, so jgn nk rasa apa2.Diam jelah..kita membalas dgn tempat lain.huh..dek kecewa dgn FKIK, maka dowg ni semua nekad nk balas dendam utk pertandingan teater seterusnya bersempena Sik Mok Rasuah.Hoyeahhh....time tu tajuk teater dah la BALAS, memang membalas dendam sungguh.Teater dpt no 1,Cheers dpt no 1,sidang pleno pun no 1..So Kolej Cempaka layak bergelar Juara Keseluruhan (tepuk kuat sket)






Yang kat atas ni time kami pergi ramai-ramai tgk teater kt luar.Pergi naik kereta konvoi mcm tulah..Hbs teater,semau pakat lapar.Okeh jom pergi makan.Budaya makan waktu malam adalah normal.Nowonderlah tak kurus2 kan?heheheh..Tauke warung nusantara tu terkejut and kelam kabut jugak bila kitaorg dtg skali 30 org..penuh kedai dia..Bergabung-gabung meja kerusi.Tapi tak muat..smpai kena buat 3 tempat la utk kitaorg duduk.Mkanan dia best jg..Berbaloi dgn harga..Dh hbs mkn, time nak balik lak sempat nyanyi lagu Happy Birthday dkt Ainnur (gmbr last baju merah)..Terkejut dan malu la dia semua org tgk kami nyanyi mcm tu.Eh kitaorg mmg tak reti nak malu sgt kalau dpn public.Dh terbiasa begitu..

Dowg ni mmg selalu kena dgn aku.Kalau training pukul 8.30 tp yg dtg sorg dua, haruslah aku berleter kan.Tapi buat semua tu sbb nk disiplinkan dorg jg.Tak boleh lah awk nk lewat time latihan.Nanti kalau lah dpt job kt luar,kau nk buat perangai mcm tu ke?Oh tidak boleh ye..Bikin malu sahaja nnt.Sbb tu dlm UTD aku ni garang mcm cikgu disiplin.Lambat mmg kenalah dgn aku.Marah marah pun sayang adik2 oii..