Pages

Sunday, November 30, 2014

Tree Top Walk Sungai Sedim,Kedah

          Bila kita dah hidup dengan terlampau banyak tekanan,kita jadi apa?Pandaiii...tertekan.Tertekan boleh mengakibatkan apa?Ya, stress dan keserabutan minda.Ada sesetengah daripada kita bila stress boleh bertindak diluar kawalan seperti menjadi seorang yang cepat panas baran.Tak elok untuk kesihatan sebenarnyakan bila berhadapan dengan tekanan.Aku pernah ada kawan yang stress tahap melampau sampai perlu menerima rawatan psikologi.Tapi apalah pilihan yang kita ada?Kena hadap juga walau kita rasa cukup sudah untuk menghadapinya.Kita diasak daripada pelbagai sudut hidup sampai kadang rasa daripada mana lagi mahu dicari kekuatan dalam diri.Dan menyerah kalah bukan satu pilihan yang terbaik.Oleh hal yang demikian, cara kita mengatasinya haruslah lebih bijak.Jangan biarkan diri dikuasai stress.

          Salah satu cara yang aku paling suka bila nak mencari kekuatan atau mencari diri semula adalah dengan kaedah kembali semula kepada alam.Omputih panggil back to nature gitu.Jadi kita lari kepada alam semula jadi.Kita bukan nak larikan diri daripada tekanan.TAK!Kita nak beri ruang pada diri sendiri untuk bertenang,berfikir dengan lebih waras dan rasional untuk tindakan seterusnya.Aku selalu rasa bila aku dikelilingi alam semula jadi, segala aura negatif,tekanan dan perkara-perkara yang buat aku rasa tak mampu untuk berfikir diserap oleh pepohon yang menghijau.Warna hijau daripada alam sekeliling dikatakan mampu untuk memberikan kesan ketenangan dan mengurangkan stress.

         Sebenarnya nak cerita pasal Tree Top Walk Sungai Sedim, tapi terpanjang pula intro.Maka kita pendekkan dengan segera.Semalam, aku dengan kawan-kawan baik aku pergi melawat alam semula jadi.Aku memang teringin sangat nak pergi Tree Top Walk Sungai Sedim tu.Walaupun diri ni sebenarnya seorang yang penakut dengan ketinggian, tapi tiba-tiba sahaja idea tu datang hari Selasa lepas.Rasa macam mimpi bila Najib cakap "Ilah, weekend ni sila free kan masa anda.Kita nak pergi Tree Top Walk".Ehh betul ke?Sehari sebelum tu setelkan dulu hal dengan Alin,esoknya kita pergi mendekatkan diri dengan alam.

          Perjalanannya aku rasa mengambil masa sejam lebih kot daripada Sungai Petani.Turun daripada kereta dah boleh dengar aliran deras air sungai.Nasib baik tak merancang nak mandi.Kita cuma rancang nak tengok alam je.Maka mari ke kaunter dapatkan tiket untuk masuk.Ketar-ketar kaki nak pijak jambatan besi tu.Walaupun besi, hati dupdapdupdap tau.Mujur ada rakan berpaut.Kalau jatuh,kita jatuh bersama ya.Hahahaha..mula-mula je rasa macam tu.Tapi lepas tu laju kita catwalk atas jambatan yang disediakan.

         
          Dekat kaunter masuk ada disediakan pameran tentang beberapa maklumat berkenaan Tree Top Walk.Rajinkan diri membaca untuk tambah pengetahuan anda.Ada dimaklumkan untuk menjaga barang berharga anda dengan sebaiknya.Terima kasih Anis sebab tumpangkan barang berharga kami dalam backpack dia.

           Jangan korang berangan nak pakai kasut tumit tinggi yang hujung halus tu.Tengok ni permukaan yang akan dilalui korang nanti.Mana ada orang masuk hutan pakai kasut tumit tinggi kan?Kang ada pula yang berkaki ayam.Hehehehe..

          Tadaaaaa...mempersembahkan jambatan yang bakal dilalui oleh pengunjung Tree Top Walk.Jangan bimbang, tak bergoyang pun.Lainlah kalau korang buat larian pecut atas tu atau dok melompat tetiba,memang bergetar la.Jalan tertib-tertib ya.Nikmati kehijauan disekeliling anda dengan dilatari bunyi aliran air sungai yang deras dan bunyi unggas.Terapi kan mata anda lihat tumbuhan hijau.Perhatikan sekeliling.Apa yang boleh korang belajar dengan alam?

                         Katanya ini merupakan the longest canopy walkaway in the world.



        Korang boleh saksikan sendiri aliran deras sungai yang mengalir.Selain daripada korang boleh berjalan atas jambatan dan mandi, ada juga aktiviti lain.Kalau tak salah korang boleh water rafting dekat sini.Katanya jeram yang mencabar disini.Berani cabar diri?Silalah uji jeram di sini.Aku ni berenang pun fail,korang nak suruh redah jeram pulak.Memang taklah..  
       


           Ni kat bahagian bawah dah lepas kami turun daripada jambatan gantung tu.Tengok tu..aliran airnya sangat deras.Aku tak tahulah sederas mana lagi air kat kawasan yang digunakan untuk water rafting.Amacam,berani cabar diri tak?Datang sini dengan keluarga mahupun kawan-kawan dan buat pelbagai aktiviti yang disediakan bersama-sama.Mesti balik daripada sini rasa lapang jiwa.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

   * Jangan lupa untuk singgah jamu mata tengok shawl labuh daripada Sisters2Sisters.Manalah tahu ada yang ingin mendapatkan shawl labuh.Baca entry terkini berkenaan shawl Sisters2Sisters kerana telah ada warna yang kehabisan stok.Andai kata ada yang mahu memilikinya,bolehlah berhubung dengan talian yang tertera.Dapatkan segera dengan harga istimewa daripada kami.

Update Ringkas Shawl Labuh Sisters2Sisters

          Assalamualaikum...ok kali ni nak buat update ringkas untuk shawl labuh daripada Sisters2Sisters.Jangan lupa untuk membuat tempahan bagi pilihan shawl yang berkenan di hati anda.Sekarang ni musim cuti sekolah.Boleh pakai shawl Sisters2Sister yang labuh dan ringkas ini untuk menghadiri kenduri berkenaan.Boleh juga hadiahkan shawl ini untuk insan kesayangan anda seperti ibu,isteri,kawan,guru atau sesiapa sahaja.Harganya usah ragu-ragu.InsyaAllah murah sahaja kami tawarkan untuk sisters sekalian.

          Sisters2Sisters menawarkan 3 pilihan saiz shawl yang boleh dipilih iaitu:-
              1.Saiz Regular       - 1.7 meter x 0.8 meter
              2.Saiz Wide           - 1.7 meter x 1.1 meter
              3.Saiz Super Wide - 2.0 meter x 1.1 meter

          Jika berkenan dengan mana-mana daripada koleksi dibawah,sertakan butiran berikut:-
             Nama penuh:
             Alamat:
             No telefon:
             Koleksi shawl & warna:
             Saiz pilihan:

          Whatsapp sahaja butiran berkenaan kepada kami di talian berikut:-
              1.Faizah      0194061370
              2.Syuhada   01119409835

          Untuk memudahkan sisters membuat pilihan, berikut kami sertakan warna untuk 2 koleksi permulaan daripada Sisters2Sisters.Boleh tempah semua warna dan nikmati harga murah daripada kami dan tampil 

FAIZAH'S WIDE SHAWL

          *Untuk gambar-gambar diatas, saiz shawl yang digayakan adalah daripada saiz Super Wide.Warna royal blue telah kehabisan stok.Warna yang lain masih lagi ada.Dapatkan segera.InshaAllah kami akan berikan warna lain untuk menggantikan warna royal blue tu.Agak-agak warna apa yang menarik?


SYUHADA'S WIDE SHAWL

*Shawl yang digayakan adalah daripada saiz Wide.

May Allah bless you sisters...

Tuesday, November 25, 2014

Tonton Wayang The Hunger Games:Mockingjay Part 1

          Terus terang cakap aku dah lama tak tengok wayang.Wayang last aku tengok adalah Guardian of the Galaxy 2 bulan lepas gitu.Itupun nasib baik adik bongsu ada.Boleh la ajak teman.Ni tak ada siapa nak jadi peneman tengok wayang.Kalau nak tengok wayang,jauh sikitlah nak kena membawa diri.Kena pergi Village Mall atau Amanjaya Mall.Harapnya cepatlah panggung wayang dekat Central Square tu beroperasi.So boleh jalan kaki je kalau nak tengok wayang.

          Sebenarnya hari Jumaat lepas dapat panggilan telefon daripada Kery.Dia datang atas urusan kerja kat Penang.Petang tu dia tak ada apa-apa aktiviti.Terus ajak dia datang Sg Petani.Pelik sangat bila dia cakap Penang-Sp tu jauh mcm 2-3 jam.Ehhhhh rasa macam nak buka peta je kat dia.Dekat jelah.Dengan kemahiran pemanduan dia,lagilah kejap je nak sampai.Masa tu tak rancang langsung apa kami nak buat bila jumpa nanti.

          Lepas ambil aku dekat rumah,jemput Amin pulak.Kami bertiga ja.Itupun dalam van asyik gelak.Bila duduk dengan Kery dan Amin,memang gelak je.Cakap sikit gelak,cakap sikit gelak.Senaman rahang sungguh petang tu.Kita bawa Kery makan western food kat Big Mouth.Sebab Kery tak makan lagi daripada tengahari.Sambil makan pun dok gelak-gelak.Dah la suara memasing memang kuat.Rasanya orang sekeliling dengar je topik perbualan kami.Patutlah dipandang-pandang.Hehehehe..

          Lepas dah makan, xtau nak buat apa.Oklah kita singgah Amanjaya Mall.Kalau ada movie best,kita tengok.Sampai je kat depan panggung tu tengok skrin filem The Hunger Games:Mockingjay Part 1 dah mula pukul 8 malam.Jam kami masa tu 8.10 malam.Pedulikan terlepas 10 minit,berdesup beli tiket dan berlari masuk panggung.Nak masuk pun sempat lagi kami gelak-gelak.Bila dah duduk dekat kerusi,mengah berlari.Ok now fokus tengok cerita.

          Terus-terang cakap ini merupakan filem pertama The Hunger Games yang aku tengok.Sebelum ni tak pernah pun nak tengok.Itu yang Kery cerita sedikit pasal kisah sebelum tu daripada filem sebelumnya.Barulah aku tak keliru tengok filem tu.Pendapat aku cerita tu dikembangkan dengan baik.Walaupun aku tak pernah tengok filem-filem dalam siri berkenaan sebelum ini dan hanya bergantung dengan serba sedikit cerita daripada Kery,dapat juga menghayati dan memahami perjalanan cerita.Cerita-cerita seperti ini selalu buat aku teruja dengan teknologi yang mereka gunakan.Selalunya aku akan fikir macam mana mereka buat sesuatu adegan tu dengan baik.Adegan pertarungan dan pertempuran tu nampak hidup sangat.Berapa ramai pelakon yang digunakan untuk menjayakan sesebuah filem macam ni.Dan walaupun pelakon itu hanyalah pelakon tambahan yang hanya muncul dalam satu dua adegan, tapi lakonan mereka tak nampak kaku.Dialog dilafaz dengan baik.Ekspresi muka tu pun nampak semula jadi.

          Aku sangat suka bila Katniss nyanyi lagu The Hanging Tree.Terus rasa jatuh cinta.Masa tengok wayang tu,siap kaki ni ikut rentak lagu yang dinyanyikan Katniss.Melekat sungguh lagu tu dalam otak.Balik rumah terus cari.Eh syok la lagu tu.Esok pagi bangun aku hum lagu tu.Kemain penangan lagu tu.Terus rasa kenapalah dulu aku tak tengok filem ni.Terlepas 2 bahagian awal filem tu.Aku tengok Amin dengan Kery sangat enjoy filem tu.Tapi Kery lagi best.Aku rasa dia macam tengok cerita lawak pulak.Dia gelak bila tengok Katniss kena cekik dengan...eh tak boleh cerita nanti korang tak rasa teruja pulak nak tengok.Nak tau korang kena beli tiket dan tengok.

          Sekarang kena sabar tunggu Part 2 pulak.Apa akan jadi seterusnya?Atau patut beli bukunya?

         * Jangan lupa untuk singgah jamu mata tengok shawl labuh daripada Sisters2Sisters di sini.Andai kata ada yang mahu memilikinya,bolehlah berhubung dengan talian yang tertera.

Saturday, November 22, 2014

Makan-makan dengan Alin

          Minggu lepas keluar dinner dengan Alin.Sebab hajat di hati nak makan steamboat.Saja nak cuba kedai steamboat yang baru buka.Tapi alangkah kecewanya kami bila sampai depan kedai tengok-tengok tutup rupanya.Padanlah tak ada kereta langsung yang parking di hadapan kedai.Selalunya kalau dengan Alin menuju ke kedai steamboat ja, mesti tutup.Macam kebanyakkan kedai makan tutup hari Selasa.

          Memandangkan tiada rezeki kami nak steamboat, kami dah blur tak tau nak makan dekat mana.Tak nak makan kat tempat jauh-jauh sebab nanti ambil masa.Ok kita tak dapat steamboat,kita pi kedai tomyam pun boleh la.Dalam hati masing-masing menangis tak dapat yang dihajati.Lain kali memang tak boleh rancang keluar makan hari Selasa.Kalau tak merana jiwa nanti apabila tak dapat yang dihajati.

          Sembang dengan Alin sambil tunggu makanan sampai.Dengan Alin ni sembang dengan I, You tau.Hahahaha..tak tau kenapa kami dok ber I, You bila cakap.Sopan sangat kitaorang.Semenjak daripada kenal Alin daripada Tingkatan 2 lagi memang begitulah.Kadang rasa pelik pulak bila nak guna aku,kau.Tapi dengan member lain kami boleh ja aku,kau.Well...mungkin sebab kami jiwa seia sekata.Hahahaha...

           Jumpa pun tak lama.Lepas makan, singgah solat magrib dekat surau Central Square.Bayangan dalam kepala ni masih keadaan surau yang macam dulu.Alin kata sekarang ni kan dah buat surau baru.Wahhhhh..terpegun tengok surau yang baru.Memang berlainan daripada yang dulu.Lebih luas,selesa dan bersih.Memang terbaiklah.Macam ni memang seronok bersolat dekat Central Square.Kami tengok dah ada kedai-kedai makanan yang baru dibuka menambahkan lagi pilihan orang ramai yang berkunjung ke sini.Satu perubahan yang positif.*tepuk tangan*


Sempat kami berselfie dalam salah satu ruang dalam Mother's Room kalau tak salah.Sangat puas hati dengan perubahan wajah Central Square.*Tepuk tangan gemuruh*

          Sambil tunggu lif, sempat lagi ambil gambar.Sebab rasa menarik dan suka dengan warna dinding belakang tu.Tapi tak boleh nak nampak sangat dinding belakang tu.Kami kan selfie ja.

          Masa keluar dengan Alin, pakailah shawl Sisters2Sister daripada Koleksi Syuhada's Wide Shawl yang bersaiz Wide.Saiz Wide ni adalah sepanjang 1.7 meter dan lebar pula 1.1 meter.Memang labuh kan?Lepas solat maghrib, tunjuk dekat Alin cara pakai.Alin kata "eh senangnya pakai.Mudah bentuk pulak tu"...So Alin pun tempah untuk dapatkan koleksi Syuhada's Wide Shawl ni jugak.

          Kalau ada yang berkenan dengan warna royal blue ni atau pun warna lain seperti di entry sebelum ini yang telah kami maklumkan, boleh Whatsapp ke 01119409835 (Syuhada) atau 0194061370 (Faizah).Harga menarik menanti anda.InsyaAllah kami cuba berikan yang terbaik.

Monday, November 10, 2014

#sayajual Shawl Labuh Untuk Anda

          Assalamualaikum..wahhh ramai teruja dengan video promosi Sisters2Sisters.Alhamdulillah, terima kasih untuk kesabaran anda menanti kemunculannya.Kami yang baru nak bertatih dalam berniaga ni sangat terharu dengan sokongan dan doa terutama sekali daripada kaum keluarga dan sahabat-sahabat baik yang ada bersama.Kami budak baru belajar.Salah silap harap dimaafkan dan mohon beri tunjuk ajar.


           Semuanya bermula masa nak sambut Hari Raya Aidilfitri haritu.Mencari shawl yang lebih lebar untuk dipakai.Tapi sayangnya susah mahu jumpa dekat kedai-kedai.Kalau boleh shawl tu plain tapi lebar dan rasa selamat je pakai.Selamat tu maksudnya labuh dan menutup bahagian dada.Yang jumpa dan berkenan harganya pula mahal-mahal belaka.Gulpp tertelan air liur.Selaku orang yang belum berkerjaya takkan nak minta mama belikan yang mahal demi bergaya di hari raya kan?Tak sampai hati la.So decide dengan adik perempuan kita guna alternatif lainlah.

          Kebetulan pula kawan baik juga berminat untuk berniaga.Kami ni generasi muda nak mencari duit poket la daripada membuang masa tanpa melakukan apa-apa.Inilah iltizam namanya.Tunggu tawaran kerja belum menjelma.Bukan rezeki lagi mungkin.Maka marilah kita mencari alternatif untuk menyara hidup sendiri dan tidak menyusahkan ibu bapa.Dapat juga melakukan sesuatu yang berfaedah.Dengan itu terlahirlah Sisters2Sisters daripada kami bertiga untuk sisters yang mencari shawl yang lebar dan labuh.InsyaAllah kami memberikan harga yang menarik untuk sisters sekalian.

          Alhamdulillah dengan keberkatan bulan Zulhijjah tempoh hari, Sisters2Sisters akhirnya mengeluarkan koleksi pengenalan daripada kami.Kami bersyukur dan berterima kasih kepada pembeli-pembeli terawal shawl Sisters2Sisters dan reaksi positif mereka.Malah mereka turut mendoakan agar kami terus memperkembangkan perniagaan ini.Kami gembira dapat memenuhi kemahuan mereka dengan membuat beberapa penambahbaikan.Setapak demi setapak kami cuba susun untuk mula belajar berniaga.Bertatih dahulu kata orang sebelum mampu berlari.

          Sesiapa yang ingin menempah untuk diri sendiri,mak,kaum keluarga mahupun sahabat handai,bolehlah mendapatkan koleksi ini.Cuba beli sehelai dulu.Nanti berpuas hati boleh tambah lagi.Buat sementara ini kami keluarkan 2 jenis koleksi dahulu.Baru nak belajar berniaga dan masih banyak lagi yang kami perlu pelajari dan perbaiki..Oleh itu kita pelan-pelan kayuh merancang.Sebab itu kami keluarkan 2 jenis koleksi untuk permulaan.InsyaAllah andai ini jalan rezeki untuk kami, di masa hadapan kami akan berikan lebih banyak pilihan untuk sisters memilihnya.Harapnya sisters sekalian akan menyokong kami yang baru nak mula bertapak.

          Koleksi pertama dinamakan Faizah’s Wide Shawl.Jenis kain adalah daripada jenis satin crepe.Tidaklah berkilat sangat jadi sisters yang gemar gaya begini boleh memilih shawl ini.InsyaAllah mudah untuk dibentuk.Berikut merupakan contoh penggayaan Faizah's Wide Shawl berwarna dusty pink dan royal blue daripada pilihan saiz Super Wide yang mempunyai ukuran 2 meter x 1.1 meter:




          Untuk koleksi Faizah's Wide Shawl ni kami sediakan 5 warna untuk pilihan sisters seperti ditunjukkan dalam gambar di atas.Yang mana berkenan di hati anda?

          Manakala koleksi kedua dinamakan Syuhada’s Wide Shawl dan menggunakan kain chiffon yang lembut dan mudah dibentuk.Kainnya kami pilih sendiri kerana kami mahukan yang terbaik untuk mereka yang memakainya.Berikut merupakan contoh penggayaan Syuhada's Wide Shawl berwarna emerald green dan dark peach daripada pilihan saiz Wide yang mempunyai ukuran 1.7 meter x 1.1 meter:




          Gambar di atas pula merupakan 6 pilihan warna yang kami sediakan untuk sisters yang ingin memilih daripada koleksi Syuhada's Wide Shawl.

          Lain orang mungkin lain citarasanya.Kami harap sisters yang mahu mencuba memberikan kami peluang untuk mendekati anda.Oleh kerana itu kami berikan 3 pilihan saiz untuk sisters.Berikut merupakan pilihan saiz untuk sisters sendiri tentukan daripada 2 koleksi berkenaan.

Pilihan Regular      :1.7 meter x 0.8 meter
Pilihan Wide          :1.7 meter x 1.1 meter
Pilihan Super Wide:2.0 meter x 1.1 meter

         Jangan bimbang harganya pasti membuatkan anda teruja untuk memiliki shawl daripada koleksi Faizah's Wide Shawl mahupun Syuhada's Wide Shawl.Bukan berharga RM50,bukan juga RM45, dan sudah tentu bukan juga berharga RM40.Harga mampu milik istimewa daripada kami untuk anda sekalian.Sekiranya sisters sekalian berminat untuk memilikinya boleh membuat tempahan dengan menghantar butiran seperti nama,alamat,no telefon,koleksi yg ingin ditempah,pilihan saiz serta warna ke Whatsapp kami di talian 01119409835 (Syuhada) atau 0194061370 (Faizah). Jangan malu-malu untuk bertanya dengan kami.InsyaAllah kami akan menjawab dengan sebaiknya untuk sisters.

May Allah bless you sisters...

Sunday, November 9, 2014

Video Promosi Sisters2Sisters Shawl Collections

                                    


                                         AKAN DATANG MENCURI PERHATIAN ANDA


                                                           Nantikan kemunculannya