Pages

Wednesday, April 27, 2011

Update Cerita...

Apa yang aku dah buat selama tak berblog sebulan lebih?

1.Kenduri Perkahwinan Kakcik

Kan aku de cakap aku balik SP 4Mac lepas habis midterm?Sebabnya Kakcik, kakak kpd my dear best friend Najib tu melangsungkan perkahwinannya dengan orang Sabah.So seperti biasalah bertindaklah aku dengan Najib sebagai bunga telur girl walaupun tanpa Nani n Dayang.Yang bestnya Danish sampai ketar-ketar badan excited jumpa Cik Ilah yang dah lama tinggalkan dia.Hahaha..jeles wanchu Najib.ekekek...

2.Family Day Cempaka

Okeh aku join family day Cempaka pada 19 dan 20 Mac dan diletakkan dibawah group Cempaka WOW bersama 2 JPK Cempaka which is Khalid & Wani. Giler terbaik pepagi hari wat cabaran fear factor.Secret yang boleh aku share aku dah telan sotong mentah!!Yuckss...fobia ttbe jap ak dengan sotong.Lot of games jugak yang disediakan.Yang paling best sambut belon yang diisi air dgn kain batik.Malam 20 Mac aku n team teater Cempaka Creatist perform utk majlis penutup.

3.Pidato & Debat Piala Timbalan Naib Canselor

Presiden Kolej Cempaka, Khairi a.k.a Keri tu suruh aku wakil pidato & debat. Jem otak rasanya nak handle dua2.Last skali aku pass pidato dekat Rebecca.Thanks Becca.So aku fokus utk debat yang cuma ambil masa 2 malam je bentuk team & kumpulkan hujah. Team Cempaka diwakili Vanessa,Nisa & aku sendiri. Kedudukan aku seperti biasa orang ketiga yang bangun dan hentam pihak lawan.Peberet port daripada zaman dulu lagi.Hehehe..Alhamdulilah, team Cempaka dinobatkan Johan Debat TNC dengan menewaskan pasukan Asasi UNIMAS dengan berpaksikan tajuk Perkahwinan Usia Muda Wajar digalakkan.Kitaorg jadi pembangkang.Sorry adik2 Asasi, akak hangus rentungkan hujah korang.Sangat best bila anugerah pendebat terbaik digondol oleh pasukan Cempaka menerusi aku dan kami turut menggulingkan Asasi dengan pilihan juri 3-0.Dapat RM300 utk johan & RM50 utk pendebat terbaik.

4.Sukan Tradisional 1Malaysia

Aku telah diamanahkan menjadi Timbalan Pengarah untuk aktiviti ini yang dijalankan diperingkat UNIMAS pada 1-3 April.Adoiii..first time aku pegang jawatan besar dekat UNIMAS.Pengarah aku ialah Khalid a.k.a Khelly (aku n min bagi nama ni sebab dia kwn baik ngan keri n aidy.biar seragam bunyinya la kononnya..)

5.Puisi 1Malaysia

Lepas je habis sukan tradisional sebelah siang, malamnya aku berkejar pulak ke kampus timur UNIMAS untuk pertandingan puisi secara bidan terjun yang sangat last minute. Si Keri punya kejelah ni.Last skali aku demand suruh dia antar aku n min yang merangkap PA aku ke tempat pertandingan.Presiden Cempaka kena la jaga anak-anak buah dia kan?Hehehe..Alhamdulillah dapat no 3!!Dapat hamper dengan wang tunai RM60!

6.Steamboat at Bimmers

Sebagai menghargai orang-orang yang banyak tolong aku, so aku angkut la Keri,Aidy,Khelly,Haikal & Min naik kereta kenari pergi bersteamboat.Yang drive memula Min tapi bila nak balik tu Keri lak drive.Macam nak pecah perut aku makan.Aiskrim xtau la berapa mangkuk aku telan.

7.Konvensyen Pemimpin Mahasiswa UNIMAS anjuran MPP

Aku jadi pengacara majlis pada 9April.Giler lama tak buat kerja-kerja ni.Last time masa diploma. Kebetulan masa rehat tghari, aku dapat call daripada mama inform yang pakngah aku dha pun meninggal dunia pada pagi berkenaan akibat terjatuh dalam bilik air.All i can think at that time is my cousins Tikah & Alif.Now dowg dh xde parents and aku rasa lost kejap dlm majlis tu.

8.Steamboat at D11

Kali kedua bersteamboat tapi dengan orang lain pulak pada 12April.Kali ni denagn kawan-kawan 1 kelas sempena meraikan penat lelah mereka bertapa seminggu dalam gym dekat Cempaka untuk buat poco-poco step untuk subjek Healthy Lifestyle yg dowg amek. Keluar secara tidak dirancang yang telah merapatkan hubungan kitaorang.Lepas makan siap pergi karaoke sampai serak-serak suara.Jangan tanya kitaorg smpai UNIMAS pukul berapa.Yang penting semua hilang stress malam tu.

9.Persembahan teater sempena Rakan Integriti Mahasiswa

13April kena perform teater untuk majlis pelancaran R.I.M kt UNIMAS.Hahaha..sudahlah semalam aku lari dari training.Nasib baik Haikal tak mengamuk n abg Zul pun ok.Yang paling best ttbe je jadi pelakon time abg zul n kumpulan nasyid INTRACK nyanyi lagu pasal Gaza.Bila bagi Ilah,Carol & Suzy ats stage, memang terbaiklah.Mostly ramai yang hampir menangis walaupun last minute idea daripada abg zul.

10.Majlis Angkat Sumpah Seketariat MPP

Majlis berlangsung pada 15 April jam 8.00malam.Maka dengan angkat sumpah tersebut rasmilah aku sebagai seketariat kepada Exco Kesenian,Kebudayaan & Perpaduan bersama beberapa yang lain dibawah our dearest leader Yvonne.

11.Mesyuarat Koperasi Siswa UNIMAS

Aku dapat mesej kena attend meeting ni sebab mereka memerlukan at least 50 orang utnuk menubuhkan Koperasi Siswa UNIMAS pada 21 April. Dengan tidak tahu apa-apa, aku attend je.Just say yes,no agree..pastu makan time bebeh.hahaha...


*Now aku tengah berusaha menghadap final exam.InsyaAllah balik SP 12mei nnt.Berita baik wireless dah dapat dekat dalam hostel menjelang minggu revision week.Terbaiklah... hehehe