Pages

Thursday, October 7, 2010

Kisah Kami-Part 1

Semalam..saya berlari sekuat hati.Saya bawa diri jauh daripada kehadiran ramai manusia.Saya tahu saya akan buat kerja gila.Saya perlu hilangkan diri seketika.Saya keluar bilik dan saya berlari tanpa henti tapi saya tak tahu kemana harus saya bawa diri ini.Ada satu rasa yang menggangu.Ada satu suara yang cuba membisikkan sesuatu.Saya perlu cari ketenangan.Saya tak mampu bertahan.Walau saya bercerita, namun derita ini hanya saya yang tahu.

Akhirnya saya mula letih berlari.Tanpa saya sedar saya sudah jauh!!!Saya berada di tempat yang sunyi.Sebuah padang bola terbentang dihadapan mata.Oh jauhnya saya lari.Tiada orang main bola hari ini.Mungkin semuanya sedang sibuk dengan aktiviti terbesar tempat pengajianku.Saya duduk di atas sebuah kerusi.Menghela nafas sedalamnya.Lama tak lari, mengah terasa.

Ketika itu di tengah padang, saya terlihat kelibat sekumpulan manusia sedang berjalan ke arah saya.Siapa?Saya perhatikan langkah mereka.Mereka seolah melemparkan senyuman kepada saya.Saya keliru.Benarkah apa yang saya lihat?Saya nampak kawan-kawan baik saya!!!Saya sangat gembira kerana mereka hadir ketika saya benar-benar terasa sunyi.Jasad saya seperti tidak mampu untuk bertahan di tempat ini.Saya bangun.Menanti mereka menghampiri saya.Mereka riang.Mendepakan tangan untuk menyambut diri saya ke dalam dakapan mereka.Akhirnya saya berlari mendapatkan mereka...

Tapi..kenapa tiba-tiba mereka menghilang?Saya toleh kiri kanan.Berpusing-pusing saya mencari mereka.Mereka tinggalkan saya ke?Saya terduduk kembali.Saya tutup muka dengan tangan dan saya menangis.Rupanya itu bayangan sahaja.Saya kecewa.Tangisan saya bergema dipadang namun hanya alam yang mendengar.

Saya seluk poket seluar.Saya capai handphone dan saya terus cari gambar kawan-kawan baik saya.Saya menangis lagi.Saya tak pernah rasa seperti ini.Saya tertunduk menahan perasaan.Kenangan bersama mereka terlalu dekat hingga saya rasa mereka sentiasa ada dengan saya setiap masa.Saya sentiasa nampak mereka kemana jua saya pergi.Saya kena kuat.Saya tak dapat miliki mereka sekarang.Jarak kami terlalu jauh.Ya Allah..tabahkan lah hambaMu ini.Kurniakanlah hambaMu ini kecekalan.

Handphone tiba-tiba berbunyi.Ada mesej daripada seorang insan

"Next time kalau nak lari ajaklah saya sama.Best ke lari sorang2? ('_')"

Saya terkejut.Ada orang nampak saya berlari.Saya balas mesej awak..

"Saya senang seorang diri sebab orang takkan nampak apa saya buat"

Kemudian, awak terus call..

"Saya nampak awak berlari.Awak menangis kan tadi?Kenapa?Kalau awak nak menangis lagi, menangislah.Saya tunggu dekat sini"

Saya terus toleh.Saya nampak awak!Dekat kerusi yang saya duduk tadi.Gila!!!!Apa awak buat dekat sini?

"Awak ikut saya ke?Saya tak perlukan awak untuk temankan saya.Pergilah.Awak akan buat saya lebih serabut."

Saya terus matikan telefon.Saya jadi geram tiba-tiba.Kenapa awak kena ada waktu saya mahu bersendirian?

Handphone berbunyi lagi.Mesej daripada awak.

"Kalau awak nak berlari, saya nak jadi kasut yang tersarung dikaki awak supaya dapat lari bersama awak.Kalau awak nak menangis, saya nak jadi tisu yang akan mengesat air mata awak.Kalau awak rasa awak keseorangan, saya nak awak tahu awak sentiasa ada saya"

Saya tersentuh.Awak hantar mesej macam tu dekat saya?Kenapa?Apakah tujuannya?Untuk menjerat perasaan sayakah?Saya terharu dengan kesudian awak tapi saya tak mampu terima kebaikan yang terlalu besar ini.

"Kalau awak jadi kasut yang tersarung di kaki saya, awak akan sakit kerana saya akan memijak awak.Kalau awak jadi tisu yang mengesat air mata saya, saya akan buang tisu yang telah saya gunakan untuk hapuskan kesedihan.Jadi awak tak perlu sentiasa ada untuk saya"

"Terima kasih" ringkas sahaja awak balas.

Kemudian, saya lihat awak berlalu pergi.Kali ini awak pula yang berlari dengan jeans biru gelap dan T-Shirt polo putih.Awak kecewakah???

No comments:

Post a Comment