Pages

Saturday, June 5, 2010

Ya, Mereka Kejam!

Salam..entri kali ni mungkin agak beremosi.Jadi andai ada kata kurang enak atau bahasa yang mendatangkan ketidakpuasan hati sesiapa, maaf dipinta.Orang kata bila tengah emosi ni memang kita susah nak sedar diri.Ye kan?Apa-apa jelah.




Credit to Google

Sebenarnya dah lama nak tulis entri ni.Tapi asyik tertangguh.Sebab emosi di luar kawalan.Untuk biarkan emosi tu reda, terpaksa tangguhkan entri.Sebenarnya nak kongsi KETIDAKPUASAN hati terhadap apa yang terjadi dalam minggu ni.Kalau tak salah Isnin (31 Mei 2010) dunia telah dikejutkan dengan serangan Israel laknatullah ni ke atas sebuah kapal bantuan ke Gaza.Dalam siri serangan oleh komando Israel ni mereka telah membunuh hampir 19 orang.Ini termasuklah 12 rakyat Malaysia yang terdiri daripada sukarelawan serta wartawan dan jurukamera Astro Awani.Yang paling menyayat hati aku apabila dalam laporan akhbar hari ini dimaklumkan bahawa menerusi bedah siasat ke atas sukarelawan yang mati ditembak itu, badan mereka dipenuhi dengan peluru.ITU NAMANYA KEJAM!(Gila apa suka-suka hati nak bunuh orang?Apa salah orang yang dia bunuh tu?Dia orang nak pergi tolong orang dekat Gaza yang si Israel laknatullah ni dok seksa bertahun-tahun lamanya.Bukannya nak pergi berperang dengan kau lah!!!Lepas tu kau dok buat cerita kata sukarelawan tu nak buat cubaan nak serang kau sedangkan mereka sekadar mempertahankan diri.Itupun bukan dengan cara membalas tembakan kau kan?Malah ada yang aku baca sukarelawan tu dah menggunakan kain putih tanda menyerah diri tapi tetap kena tembak.Apa kes?Dalam Bahasa Korea ia dipanggil BABO.Dalam Bahasa Jepun ia digelar BAKA.Dalam Bahasa Inggeris ia dikenali sebagai STUPID.)


Credit to Google

Minggu ini juga akhbar kembali menyiarkan kisah pembuangan bayi.Ok AKU DAH BOSAN DENGAN KES BUANG BAYI!!!Kenapa masih ada orang yang tak berperikemanusiaan ni?Dalam entri yang sebelum ni aku dah cakap masa kau berseronok dulu tak de kau nak pakai otak yang diberi untuk berfikir baik buruk perbuatan kau.Dah tu sekarang ambil jalan mudah je nak menutup kesalahan kau.Kau ingat kau boleh lepas di dunia?Balasan Allah SWT tetap menanti kau di akhirat kelak.Ada yang pergi tanam tepi landasan kereta api.Yang paling meruntun hati aku pergi buang tepi jalan dekat dengan sekolah. Di negara seperti Jepun dan Jerman sudah ada tempat yang dinamakan Baby Hatch untuk meletakkan bayi-bayi yang tidak mampu dibesarkan oleh ibu tunggal.Di Malaysia sendiri telahpun ditubuhkan OrphanCare.Sila layari laman web www.orphancare.org.my untuk mengetahui tentangnya.(Eyh hello, bayi yang tak berdosa tu sampah ker?Jijik ke bayi tu?Kalau ye pun bayi tu hasil hubungan terlarang kau, dan mati selepas kau beranakkan dia, tak boleh ke kebumikan bayi tu secara elok?Sekurang-kurangnya kau masih tunjukkan kau hormat dan sayang bayi tu.Bukannya dengan cara kau buang dia bagai sampah.Lepas tu anjing, semut, lalat pula yang datang ratah tubuh si kecil tu.Aku terfikir jugak apa perasaan kau orang wahai si pembuang bayi apabila akhbar tulis cerita penemuan bayi yang kau buang tu?Aku rasa kau takde perasaan kot sebab kau lebih berani buang dia kan?Sekali lagi dalam Bahasa Korea ia dipanggil BABO.Dalam Bahasa Jepun ia digelar BAKA.Dalam Bahasa Inggeris ia dikenali sebagai STUPID.)



Credit to Google

Satu lagi kes yang berkaitan dengan kanak-kanak.KES PENDERAAN!!!Kadang-kadang aku dah naik malas nak baca dan ambil tahu pasal kes kanak-kanak kena dera.Sebabnya kan menambahkan emosi aku serta membuatkan aku nak je belasah orang yang suka-suka hati dera kanak-kanak ini.Sebelum ini kisah arwah adik Syafia Humairah dan cukup menggemparkan masyarakat.Dan sekarang kes yang serupa pula menimpah arwah adik Hazrieq Naufal.Terfikir jugak aku apakah salah kanak-kanak seperti mereka yang baru berusia 3 tahun ini?Besar sangatkah salah yang dilakukan mereka hingga melayakkan mereka dipukul hingga meragut nyawa mereka?Tolonglah berfikir sebelum bertindak.(Naluri kewanitaan aku sangat-sangat meronta setiap kali meratap kisah mereka.Kenapa mereka perlu melalui keadaan begitu?Tidak bolehkah mereka menikmati zaman kanak-kanak mereka seperti mana aku pernah rasai dahulu?Sungguh kejam!Dengan siapalah anak-anak kecil ini hendak mengadu nasib?Andai aku berkemampuan, memang aku akan selamatkan mereka dan tempatkan mereka disebuah pusat asuhan dan beri kasih sayang aku kepada mereka.Aku lebih rela jaga kanak-kanak daripada nak menjaga hati dan perasaan orang.Akhir kata janganlah jadi BABO, BAKA & STUPID)

No comments:

Post a Comment