Pages

Wednesday, September 14, 2011

Cuti sudah habis daaa...

Jam sudah 12.47 malam 14 September 2011.Aku baru selesai tukar cadar bilik.InsyaAllah pukul 7.10pagi nanti aku akan berangkat kembali ke Sarawak.Alamak..cuti 4 bulan sudah habis daaa.Sekarang dengan berat hati mengemas segala kain baju untuk dibawa pulang esok.

Everything now back to Z.E.R.O!!!

Danggg!!!Aku zero dengan semangat ni.Berat hati yang amat sangat nak balik Sarawak.Walaupun aku gembira nak balik sebab boleh la nak jumpa kawan-kawan kan (termasuklah junior-junior baru) tapi dalam hati aku asyik nak menangis.Tau kenapa?Sebab lepas ni rumah aku sunyi sepi derrrr!!!Tinggal parents aku je.Anak-anak semua merantau jauh.Yang paling jauh akulah!Arghh..aku ni dah la anak yang paling manja,paling tinggi tahap emosional,paling banyak air mata nescaya dekat airport nanti aku akan "membanjirkan" keadaan hening pagi.Oh..sungguh la aku tak suka!!!Tapi nasib baik juga ada Aida.Aida..esok hang tengok kami teriak, hangpa cool kan kami tau.

Danggg!!!Aku juga zero dengan knowledge ni.Hamek kau!!Cuti 4 bulan aku memang holiday gila-gila.Awal-awal dulu aku bukak juga buku Japanese, tapi last-last hancusss..InsyaAllah semester ni aku sambung lagi Japanese Level 2.Walaupun tanpa Sakai Sensei, insyaAllah dengan Rokiah Sensei pun aku nak cemerlang lagi.Aku sangat rindu Sakai Sensei.Macam mana dia sekarang ye?Nantilah aku reveal jadual kelas aku yer.Tu belum masuk dengan jadual aktiviti lain.Belum balik lagi tapi Khalid dah cakap pasal latihan cheers untuk Karnival Sukan Air minggu depan.Eh, bila pulak aku masuk cheers?P.A aku Cik Min tu memang yelah masuk cheers.

Dangg!!!Yang tambah berat hati nak balik ni sebab aku fikir tahun depan bulan Januari baru aku boleh balik.Ya Allah..panjangkanlah usia aku dan juga kaum kerabat keluargaku serta rakan-rakanku agar kami dapat bersua lagi nanti.Sepanjang perpisahan ini, permudahkanlah segala urusan hidup kami dan ringankanlah kesusahan kami.Kuatkan hati kami untuk tabah dan redha dengan jarak yang tercipta ini.

Sesungguhnya terlalu banyak kenangan yang tercipta sepanjang cuti ini.Walaupun banyak masa aku dihabiskan dekat rumah, tapi aku tetap puas hati.Setiap masa aku dikelilingi oleh orang-orang yang aku sayang.Dan perpisahan ini buat aku sangat sebak dan pilu.Aku kan bab macam ni memang tak boleh.Ni pun aku dah cuba sehabis daya tahan air mata.Semalam masa last jumpa Najib, aku boleh bergenang air mata dah la.Kekonon aku nak buat macho la, tapi hancur juga ego aku.Aku memang tak dilahirkan untuk jadi kuat.

Doakanlah semoga semester ni aku akan terus cemerlang macam semester lepas.Aku sangat berharap jadual kelas aku tiada perubahan,berjalan lancar seperti yang dirancang dan tiada dugaan.Andai diduga sekalipun, doakanlah aku mampu menghadapinya dengan kekuatan yang tak seberapa yang aku miliki.


Jarak yang ada dalam perpisahan ini bukan tanda kalian akan aku lupakan
TAPI
kekosongan yang ada dalam jarak itu akan aku isi dengan kerinduan yang mendalam
TUNGGULAH
aku akan pulang nanti bersama kalian kembali
SEMENTARA ITU
tinggallah kalian dengan kenangan & doakan aku






No comments:

Post a Comment