Pages

Wednesday, October 5, 2011

A hectic September

Baru lepas study Japanese..mata aku dah rasa blur tengok tulisan jepun.Sudahlah badan rasa nak demam..tekak pun rasa tak best.Memang tak bersemangat je aku nak study malam ni.Tapi aku bersemangat nak update blog.Wakakaka...sebab banyak sangat cerita sepanjang bulan September yang tak sempat aku nak kongsikan.Korangkan tau tahap kesibukkan aku kalau dah balik sini.

1.Raya rumah Kaklong
Kitaorang ramai-ramai g beraya rumah Kaklong 16 September aritu.3 biji kereta jugaklah yang pergi.Riuh rumah kaklong.Kami pergi sebelah malam.Siangnya kami pergi bershopping sakan dekat Giant.Horeyyy..dekat Kota Samarahan dah ada Giant besar macam dekat semenanjung.Barulah ada feeling sikit aku nak memborong.Kereta memang penuh dengan barang laa..Lepas dah habis shopping, baru Dylan,Ell & Eup join.

Min the driver, Ilah the co-driver, Aisyah the yellow lady & Nia the adik sayang


2.Minggu Mesra FEP (MMF)
Tahun lepas aku yang kena orentasi dengan senior-senior, tahun ni aku pulak yang orentasikan junior-junior termasuklah seorang kawan aku yang baru masuk tu.Hahaha..aku jadi fasilitator untuk kumpulan Mali Lebu.Mali Lebu tu dalam bahasa Iban.Kalau translate ke Bahasa Melayu maksudnya tidak sia-sia...Dan pasangan fasilitator aku ialah Azra, classmate yang ting tong otak dia.Tapi proud dengan Azra sebab demam-demam pun masih memberikan khidmat baktinya.Proud dengan kumpulan Mali Lebu sebab sentiasa bekerjasama walaupun malu-malu.
Lepas malam first MMF, aku & the geng trs angkat kaki pergi McDonald dekat Kuching.Huahuahua..ingat nak pergi yang dekat airport je sebab dekat skali Dylan bawak smpai Kuching.Masa tengah lepak ni memang have fun habis sebab dok main game yang tah pape.Ok..aku mangsa pembulian mereka.Aku kan naif sket.Percaya je trick magic si Azra.Sampai aku kena bantai gelak tau.

My Kaki Lepak Gang

Dylan cuba cover perut..
Min tersenyum gembira..
Ilah pose kaki pelik
Azra si budak demam..
Mimi yang kurus sentiasa tapi kuat makan..
Yen tunjuk baju MMF..


3. Birthday Min...
Alhamdulillah Min sambut birthday dia yang ke 23 pada 28 September lepas.Kalau korang nak tau Min ni PA a.k.a Personal Advisor a.k.a Personal Assistant aku yang penakut KATAK!Bila dia jumpa katak je, dia akan lari kalah atlet pecut negara tau.Laju bukan main lagi.Disebabkan kitaorang semua memang tau dia penakut katak, maka kitaorang cakap yang birthday dia nanti dia akan dapat katak.Sampai Min pun keluarkan statement "Aku takkan percaya korang exp Dylan selama seminggu ni"..Muahahahaha..
Kebetulan pulak masa birthday dia aku dengan Mimi ada meeting.So Min balik bilik dulu.Memudahkanlah urusan kitaorang nak surprisekan dia.Lepas solat magrib dekat rumah Mimi, aku suruh Min turun sebab nak dinner.Bila dia turun, dia nampak kitaorang dah duduk ramai-ramai sambil tengok dekat dia.Si Azra pulak yang memang kaki mengusik Min tetiba je bangun nak pergi jemput Min kononya.Mau Min tak cuak sebab tetiba Azra buat baik kan.Mestilah dia syak.Dia duduk makan pun tak tenang.Azra dok buat bunyi katak.Yang bestnya bila kami nak keluarkan cupcake yang ditempah, Min nak lari.Hahaha..sebab dia ingat kitaorang nak bagi katak dekat dia.Sekali cupcake katak daaaa!!!

Min & cupcakes Katak


4. Fiesta Aidilfitri UNIMAS
Walaupun berlangsung pada 2 Oktober, tapi persiapan untuk fiesta ni berlaku pada hujung-hujung September.So boleh la masuk skali dalam ni ek?Aku terasa macam nak membelah badan sebab kena berkejaran untuk AJK Dekorasi bagi khemah Kolej Cempaka & latihan sketsa untuk pertandingan sempena fiesta tu.Ahh..letih weh tiap malam balik kul 12 lebih.Tapi akhirnya aku sangat berbangga sebab teater dapat Johan dan wakil King & Queen kolej aku pun dapat Johan.Horeyyy...suke-suke!!!



Mimi & kaklong sibuk buat dekorasi


Jejaka kacak yang buat kami bangga..Ng Hian Wen, King of Raya

No comments:

Post a Comment