Pages

Thursday, January 2, 2014

Inspirasi motivasi

          Bila aku dah nekad nak kurangkan berat September lepas, aku rasa aku perlukan motivasi.Aku perlukan dorongan dan kekuatan dalam diri sendiri yang aku mesti lakukannya.Sebab aku tak nak berkobar-kobar pada awalnya tapi nanti sampai satu tahap bila aku rasa bosan, aku tinggalkan apa yang aku nekad usahakan.Dengan kecanggihan teknologi harini aku banyak menghabiskan masa dengan membaca artikel-artikel berkaitan kesihatan,mengurangkan berat,risiko penyakit,apa yang patut dibuat untuk jalani kehidupan yang lebih baik.

          Daripada apa yang aku baca, barulah terbuka minda aku dengan banyak perkara.Mungkin sebab itu orang selalu cakap membaca jambatan ilmu.Kira macam buat research jugaklah.Itu ini aku baca pasal kecergasan,pasal pemakanan sihat,pasal pengurangan berat.Alhamdulillah, semangat aku mula terbina disitu.Sebab aku ni jenis penakut sebenarnya.Heiii aku baca pasal risiko penyakit segala bagai tu korang ingat aku boleh ok ke?Tahun lepas kena amek darah untuk ujian pn aku punya takut sampai kakak kt lab tu terpaksa sembang-sembang dan tenangkan aku.Nampak tak ak ni harap badan besar tapi hati sangat kecik?Hehehheeh..

          Motivasi aku semakin meningkat bila aku tengok rancangan Extreme Makeover Weight Loss Edition(EMWLE).Rancangan ni memang truly inspiring la aku cakap.Biggest Loser pun aku tengok tapi bila tengok EMWLE ni memang bagi kesan mendalam buat aku.Tengok Biggest Loser aku tak nangis tapi EMWLE ni memang berjujuran air mata la.Tiap episod dia memang tunjuk kesungguhan peserta nak capai keinginan mereka dalam tempoh setahun.Dari situ aku dah belajar untuk bersabar kalau nak capai cita-cita.Bagi diri aku tempoh setahun untuk berusaha.Walaupun dalam rancangan tu peserta tu akan jalani pembedahan sebab nak buang lebihan kulit,tapi aku memang kagum la bila mereka berusaha keras.

          Paling sentuh hati EMWLE Season 2 Episode 1!!!Yang ni memang memotivasikan aku sangat-sangat sebab Tony,peserta untuk episod tu memang pejuang untuk diri dia.Dia tau apa dia nak capai walaupun dia banyak kali diuji.Dia jadi homeless,tunang dia tak support dia untuk jadi lebih sihat,anak lelaki dia yang kurang keupayaan meninggal dunia dalam pada dia berusaha nak kurangkan berat,dia tak kisah bila jadikan kereta dia sebagai rumah.Dia tetap dengan rutin untuk lari dan lari dan lari.Masa dia pi untuk majlis memperingati anak lelaki dia kut baru dia bagitau bekas isteri dia dan anak lelaki dia yang sorang lagi bahawa dia homeless tapi dia akan berusaha untuk bangkit semula.Nasib baik dia jumpa kekasih baru yang memahami dan menyokong.Bekas isteri dan anak lelaki yang sorang tu pn tetap sokong dia.Memang aku menangis tak terkata la.Dan ada juga episod peserta dia kurang keupayaan tangan tapi still fight.

          Background dekat skrin laptop pun aku selalu tukar dengan perkara yang boleh meningkatkan motivasi aku.Tiap kali tengok aku sebenarnya meyakinkan diri sendiri.Orang lain memang akan bagi sokongan tapi kalau diri sendiri tak percaya dan tak nak usaha,susah juga tu.Aku nak latih otak ni untuk percaya yang insyaAllah one day aku nak ada BMI yang normal.Bila otak dah percaya yang aku mampu secara automatiknya otak akan hantar mesej kepada bahagian-bahagian badan yang lain.Kan?Perkara positif ransang minda untuk positif.Haaaaa..dah macam penceramah motivasi pulak.Doakan motivasi semakin berterusan.

          Thank you Mr Google and others for your truly inspiring images!


 Tiap kali pergi jogging,aku selalu bagitau diri aku mungkin aku tak sehebat orang lain boleh lari laju tapi sekurang-kurangnya aku berlari lebih laju daripada orang yang duduk saja tapi komplen itu ini,kritik itu ini pandai pulak.

 Yang ni aku suka sebab aku tengah mencari kasut baru.Sekali terserempak yang ni.Fulamakkkk cun la warna dia kan.Kata-kata inspirasi dia tu kira pakej lengkap dengan warna kasut yang cun tu.Ahhh aku dah mula suka warna-warna begini.

 Ni pun aku suka sebab aku percaya semua orang sama.Semua orang bagus,semua orang hebat,semua orang cantik,semua orang kacak,semua orang kuat.Yang bezanya cuma sama ada macam mana kita nak buktikan yang kita bagus,hebat,cantik,kacak,kuat.Usaha tu penting.Kalau setakat berharap je tak mampulah.

Currently this is my new background for my laptop.

No comments:

Post a Comment