Pages

Friday, September 19, 2014

Kembali Mendaki Akhirnya..

          Dah banyak kali jugak Najib ajak naik bukit.Tapi selalunya ada sahaja perkara last minute yang akan memaksa diri ini menangguhkan rancangan tersebut.Kali terakhir mendaki 2 tahun lepas.Masa tu mendaki Gunung Santubong.Perghhh...sejak berdepan dengan situasi-situasi luar jangkaan semasa mendaki tu, aku dah tak mendaki gunung mahu pun bukit.Tapi ada simpan angan-angan nak mendaki Gunung Kinabalu satu hari nanti.Macam mana tu?Hehehehe..

          Maka tanpa latihan stamina, redah je mendaki kali ni.Kami pi 5 orang termasuk anak buah Najib.Aku tak pasti apa nama sebenar bukit yang kami pi daki kali ni.Sebab ada yang kata Bukit Semarak.Mungkin sebab bukit ni dekat dengan Taman Semarak.Dan aku pernah dengar ada yang sebut Bukit H.Mungkin sebab dari jauh boleh nampak trek pendakian tanah merah tu macam bentuk H.

          Ingatkan taklah teruk sangat.Tapi naya jugaklah aku nak mendaki.Kalau kita tengok daripada jauh,nampak macam mudah.Taklah tinggi.Tapi bila pi cuba daki, tercungap jugaklah.Rasa macam tak mampu nak bernafas.Tu padahnya aku tak maintain stamina.Setakat biasa-biasa je bersenam dalam bilik ikut Youtube, mana cukup untuk diri ini.

          Alhamdulillah..member2 baik aku Najib dengan Uih support aku.Najib siap jadi 'tongkat' aku la untuk pendakian.Sebab bila sampai satu ketika aku rasa pening dan hilang cara nak bernafas.Haaaaa nampak macam teruk je kan.Najib pegang tangan aku sambil perlahan-lahan kami melangkah.Najib itu seorang perempuan ya.Nanti ada pulak yang bersangka lelaki.Itu nama panggilan untuk dia.Uih siap tolak aku daripada belakang.Hehehehehe...terima kasih kawan-kawan baik.Pertolongan kalian sangatlah berharga.

          Tiap kali aku mendaki dan rasa nak berputus asa, ada satu benda yang selalu buat aku kuat semula.Bukan teringat jejaka Korea kacak memana ye.Daripada aku mula masuk hutan untuk aktiviti sekolah,mendaki di tengah malam,mendaki gunung di Sarawak aku selalu beri pengaran pada diri sendiri sebenarnya.Bila aku nak give up, aku akan pesan pada diri macam inilah juga kehidupan sebenarnya.Tak mudah untuk kita jalani walau kita rasa jalan itu senang untuk diharungi.Pertama kali melalui jalan yang begitu asing, kita pasti rasa tak biasa.Tapi berilah diri peluang untuk meneruskan perjalanan.InsyaAllah akan ada sesuatu yang menanti bila sampai di akhir pendakian.

          Aku pernah mendaki Gunung Jerai ikut jalan hutan waktu malam masa ikut program perkhemahan zaman sekolah dulu.Seingat aku macam tak diberi lampu.Kau bayangkanlah nak mendaki waktu gelap macam tu.Apa jelah yang nampak?Tapi pengiring kami cakap masa inilah kami kena guna deria yang Allah SWT kurniakan.Gunalah tangan untuk kamu merasa apa yang ada disekeliling,gunalah telinga untuk kamu mendengar dan lebih peka terhadap arahan,kurangkanlah kamu bercakap tentang perkara-perkara yang tidak sepatutnya.Alhamdulillah, bila sampai di hujung pendakian, kami dihidangkan dengan suasana malam yang sangat indah.Aku tak pasti kami berada di kawasan mana tetapi apa yang aku masih ingat hingga ke hari ini ialah taburan bintang-bintang yang berkelip.Kami berbaring atas kawasan lapang dan melihat langit malam.Kelipan bintang terasa sangat dekat.Itulah nikmatnya berkat sabar dan tidak putus asa.

          Bila sampai di puncak Bukit Semarak hari tu, aku macam kurang percaya jugak.Sebab memang sepanjang jalan banyak kali aku berhenti.Tak pernah la sepanjang aktiviti mendaki aku berhenti sebanyak itu.Nampak tak aku sebenarnya dah hilang stamina?Umur meningkat la alasannya.Hahahahah...Melihat pemandangan daripada atas tu, memang terasa seronok.Benarlah kata Najib, kepuasan itu berbaloi dengan kepenatan mendaki.So nanti kita mendaki lagi ya..Teruskanlah untuk melangkah walau rasa nak rebah.





No comments:

Post a Comment