Pages

Friday, August 21, 2009

Elergi Kasih...

Dalam setiap peraduan malamku
Aku sering nampak dia
Yang mengukir senyum
Buat aku terasa bahagia
Lepas dari segala kesedihan
Yang merantai hati ini..

Bayu yang berhembus
Menyapa lembut wajahku
Dan aku menghela penuh kesyukuran
Menikmati kesegaran kasih
Dikandung berat dalamnya

Walau kejauhan khabar dikirim
Aku menyambut penuh kegembiraan
Kerana aku tahu rindu ini tidak pernah terlerai
Dari dalam hatimu..
Biar seribu perbezaan yang menjurangkan kita
Kau sentiasa membuat aku fahami
Bahawa takdir ini adalah yang terindah
Berpisah jua adalah kehendakNya
Tiada kudrat mampu kulawan
Apa yang tertulis itu yang ku zahirkan

Andai tidak kau pulang satu hari nanti
Akan aku mengikut langkah kakimu
Menyusul dari belakang jalan hidup
Untuk aku berpijak pada bumi yang sama
Semata-mata kuturut sumpah setia
Relaku tepis kasih yang lain
Supaya kau dan aku bersatu akhirnya...

No comments:

Post a Comment