Pages

Wednesday, February 17, 2010

Sarangheyo Umma!

ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN MAMA KU SAYANG

ALLAH SELAMATKAN KAMU...


Alhamdulilah pada 14 Februari yang lalu, maka genaplah sudah umur Umma (panggilan mak dalam bahasa Korea.uh mu ni pun ye jugak tapi refer as mother) yang ke 53 tahun.Bukan sedikit tau usia Umma namun Umma kesayangan aku ni masih lagi kuat dan hebat.Bukan sekadar pujian untuk Umma namun itulah kesyukuran yang aku panjatkan kepada Ilahi agar Dia terus kurniakan Umma dengan kesihatan yang baik serta kehebatan untuk terus melihat anak-anak dia berjaya.

Tanpa Umma, aku secara peribadinya akan rasa lemah sebab setiap perkara yang aku lakukan restu Umma sangat-sangat penting.Walau sejauh mana aku berada, aku tetap akan berhubung dengan Umma.Lantaklah orang nak cakap aku anak mak (dah memang aku ni anak mak aku kan?) yang manja, aku tak kisah.Yang penting Umma sentiasa tahu apa yang aku buat, dengan siapa aku keluar,kenal semua kawan-kawan aku serta Umma akan jadi pengkritik tetap aku.

Daripada dulu lagi Umma dah didik kami lima beradik supaya kemana pun kami nak pergi, kena minta izin dengan orang yang paling tua.So sampai sekarang ni kalau nak kelaur pergi kedai sebab Umma tahu pun aku akan cakap "Mama, kakak pergi dulu" sebagai tanda menghormati dan mengingatkan Umma yang aku dah keluar rumah.Nanti tak adalah Umma aku terjerit-jerit panggil aku tapi aku tak jawab sebab aku dah ada dekat luar kan.

Umma memang tabah dan hebat.Umma sentiasa buat aku nak jadi sepertinya.Yelah, aku ni kan kuat menangis.Jiwa sensitif yang mudah mengalirkan air mata tu buat aku terasa lemah sangat-sangat.Haihh...macam mana nak jadi Wonder Woman ni?Tak pe Umma cakap kita kena sentiasa jadi diri sendiri.Jangan ubah kerana terpaksa sebab nanti kita merana.Tahun lepas adalah tahun yang penuh dengan kejadian-kejadian luar jangkaan.Yelah dengan tiba-tiba bapak aku diserang sakit jantung, Umma kena ambil cuti berhari-hari, ulang-alik Penang.Aku tahu keletihan itu Umma tak pernah nak tunjuk tapi Umma pesan dekat aku "Kakak, kena jaga kesihatan sekarang." Umma sangat protektif!Dan aku suka dengan sikap begitu sebab aku rasa selamat.Malah kalau Umma buat tak layan cerita aku, aku akan paksa Umma denagr cerita aku (kejam kan?hahah..)

Umma adalah tulang belakang untuk setiap kejayaan aku.Daripada zaman sekolah sampai diploma, kejayaan aku adalah kerana semangat Umma.Aku selalu bayangkan Umma ada bersama para hadirin sambil tersenyum ke arah aku walaupun hakikatnya Umma jauh dari aku.Bila aku sedih sebab dapat result teruk masa buat kuiz, Umma tak pernah cakap sesuatu yang menjatuhkan semangat aku.Malah Umma selalu cakap "Kakak kena sentiasa percaya pada diri.Tak bermakna kita dah berusaha maka kita perlu berjaya.Ada banyak lagi perkara yang perlu kakak perbaiki".Itu yang buat aku terus hidup dengan kuat di tempat orang yang jauh daripada keluarga (susah sebenarnya apabila aku berjauhan dengan keluarga sebab aku tak boleh berenggang dengan orang yang aku sayang)

Untuk Umma, kakak akan terus doakan Umma dipanjangkan umur serta murah rezeki dan dapt kesihatan yang baik.Kakak nak Umma tengok kakak berjaya dan terus menyokong kakak.Kakak mahu Umma menjadi pendorong utama untuk setiap langkah dalam jalan hidup ini.Walau kakak nampak terlalu bergantung dengan Umma, tapi itu yang buat kakak rasa selamat dan sempurna.

No comments:

Post a Comment