Pages

Friday, May 21, 2010

Tekanan..Rasa..Gelora Melanda..

Semuanya serba tidak kena.Rasa ini sering memburu aku setiap masa.Mengapa?Aku telah cuba melepaskan diri daripada terus dibelenggu.Ternyata aku belum mampu berlari daripada terus menghadapi kenyataan yang sebenarnya sudah berada di hadapan mata aku.Sesuatu yang complicated dan merunsingkan jiwa..

Aku tak mampu untuk bersuara kepada sesiapa kerana aku sudah tahu akan jawapan mereka.Sabarlah..itu dugaan..Itu yang akan aku dengar.Bukan aku tak sudi mendengar kata-kata itu, namun fahamilah ada kekusutan yang tak terurai saat ini.Aku mahu meluahkan pada insan yang hanya akan setia mendengar dan membiarkan aku melepaskan apa yang terbuku.Tapi siapa?Ya aku punya banyak teman rapat.Aku mampu berkongsi dengan mereka.Tapi ini persoalan lain.Persoalan yang aku rasa kalau aku luah ramai yang akan terkejut.

Jangan menilai aku dengan luaran sahaja.Nilailah aku dengan apa yang aku miliki.Dan bukan juga kerana paras kejadianku.Aku syukuri dengan nikmat yang diberi.Walau rasa ini membuatkan aku hilang dan hanyut, aku tetap mahu wujud sebenarnya.Mengertikah kalian akan apa yang cuba aku berikan?Ayat yang kususun mungkin mengundang keliru.Hakikatnya, aku sedang diburu sesuatu.Oh bukan satu.Banyak perkara memburu aku.Bagaimana?

Aku cuba menghadapi dengan tenang.Dengan senyuman yang sering aku pamerkan pada khalayak ramai.Palsukah senyuman aku?Namun derita yang kutanggung hanya aku yang rasa.Andai aku menangis, janganlah anggap aku lemah.Aku menghamburkan tangisan untuk meringankan tekanan yang sedang aku galas.Andai aku ketawa dan banyak bicara, jangan anggap aku sedang meniti bahagia.Ada yang aku simpan jauh dihatiku dan bukan untuk dijadikan tatapan sesiapa.

LIKE HOW THE STARS GUIDES THE SHIP IN THE OCEAN, I HOPE SOMEONE WILL GUIDE ME BACK TO MY HOME

No comments:

Post a Comment