Pages

Monday, July 18, 2011

Setahun sudah berlalu

Yuhuuu..mula-mula nak ucapkan tahniah kepada semua bakal mahasiswa/mahasiswi yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti dalam keputusan penempatan yang diumumkan baru-baru ini terutama sekali yang bakal mendaftar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).Tahniah dekat member aku masa diploma dulu, Ina sebab bakal meneyrtai aku di Sarawak.Ina, aku jadi senior ko weh.Siap r ko ak buli nanti.Muahahah..Dan alhamdulillah kakcik, adik aku yang tinggi tu bakal bergelar pelajar geosains di UMK..Kecek kelantan la dia pasni..

Dekat FB telah diwujudkan satu group khas untuk para pelajar ni bertanya tentang kekeliruan dan mendapat maklumat tentang UNIMAS,kursus yang ditawarkan, tempat kediaman, prosedur pendaftaran serta dokumen perjalanan terhad a.k.a passport biru utk pelajar daripada luar negeri Sarawak.Banyaklah senior-senior yang membantu dan terima kasih kepada pihak MPP kerana mewujudkan group ini.Membaca pertanyaan serta komen-komen daripada mereka ternyata menampakkan jalinan kemesraan itu telah dipupuk walaupun belum bersua muka lagi.Kalau dah bersua muka nanti, jangan malu-malu kucing yer!Heheheh..

Dan barulah aku tersedar bahawa aku sudah setahun berada di Sarawak.Bumi Kenyalang bertuah yang menemukan aku dengan pelbagai latar belakang masyarakat Malaysia hingga aku terasa sangatlah bangga berada di UNIMAS.*Oh skema gila ayat!..Masuk mendaftar bulan September nanti aku akan berada di Tahun 2.Oh no man, senior kan!!Aku dah memang tua yang nampak muda di wajah.Muahahah...*sila pengsan!Bila fikir balik kenangan setahun yang lalu aku rasa sangatlah lucu.Nak gelak-gelak.Nak-nak bila aku ingat Cony pernah cakap masa mula-mula dia nak tegur aku dalam surau time orentasi, dia nampak aku macam wanita muslimah habis!Hambek kau..mana tak muslimah habis, dalam hati aku dok meronta nak balik,nak nangis tak ada orang nak dengar.Nasib baik ada kau Cony tegur aku.

Setahun yang berlalu tu jugak aku dah melawat banyak juga tempat dekat Sarawak.Dan masih banyak lagi aku tak pergi terutama sekali Kampung Budaya Sarawak.Orang lain kalau sampai Sarawak memang inilah tempat nak dituju dulu.Tapi aku tempat pertama yang pergi dekat Sarawak kecuali shopping mall The Spring tu ialah Gunung Gading.Harap-harap semester yang akan datang ni dapatlah aku menjejakkan kaki masuk ke Kampung Budaya Sarawak.

Untuk yang bakal berjauhan dengan keluarga, aku faham perasaan korang.Nak-nak yang spesis anak-anak mak kan?Kalau boleh nak nangis daripada airport sampai ke bilik.Well, that's me a year ago bebeh!!!Letak beg dalam bilik je, terus aku keluar ke balkoni apartmen call mama dan nangis macam apa je.Lepas tu cover balik la bila tengok roomate aku yang lagi muda tu steady je.Malu wehhh...Tapi percayalah, sekali anda telah berada di UNIMAS, anda akan menyesuaikan diri dengan secepat mungkin dan tak akan terasa macam ada dekat Sarawak pun.Jangan takut untuk ambil peluang ini.Bila lagi kan nak makan angin sambil belajar ke sini.Mula-mula memang cuak la tapi bila kau dah biasa, silap aribulan kang ada yang tak nak balik sebab sayang UNIMAS.Mau tak sayang macam-macam ada kan?

Kata-kata akhir SELAMAT DATANG KE UNIMAS & SARAWAK..

No comments:

Post a Comment