Pages

Tuesday, August 2, 2011

Ahh..rindu kelas Jepun..


Korang tau kan aku amek Bahasa Jepun sebagai subjek elektif dekat UNIMAS.Korang pun tau result Bahasa Jepun level 1 aku sangatlah membanggakan aku.I memang tak percaya je tengok result tu.Arigatou gozaimasu sensei..

Tapi korang belum tau pasal sensei aku kan?Aku belum pernah cerita pasal sensei aku kan?Korang ada keterujaan tak nak tau pasal sensei aku?Korang nak tengok tak wajah sensei aku yang handsome tu?

Okeh meh sini nak cerita kat korang.Aku amek subjek ni dan sekelas dengan Min dalam Group 10 Japanese Language Level 1.Group 10 dibawah didikan Katsuaki Sakai Sensei a.k.a Sakai Sensei.Sakai Sensei ni berasal daripada Tokyo dan sudah 3 tahun berkhidmat di UNIMAS.Sepatutnya setahun sahaja, tapi memandangkan pada tahun pertama beliau sepatutnya tamat kontrak, beliau telah diminta untuk menyambung kontraknya setahun lagi.Begitulah juga bila dah habis kontrak tahun kedua, sekali lagi beliau diminta sambung kontrak.Kalau boleh nak minta Sakai sensei sambung lagi kontraknya, tapi apakan daya.Sakai sensei nak merantau kenegara lain pula nak ajar Bahasa Jepun.Sakai Sensei cakap dia nak merantau ke Mexico kalau boleh.

Tertanya-tanya macam mana orangnya Sakai Sensei ni?Meh nak tunjuk gambar...



Taraaaa...inilah dia Sakai Sensei.Ceria tak orangnya?

Menarik tentang Sakai Sensei

1.Korang rasa berapa umur Sakai Sensei aku ni?Najib cakap umur Sakai Sensei aku 50++..SALAH.Sebenarnya Sakai Sensei ni dah berusia 70 tahun!Oh percayalah sebab dia dah bagitau masa kelas terakhir.Aku sendiri pun melopong mulut dengar umur Sensei.

2.Sakai Sensei jalan laju sangat.Aku rasa sebab budaya orang Jepun yang memang jalan laju tapi penuh tertib la Sensei aku jalan.Ada sekali tu aku berselisih dengan Sensei sebab dia nak balik rumah dia (Sensei menetap dekat apartment Felo Kolej Cempaka) dan aku dengan Min nak menuju ke library.Tapi entah macam mana masa kitaorang melalui Pusat Pengajian Bahasa, Sakai Sensei dan ada sebelah kitaorang.Ok, aku amaze!Lambat sangat ke aku dengan Min jalan?

3.Tangkas,aktif,cergas dalam sukan tenis.Korang jangan cabar la Sakai Sensei main tenis kalau tak cukup hebat atau baru mula-mula nak belajar.Senior-senior cakap Sakai sensei kalau melibas raket tenis tu, kelajuan bola kalah orang muda.Yang paling best Sakai Sensei bagitau dalam Group 10, walaupun dia nampak berumur, tapi bila main tenis automatik dia jadi umur 30 tahun.Aku dengan Min selalu cakap Sensei perasan, tapi bila Sensei ajak main terus takut tak nak.Kau gila nak suruh aku kena libas dengan bola tenis tahap kelajuan macam orang profesional daripada Sensei?

4.Sakai Sensei boleh speak English dengan Bahasa Melayu.Mula-mula aku risau juga macam mana nak berkomuniaksi sebab takut Sensei tak faham English, tapi sekali ambik kau Sensei ajar Japanese dalam English campur Jepun campur BM.Ujian BM Sensei dapat A lagi.Tapi yang buat aku sakit perut tak tahan gelak ada sekali tu Sensei sebut Tokei is TAM JANGAN sambil tunjuk jam tangan dia.Punyalah 1 kelas gelak besar dan masa tu semua orang sebut "Sensei, it is not TAM JANGAN but JAM TANGAN."Kelakarlah Sensei aku ni..

5.Selalu bila masuk kelas, lepas dah ucap konnichiwa, Sensei akan amek payung (kasa) Min yang kitaorang letak dekat pintu masuk.Tau Sensei nak buat apa?Sebab payung Min paling besar dan panjang, Sensei guna untuk naikkan layar putih dekat depan kelas.

6.Sensei cakap dia lebih sayang anjing dia daripada kucing dekat rumah dia dekat Jepun.Katanya tiap kali bila dia balik, anjing dia akan sambut dia dengan mesra tapi kucing dia buat tak peduli je dekat dia.Sensei geram dengan kucing dia yang sangat sombong tu.Hahaha..siap buat aksi kucing dia jalan tepi dia sambil memalingkan muka.Hahahaha..memang aku gelak.

7.Sakai Sensei sangatlah kelakar.Kelas dia tak pernah buat aku mengantuk, boring atau nak tidur.Ada sahaja cerita,aksi dan cara dia yang buat 1 kelas asyik nak ketawa je.Aku rasa inilah kelas yang seumur hidup aku tak pernah rasa seceria tu.Tak ada rasa stress pun nak belajar,tak ada rasa sakit jiwa tak faham, tak ada rasa putus asa nak score dalam setiap speaking assessment.Sebab tu Sakai sensei cakap students yang dia ajar memang pandai dan dia terpaksa buat soalan final exam yang susah haritu sebab ada orang cakap soalan sensei senang sangat tu ramai budak kelas sensei boleh score A.Tapi soalan susah pun kitaorg budak-budak kelas Sakai Sensei tetap score jugak..Oh bijak-bijak..bangga Sakai Sensei!

8.Ini paling menarik.Sakai Sensei mula-mulanya tak pernah ingat nama aku dengan Min.tapi masa kitaorang kena buat roleplay memperkenalkan ahli keluarga, budak group aku ni perkenalkan aku sebagai nenek dia.Bila sensei tanya berapa umur aku, aku pun jawablah "watashi wa 99sai desu".Terkejutlah sensei.Min pun budak group aku tu cakap nenek dia.Min cakap umur dia 78.Muda sikit daripada aku.Sejak daripada haritu Sensei gelar kitaorang dua OBAASAN a.k.a nenek!Bila kitaorang pergi ambil ujian baru dia tau nama kitaorang.Memang geram betul dengan budak group tu.Tak pasal-pasal dapat nickname pulak tapi suka juga sebab kitaorang dua jadi center of attraction dalam kelas.Hahahaha...

9.Aku pernah ajak Sakai Sensei pergi tengok konsert artis tradisional daripada Jepun yang datang nak buat persembahan dekat UNIMAS.Yelah dengan niat nak mengubat rindu Sensei dekat Jepun.Kau tau apa Sensei aku jawab?Sensei cakap macam ni "I dont like tradisional song, i like pop" sambil nak menari-nari.Adeh..Sensei ni kalau bab mengenakan aku, memang terbaik jer.Itu nada Sensei bergurau dengan aku yer.Min pulak menyokong cakap dia suka Nishikido Ryo dari kumpulan NEWS.Tapi kitaorang tak pergi pun.

10.Masa last kelas, aku rasa sedih nak menangis sangat-sangat sebab lepas ni dah tak boleh jumpa Sensei lagi dah.Sensei nak balik Jepun for good.Lepas ni memang akan rindu Sakai Sensei.Aku dengan Min berazam nak amek Japanese Language Level 2 semester yang akan datang ni.

Rindu nak dengar Sakai Sensei cakap "Hajimemashou" dan kitaorg akan reply "Hajimemashou" dengan lebih bersemangat.Dah habis kelas Sakai Sensei akan cakap "Owarimashou" dan kitaorg akan reply "Arigatou gozaimasu".Ahhh..rindu nak masuk kelas Jepun!

1 comment:

  1. Could you please post/send Mr Sakai's current information?

    ReplyDelete