Pages

Thursday, February 9, 2012

Panggilan Misteri..

Hari last Januari aku dapat satu panggilan daripada nombor yang tak dikenali.Lebih kurang nombor msiteri.Tapi bila tengok nombor tu macam nombor daripada Sarawak.Hahaha..misteri lah sangat.Okeh orang Sarawak yang nak call aku hanyalah UNIMAS atau Kaklong aku jer.

Dan tepatlah jangkaan aku bahawa yang telefon aku tengahari tu ialah salah seorang pegawai UNIMAS.Korang tau kenapa?Pegawai tu inform dengan aku bahawa nama aku telah dimasukkan dalam senarai pembahas untuk Debat Diraja IPT yang bakal berlangsung dekat USM..maka beliau bertanya jiak aku bersetuju atau tidak.Alahaiii sape yang bagi nama aku ni?Barulah aku ingat peristiwa terserempak dengan Aidil, Presiden De'Orator UNIMAS sebelum cuti haritu.Dia pesan suruh bawa balik kasut hitam sebab dah hantar nama aku untuk masuk pasukan debat UNIMAS.Ahhh pengsan wa der!!Wa tak hebat lah..

Rupa-rupanya dalang kepada pemberian nama aku tu ialah si Kery.Ciss..akhirnya terpaksa aku korbankan masa cuti untuk luangkan masa membaca serta cancel program aku ke Kelantan.Tak ke sadis tu?Alamakk..apa aku nak bidas nanti ni?Aku tak de pengalaman la wakil untuk debat diraja.Boleh terdiam aku nanti.Oh tidakkkkk...jangan memalukan diri.Tidak bolehkah aku belajar daripada mula?Sudah terlambat bak kata Kery..

Now hari-hari Kery post dekat wall FB info yang aku perlu tau,kena baca dan wajib ambil tahu.Paksa aku yang agak malas bab membaca time cuti ni untuk cari seberapa banyak fakta.Suka tak suka, aku redha lagi pasrah baca jelah senah oiii..Sebab masih teringat TNC Prof Dr Fadzil masa final Debat Piala TNC UNIMAS bahawa beliau nak tengok pendebat-pendebat UNIMAS berada di peringkat akhir dan muncul JUARA.Huhuhu..berat punya kerja ni..Aku tak mahu menjanjikan kemenangan sebab lawan semua hebat-hebat.Cuma aku nak bagi yang terbaik sahaja.Biarlah orang cakap walaupun aku sertai debat ni pertama kali, tapi aku mampu pikul tanggungjawab yang diberi.

Setakat ni aku langsung tak bersedia mental mahupun fizikal.Sebab otak aku sangatlah blank!!!Bila dah ada dalam situasi tu, barulah aku mampu berfikir dengan lebih rasional apa yang patut aku buat.Aku kan manusia yang suka last minute kalau bab-bab yang macam ni.Rancang awal-awal nanti aku tak boleh dapat suspens game yang bakal aku sertai.Muahaha...

InsyaAllah nanti aku cerita kisah perjalanan Debat Diraja IPT tu ye.Doakan kami...

No comments:

Post a Comment