Monday, December 28, 2009
Dari jauh sahaja...
Aku rindu dia..aku ingat dia
Mahu sahaja aku menjerit sekuat hati
Agar dia dengar suara aku di sini
Tapi sudikah dia?
Aku tak pasti..sebab dia menyepi sahaja
Aku cuba untuk memahami
Membiarkan rasa ini
Melalui hari-hari tanpa dia..
Tapi bila rindu bertamu di kalbu
Aku menangis menatap gambar-gambar dia
Betapa bahagianya dia di sana
Dia mengukir senyum disisi teman-teman yang lain
Aku lantas bertanya..adakah dia mengingati aku?
Ahh..perasaan apa yang sedang aku rasakan ini?
Aku seperti cemburu melihat dia begitu
Bukankah seharusnya aku gembira
Kerana aku tahu dia diulit hidup yang indah
Walau hakikatnya dia tidak pernah bertanya
Bagaimana dengan hidupku setelah dia pergi
Mengirim khabar pada aku sahabat yang menanti sendiri di sini
Aku juga yang tetap menjengah ke ruang hidupnya melihat perkembangannya
Dan akhirnya..aku fikirkan jalan yang terbaik
Kalau dia berdiam..aku juga akan berdiam
Biarlah sama-sama membisu..walau hakikatnya pedih bagiku
Maaf kalau kamu mengetahui tentang ini dan kamu sedih
Tapi sungguh aku rindu kamu dari jauh sahaja..
Sangat-sangat rindu kamu!
Sunday, December 27, 2009
Muallaf --> Alvin& The Chipmunks 2
Hari ni dah janji dengan kakcik nak menonton cerita Muallaf
Dah lama menanti cerita ni..baru sekarang berpeluang menonton di Malaysia
I never missed Yasmin Ahmad's films...great story, real life experience!
Sampai je kat tempat panggung..hairan sekali
Kenapa lengang je?Tak ramai orang macam selalu pun
Its okay..lagi senang nak beli tiket
Tapi..kecewanya :(
Encik di kaunter tu cakap tak dapat nak jual tiket kerana tak ramai nak menonton
Sebab kalau nak bukak sesuatu cerita tu, kena ada 6 orang penonton..
Dia suruh datang lewat sket..another 10 minutes katanya..
Okeyh..turun tingkat bawah..kakcik beli new earphone
Naik atas semula & encik kaunter tu memberikan alasan yang sama lagi padahal ada 5 minit lagi cerita tu nak mula..
Jadi, kakcik beli tiket Alvin& The Chipmunks 2...aku pasrah je masa ni
Dalam hati aku terfikir..kenapa tak ada orang nak tengok cerita Muallaf?
Cerita tu best..banyak mesej yang terselit
Adakah ia tidak diminati oleh mereka yang ebrada di tempatku?
Atau kerana cerita itu 18PL(kalau tak salah) jadi susah la untuk ibubapa yang bawa anak-anak datang tengok wayang...
Sebab hari ni kan cuti..mesti parents bawak anak-anak keluar
Dalam panggung Alvin pun penuh anak-anak kecil..no wonder laa..
Yang dewasa pon ramai..yang gelak besar pon orang dewasa...termasuk saya!
Kalau ada kat KL, tentu dah boleh tengok Muallaf
Sedihnyaa...
Nak try next time dengan Didi..
Tak kira apa yang terjadi..nak tengok jugak Muallaf
Sunday, December 20, 2009
APA YANG PENTING KERJA KERAS
Menjelang tahun baru ni, aku sebenarnya masih berkira-kira akan azam atau target aku tahun depan.Bukan apa, bila ada azam maknanya aku ada matlamat.Bila ada matlamat bererti aku ada arah tuju.Bila ada arah tuju, aku tahu kemana mahu ku susun langkah kaki ini.Dan semestinya aku akan bertamabh serius dengan kehidupan sebab dah semakin meningkat umur dan banyak perkara yang harus difikirkan.Hurm..macam ni la jawapan yang aku bagi dekat seorang kawan bila dia tanya macam mn nk jadi seorang yang serius dengan kehidupan.
TAHUN BARU:APA YANG SAYA NAK LAKUKAN?
1.Cari kerja@sambung belajar (perkara utama tahun hadapan)
2.Lakukan savings demi masa depan (kalu keje, nak simpan sket gaji sbb nk bli hp br,bli keta,nk smbung bljr secara part time pkai duit sndri, nk kawen lagi nnt.hehe..)
3.InsyaAllah,jika berkesempatan nak bercuti ke Sabah dengan kawan-kawan (sbb dh gtaw kak susan nk g melawat sabah dlm bln 5)
4.Nak laksanakan projek FAZEMY (pengharapan terbesar diriku.kalau ada rezeki, aku akan teruskan dengan Emy.semoga Allah memberkati usaha kami)
5.Beli laptop baru (kalau projek FAZEMY menjadi, nak laptop baru untuk memudahkan projek)
6.Meningkatkan ilmu agama (perkara wajib!masih byk benda yang perlu dipelajari)
7.MENGURANGKAN BERAT BADAN!!! (aku idamkan berat dalam 50kg sebelum raya!mampukah aku buat?aku mesti berusaha bersungguh-sungguh.byk nak kena turunkan ni!)
TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT UNTUK YANG SENTIASA MENYOKONG DIRI INI DALAM USAHA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT DIRIKU.
Tuesday, December 15, 2009
I HAVE A LOVER..
Lirik lagu ni sangat mendalam dan menyentuh hati aku
Membuatkan aku terbuai dengan alunan muziknya
Dan terus menghayutkan aku dalam cinta korea..
SARANGHAE!!!
Menggali Semangat Baru
Untuk tahun 2010, aku sedang mencari senarai azam baru.Aku nak senaraikan banyak sedikit azam untuk tahun 2010 sebab aku nak kembali menjadi diri aku.Sudah cukup rasanya aku dalam hidup yang sama seperti ini.Anjakan paradigma harus dilakukan dengan segera selaras dengan peningkatan umur tahun hadapan.
Semakin meningkat umur, semakin bertambah sebenarnya tanggungjawab.Aku sedar akan hal itu dan aku tidak pernah mahu lari daripada memikulnya.Namun ada masanya aku perlukan masa untuk bersendiri dan itu tidak bermakna aku tewas.Aku hanya mencari ketenangan.
InsyaAllah, blog yang akan datang aku aku senaraikan azam tersebut disini agar aku sentiasa memabcanya dan mengetahui yang aku perlu bekerja keras tahun hadapan.
Mencuba Nasib
Selain dugaan yang sering akli datang silih berganti, tiada apa yang berlaku.Namun, aku tetap bersyukur denagn semua ini.Aku positifkan diri bahawa semau yang terjadi ini ada rahmatnya.Cuma mungkin aku tidak pasti atau nampak dimana rahmatnya.Tak apa, pesan cikgu-cikgu kita kena sentiasa bersyukur.
Now aku dalam usaha menyiapkan projek FAZEMY.Bila nak terlaksana projek gabungan ngan member aku dari skolah menengah, Emy tu aku pun tak pasti.Harap-harap menjadilah sebab aku sanagt suka denagn projek tersebut dan sekarang sudah bertambah pula idea aku.Syukur, Allah kurniakan aku denagn idea utnuk projek FAZEMY.Moga-moga projek ini tidak tinggal begitu sahaja sebab aku dah pertaruhkan seluruh jiwa untuk projek ini.Kalau tak dapat diteruskan secara berdua, aku tetap akan teruskan secara solo.Mencuba nasib itu perlu.
Bila cakap pasal mencuba nasib ni, aku teringat dekat lecturer Ekonomi time study diploma dlu, En Syam.Aku rasa sejak mula kenal denagn En Syam time sem 2, aku kagum dengan dia.Ada sahaja idea dia nak buat.Tak pernah kering dengan aktiviti.Kelab Seni naungan En Syam selalu grand.Dan aku bersyukur sebab En Syam mempercayai aku untuk wakil kolej dalam berpantun.Aku bukan pakar bidang pantun.Sebab time sekolah menengah dulu, aku lebih kepada sajak dan bahas atau pidato.Pantun ni cuma sebagai bidang sampingan sahaja.
Tapi panggilan En Syam time aku baru habis kelas dan dia suruh aku datang jumpa dekat department, buat aku risau.Masa tu aku terfikir aku ada buat salah ke?Sampai kena panggil dengan lecturer ni.Aku langkahkan juga kaki menghala bilik En Syam dan aku duduk mengadap En Syam yang terus menyapa mesra aku.Dalam hati aku dan semakin kacau bilau.Apakah sebab aku dipanggil?
Kemudian En Syam hulurkan sekeping kertas dan suruh aku baca.Aku menatap kertas tu dengan fikiran yang celaru.Ha?Apa ni?Aku amati 4 baris yang tertulis dan aku tahu itu pantun.So selamba je lah tanpa banyak cerita aku berpantun.Then, En Syam macam puas hati denagn apa yanga ku baca.Lepas tu abru dia terang dekat aku yang dia nak aku wakil kolej dalam pertandingan pantun.
Time tu aku dah rasa lemah.Pantun bukan dunia aku.Mampukah aku berpantun?Aku takut mengecewakan En Syam sebab aku tahu En Syam hebat dalam berpantun dan beberapa aktiviti sastera yang lain.Aku terlalu kerdil sebenarnya.Tapi, sebab En Syam cakap kita kena mencuba nasib, aku cuba juga.Sahut cabaran dan rela untuk belajar.
Dan aku berterima kasih pada En Syam yang memberi aku peluang itu.Peluang untuk aku mencuba nasib dan mencabar diri aku sendiri.Hari ini aku masih memegang kata-kata itu untuk mencuba nasib.Sebab itu aku sepenuh hati untuk FAZEMY.Walau apa terjadi, aku perlu mencuba.
Monday, December 7, 2009
1.5 liter Coke...
Untuk beberapa hari yang lepas, aku rasa jiwa aku betul2 macam orang tak betul.Jadi macam orang gila yang hilang kewarasan akal fikiran.Tapi aku diam jer.Bleh lak tersentap ngan lawak member aku.haihh...karut tol aku ni!
Tapi pe yang member aku lawakkan tu bukan sesuatu yang aku rasa patut jadi lawak.Even aku sedia maklum dengan cara dia, tapi sebab dia nak melawak time jiwa aku tengah serabut, memang free la dia dapat habuan dia.Teruk kena sound.Nasib baik di alam maya je aku marah dia.Kalau dia ada depan-depan, memang habis dia aku kerjakan.
Tak cukup ngan berapi kat member tu, aku terEmo lak kat best fren ak si makcik najib tu.Aiyohh..teruk betul aku rasa time tu.Tapi nasib baik aku emo jap jer.Then aku ok balik ngan dia.Najib siap leh bantai gelak sebab aku emo2.Dia kata xpe dia dah biasa ngan angin taufan aku.hahaha...thank you awak!
Disebabkan minggu ni cousin aku Haziq ada kat ruamh, dia pon salah seorang mangsa angin taufan aku.Tapi tak le ak marah betul2 kat dia.Cuma aku suka kacau dia & buli2 dia.Oh kesian haziq.Kakak membelasah dia dengan teruk sekali.
Sebabkan tak tahan ngan angin taufan dan tekanan yang aku dapat rasa dalam diri ni, finally aku terpaksa memilih cara biasa untuk lepaskan tekanan aku.Ajak mama pergi bli Coke.Walau aku ia tak bagus tuk kesihatan, aku terpaksa sebab dah terbiasa.Balik rumah melanggah 1.5 liter Coke ngan didi.
Then, heaven on Earth!Alhamdulillah.Even macam orang giler, but feel great!
Wednesday, November 18, 2009
Hari Berduka Semua Orang..
Seperti biasa aku on FB dan mendapati ramai lagi kawan-kawan yang bersedih.Banyak yang bertanya aku dapat tak tempat tu.Tak kurang juga yang menggila macam aku semalam.Aku duduk termenung mengadap laptop.Aku perlu buat sesuatu!
Kemudian aku postkan satu pesanan untuk semua kawan-kawan aku yang sedang bersedih dan berduka lara sesuatu yang memotivasikan mereka.Aku mahu mereka kembali bersemangat dan bukan lagi berpatah hati.Walaupun hakikat sebenarnya aku juga sudah hancur sehancur hancurnya semalam.
buat kawan-kawan..jangan sedih!nasib kita serupa dan xperlu nak meratapi nasib..kita masih hidup kan?juz we need to think positive and make our next move.kita kumpul smgt rmai2 dan marilah kita cipta episod lain.ak ada korg semua dan korg ada aku jua!
Alhamdulilah..ia membantu juga serba sedikit menaikkan kembali semangat rakan-rakan aku.Walaupun aku tidak tahu dari mana datangnya kekuatan itu secara tiba-tiba, tapi aku percaya Allah itu membantu aku sebenarnya.Dan seketika kemudian, beberapa rakan-rakan lain tampil membuat komen didlm entry tersebut.Rupanya bukan sahaja ada yang bersedih kerana keputusan itu malahan ada yang bersedih kerana kekecewaan lain.Aku hanya mampu berpesan sebagai seorang rakan untuk mereka.
Petang pulak masa sms dengan Dyla dan Sara, aku tetap semangat dan memberikan kata-kata untuk Dyla supaya dia meneruskan perjuangannya ditemapt sekarang walau dia menagdu terasa amat payah untuk dilalui.Sara pula rakan yang memahami dan membuat aku bersenang hati ketika itu.
Malam, entry yang sama masih menerima respon daripada seorang sahabt lama dari sekolah.Dia juga bersedih!Kemudian, Yahoo Mesenger disapa seorang kenalan kolej yang sedang serabut kepala kusut jiwa.Berkongsi rasa yang sama tentang perjalanan masa depan yang seperti tidak pasti arahnya.
Akhirnya sebelum aku nak pergi beradu, aku mahu berfikir.Hari ini semua orang dilanda masalah.Semua orang berhati gundah.Semua orang mengamuk menggila.Adakah hari esok akan sama juga?Harapnya tidak lagi.Hari esok adalh lebih baik daripada hari ini.
Monday, November 16, 2009
Duka yang melara-lara...
Aku cuba menjadi manusia yang tabah setiap kali diuji dan diduga.Tapi sampai bila harus aku menghadapi kekecewaan?Aku bukan mempersoalkan takdirNya tapi aku letih berdepan dengan masalah yang sama.Aku malu untuk menyatakan pada semua dengan kekecewaan yang sering terjadi.Kekecewaan yang sama setiap kali!!!Arghh..teruk sangatkah aku ini??!!
Nak bersedih tiada gunanya sebab itu telah tertulis.Aku perlu fikir langkah seterusnya.Jangan pandang belakang mungkin istilah terbaik untuk aku buat masa ini.Kalau aku pandang, aku bertambah duka bertambah lara.Pandang ke hadapan dan mencongak arah yang seterusnya.Cuba berfikir secara positif.Setiap yang terjadi ada hikmahnya.Hikmah aku daripada kekecewaan yang tak sudah ini?Simple je..Berhenti mengharap untuk perkara itu!Bunyinya seperti aku putus asa tapi itu yang perlu aku fikir kerna aku perlu merencana langkah seterusnya.Memilih jalan kedua mungkin?!
Siapa patut aku beritahu sekarang?NAJIB!!Tapi dia tengah exam.Takkan nak fikir masalah aku pulak.Kesian dia nanti.Menanggung sendiri tak sanggup rasanya.Kawan-kawan kolej!Hurmm..aku tahu diaorang sangat ambil berat akan aku dan sentiasa mendorong aku tapi harapan yang mereka letakkan pada aku musnah sebenarnya.Keluarga!Owh tidakk..mereka akan bertambah duka dan kecewa lebih hebat dari aku.Kusutnya otak!Serabut jiwa!Patutkah aku mendiamkan sahaja?Keliru aku buntu!
Dulu cikgu aku pernah cakap orang yang baik serta sering berkorban untuk orang lain, dia akan diberikan hadiah berganda.Adakah ini hadiah berganda aku?Tak mampu aku terima dan tak rela aku tolak.
Friday, November 13, 2009
My Best Friend's Girl
1.FORGIVE THEM
2.YOU WILL NEVER SEE HE/SHE AGAIN
3.LET IT BE & CONTINUE THE LIFE AS USUAL
Tanpa berfikir panjang lagi, ak capai buku tu dan terus ke kaunter untuk membayar harga buku MY BEST FRIEND'S GIRL.Melangkah keluar dari kedai buku dan menuju pulang ke rumah dengan semangat mahu mengetahui jalan ceritanya.
Walaupun baru bab ketiga aku baca (slow sebab dikuasai rasa letih membeli barang bersama kakcik) dah dapat aku rasakan beberapa situasi cemas.Kalau aku diletakkan di tempat itu, sudah pasti aku akan diselubungi mainan emosi.Arghh...bosan betul aku ni!Dapatkah aku berkorban sekali lagi untuk sahabat yang merampas kebahagiaan aku?NO ANSWER FOR IT!Tunggu sampai aku habis baca then aku kongsi lagi pengajaran cerita.
Malam ni otak jammed giler so tak dapat sambung citer kedua aku.Dan esok harap ada berita baik tentang masa depan aku.Semoga Allah memberikan aku peluang itu.Amin...
Wednesday, November 11, 2009
Kemaruk Yang Melanda Diri..
Antara citer yg dh ak tgk ngan kwn2 ms kt klj dlu citer Hana Yori Dango 1 & 2 and Hana Kimi versi Jepun.both citer ni klkr n membuatkn km gelak2.citer hana yori tu tgk lak time exam..pas abeh paper jer semua blk blk n kunci pintu supya xde org kaco n tgk rmai2 citer tu.smpai xde rs insaf nak exam langsung sbb dok melayan citer tu.
Now aku smbung blk melayan citer tu.Dah banyak citer yang ak tgk sbb kkdng ak ikut mood gak nk layan citer ni.Antara yang aku tengok Attention Please, Abarenbo Mama, Last Friend, Voice & Mei-chan No Shitsuji.Ble dh tgk citer ni aku dh jatuh hati ngan theme song drama tu.So now sesaja le ak nk share video music dr citer yg aku tgk tu.Enjoy!
MY SUNSHINE
ROCK'A'TRENCH
OST DRAMA MEI-CHAN NO SHITSUJI
SETSUNA
GREEEEN
OST DRAMA VOICE
Diduga & Diuji Itulah Kehidupan...
So perkara pertama yang terjadi ialah bapak aku perlu masuk Gleneagles Medical Centre sekali lagi pada hari Rabu (4 Nov 2009) sbb mengalami kesesakan nafas yang agak teruk.Actually sejak dr Ahad ag bapak dah dok batuk2 n xleh nak tidur mlm..sian ak tgk bapak.tp apa leh ak wat kan?So bapak masuk pusat perubatan tu ptg rabu n malam baru aku leh g tgk bapak sbb tggu mama balik keje n bli barang2 yg bapak pesan.
Apa yang aku tahu peparu bapak ada air sbb tu bapak ssh nak bernafas.Air tu terjadi sbb baapk de mslh nk buang air kecil kot.Cam xlawas cmtu may be.So doc pon dh kuarkan air tu n now ok dh even msh batuk2.Another thing is doc ckp injap jantung bapak ak xkuat sgt.Aku takut gak dgr sal injap2 jantung ni.kan injap tu fungsi dia nk pam darah kan?Ermm..tah ler..kena tny ngan kwn2 yg amek medic cmni..
Next is citer sal adikku si Kakcik The Tipah.Finally dia dh lulus lesen keta ari Isnin (9 Nov 2009).Takut dia xpass ag kali ni malu lg wat akli kedua.heheh..So pasni bertambah lagi le pemandu dlm keluarga aku n pemandu2 di msia nih.
Dan dalam masa yang sama gak aku sedang ebrusaha untuk menyiapkan cerita aku yang kedua.Yang pertama aku dah bagi tuan punya cerita sebenar baca dan kalu dpt restu dia, insyaAllah aku nk cuba antar kt publisher.Sekadar mencuba nasib sahaja..kalau de rezeki, ada laa..anugerah yang dikurnia jangan disia-siakan..cewahh..falsafah lak
Thursday, October 29, 2009
SIMPATIKU UNTUK DIA...
Itu semua adalah kehendak Allah SWT yang telah mengaturkannya
Kita tidak pernah meminta atau menginginkannya
Andai ia terjadi jua, apa yang harus dilakukan?
Siapa yang harus bertanggungjawab?
Itu yang aku fikirkan
Bila dugaan melanda dengan begitu hebatnya
Aku,dia atau siapa jua
Tidak pernah meminta
Dan kala itu aku menangis hiba disisi dia
Sedang dia sedaya upaya rela dan redha atas ketentuan Ilahi
Hanya aku dipercayai dia
Memegang amanah hingga hujung nyawaku
Sedu aku tiada henti saat itu
Namun aku hanya mampu simpati untuk dia..
The First Big Day in My Life
Semua kaum keluarga aku berada di Melaka termasuklah abang yang sanggup datang dari Putrajaya untuk menyokong aku.Aku sangat menghargainya.Untuk mama n bapak serta didi n my aunty Latun, sebab buat aku sangat terharu hari itu.Nak menangis tak terluar air mata sebab ini adalah detik yang aku tunggu sekian lama.Melihat teman-teman yang turut sama memulakan pengajian dengan aku di Kolej Profesional Mara Beranang segak mengenakan jubah masing-masing, aku rasa cukup gembira.Apa pun yang telah melanda kami sepanjang perjalanan 3 tahun, hari itu kami bersama untuk naik ke pentas dan menerima hadiah daripada usaha kami.Syukur kepadamu Ya Allah.Hari ini segala pengorbanan mama dan bapak serta susah payah mereka terbalas apabila aku naik dengan bangganya ke atas pentas.Perjuangan aku adalah hasil kepercayaan mereka,doa yang tidak putus-putus serta janji aku untuk membuat mereka bahagia di hari ini.
Tahniah aku ucapkan buat senior aku, saudara Khairul Adnan yang telah dinobatkan pelajar terbaik keseluruhan.Dia membanggakan semua pihak.Ucapannya mencetuskan sendu dalam dewan yang sejuk itu.Aku mengenali Khairul Adnan ketika di awal pengajian memandangkan sama-sama terlibat dalam aktiviti surau.Dia layak untuk Anugerah Pelajar Terbaik!
Rakan-rakan yang berada didalam hidup aku selama ini, aku ucapkan terima kasih kerana memahami,mendorong,mempercayai,mengajar serta berkongsi segalanya dengan aku.Daripada rakan-rakan baik sejak dari sekolah Nani, Najib, Dayang, Syafiq kemudian rakan-rakan sebilik dari semester 1 smpai 5 Sha, Wana,Puteri, Shira,Tim,Kak Bai, Reena, Timah,Az, Ain,Kak Yani, Kak Zetty,Kak Lin, Fuza dan Jiha diikuti rakan-rakan sekelas dari semester 1 smpai 5 yang nak disenaraikan terlalu ramai, rakan-rakan dari keluarga Peers Sara,Enan,Baz,Fekri,Clah,Ejay,Kak Boo, Kak Annajah,Amy,Umra, Acap,Dyla,Boboy,Akmal Hisham,kaunselor yang banyak membantu Kak Ina, para pensyarah yang aku anggap seperti ibu serta kawan baik aku sendiri, mentor tersayang Pn Razina, adik2 mentee, serta semua yang mengenali aku, sekalung penghargaan buat anda kerana sentiasa bersabar melayan karenah dan telatah yang kadang-kala memeningkan anda.
Pesanan kalian untuk aku teruskan usaha serta mencipta kejayaan lagi di amsa akandatang akan aku teruskan kerana aku tahu kalian sentiasa ada menemani diri ini dalam suka dan duka.InsyaAllah..Dia menentukan rezekiku yang seterusnya.Moga yang terbaik menanti aku selepas ini.
PAPADOM..remind me to his sacrifices
Finally Enan bawak kami ke Times Square.Kat situ lagi banyak benda leh kami buat.Masa dalam kereta lagi Enan dah cakap nak main bowling.Katanya aku pernah berangan nak kalahkan dia ble ak turun KL (hakikatnya masa tu aku dah rasa aku yang akan kalah denagn si Enan ni.naya la aku..).Smpai je kami g bli tiket wayang.And citer pilihan aku n Sarah mestilah PAPADOM.Enan kena la menurut kata 2 wanita ni kan.hahaha..
Masa menonton citer tu, aku dapati diri aku asyik teringatkan bapak.Agaknya bapak pon susah hati sebab aku jugak kan?Yela,aku kan ank pompuan dia.Mesti bapak terfikir tentang life aku.Seorang ayah dia tak akan tunjuk cara dia ambil berat tentang anak dia macam seorang mak.Ayah kena maintain cool all time.hehe..
Walaupun banyak scene2 kelakar dan menyentuh perasaan, aku rasa mesej yg cuba disampaikan oleh Afdlin Shauki memang cukup sempurna.Cara Afdlin berkongsi rasa kasih sayang dia dengan penonton membuatkan 1 panggung terasa kesannya termasuklah aku.Kalau tak xkanlah aku nak pergi tengok citer tu lagi dnegan makjang, haziq n kwn2 makjang kan.Sebab citer tu best dan ada kualiti yang tersendiri so aku rela menonton setiap hari pon xpe.Tp kalu tiap2 hari aku p tengok citer tu, konpem mama bising kang.Xde keje len ke dok p panggung tiap ari.hahaha...
Saturday, October 3, 2009
Peringatan Dari Allah SWT..
Bila tengok berita, semua tunjuk kesan kemusnahan temapt berkenaan.Bangunan semua runtuh.Dan aku rasa aku ternampak ada juga masjid atau surau yang turut runtuh.Apa yang cuba Allah sampaikan kepada kita?Kalau dulu semasa tsunami melanda Banda Acheh, masjid disitu selamat dan kukuh berdiri hingga hari ini tapi di Padang ada yang runtuh aku rasa.Tak sure sangat.Tapi aku rasa Allah nak tunjuk bahawa kita ni semakin melupakan Dia.Semakin jauh dari jalan kebenaran.Kita lupa diri dan tenggelam dalam dunia.Ya Allah..adakah aku begitu?Aku akui ak belum sempurna dalam mengingati mu Ya Allah..
Dan semestinya hati aku kerap tersentuh dnegan tangisan anak-anak kecil yang kehilangan keluarga terutama sekali ibu bapa mereka.Tangisan mereka buat aku meronta kepiluan.Inilah dugaan Yang Maha Berkuasa.Cepat-cepat aku larikan diri daripada depan televisyen supaya aku tak menangis di hadapan keluarga aku.
Masa tu aku tak tahu pulak ada 1 lagi gempa bumi yang melanda Samoa..Aku cuma tahu bile on9 dengan sahabat aku anis.Aku tanya dia ada tsunami melanda ke?Aku ingat tsunami melanda Padang tapi melanda Samoa pulak.Hurmm..sungguh pertunjuk dari Allah SWT.Ya Allah..lindungilah kami hambaMu dari segala bala bencana ini.
Untuk semua, marilah sama-sama kita sedekahkan al fatihah untuk saudara seIslam yang menyahut panggilan Ilahi dalam kejadian di Padang dan semoga kita semua terus berusaha mendekatkan diri dengannya...
Friday, September 25, 2009
Pergilah Sayang
semalam aku terdengar lagu ni kat radio..xpasti lak radio pe ak on time tu
tp tetiba je hati aku rasa pilu dan sedih
yelah..sorang-sorang kawan aku yang menemani ak sepanjang 'percutian' aku ni dah mula kembali ke tempat masing-masing
aku harus merelakannya walau sebenarnya aku mahu mereka sentiasa ada dengan aku setiap masa
bukan hanya untuk kami bersuka ria aje..
inilah hidup..bertemu dan berpisah itu adalah lumrah biasa..
jadi aku hanya akan cakap PERGILAH SAYANG...
demi mengejar cita-cita dan kemahuan kalian..
moga nanti bila kita kembali bersua..
kamu tidak akan melupakan aku yang setia menanti kalian semua kembali dalam hidup ini..
dan insyaAllah kalian semua sentiasa dalam doa ku tanpa jemu..
Thursday, September 24, 2009
FULL TANK!!!
memula b4 g beraya kami g DEWAN IKM memenuhi jemputan majlis perkahwinan sahabat kami annas..owh bukan annas yg berkahwin yer..ni kakak dia kawen.nape kami pergi kenduri kawen kak dia?erm..sbb km dijemput laa..siap bawak present ag..bereben-reben..yg penting makanan dia sedap!!!ayam dia best!dayang dok excited menemuramah annas sal wedding tu..dr pelamin smpai la catering.dayang ni nk prepare majlis kawen dia lak ker?hahaha..
pastu kami bergegas ke umah syafiq lak..uishh..dijamu ngan lontong n kuih raya mak syafiq buat.sedap..najib dok teruja ngan kek buah..byk gak dia telan.hahhaa..mana la dia tak tekanan perasaan bile berat naik?opss..kantoi lak!dok bersembang ngan kakak syafiq smpai lupa kena p amek kakak najib blk keje.pe ag trs pecut g tmpt keje kakak najib..
dh amek kakak najib,of coz trs singgah umah najib kan..time tu dh kul 5..hahaha..then najib dok bz wat bihun sup..hehe..dia bz nk blend cabai kicap ja.tp sedap cabai kicap najib tu..smpai ak melantak 2 pinggan.huhu..kantoi ag nih..
dr umah najib p umah ak lak.dowg mkn kuih sbb nk kejar masa g umah tok&wan.jam sudah kul 6.15 dh..hehe..pas melantak kuih najib trs pecut g umah tok&wan..smpai dlm kul 6.45 dh..alamak..umah dayang ag nih..pe g cpt2 mkn kuih..sembang2 sket ngan tok&wan then kul 7 trs memandu laju ke umah dayang
time smpai tu dh magrib dh..waaa..dasat ah anak2 dara nih beraya..smpai ke magrib dh..xpe2..trs serbu laksa kt ats meja.sedap laksa yg mak dayang masak..ak jatuh cinta sama itu laksa..dh abeh makan de lak sesi memilih sari organize by dayang.haha..dpt sari ni ak nk wat bj kurung untuk convo.nk wat baju kurung pahang..hehehehe...6 meter u panjang sari tu..then dpt gelang yg byk2 tu..haha..muat ker ak nk pkai?simpan dlu..nnt2 br pkai ble dh slim sket tgn ak nih.
dh abeh tu km gerak dr umah dayang kul 8.05 rasanya..then dok jem la plak..ttbe km tersedar bhwa minyak keta tu sudah tinggal 1 bar dan berkelip2 dah..waaa...ak xnk kena tolak keta..seb bek stesen minyak dekat.kalu x naya woo..nk antar syafiq balik ag nih..sbb jem punya pasai smpai kt umah syafiq dh kul 8.45..padahal bukan jauh sgt pon..tu la dia penangan jem kt sp nih..
blk umah ak dh rasa nk terbalik...trs salin baju n setel semua menda then melepak depan tv..tgh2 lepak cikgu norliah msg ajk g umah sok.hahah...sok petang km plan nk g dinner rmai2 kt hotmas.adakah full tank ag sok?
TIDAKKKKKKKK!!!!!
Tuesday, September 22, 2009
semua yang terjadi sempena AIDILFITRI
1.Malam ari raya-aku,mama n kakcik g umah tok&wan sebab nak amek ketupat yang tok buat.every year memang tok yang masak ketupat.so masa ak pegi tu, family pakLang aku dah ada la..yg kurang best sebab tengok makLang ak kurang sihat sket.mulut dia cam bengkak tp aku dah perasan mulut makcik ak ble dia cakap cam senget sket.sian makLang..yg kelakar bile pakLang aku dah masuk dapur join meeting anak-beranak.terus semau orang gelak tak henti-henti.tu la pakLang aku.dok gelak punya pasal sampai takde sorang pon perasan gas tok dok masak rendang dah habis.pe ag tok pon mengeluarkan la ayat "punya ramai orang dalam dapur ni, takdak sorang pon sedar gas habeh.nasib baik pakLang hang nak makan rendang."hahaha...sorry tok..satu keje lak aku dok tolong tok menukar tong gas tu.pakLang aku lantas berkata "senang betul bile dah ada anak2 buah yang dah besar2 ni.tak payah dah tolong tukar."
2.Malam ari raya-ni kire part aku tidur laa..sebelum nak tidur aku memang teringat sangat kenangan beraya ngan kawan-kawan aku time muda dulu.tahun ni sekali lagi aku tak dapat nak meraikan hari raya dengan kembar aku cik Nani yang dah pulang ke UK last week.sebab dok ingat kat dia sangat aku sampai mimpi malam tu yang kami beremapt which is aku, najib,nani n dayang pi membeli belah persiapan raya sama2.aku n najib sempat la potong rambut n nani n dayang dok bagi opinion tentang hair cut kami.haihh..rindu betoi kat nani nih..
3.Hari raya pertama-well..dah raya dah.kali ni best sebab abg long aku ada sama.tahun lepas dia kena keje.tahun ni siap amek gambar keluarga ramai-ramai lagi.pastu kami bergerak ke rumah tok&wan dan beraya disana.skali ag aku sedih tengok makLang aku semkain tak sihat.semua orang sangat concern.dapur tu dah sesak sebab semua nak duduk akt dapur tolong makLang.kakcik siap blend epal hijau.tok wat air asam keping.pakLang?hurm..dok mengusik makLang aku.haihh..memang susah la makLang nak telan kalu kena kacau ngan pakLang aku ni.sampai mama kena hadang lak.ramai gak datang beraya kat uamh tok&wan..pakJang,makJang & haziq br nak balik petang ni sebab raya kat KL dulu.
4.Hari raya pertama-now dah ada kt umah Latun lak.Latun is my aunt and also my father's eldest sister.penuh ruamh Latun nagn adik-beradik.sejak arwah nani (nenek) meninggal rasanya kami selalu beraya kat rumah Latun je.tahun ini plak husband Latun yang kami semua panggil Bapak passed away last March.rasa lain plak..anyway Latun masak nasi tomato,ayam masak merah,daging masak itam n acar timun.Latun sendiri masak ok!takde order2..dah setel makan..kami lepak2 je kat rumah Latun sebab masing-masing kekenyangan..dalam kul 4 kami semua beransur balik rumah masing-masing
5.Hari raya pertama-ni pon part tidur gak.skali lagi ak bermimpi tentang sahabat baik ak Nani.kali ni lebih hebat.ak mimpi Nani call aku dari UK.tapi di alam nyata aku siap pegang handphone and letak kat telinga dan seolah-olah aku memang bersembang dengan Nani.owh God..i really miss my dear best girl!!!i want to fly to her..bring me to her..this feeling cant be deny anymore...nani...aku rindu hang!!!
6.Hari raya kedua-today ala2 open house lak umah aku.mama dah masak seperiuk tomyam yang akan dimakan bersama bihun.then semalam bapak dah order banyak giler roti jala.waktu tengahari takde snagat orang yang datang.tapi start kul 3 tu dah ramai.bermula ngan kawan-kawan abang long then family tokcik,pakLong Zin & makLong Zuraida,pakJang Pun & makjang Mira..penuh meriah rumah aku bila pakJang,makJang & haziq pun ada kat umah gak.pesta makan-makan bermula..baru je setel basuh pinggan family sedara yang len lak datang.makan-makan lagi!!!
Wednesday, September 16, 2009
Nanni pula pulang..
then najib nak balik dlu sebab dia nak g penang bershopping raya.kami beremapt siap amek gambar beramai2 dlm umah nani.masa ni ak rasa cm nak menitiskan air mata dah.tapi kena maintain cool jer.ak melepak seketika ngan dayang sementara dok tengok nani bersiap.dlm kul 11.15 cmtu ak rasa better we angkat kaki.masa peluk2 ngan nani tu ak xleh nk ucap pape melainkan jaga diri.sbnrnya pnjng ag ak nk cakap.kalu bleh ak nak cakap cmni:
nani..ak mintak ampun dan maaf salah silap sebab dah nak raya ni.then makaseh utk saat2 indah kuar bersama ke penang and byk ag la tempat2 menarik yang ang telah bawak ak naik keta pusing2 sp.next year balik la lagi sbb nanti ak akn rindu ang sgt2 kalu ang xbalik..
cmtu la ak nak cakap kt dia tapi xterkeluar nak wat cm ner..pasni annas n najib then dayang lak..pastu sunyilah sp tanpa kawan2 ak..waaa..bosan seyh
Tuesday, September 8, 2009
hari crazylicious bersama 4 budak
ms naik kereta api kt bukit bendera tu agk la rs pening sbb msg2 perut kosong..heh..puasa!ble dh smpai kt puncak,wahh...trasa kedinginan yg sgt menyamankan.km duduk melepak kt dpn masjid bukit bendera..mmg angin yang bertiup menyegarkan rongga nafasku.as usual nani telah bertindak menghidangkan kami ngan teka-teki dia.mmg pecah otak berfikir kalu teka-teki nani nih.annas siap ckp dia dtg utk tenangkan fikiran tp nk kena fikir jawapan teka-teki nani lak.hehe..nasib la annas.
pas bukit bendera trs la nk ke queensbay..annas dgn senang hati cakap xpe,dia taw jln nk ke queensbay.so ak pon wat xtaw la smbil bermesej ngan adik pompuan ak.ttbe2 annas menjerit.kenapa?sbb dia slh masuk jalan.dia dh masuk jalan naik ke jambatan.waaa...sakit jiwa raga cmtu..annas trs ckp stress ak!hehe..tu la td ckp taw jln kn.ak br xtgk jln jap ko trs bersesat annas.so terpaksa la u-turn balik n naik jambatan skali ag..haha..pengalaman berharga tu.
kt queensbay 4 budak ni dah buat macam2 benda..daripada indoor game,roler skate,jln2 smpai kebas kaki,teman dayang shopping,bukak posa ngan nandos,melantak aiskrim haagen dazs dlm keta annas ms nk blk,mkn sushi dlm feri..xke itu membuatkan perut ak rasa kembung bagai nk meletup..haha..tp tetap best ok.
smpai umah kul 10.50 mlm!!!hehe..xpnh blk selewat itu.tp yg ak plng xtahan ble ak ttbe lak beremosi dlm keta.tu la dgr lagu Bertamu di Kalbu from Jac wat ak mengalir air mata.ak ckp kt nani lagu tu utk dia laa..waa..nani dh nak balik dh..so ak wat la ayt kt nani..nnt ak dh hilang sebelah kaki..sbb nani adalah kaki kiri ak,najib kaki kanan,dayang tgn kanan,fiqah tgn kiri n annas adalah kepala.huhu..trs mengalir air mata ak..si annas lak dok tmbh2 usik ak..lagi la rs nk nangis..huwaa..trs ak diam sbb nnt lagi trk ak nangis.
pape pun ak mmg xkan lupa hari indah ini sbb ak dpt luangkan masa ngan 3 budak yang membuatkan aku ketawa dan gembira.terima kasih sangat2 kt nani,annas n dayang..ak akn rindu dan igt korg selalu serta kenangan ke penang arini...
Tuesday, September 1, 2009
Gugur Cinta di Gurun Sahara
Gugur cinta di gurun Sahara
Mendung mega tak nampak cahaya
Ku melata mencari dirinya
Sendiriku sepi...
Jauh sudah kau hanyutkan diriku
Dengan ikrar akulah permaisurimu
Namun akhirnya ku terkapai
Karam dilaut janji
Berkelana mencari nilai cinta
Mengubat lara pedih dalam jiwa
Biarkanlah semua berlalu
Tak mahu miliki lagi...
Dulu kau bunga yang mewangi
Kupuja sentiasa tanpa henti
Kini duri menusuk kalbu
Aku menangis tiada henti...
Monday, August 31, 2009
bukan sekadar laungan MERDEKA
Walau bagaimanapun, aku rasa kemerdekaan kali ini kurang terasa semangatnya.Mungkin sebab ramai yang cakap semua orang menghormati bulan Ramadhan.Owh baguslah kalau begitu tapi yang buat aku hairan tu kenapa banyak je shopping complex yang aku singgah sejak kebelakangan ini telah memutarkan lagu-lagu raya?Aku tak dengar pun lagu-lagu patriotik.Malah hiasan bertemakan kemerdekaan pun kurang.Yang menang ialah hiasan sambutan raya.Adoii..kan raya tu lambat lagi?Patutlah tahun ni kurang Jalur Gemilang dikibarkan.Sangat sedih aku rasa.
Pagi tadi pas sembahyang subuh, aku decide tak ank tidur sebab nak menonton citer LAST FRIENDS aku yang tinggal beberapa episod jer lagi.Hehe..adakah begini cara aku sambut merdeka?Baguslah juga daripada setengah orang yang sambut merdeka dengan cara yang pada aku tak macam orang dah merdeka yang hidup di zaman moden pun.
Aku on Facebook jap and post 1 shoutout.Tah napa tangan aku ligat nak tulis camtu tanpa nokhtah atau pun terganggu ketika aku menaip.Idea itu keluar dnegan sendirinya dan jari jemari aku menari-nari di atas keybod ni.Aku hanya nak korang baca pe yang aku post.Lepas tu terpulanglah dekat korang nak melakukan sesuatu atau menjadikan apa yang aku tulis itu sebagai bahan bacaan biasa sahaja.Aku sendiri pun tahu aku belum cukup sempurna!Sekurang-kurangnya aku sentiasa sedar diri..
penghayatan kemerdekaan itu skopnya lebih besar..bukan sekadar melaungkan merdeka,menyanyikan lagu-lagu patriotik,mengibarkan bendera Malaysia..tanyalah diri sendiri merdekakah kita sebenarnya jika masih memiliki mentaliti kelas ketiga,peradaban timur yang kian terkubur,budaya bangsa dipinggir jauh,kehidupan barat disanjung hebat,hasad dengki kuasai diri?
Prisoner of Love
2 hari lepas aku chat ngan best fren aku makcik najib
nape aku panggil dia makcik najib ek?
haha..sbb dia dah jd makcik laa..
sejak dua menjak ni je melekat ak panggil dia makcik najib
rasa cm suit lak ngan dia..wawa..ampun awak!
dia pon panggil ak makcik gak..
rasa cam nama manja kami..
anyway, makcik najib share her new fav song
the song is from utada hikaru
the title of the song is PRISONER OF LOVE
hurmm..makcik najib jd prisoner of love ngan sape neh?
menurut makcik najib, lagu ni theme song citer jepun yang wat dia sakit jiwa
citer jepun tu namanya LAST FRIENDS...
so sbb nak taw nape la makcik najib aku ni dilanda sakit jiwa
ak telah menonton citer tu..
waaa..mmg sakit gak jiwa aku tgk citer ni..
how come la si Sousuke wat kt Michiru cmtu?Sousuke ni psycho ker?
pape pon..lagu ni best!
Friday, August 28, 2009
berbuka puasa di Pacific
So pagi soknya dlm kul 10.30 cmtu ak kol nani n tny dia..sah!ak kena berleter ngan nani..heheh..nani ckp nape la x decide..pastu dok bersembang punya psl smpai ak lupa nk antr msg kt annas.alamak..cpt2 send msg kt annas ckp xdecide pape ag pun.pastu smua cm snyp sat smpai la ak terlelapkn mata dpn tv.sdr2 de msg dr nani..
"annas kata sat g kul 3 dia mai amek kita.kita p queensbay..anis join kita bukak posa"
mcm tu la msg yg ak dpt dr nani.trs ak tersedar..mak aii..budak2 nih nk p queensbay?dh la nk buka posa jer.snggup nk mengahrung jem ats jmbtan dlm area2 ptg cmtu..eish2..sungguh xptt.ak send msg kt annas n annas kol ak.
ila:ko nk g queensbay ker?mak aii..rajinnya...
annas:kenapa?
ila:haiah..ak ni nk kena mntk keizinan dlu laa..ak takut xleh jer
annas:xpe2..hang p mntk dlu izin.sat g hang habaq blk cm ner.then kita plan la mcm len.
ila:ha ok2..sat ak p apply keizinan dlu.jap g ak msg
bila kol mama,mama pun agk terkejut laa..heheh..harus mama xkasi tp mama kata dlm area sp bleh la.ak pon msg annas n bgtaw kt dia.dia pon kata xpe,pk cara len jap..dlm kul 2 cmtu annas kol blk n suh ak siap..kul 3 sat g dia mai amek ak n pastu br pikiaq nk p mn.ak pon menurut perintah laa..pegi la mandi,capai baju batik kaler ijau n jeans,iron tudung,n wat la pe yg ptt..dlm kul 3 lbh annas smpai n sgtlah ak terkejut.mengapakah annas n nani pn pkai baju kaler ijau gak ni?ttbe cm berinstinct lak km bertiga ni..berderailah ketawa dlm keta tu n km pun menuju umah anis lak.seb baik anis xpkai ijau.kalu x dh jd geng ijau sedunia la kami arini.smbil tu km msh lom de arh tuju.pas amek anis, g bubuh minyak keta n jmpa gary,kwn lama skolah dlu.then?hurmm..
km msh xtaw nk p mn..tp keta msh bergerak..merewang pekan sp sat..then annas kata jom p penang la.ak rs ok jer sbb leh rhsia kn dr mak..hehe...notty punya ilah!tp sbb msg2 cm konpem x konpem je, annas pun ngan slumber berhenti kt caltex tmn sejati.km tertny2 gak pe annas nk wat kt caltex nih.xkn nk isi mnyk ag?ceh..rupa-rupanya dia nk suh km bg cdgn nk p mana.haihh..xabeh ag ke mslh ni?stlh hmpir 15 min bermesyuarat kt situ, km pon stuju nk ke pacific penang..owh akhirnya...de jugak arh tujuan even ak kuar gak dr sp.hehe..ampun yer!
kt pacific km berpecah sbb xkn la dak2 laki tu nk mengikut ak n nani.ak bercadang nk survey bj raya n nnt leh mai bli kt sni.heheh..pas solat msk jap popular dan ak jumpa buku AKU TERIMA NIKAHNYA yang kakcik n ak dok cr sgt last week.nk bli ke x?xpe tggu kakcik la cmni..hehe..km g merewang dr kedai ke kedai n last drop kt pacific.tgk bj2 dlm tu sgt cntik n ak berkenan bj kaler ungu kt ctu.dh puas jln km mncr lak jln ke piza sbb annas n anis dok tggu dh kt situ.hampir gak sesat ak rs sbb konpius tol jln mn harus dituju.nani sgt bgs mengingat arh saat ini.rs cm wat tresure hunt lak.hehe..
smntra nk tggu buka posa,ak,nani n annas mengenang kmbli zmn skolah rndh..dok igt la nama2 kwn sekelas time drjh 6 yg rsnya dh lama xjumpa.kenangan2 lama yg mengusik jiwa.kihkihkih..anis diam jer.sian dia sbb xphm menda yg km bertiga dok citer.bergelak ketawa sakan kami semua.pas smyg magrib,km pon blk la meredah ujan yg turun..dkt2 nk smpai umah anis tu, nani dok bermintak maaf ler..ak pon sma..sedeh nk melepaskn dia pergi..cewahh ayt ak ni..tp annas kot plng sedeh sbb bak kata nani annas syg kt anis smpai snggup ikut jln jauh nk antr anis.hahaha..
demikian la berakhir kisah buka posa..ak doakan anis slmt smpai ke france.insyaAllah lagi 2 thn kita jmpa lg..
Nobody...by Wonder Girls
aku mula dgr lagu ni time kak boo send kt emel ak theme song H1N1..
hehe..mmg klkr n ak cr la english version..
sgt best..sungguh tertarik..
smpai ak trs ltk lagu ni dlm hp ak n dgr all time
arini jer keje ak nyanyi lagu ni
hehe..layan...
melodi yg sgt best
sentiasa rasa nk menari..
hari-hari mendatang..kepulangan rakan-rakan
tp dlm keseronokkan ak nk sambut dayang balik next week, ak jua akn bersedih utk beberapa sbb.sbb yg pertama kwn ak, anis syaferin tu dh nk blk france jmaat ni(hari ni lah kn?)sedih sbb ble teringat kenangan g penang ngan dia last week n keje2 mengarut dia,ak n najib dok wat, leh wat ak tersenyum giler.anis ni ske bg nama samaran tah pape kt najib.antara yg ak igt gummy bear n mrs S..... and the latest one is ammah.anis2..byk la idea hang nk menaykat makcik najib ak tu.hehe sbb tu najib dok skt jiwa ngan anis ni.psycho abeh.anis kata next year dia xblk.huwaa..lama kot nk tggu anis blk msia kmbli...de la lg 2 thn..hurmm..msti ak akn igt time km melepak kt penang.
then pasni nani pon nk blk uk dah..owh Tuhan..betapa ak xmampu membendung perasaan ini lagi bila mengenangkan ak perlu beraya tnpa nani lagi thn ni.Nak je ak nangis but nanti nani ssh ati lak.Ak akn merasa kekosongan sbb slalunya time rya km ske tour rumah2 org.huhu..sedih..de la lg 4 5 thn kot ak nk tggu utk beraya kmbli ngan dia.owh tidak...dptkh ak melakukannya?nani nk blk uk lg 2 minggu which is on 13 september..pasti air mata ak akn tumpah kembali seperti mana setahun yg lalu air mata aku tumpah kt umah kaunselor ak time majlis buka pose peer's.n then mlm tu lak ak diserang dmm yg sgt trk smpai mengalami dehydration.ak xdpt nk melepaskan dia pergi sbb nani tu dh mcm kembar ak..ak xprnh rhsia pape ngan nani,najib n dayang sbb dowg ni part of my life!
my makcik najib lak nk blk sehari sebelum nani blk.konpem la najib yg akn rs sedih sbb sekurang-kurangnya aku dpt gak meluangkan masa ngan nani.tp najib tak sbb dia nun jauh di kuantan.hurmm..abeh tercampak jauh member2 ak nih.najib ni teman ak kt msia yg kalu ak nk cr pasal ke,nk nsht ker,nk ngada2 manje ke...ngan dia je la yg tnggl.ms ak ckp kt najib km kuar g buka posa rmai2..tntu najib sedih kn.mmg pun..najib sndri ckp dia trasa nk terbang blk sp join kitaorg time tu.dh la dia xdpt jmpa anis last time.dh najib xde member nk gaduh2.tp dowg ni bkn leh harap sgt.kalu xdpt gaduh live, dlm YM ngan FB pon bleh jer.ak gak jd mangsa nnt.
nnt pas rya, annas lak nk blk jepun.ak akn igt lawak2 annas n term2 yg km dok mereka tiap kali keluar melepak.hehe..mmg kelakar ble diingatkan.haihh...kenangan ke penang last week sgt best sbb melepak kt pntai smbil berseronok.xtaw nk describe cmner..
mknanya ak akn kmbli sunyi la nnt kn?hurm..xpe2..time tu ak may b dh smbung bljr or cr keje.now ak nk spend time ngan kwn2 ak utk hari2 terakhir mereka.miss you all!!!
Friday, August 21, 2009
Tom Yam Ayam..nyum..nyum..nyum..
xpe yg penting kita mandi dlu.tgh mandi smbail ak melalak dlm hati lagu LOVE STORY si taylor swift tu ttbe ak rs cm dpt idea nk msk pe.cuma antra confident atau tak je nak msk.ak lom pnh msk ag mskan ni.slalu tgk mama je msk.ak ni tlng blender pe yg ptt jer.dptkah ak msk dgn sempurna dan masakan tu ada rs cam mama ak msk?ah...bedal aje la labu..kalu sedap telan la bersama-sama.kalu tak sedap pon kau kn budak br belajar..
sbnrnya ak nk msk tom yam ayam..tp cm takut xjd tomyam lak.haiahh..ssh nih.tp ak kena pk positif.ak msti buktikan ak leh msk menda len selain masak kicap n masak sambal.sbb ak ni kalu msk ske main campak2 aje,so msk tom yam pun ak main cmpak2 aje.xde mknanya nk ikut2 sukatan sbb sukatan apa pon ak xtaw.ni resipi hentam kromo ak la kirenya.
setelah hampir 15 min ak campak2 bahan dlm periuk, ak tgk cm nk jd gak tom yam nih.bau tu ada la jugak bau tom yam.tp rs dia je la xtaw mcm mn.aiseyman..ketaq lak ak rs.dh la byk ak msk tom yam ni.xpe2..masak jer..nnt leh suh mama baiki kalu xsdp.hahaha...then ak biar tom yam tu masak kt dapur lebih kurang 10 min ag sbb nk pstikan ayam2 td betul2 msk.dh siap ak pnggil pengkritik masakan ak yg plng setia..adkku didi utk merasa.dan ak tersenyum bgga sbb didi ckp sedap..de la rs tom yam..waaa..happy tidak terkata la aku ms tu.
alhamdulillah..walau ak masak hentam kromo n men campak2 jer, tp tetap dpt menghasilkan tom yam ayam nyum3...~wee~..pasni nk try msk asam pedas melaka lak.heh..harus la yg ni ak bukak resipi kt internet...wakaka...apasal ak rajin memasak lak ni?seruan..seruan..hahahah....
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Biarlah cinta itu hadir dengan izinNya
Tak perlu dipaksa, dicari dengan sepenuh daya
Percayalah pada janji Yang Maha Kuasa
Setiap insan itu telah ditetapkan jodohnya sejak azali lagi
Andai ada yang menyapa hatiku saat ini
Aku mahu diamkan sahaja
Tak perlu aku bercerita pada sesiapa
Sesungguhnya aku berserah pada Yang Maha Mengetahui
Akan seluruh kejadian dan takdir ini
Cintaku milik hakiki Penciptaku...
Usah ditanya lagi segala soalan hati
Kerana jawapannya belum pasti
Aku merendahkan diri pada Ilahi
Saat dia hadir nanti
Biarlah semuanya berakhir dengan kebahagiaan...
Elergi Kasih...
Aku sering nampak dia
Yang mengukir senyum
Buat aku terasa bahagia
Lepas dari segala kesedihan
Yang merantai hati ini..
Bayu yang berhembus
Menyapa lembut wajahku
Dan aku menghela penuh kesyukuran
Menikmati kesegaran kasih
Dikandung berat dalamnya
Walau kejauhan khabar dikirim
Aku menyambut penuh kegembiraan
Kerana aku tahu rindu ini tidak pernah terlerai
Dari dalam hatimu..
Biar seribu perbezaan yang menjurangkan kita
Kau sentiasa membuat aku fahami
Bahawa takdir ini adalah yang terindah
Berpisah jua adalah kehendakNya
Tiada kudrat mampu kulawan
Apa yang tertulis itu yang ku zahirkan
Andai tidak kau pulang satu hari nanti
Akan aku mengikut langkah kakimu
Menyusul dari belakang jalan hidup
Untuk aku berpijak pada bumi yang sama
Semata-mata kuturut sumpah setia
Relaku tepis kasih yang lain
Supaya kau dan aku bersatu akhirnya...
Tuesday, August 18, 2009
alkisah sesudah subuh...
then time melepak kt fairy,sj je la plan nk kuar b4 puasa.then anas ckp nk g penang.pastu de la mcm2 istilah menarik yg kuar.antara yg menarik istilah sesudah subuh..hahaha..mmg kelakar ble igt sal istilah ni..sbbnya??
hurmm ble semua dh stuju nk g..so anas ckp dia akn dtg amek kul 8.30 pg..masa tu lak km berconversation kt ym..the problem was ble pg esoknya ak bangun lambat lak!?hehe..kul 8.30 ak terjaga sbb nani kol..owh dear naya la ak..xpew2..ak suh dowg g bekpes dlu smntra ak nk bersiap..heheh...ala..20 min je ak dh siap..
dlm kul 9 cmtu dowg dtg amek ak.nway adk ak kakcik tu pun follow gak..maka bermulalah perjalanan kami ke penang..habes ak kena perli ngan dowg..dowg ckp ko ni ilah sesunggguhnya sesudah subuh taw.ak jwb blk kul 9 pun sesudah subuh apa..peace my frens..hahah..
smpai penang melepak dlu kt batu feringgi..hurmm..even ala2 cm xjmpa jln,tp sbb semua dlm keta tu nk jd tourist guide kecuali nani, mmg dpt lah kami smpai.nani lak dlm perjalanan tu dok bg teka-teki dia..adoii...tgh dok pk jln kena lak pk jwpn teka teki..but it's fun dgr jwpn anas n anis yg sgt xlogik..kuikuikui..
dkt batu feringgi tu, km xtaw nk wat pe lak.kakcik melepak je tgh ak ngan kengkawan ak ni bergumbira...finally we decide nk wat sand castle..tp anis g wat kapal persiaran or kapal selam ak xtaw laa..last2 kena attack ngan bom dr ak n nani..runtuh akhirnya ciptaan anis..hahah...ble ombak semakin kuat memukul pantai..abeh basah seluar..nk senteng segan lak coz de anis n anas..ble anas ckp suh senteng suar sbb dh bsh, ak jwb kat dia xleh laa..nnt ko nmpk la kaki ak..kalu nk senteng ko kena la antar 5 dulang hantaran..pecah ketawa ak n anas.tp even anas senteng seluar dia..ttp bsh trk cm ak n nani ygs enteng..anis je xbsh seluar sbb ble ombak dtg dia membuat larian 100 meter..
abeh melepak di batu feringgi..km g plaza gurney mkn nandos.then jln2 nk cr beg utk kakcik.tp ak n nani nmpk lak kerusi mengurut..trs duduk n diurut kerusi itu..best skali..sbb xjmpa beg utk kakcik,km g jmpa anis n anas yg menanti kat A&W.pekena rutbeer float smpai trasa sejuk b4 decide utk blk umah semula..
hehe..blk umah nek feri..ak n nani je trn dr keta..yg lg 3 tu stay dlm keta..haha mabuk laut ker?ampun wahai kalian bertiga..
pape pun mmg ok kuar bergumbira n berjojeng ngan korg semua arini.even spend time hny seketika tp byk gelak ketawa n mcm2 istilah yg tercipta..
ada apa dengan convo Abg Mie dan cerita sedeh kakcik
nway,mggu lps 9 ogos ak kembali ke kl.owh i miss my life in kl with my dearest frens..sronok kalu dpt jmpa ngan kwn2 kt klj dlu n duduk bergelak beramai2.tapi ak g kl ngan mama n tok bukan sbb utk berhibur.kami mahu meraikan ahri yang sanagt bersejarah buat abg tersyg ak, abg mie.alhamdulillah..finally selepas segala kepayahan dan kesukaran dia belajar, akhirnya dpt mama tgk dia pkai jubah n amek degree.but sedeh coz bapak xde bersma sbb bapak xlarat kalu nk jalan jauh2 selepas operation jantung dia tu.it's ok.
so smpai je kt pudu ptg ahd tu,ak tlh bersiap sedia pkai mask.heh..lantak la org nk akta poyo ke apa.yg penting ak wat prevention dr H1N1.owh..semakin scary ak ble byk berita negatif tentang H1N1 nih.cm xsnggup rsnya nk bernafas dalam kesesakkan orang rmai.hehe..sampaikan nek lrt nk blk umah pakcik ak kt ampang pun ak xrela nk berpaut pada tiang besi dlm lrt tu.b4 this kalu nek lrt ak mmg ske berpaut kt tiang tu.time tu xde la nk pk bakteria penyakit ke apa.tp now trasa semua menda de bakteria.dasat lak rsnya..seb bek la smpai kt ampang, abg long a.k.a abg fazil amek.so ak bukak mask sbb dh lemas bernafas dlm keadaan cmtu.
makjang ak tlh menghidangkan mknan sebaik shja smpai.waa..ni yg syg makjang.ak mmg sgt lapar sbb pg td b4 gerak ak mkn ns goreng jer..makjang jamu pau then tok ak lak dr sp bw cempedak goreng sikit punya banyak..heheh..mlm tu lak mmg sgt letih tp rs lega sbb makjang psng aircond n wat ak rs nyaman skali nk bernafas.tp mslh tiba2 melanda..
kul 11.30 ak msk tdo tp terjaga kul 12.30..then ble ak cbe tdo blk xleh dh.so sad taw..jenuh la ak pusing kiri kanan,terlentang,meniarap,berdoa bagai..tp xleh gak nak lelapkan mata.agknya snn xwat rutin harian ak melayari internet kot.huhu..seksanya jiwa xdpt tdo mlm..smpai ke pagi ak x tdo n bgn trs bersiap nk kuar umah kul 6.30 pg.huwaa..awl tol kuar..
smpai je kt MMU Cyberjaya, ak trs antar mama n tok msk dewan utama.hurmm..2 org je leh msk utk setiap student.so xpe laa..pakcik security tu ckp ak leh g tgk kt 1 bangunan ni dowg wat tayangan.dia punya explanation tntng bangunan tu ak pening sket n last2 ak decide cr sndri..mama siap pesan ringankan mulut bertanya dkt org2 dlm MMU ni yer..bgs tol pesanan mama ni.so berkelana la ak sndrian mencari tmpt yg pakcik tu ckp.tgh2 jln ttbe terpandang bilik yg pakcik tu ckp.eyh..cpt tol ak mencari..bgs2..hahaha..
msk n duduk diam2..then dpt la tgk abg mie ak ni segak pkai jubah.tp he looks so gemuk in that robe.wahh..terjujur lak ak nih.ampun bang mie!then ak pk ..nnt kalu ak nk grad dip, ak xnk nmpk cmtu..xlawa..so kena kasi kurus..smgt neh nk kurskan abdan tp tah ble laa nk kurus..hurmm..
air mata ak rs cm nk mengalir je ble turn abg mie amek degree.so proud of him.dia xprnh lelah mencuba n tak pernah rs nk quit dr cbrn yg dtg dlm idup.walau apa jua org ckp,dia tutp tlnga sbb dia taw yg penting restu keluarga sntiasa ada dgn dia.bang mie congrats!
dah abeh majlis tu, ak melepak la beramai2 kt kwsn dowg jual mknan.hurmm..ttbe ak tenagt arini gak adk ak si kakcik tu de driving test.cm ner ek keadaan dia.so mama pun kol laa..ttbe mama cm terkejut.ekspresi yg tak terduga.pas mama letak fon mama ckp kakcik gagal.ak heran la..apasal lak?rupa2nya sbb dia xpkai seat belt...adoii...sengal tol dak ni.dlm dok pesan kt dia tu leh lak dia xwat.
then ble abg fazil ak smpai je ak trs la ngadu kt abg ak.
kakak:abg..hang taw adik pompuan hang yg sorg ag tu xpass driving test dia
abg fazil:ha?apasal?
kakak:hurmm..sbb dia xpkai seat belt laa..kakak dh pesan kt dia byk kali.
pe ag,abg fazil trs kuarkn hp dia n kol kakcik...
abg fazil:ni apa citer makcik..len kali nek keta pkai seat belt la weii..adoii..buat malu shja taw budak ni..heheh...
sian adk ak..xpe2..km trs blk uamh makjang pas amek kezen ak haziq kt skolah dia n makjang pun dh siap msk.km pun mkn lunch n skali ag kakcik jd topik perbualan..kali ni abg ak ngadu kt kakcik lak..
abg fazil:makjang..hari ni ada citer kelakar pasal kakcik.makjang kol dia n pesan kt dia..nek keta len kali pkai seat belt
makjang ika:kenapa?dia driving test ker?
abg fazil:a'ahh..pg td.now dh gagal pun..
trs la makjang ika ak ni kol kakcik.snggup stop menjamu slera..
makjang:kakcik..apa ni..nek ekta pkai seat belt la..kau igt seat belt tu automatik nk pasang dkt kau..adoii..ank sedara ak yg sorg ni..
dah la kakcik posa aritu...sgt kasihan kn?
mlm tu lak ak g umah paklang kt subang..tdo dekat uamh paklang lak..bersembang nagn paklang n maklang smpai skt perut ak dibautnya bergelak2..hehhe...
so ari slasa km pun nek la bus transnasional kt duta.yg best..first time nek bus 2 tingakt.yg scary ak takut nnt tok pening lak nek bus..dh la duduk dkt dpn skali dkt bhgn ats tu..ptt la dkt tiket bus ak tu dia tulis skyview seat..hurmm..memula nek ak trs tdo sbb takot pening
Wednesday, July 29, 2009
antara perkara yang paling manusia mudah lupa...
antara perkara yang manusia suka lupa..dan adakah aku juga mengalaminya??
1.Membiarkan secawan teh sehingga sejuk
KOMEN:rasanya blom pernah lagi aku terlupa tentang teh.sebab teh adalah peberetku dan minum waktu paans2 adalah satu terapi ketenangan buat aku.yehaa..
2.Di mana anda letakkan kunci
KOMEN:owh..yg ni pn blom lagi..sebab kat umah ada tempat khas untuk letak kunci.so senang semau orang nak cari dan nak amek kunci..
3.Untuk apa anda ke kedai
KOMEN:huhu..sebab tu kalu nak beli banyak sangat groceries..aku buat list ok!kang tah pape yang aku bli lak.kekadang aku baut list tu siap denagn bajet harga barang tu lagi.takut2 over expenses lak.
4.Pakaian basah di dalam mesin basuh
KOMEN:aiyoh...ni pn blom lagi.pas mesin stop kena trs sidai laa..kalu tak nanti mama marah lak.hahah...agknya sebab tu kot tak pernah lupa baju dlm mesin basuh.
5.Mengecas telefon bimbit / iPod
KOMEN:haa...ni memang aku mengalaminya tapi bukan selalu.kalau aku charge handphone kekadang leh sampai 4/5 jam gak sebab pas charge tu terus xigt handphone.uh..macam skrg laa...aku dah 3 jam charge handphone.bila wat menda ni br trinagat handphone aku.owhh...rosak la macam ni hp ak tu...
6.Di mana anda letakkan kenderaan
KOMEN:aku jarang memandu..so blum mengalaminya..hehe
7.Menyiram pokok bunga
KOMEN:bleh x aku jujur mengakui bahawa aku paling tak suka menyiram pokok bunga?aku boleh biar je pokok2 tu..kejamkah?sejak dlu ag itu la keje yg plng ak xmau buat.napa ya?
8.Umur sendiri
KOMEN:hahah...tak pernah lupa umur lagi buat masa ini sebab tiap tahun de je orang yang akn igtkn aku tentang peningkatan umur ku.n de yang siap call aku makcik lagi.heh..keje kwn baik aku..makcik najib.wakakka...
9.Membeli susu
KOMEN:tidak termasuk dalam perkara yang aku perlu lakukan...
10.Mengunci kereta
KOMEN:pun tidak pernah...sebolehnya jadi rutin tetap b4 left the car..tengok keadaan keta dh kunci blom.
11.Di mana anda letakkan dompet
KOMEN:yup..agree2!!!sejak stay kat umah dah jarang gak kuar2 umah g jenjalan.so kekadang seminggu dok umah.then ble nk kuar umah je,ak msti ckp ayt ni kt adik2 aku "korang de nampak purse akak x?" or "mama...purse kakak kt mana ek?"
bersediakah aku?!
pastu aku iron baju skolah adik laki ak nih.memang tak perasan la bunyi handphone aku bunyi sebab aku letak kat meja makan.then tetibe dengar bunyi phone rumah lak berdering2.aik?sapa lak call mlm2 ni?aku punya la berkejaran last2 call tu end up cmtu jer.xpe..ak tunggu la kot2 orang tu nak call balik.betul tekaan aku..orang tu call balik.orang tu makjang la sebab dia call handphone aku tapi aku tak jawab.
then makjang cakap makjang nak call handphone aku.aku pn ok je la.nak dijadikan citer makjang tetiba cakap yang dia dah tanya ngan kawan dia sal keje kosong.erk?jantung aku berdebar2 denagn sendirinya masa tu.
"ok macam ni..nanti kawan makjang tu bagi no fon ofis dia,kakak call la tanya macam mana.kalau nak kena interview kakak set up la date dia.then stay umah makjang je,"ujar makjang.
"ha ok2.t kakak tanya bapak n mama dulu,"balas aku.
"ofis kawan makjang ni kat mines jer.opposite to ktm serdang.kalau ko nak pergi keje nanti pkai je kete satria makjang tu,"slumber je makjang bagi offer kat aku.
"ha?satria tu manual kan?nak kena praktis balik la ni.hehe.."ak gelak n makjang aksi ceramah dekat aku sebab katanya kena la tera bawak auto n manual.heheh..
pas letak fon,aku terpikir sendiri.ermm..bersediakah aku nak keje ni?xke macam ttbe jer?aduhaii..tu la dah berbulan lamanya aku duduk memanjakan diri kat umah.tapi pape pn adakah parents aku akan mengizinkan aku berhijrah ke KL?mencari rezeki disana?hurmm...aku akan mencuba untuk melakukan perubahan dan sedia utnuk belajar sesuatu yang baru.kalau aku dapat keje ni amknanya aku dah kena belajar berdikari even aku akan tinggal dengan makjang n pakjang aku kt KL.aku kena belajar jadi lebih dewasa lah kn?owhhh...boleh ke aku buat ni?
no matter what...aku kena berusaha juga.sampai bila nak berada di comfort zone jer.sampai masanya aku perlu melakukan kelainan dalam hidup aku.bukan ke aku nak berjaya.kalau aku tak memulakan langkah pertama sampai bila pun aku tak akan kemana-mana.hopefully parents aku akan mempercayai aku dan memberi izin pada aku.dan harapnya keje aku tu nanti bukanlah akan menambahkan tekanan padaku seperti pengalaman aku bekerja sebelum ini.
Monday, July 27, 2009
Kisah orang tak tahu berbahasa..
Hari ni aku dan kawan baik aku, cik nani serta kakak dia kak yana plan menghabiskan masa kami dengan main bowling.So tengah hari tu dlm kul 12 cik nani datang la amek aku ngan keta dan kami pun melungsur laju la nak mengisi perut dulu.Pas makan baru kami gerak g pusat bowling yang tak berapa ramai sangat la orang.Agaknya sebab ramai yang kerja kot arini.
So takpe la..kami pun dok bergembira di game pertama dengan aksi-aksi menarik.hehe..yang bestnya aku dapat buat strike!cik nani dan kak yana melihat aku melompat kat lane dengan penuh gembira..itu sebab ak nak memotong markah cik nani yang harini sungguh hebat pula dia bermain.
Dan permainan diteruskan untuk set yang kedua dan kali ini cik nani benar-benar mahu menang.Tapi kebangkitan kak yana dengan balingan yang menarik membuatkan aku dan cik nani tercabar.Tak senang duduk dibuatnya dan yang paling kelakar cik nani cuba memandrem akaknya sendiri.jeles la tu kan?hahahaha...
Tengah seronok main, tetiba je muncul la seorang insan yang sungguh tak disangka dan dengan slumber dia amek bola kitaorng.ciss...sungguh kurang sopan!kak yana pn trs bangun dengan tiba-tiba dan aku takut seketika kalau2 kak yana menyerang si lelaki tadi.tapi kak yana blah dari lane kitaorng n g cari ball baru but tak dapat.Hati aku n cik nani dah panas dh.konsentrasi terganggu,emosi marah dan geram melanda kami bertiga.tak lama lepas tu, de la pulak sorg ag mamat nih dtg kat lane kami dan amek ball kami lagi.adoii...sengal alam betol!sungguh menguji kesabaran.
Masalah aku disini ialah napa la dowg ni tak mintak izin dulu sebelum nak amek ball tu?Bukannya susah nak cakap "boleh saya amek ball ni?" dan bukannya kami tak bagi kalau dia mintak dengan cara yang elok.ni tak..main amek jer.tak pasal2 menaikkan darah orang n free2 je aku dok beremosi kat situ.sangat menjengkelkan la perangai manusia spesis macam ni.uh..tension aku.apala gunanya kerajaan buat kempen BUDI BAHASA BUDAYA KITA sedangkan masih ramai lagi manusia2 yang tak tahu nak berbudi bahasa.
Kalau ikut hati aku yang dah hilang pertimbangan ni, nak je lepas main tu aku baling ball yang ada kat kami kena sekor2 yang curik ball tu.biar berbenjol kepala kau supaya next time kau ingat sikit untuk berbudi bahasa dengan orang.dah la kau amek ball size 7 and 8.malu la sket aku ni leh angkat ball size 12 takkan la ko nak amek ball size 7 and 8?sangat sadis la.dah la yang geng laki yang mula2 amek ball kami tu baling bola cam main bowling kelapa.len kali bawa kelapa la jadi ball kau.eishh...geramnya aku!!!
Balik rumah jer aku citer kat adik lelaki aku dan adik lelaki aku pun naik geram sama.dia cakap napa la aku tak lawan balik?kalau dia ada kat situ nahas la laki tu kena dengan dia.adik laki aku ni memang pantang kalu ada sesapa yang dok menyakitkan hati kakak dia.
Huh...harap next time main aku takkan jumpa lagi dengan manusia2 spesis macam ni dan aku takkan jumpa lagi dengan insan2 tadi tu.arghhhh....
seorang insan bernama Yasmin Ahmad
If you go away on this summer's day,
Then you might as well take the sun away
All the birds that flew in the summer sky
When our love was new and our hearts were high
When the day was young and the nights were long
And the moon stood still for the night bird's song
If you go away, if you go away, if you go away.
(Ne Me Quitte Pas by Jacques Brel)
Salah satu lagu dari filem MUKHSIN...
Aku sangat terkejut bila tengah online semalam aku mendapat perkhabaran bahawa seorang pengarah filem yang sentiasa terkenal dengan hasil kerja yang menarik serta memberikan impak baru dalam dunia perfileman, Yasmin Ahmad telah meninggal dunia.Aku sangat bersedih namun aku perlu sedar bahawa dari DIA kita semua datang dan keapda DIA kita semua akan pulang.Cuma kali ini DIA menjemput Yasmin terlebih dahulu.Saat mendengar berita tentang dia rebah di Sri Pentas, aku sentiasa berdoa agar dia kembali sembuh.Namun DIA lebih sayangkan Yasmin.
Aku mula mengenali karya-karya beliau setelah mendengar kehebatan yang kelainan yang ditonjolkannya dalam RABUN.Masa tu cuma mendengar sahaja nama insan ini dan apabila filem SEPET ditayangkan, aku menonton filem itu.Mulanya aku tidak faham dengana ap yang cuba disampaikan oleh pengarah ini namun setelah aku sering menontonnya aku mula memahami maksudnya.Dan seterusnya aku menjadi ketagih dengan karya-karya beliau.GUBRA, MUKHSIN dan TALENTIME memberi warna-warna kasih sayang serta norma sebenar hidup ini.
Kehilangan Yasmin akan membuat aku merindui iklan-iklan hebatnya dengan Petronas.Pasti akan dirindui!
Semoga rohnya dicucuri rahmat...Al Fatihah
Thursday, July 16, 2009
ha?macam xpercaya jer...
Again...as usual pagi2 selak surat khabar.Dan hari ni dapat satu lagi kajian yang telah dijalankan..Oh..masa baca artikel nih rasa macam xbetul je kajian yang dowg wat.Ada ke seorang perempuan itu dikatakan menghabiskan masanya hampir setahun dari seluruh hidup mereka semata-mata nak pilih baju.aduhh...bikin pusing aku aja!!!
So ni petikan itu...
WANITA kebiasaannya akan menghabiskan masa hampir setahun daripada kehidupan mereka untuk membuat keputusan dalam memilih pakaian.
Kajian mendapati memilih pakaian untuk bekerja, keluar makan malam, berjalan-jalan, bersenam dan sebagainya akan membabitkan masa sehingga 287 hari untuk wanita berada di hadapan almari pakaian mereka.
Masa paling banyak dihabiskan ialah ketika memilih pakaian untuk menghadiri majlis sosial pada malam Sabtu atau minggu dan juga memilih pakaian bercuti.
Pakar mendapati secara purata wanita akan menghabiskan sebanyak 16 minit setiap hari biasa untuk membuat keputusan memilih pakaian dan 14 minit ketika hari pagi Sabtu atau Ahad.
Pengeluar pakaian Matalan menjalankan kajian ke atas 2,491 wanita dan memilih wanita berumur dari 16 hingga 60 tahun sebagai sampel kajian.
SUMBER:UTUSAN MALAYSIA,15 JULAI 2009 (KHAMIS)
Tapi bila aku fikir-fikir balik memang ada logiknya.Aku sendiri kalu nak kuar mau tercegat depan almari dok tengok nak pakai baju apa.Kalau aku malas nak pakai baju ala2 ladies (ladies kerr??) nak grab sehelai t-shirt biasa pown ak leh pilih lama.Nak tengok kaler baju la,tudung yang sesuai la..aduss..mmg hmpir 15 min gak kot.
Tapi lembap2 ak pilih baju pown ak cepat siap ok!Rasanya blom ada lagi yang kena tunggu aku kalau bab2 bersiap ni.Bukan nak bangga diri tapi hasil kajian ni macam ya pulak kalau aku tengok balik kat kawan2 ak.
hoho..perempuan aje ker yg mcm tu?laki agaknya bape lama lak ek kalu nak pilih pakaian?nape laa kajian ni xbuat skali kat laki.bukan untuk tujuan membandingkan sekadar mahu tambah pengetahuan...
Terpikir lak aku cam mana dowg wat kajian nih?Kalau pakai borang soal selidik, mau seksa nak analisa 2491 orang punya jawapan.Oh teringat lak zaman2 aku and the geng kena wat borang soal selidik.Nasib baik kami kena wat ke atas 50 responden jer..tu pun jenuh dok kira...kalau 2000 lebih nih mau sakit kepala..
Tuesday, July 14, 2009
NATRAH..sebuah kisah kesepian dan kerinduan
Kisah wanita ini mula menjadi bualan hangat sekitar tahun 1950 apabila berlaku perebutan hak penjagaan seorang remaja perempuan, Maria Bertha Hertogh atau nama Islam yang diberikan oleh keluarga angkatnya Natrah Ma'arof.Pelbagai konflik yang berlaku hingga mencetuskan satu rusuhan pada 12 Disember 1950 dan dinamakn sebagai Rusuhan Natrah.
Aku sendiri masih baru mengenali akan wanita yang sebenarnya memberikan impak sejarah yang amat penting tidak kira lah dari sudut undang-undang mahupun adat budaya.Aku tidaklah bagus bab-bab sejarah ni namun hati aku mula tertarik untuk mengikuti kisah dan mengetahui latar belakang Natrah.
Nama Natrah mula aku kenal ketika dalam kelas Kenegaraan Malaysia yang aku ikuti semester lepas.Masa tu aku kurang pasti bagaimana pensyarah aku, Puan Zaida boleh memulakan kisah tentang Natrah.Namun apa yang diceritakan oleh Puan Zaida benar-benar menarik perhatian aku.Sejak itu aku mula mencari bahan-bahan yang boleh aku abca tentang Natrah.Semuanya dari internet ketika itu.
Namun pada 8 Julai lalu...ketika aku menatap akhbar aku terkejut saat menatap satu berita tentang Natrah yang telah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen,Belanda.Aku tersentak kerana aku seperti baru sahaja membaca kisah-kisah hiudp wanita ini.
Tengah hari tadi juga aku menonton rancangan Wanita Hari Ini kat TV3.Kisah hidup Natrah diceritakan oleh seorang penulis Datin Fatini Yaacob dan seorang wanita dalam bidang perundangan dari UIAM yang aku tak ingat pulak nama dia..
Mendengar dan membaca kisah Natrah ini membuatkan aku sedar betapa hebatnya cinta Natrah.Natrah sangat cintakan agama Islam hingga masih bertanya soal masjid,sejadah serta arah kiblat ketika dia mula-mula sampai di kediamannya di Bergen Op Zoom malah tidak lupa sembahyang 5 kali sehari.Cinta Natrah pada seorang lelaki yang dikahwininya ketika dia berusia 13 tahun, Mansor Adabi tidak pernah padam dari jiwa Natrah.Malah melalui pembacaan aku Natrah dan Mansor Adabi pernah berutus surat beberapa kali.Kasih sayang Natrah tidak pernah hilang buat keluarganya yang berada di Terengganu hingga membawa kepada kepulangan beliau ke Terengganu pada 1997.
Pada aku generasi muda seharusnya mendalami kisah Natrah ini sebagai satu panduan dan contoh.Mungkin selama hayat Natrah dia hidup dalam kesepian dan kerinduan.Natrah sepi setelah dia dipisahkan dengan keluarga angkatnya.Natrah sepi apabila dia meninggalkan Tanah Melayu ketika itu untuk pulang kepada keluarga kandungnya di Belanda.Natrah sepi apabila melalui hari-hari yang mendatang tanpa orang-orang yang disayanginya...
Dan kerana kesepian itu Natrah menanggung rindu yang teramat sangat.Mungkin benar tajuk perbincangan WHI betapa Natrah itu menderita akibat dua dunia.Bagi aku dua dunia ini telah memberikan satu tekanan pada diri Natrah sendiri.Dua dunia yang sepatutnya boleh menjadi satu dan memberikan erti sebuah kebahagiaan buat dirinya jika tidak wujud jurang yang membezakan dua dunia ini..
Walau apa pun akhirnya,kisah Natrah ada pengajaran yang tersendiri.Aku mengambil iktibar dari kisah kesepian dan kerinduan wanita ini...