Pages

Thursday, December 29, 2011

Kembali Semula..

Mak aiii...last entry i cakap i nak update few days later..tapi nahhh ambik kau.dh lebih berminggu2 sampai masuk tahun baru dah.Haiyaaa..apa sudah jadi?Maaflah wahai blog membiarkan kamu seperti anak tiri yang tak diberi makan minum sahaja.Sesungguhnya teramatlah sibuk sampai terabai segalanya.Diri sendiri pun terabai juga sebenarnya.Tiada lagi masa untuk lepak2 dengan member2 seperti dlu.Oh i really miss that moment la bebeh..

Kenapa saya sibuk sampai begitu sekali ye?Inilah yang nak diceritakan kepada anda kiranya sudi membaca luahan hati saya ni..

PUNCA KESIBUKKAN MENGALAHKAN ARTIS TERNAMA IALAH:

BENDAHARI JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ CEMPAKA, UNIMAS

Semenjak menjawat jawatan ceti bertauliah lagi mendapat kelulusan ni, hidupku berubah habis-habisan.Fuhh..sampai akdang-kadang rasa bilik aku tu cuma tempat untuk aku tidur,salin baju dan buat homework sahaja.Itupun sebelah malam selepas pukul 12malam..Sebab tu lah semester ni i menjadi tetamu klinik setiap 2 minggu sekali.Sekejap demamlah,kaki bengkak lepas balik daripada Sabah,then demam balik..huhuhu, terasa jugaklah berat turun walaupun makan tetap tak henti-henti..


Dari kiri perempuan:1)Nisa'-->Timb. Presiden 2
2)Suzy-->Setiausaha 1
3)Ilah-->Bendahari
4)Ceci-->Timb Presiden 1
Dari kiri lelalki:1)Pali-->Presiden
2)Pi'e-->Exco Keusahawanan
3)Shuk-->Exco Kebajikan & Kemudahan

*Gambar ni diambil ketika 6 orang wakil setiap kolej kediaman UNIMAS menghadiri Management Course for College Leaders di Kundasang, Sabah.Pengalaman tak terhingga sebab naik bas daripada Sarawak ke Sabah selama 2 hari bebeh..Hidup dalam bas masa tu memang tido,bangun,makan, borak 30 min tido balik..huhuhu..Tu baju korporat Kolej Cempaka.Berani giler kitaorg buat kaler putih sbb kolej lain mostly hitam.Semua orang cakap kami dah macam JPK Kolej Perubatan UNIMAS padahal baju korporat medic hitam hijau (tengok yang sebelah kami tu)

Maka bila dah bertambah tanggungjawab ni, agak terbataslah masa dan bukan boleh seperti dahulu lagi.Tiap minggu meeting,keluarkan duit,update akaun,buat kerja2 lain jugak.Walaupun sibuk i really have a good time (insyaAllah sampai genap setahun tempoh kami berkhidmat).Mana taknya mostly yang dilantik jadi exco dekat bawah tu adik-adik.I like laaaa...i kan kakak penyayang gitu.muahaha...So they are my third family la..Second family of course la kwn-kwn ku yg havoc 24jam kan?

Okeh..rasanya stop sini dlu lah kan?Kalau letak semau dalam 1 entry rasa boleh dapat award entry terpanjang pulak.ekeke...so tggu jelah next cerita hidup i yg very the clumsy..muahh

Tuesday, November 1, 2011

To enjoy my future, I have to endure the present & ensure the is past is past...


Hidup semakin huru-hara..
Otak terasa kosong sahaja
Danggg!!!Aku memang 'bunuh diri' semester ni..
Ya Allah..kuatkanlah aku dan permudahkanlah segalanya
Segala tanggungjawab yang aku pikul atas dasar kepercayaan yang mereka beri
Ringankan tugasku dan sempurnakanlah tugasanku...

p/s:will update u guys in a few days..

Wednesday, October 5, 2011

A hectic September

Baru lepas study Japanese..mata aku dah rasa blur tengok tulisan jepun.Sudahlah badan rasa nak demam..tekak pun rasa tak best.Memang tak bersemangat je aku nak study malam ni.Tapi aku bersemangat nak update blog.Wakakaka...sebab banyak sangat cerita sepanjang bulan September yang tak sempat aku nak kongsikan.Korangkan tau tahap kesibukkan aku kalau dah balik sini.

1.Raya rumah Kaklong
Kitaorang ramai-ramai g beraya rumah Kaklong 16 September aritu.3 biji kereta jugaklah yang pergi.Riuh rumah kaklong.Kami pergi sebelah malam.Siangnya kami pergi bershopping sakan dekat Giant.Horeyyy..dekat Kota Samarahan dah ada Giant besar macam dekat semenanjung.Barulah ada feeling sikit aku nak memborong.Kereta memang penuh dengan barang laa..Lepas dah habis shopping, baru Dylan,Ell & Eup join.

Min the driver, Ilah the co-driver, Aisyah the yellow lady & Nia the adik sayang


2.Minggu Mesra FEP (MMF)
Tahun lepas aku yang kena orentasi dengan senior-senior, tahun ni aku pulak yang orentasikan junior-junior termasuklah seorang kawan aku yang baru masuk tu.Hahaha..aku jadi fasilitator untuk kumpulan Mali Lebu.Mali Lebu tu dalam bahasa Iban.Kalau translate ke Bahasa Melayu maksudnya tidak sia-sia...Dan pasangan fasilitator aku ialah Azra, classmate yang ting tong otak dia.Tapi proud dengan Azra sebab demam-demam pun masih memberikan khidmat baktinya.Proud dengan kumpulan Mali Lebu sebab sentiasa bekerjasama walaupun malu-malu.
Lepas malam first MMF, aku & the geng trs angkat kaki pergi McDonald dekat Kuching.Huahuahua..ingat nak pergi yang dekat airport je sebab dekat skali Dylan bawak smpai Kuching.Masa tengah lepak ni memang have fun habis sebab dok main game yang tah pape.Ok..aku mangsa pembulian mereka.Aku kan naif sket.Percaya je trick magic si Azra.Sampai aku kena bantai gelak tau.

My Kaki Lepak Gang

Dylan cuba cover perut..
Min tersenyum gembira..
Ilah pose kaki pelik
Azra si budak demam..
Mimi yang kurus sentiasa tapi kuat makan..
Yen tunjuk baju MMF..


3. Birthday Min...
Alhamdulillah Min sambut birthday dia yang ke 23 pada 28 September lepas.Kalau korang nak tau Min ni PA a.k.a Personal Advisor a.k.a Personal Assistant aku yang penakut KATAK!Bila dia jumpa katak je, dia akan lari kalah atlet pecut negara tau.Laju bukan main lagi.Disebabkan kitaorang semua memang tau dia penakut katak, maka kitaorang cakap yang birthday dia nanti dia akan dapat katak.Sampai Min pun keluarkan statement "Aku takkan percaya korang exp Dylan selama seminggu ni"..Muahahahaha..
Kebetulan pulak masa birthday dia aku dengan Mimi ada meeting.So Min balik bilik dulu.Memudahkanlah urusan kitaorang nak surprisekan dia.Lepas solat magrib dekat rumah Mimi, aku suruh Min turun sebab nak dinner.Bila dia turun, dia nampak kitaorang dah duduk ramai-ramai sambil tengok dekat dia.Si Azra pulak yang memang kaki mengusik Min tetiba je bangun nak pergi jemput Min kononya.Mau Min tak cuak sebab tetiba Azra buat baik kan.Mestilah dia syak.Dia duduk makan pun tak tenang.Azra dok buat bunyi katak.Yang bestnya bila kami nak keluarkan cupcake yang ditempah, Min nak lari.Hahaha..sebab dia ingat kitaorang nak bagi katak dekat dia.Sekali cupcake katak daaaa!!!

Min & cupcakes Katak


4. Fiesta Aidilfitri UNIMAS
Walaupun berlangsung pada 2 Oktober, tapi persiapan untuk fiesta ni berlaku pada hujung-hujung September.So boleh la masuk skali dalam ni ek?Aku terasa macam nak membelah badan sebab kena berkejaran untuk AJK Dekorasi bagi khemah Kolej Cempaka & latihan sketsa untuk pertandingan sempena fiesta tu.Ahh..letih weh tiap malam balik kul 12 lebih.Tapi akhirnya aku sangat berbangga sebab teater dapat Johan dan wakil King & Queen kolej aku pun dapat Johan.Horeyyy...suke-suke!!!



Mimi & kaklong sibuk buat dekorasi


Jejaka kacak yang buat kami bangga..Ng Hian Wen, King of Raya

Drama terhebat..

Alhamdulillah akhirnya sampai juga mood aku nak menulis blog.Yelah sebab apartment aku yang abru ni tak dapat wi-fi free kolej.So terpaksalah aku tunggu masa aku free untuk keluar beli broadband.Sekarang, baru rasa dapat bernafas dengan sempurna.

Oh last post aku ada bagitau yang aku berdebar,sedih & macam-macam perasaan kan?Selalunya taklah teruk sangat macam akur asa malam terakhir tu.Rupa-rupanya memang ada sesuatu nak terjadi dan benar-benar menduga kesabaran.Sampai aku rasa nak mengamuk je dekat airport.Kan ke malam last tu aku tak tidur langsung.Memang mood aku macam bursa saham menjunam dengan teruknya.Kau buat aku tension, memang parah la kena sembur.

Nak dijadikan cerita penerbangan aku bersama syarikat tambang murah tu dijadualkan pada pukul 7.10 pagi..tapi bila masuk dalam kapal terbang, kapten bertugas buat pengunguman yang ada masalah sikit dengan kapal terbang so penerbangan terpaksa delay & kena check kerosakkan..Lepas sejam kerosakkan diperiksa, lebih kurang pukul 8.15 macam tu kami pun berlepas la.Nak dijadikan cerita, baru 5-10 minit berada diudara, kapten sekali lagi buat pengunguman yang kami terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang sebab masalah kerosakkan tu masih lagi ada.Okeh fine..time ni memang aku cuak gila!!!Siap dah mengucap panjang dengan member aku, Aida.

Bila kami mendarat, kami diarahkan supaya masuk kedalam terminal kembali dan tunggu arahan selanjutnya.Kami dimaklumkan bahawa itu kena dibaiki dulu sebab sistem hidraulik ke apa tah ada masalah.So melepaklah kami dekat terminal tu.Time ni pihak mereka katakan akan ganti dengan pesawat daripada KL dan kami akan berlepas jam 11.20 pagi.Okeh..tunggulah dengan perasaan bercampur baur.Time ni dah mesej mama cakap flight delay dan kena tunggu pukul 11.20 pulak untuk flight ganti.

Pukul 11.20 pagi, kami pun dibenarkan untuk naik pesawat kembali tapi alangkah kecewanya kami apabila kami kena menaiki pesawat yang sama kembali dan bukannya pesawat ganti seperti yang dikatakan.Sebelum naik, kapten penerbangan tadi ada menunggu kami dekat tangga.Aku sempatlah berborak dan bertanya dengan dia.Dia akta flight tu dah ok & kami boleh terbang.Dalam pesawat, kami diagihkan sebiji burger McChicken dengan air mineral.Elok je aku habis makan burger tu, kapten tu baut pengunguman bahawa pesawat tu tak boleh terbang juga sebab masalah tu tak dapat diatasi.Ahhhh..masa ni aku rasa nak mengamuk betul-betul tau.Kami kena turun ke terminal kembali,angkut beg semua.Bagasi dalam perut kapal pun dikeluarkan.Akhirnya penerbangan tu dibatalkan dan pihak mereka memberi cara lain iaitu kami ambil flight transit Penang-KL-Kuching.Kami terpaksa ambil bagasi yang berat-berat tu dan keluar ke tingkat atas kembali untuk urusan penukaran tiket.

Masalahnya, berapa bukan semua orang boleh terbang pada petang tu sebab yelah mestilah tinggal beberapa seat sahaja.Aku menyirap tahap max, call mama bagitau flight cancel.Mama & bapak yang dah ada dekat rumah, terpaksa kembali ke Penang.Dekat kaunter sales syarikat penerbangan tu memang dah kecoh sebab ramai yang tak paus hati tak dapat tiket transit.Ada yang dicadangkan balik hari sabtu.KAU GILA KE HAPE NI????Bila parents aku dah sampai, bapak aku relax lagi.Yelah, bapak aku mana boleh cemas-cemas,marah-marah.Kang dia penat balik..Mama aku je tengah tension bersama aku dekat kaunter tu.Last-last bapak aku direct je gi kaunter join orang lain sound.Barulah time tu dowg cakap akan sediakan flight khas malam ni pukul 8.55 dan semua orang boleh night flight tu.Aku dah mesej member-member dekat Sarawak & inform dowg aku masih tersadai dekat airport Penang.

Buk bak buk bak..lepas makan solat, pukul 8malam aku check-in untuk kali keduanya.Dalam gate 14 tu memang dah ramai yang menunggu & suasana pun macam pelarian jugaklah.Pihak mereka sediakan 1 set McChicken tanpa fries tapi dengan air coke.Ok fine..amek hati ke?Aku mula rasa pelik bila tengok jam dah pukul 8.45 tapi kitaorg tak disuruh beratur lagi.So salah seorang penumpang ni tanya la dekat akak kaunter tu bila boleh masuk, dia akta kejap lagi.Elok je 10 minit macam tu, dengar pengunguman suruh kami ke gate no 12 sebab penerbangan kami DIBATALKAN!!!OH DANGGGG!!!APAKAH INI?GILA BETUL...

Masa ni memang semua orang dah hangin.Mana taknya daripada pepagi hari kami sampai kat airport, macam-macam janji yang ditabur oleh pihak berkenaan dan akhirnya kau senang-senang je cakap batalkan penerbangan sebab tak ada flight dengan cabin crew.Helllo..petang tadi kau yang beria-ria berjanji kan malam ni ada flight?Now what the hell laaaa wehhh??Aku memang hilang sabar terus call mama n korang tau apa mama aku buat.Mama aku menjerit terkejut.Bapak aku cakap okeh xpe..sekarang jugak bapak aku panggil reporter.Aku rasa sejam lebih juga kami bertikam lidah, suasana panas je, polis siap turun,3 orang pekerja company tu memang kena sound.Ada sorang laki ni berjiwa lembut sikit.Dia kena sound depan-depan muka n aku napak dia dah bergenang air mata.Terus dia lari keluar dan aku tak nampak dia dah.Aku pulak boleh teremosi dengan pegawai syarikat tu sampai nangis-nangis.Wa memang dah tak tahan der.Wa dah letih tunggu & dengar janji-janji manismu itu.Ahhh..menyampah seyh!!!

Pihak mereka sediakan penginapan dekat Citybayview Hotel.Kalau dia bagi hotel syarikat dia tu, memang wa sembur cukup-cukup.Dan sekali lagi mereka berjanji akan bawa kami terbang esok, pukul 7.10pagi...Okeh janji lagi weh!!!Masa ni memang aku berdoa ajelah moga janji ditepati kalau ta memang aku hangin lagi laa..Masa keluar nak ke bas yang nak bawak kami ke hotel tu, reporter yang bapak aku call dah menunggu.Artis pulak aku rasa masa tu bila keluar daripada arrival kena amek gambar kan.Hehehe...

Alhamdulilah..esok paginya aku dapat terbang kembali ke Kuching dan tiba jam 9 lebih juga.Terus amek teksi balik hostel sebab nak setelkan hal-hal lain lagi.Kan dah tertangguh plan kerja aku.Haihhhh..hangin je wa der!!!



Aku capture gambar ni daripada dalam pesawat masa kami delay pukul 7.10 pagi


Muka redha tunggu flight pukul 11.20 pagi...

Wednesday, September 14, 2011

Cuti sudah habis daaa...

Jam sudah 12.47 malam 14 September 2011.Aku baru selesai tukar cadar bilik.InsyaAllah pukul 7.10pagi nanti aku akan berangkat kembali ke Sarawak.Alamak..cuti 4 bulan sudah habis daaa.Sekarang dengan berat hati mengemas segala kain baju untuk dibawa pulang esok.

Everything now back to Z.E.R.O!!!

Danggg!!!Aku zero dengan semangat ni.Berat hati yang amat sangat nak balik Sarawak.Walaupun aku gembira nak balik sebab boleh la nak jumpa kawan-kawan kan (termasuklah junior-junior baru) tapi dalam hati aku asyik nak menangis.Tau kenapa?Sebab lepas ni rumah aku sunyi sepi derrrr!!!Tinggal parents aku je.Anak-anak semua merantau jauh.Yang paling jauh akulah!Arghh..aku ni dah la anak yang paling manja,paling tinggi tahap emosional,paling banyak air mata nescaya dekat airport nanti aku akan "membanjirkan" keadaan hening pagi.Oh..sungguh la aku tak suka!!!Tapi nasib baik juga ada Aida.Aida..esok hang tengok kami teriak, hangpa cool kan kami tau.

Danggg!!!Aku juga zero dengan knowledge ni.Hamek kau!!Cuti 4 bulan aku memang holiday gila-gila.Awal-awal dulu aku bukak juga buku Japanese, tapi last-last hancusss..InsyaAllah semester ni aku sambung lagi Japanese Level 2.Walaupun tanpa Sakai Sensei, insyaAllah dengan Rokiah Sensei pun aku nak cemerlang lagi.Aku sangat rindu Sakai Sensei.Macam mana dia sekarang ye?Nantilah aku reveal jadual kelas aku yer.Tu belum masuk dengan jadual aktiviti lain.Belum balik lagi tapi Khalid dah cakap pasal latihan cheers untuk Karnival Sukan Air minggu depan.Eh, bila pulak aku masuk cheers?P.A aku Cik Min tu memang yelah masuk cheers.

Dangg!!!Yang tambah berat hati nak balik ni sebab aku fikir tahun depan bulan Januari baru aku boleh balik.Ya Allah..panjangkanlah usia aku dan juga kaum kerabat keluargaku serta rakan-rakanku agar kami dapat bersua lagi nanti.Sepanjang perpisahan ini, permudahkanlah segala urusan hidup kami dan ringankanlah kesusahan kami.Kuatkan hati kami untuk tabah dan redha dengan jarak yang tercipta ini.

Sesungguhnya terlalu banyak kenangan yang tercipta sepanjang cuti ini.Walaupun banyak masa aku dihabiskan dekat rumah, tapi aku tetap puas hati.Setiap masa aku dikelilingi oleh orang-orang yang aku sayang.Dan perpisahan ini buat aku sangat sebak dan pilu.Aku kan bab macam ni memang tak boleh.Ni pun aku dah cuba sehabis daya tahan air mata.Semalam masa last jumpa Najib, aku boleh bergenang air mata dah la.Kekonon aku nak buat macho la, tapi hancur juga ego aku.Aku memang tak dilahirkan untuk jadi kuat.

Doakanlah semoga semester ni aku akan terus cemerlang macam semester lepas.Aku sangat berharap jadual kelas aku tiada perubahan,berjalan lancar seperti yang dirancang dan tiada dugaan.Andai diduga sekalipun, doakanlah aku mampu menghadapinya dengan kekuatan yang tak seberapa yang aku miliki.


Jarak yang ada dalam perpisahan ini bukan tanda kalian akan aku lupakan
TAPI
kekosongan yang ada dalam jarak itu akan aku isi dengan kerinduan yang mendalam
TUNGGULAH
aku akan pulang nanti bersama kalian kembali
SEMENTARA ITU
tinggallah kalian dengan kenangan & doakan aku






Monday, September 12, 2011

Kekayaan Uncle McDonald...

Korang pernah buat perangai makan McDonald dengan begitu kerapnya dalam tempoh seminggu?
AKU DAH!!!


# Kalau korang tengok berat aku dah naik..tolonglah salahkan kawan baik aku Najib
# Kalau korang tengok aku dah tak mengidam nak makan McDonald selama 6 bulan..sila ucap tahniah dekat kawan baik aku Najib
# Kalau korang tengok aku cuma menjamah sundae strawberry & apple pie McDonald..beri tepukan gemuruh buat Najib
# Kalau korang cakap muka aku dah macam double cheeseburger..korang memang nak kena dengan aku!

Hehehe...korang taulah kan aku dah nak balik Sarawak nanti.Maka saat-saat terakhir begini memang sangatlah berharga dalam hidup aku.Mulalah segala makanan dekat sini aku nak telan.Tapi masalahnya bila aku kena telan benda yang sama dalam masa 4 hari seminggu, kau rasa tekak aku mampu bertahan ke?

Haaaa...ni memang aku dah terasa kombang tokak dah.Ada ke patut Najib boleh ajak aku melepak dekat McDonald sampai 4 kali.Dan yang lebih buat aku terpegun kejap dengan Najib ni, daripada 4 kali lepak McDonald tu, dia boleh order double cheeseburger untuk 3 kali kami lepak.Danggg!!!Najib...Najib..mcm mana dia boleh belajar bahagian dietetik ni?Risau aku nak mendapatkan khidmat nasihat dia kalau tengok dia sendiri menketedarah sampai hilang kepercayaan dia belajar dietetik.Kalau boleh nak report dekat lecturer dia ni.Muahahaha..ampun ye awak!

Xpe..aku tau dia buat macam tu sebab lepas ni susah nak dapat McDonald dah.Yelah balik Kuantan nanti dia dah nak kena masuk clinical dekat Kuantan,Temerloh,Beserah dengan mana tah satu lagi.Mesti kesibukkan clinical itu akan menghalang dia daripada berkasih sayang dengan McDonald.Sebab tu dia dok pulun sungguh-sungguh sekarang ni.Aku sebagai kawan baik redha dengan penuh pasrah la melepak McDonald dan menguyah double cheeseburger bersamanya..

Berikut ialah sinopsis kunjungan kami ke McDonald..

* Kunjungan Pertama Rabu 7 September 2011

Sebab melepak:Najib stress nak setelkan kerja-kerja yang tiba-tiba datang menimpanya.Siap angkut kerja-kerja dia lepak McDonald.
Penerangan:Okeh dia buat kerja, aku pun buat kerja aku juga.Usha orang sekeliling.Yang tau perangai aku, sila bayangkan situasi itu berlaku.Hehehe..Tapi time keluar ni perut aku memang meragam tak best.Kembung angin orang cakap.Tapi aku dah rasa macam perempuan mengandung dengan ragam perut macam tu.Najib cadangkan aku minum V-Soy Multi Grain..Sekotak 1000ml aku & Najib telan bersama..Kami dua order 2 set double cheeseburger dengan sundae strawberry & sundae cornetto chocolate...


Khusyuk weh buat kerja..Aku amek gambar pun dia tak perasan.Nampak tak kotak V-Soy tu?Sungguh berjasa!!!


*Kunjungan Kedua Jumaat 9 September 2011

Sebab melepak:Nak makan aiskrim sundae!!!
Penerangan:Kami keluar pagi hari lagi pukul 8.30 macam tu.Pergi cari responden untuk FYP Najib dekat taman jubli.Lepas taman jubli terus ke Tesco.Inagt nak breakfast je sebab Najib cakap dia belum makan.So makan lah sorang sekeping roti canai.Tapi, kami boleh menghabiskan masa dekat food courst Tesco sampai waktu lunch.Apalagi terus menjamah lunch chicken mushroom yee mee.Lepas dah makan lunch tu, Najib mengidam sundae!Aiyohh...aku ni dengar sundae memang tak boleh menolak.Jom aje..hehehe..

*Kunjungan Ketiga Sabtu 10 September 2011

Sebab melepak:Mencipta kenangan dengan Uih..
Penerangan:Memandangkan kami berdua sudah mau pulang ke tempat perjuangan masing-masing, maka Uih terpaksalah kami tinggalkan di SP.Bila tanya Najib nak lepak mana, korang dah tentu boleh agak apa jawapan dia kan?Oh yeahhh McDonald lokasi yang sama lagi!!Sekali lagi kami berdua makan double cheeseburger dan Uih makan spicy chicken mcdeluxe & sudah pastilah wajib ada sundae.Sebak rasa hati mengenangkan mungkin ini pertemuan kami yang terakhir sebelum bawa haluan masing-masing.Ah sedih weh..aku tahan air mata je.Konon nak jadi kental, taknak jadi ratu air mata!


Bukti McDonald jadi igauan Najib,Ilah & Uih..

* Kunjungan Keempat Ahad 11 September 2011

Sebab Melepak:Kali terakhir nak jumpa ikemen Annas..
Penerangan:Aku dah agak..kalau kau suruh Najib decide mana nak lepak, McDonald adalah jawapan utamanya walaupun aku dah hint ke pizza la pulak.Kau tanya Annas tu memang dia bagi jawapan "Aku tak kisah..ikut hangpa la".Sepatutnya Syafiq join tapi ada hal yang tak dapat dielakkan maka kami bertiga sahaja.Kali ni memang aku dah tak boleh nak terima McDonald lagi dah.Sudahlah lunch aku mama tapaw KFC, takkan aku nak makan McDonald pukul 3petang pulak kan?Aku cuma makan sundae strawberry dengan apple pie je.Itu yang mampu lalu dekat tekak aku.Tekak Najib masih boleh terima double cheeseburger.Pengsan!!!Sambil makan siap boleh transfer Running Man lagi.Auwww..thank you makcik Najib!!!

Sekian sahaja laporan sebab-sebab aku akan mengalami kenaikan berat badan selepas berjaya menurunkan 4kg sepanjang 4 bulan cuti.Oh pengsan!!!Najib..jangan buat perangai macam ni lagi yer.Nanti pekerja McDonald pun dah cam muka kita.Kalau dia bagi diskaun oklah jugak..

p/s:Ketika baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi McDonald petang tadi, Najib dapat mesej daripada Uih mengatakan yang dia baru sahaja accident!!!Terus Najib call..sedih dengar suara lemah Uih.Petang tu juga lepas balik rumah, Najib datang ambil semula pergi melawat Uih.Adoii kemek kereta myvi dia..Tapi terima kasih la dekat Uih & keluarga sebab jamu nasi daging,dalca,daging masak kicap,air asam dengan sate dekat kami.Boleh tak Uih cakap air asam tu sambal tumis?Efek accident ni..be strong tau my dear Uih..


Sunday, September 4, 2011

Jumaat, 2 September 2011

Ada dua perkara yang terjadi dalam hari ni:

1.Raya bersama Sepupu 'terpisah' 10 tahun
Kisah lama 10 tahun lalu rasanya tak payahlah aku buka disini.Apa yang jadi biarlah jadi rahsia peribadi keluarga aku.Buka pekung didada tu tak baik derrrr...Jadi diam-diam sudeh.Yang penting setelah 10 tahun aku dengan family sebelah mak tak dapat beraya dengan 2 orang sepupu aku akibat "terpisah" kerana sesuatu, namun alhamdulilah semuanya berakhir pada tarikh keramat ni.Walaupun perancangan awal Atikah dengan Alif nak datang semasa raya ketiga, tapi itulah dia orang kata.Kita hanya mampu merancang tapi Allah SWT itu Maha Mengetahui segalanya.So, Atikah & Alif datang rumah keesokkan harinya.Kami habiskan masa dekat rumah tok & wan.Aku rasa nak nangis je la masa tu tengok dowg jmpa tok & wan.Kebetulan masa tu makjang,pakjang & haziq pn ada sama sebab nak balik KL dh.Sempatlah berjumpa..Pkul 11 lebih macam tu abang Mie bawakaku,tok,Atikah & Alif pergi kubur arwah Ngah.Ngah adalah adik perempuan mak aku yang meninggal dunia tahun 2000.Dan aku lupa nak bagitau pak ngah aku juga telah meninggal dunia pada April 2011 lalu.Maka sepupu aku tiada ibu ayah kandung untuk beraya melainkan ibu tiri sahaja.
Dalam tempoh 10 tahun ni, aku cuma ke kubur arwah Ngah sekali sahaja.Adakah aku anak saudara Ngah yang teruk?Aku tak boleh nak pergi kubur sebab aku akan menangis sangat-sangat.Aku sempat jaga arwah Ngah dekat hospital seharian lepas operation apendiks.Dan arwah Ngah meninggal 5 hari lepas operation.Korang boleh rasa apa perasaan aku masa tu?Sudahlah sepupu-sepupu aku masa tu masih kecil.Memang aku trauma la..Dan hari Jumaat itu aku melangkah dengan tabah ke tanah perkuburan dan cuba tahan air mata aku.Terasa macam ada flash back je dalam otak dan aku menangis.Aku lap cepat-cepat tak nak bagi Atikah & Alif nampak.5 minit je aku boleh tahan dekat situ.Lepas tu angkat kaki keluar la...

2.Abang, Persona & Takdir..
Lepas makan tengahari dekat rumah tok & wan, aku dapat call daripada didi.Dia cakap abg sulung aku accident.Ya Allah...ketaq lutut rasa nak rebah.Panik ok!!Baru je pagi tadi jumpa abang aku.Bila tanya didi teruk ke tak, didi cakap tak tau.Arghh..sakit jiwa beb!Aku ni dah la tak boleh terima berita mengejut.Mula rasa darah aku naik sampai pening.Terus abang Mie bawak balik rumah, then dia amek bapak pergi dekat abang..Rupanya ada sebuah lagi kereta persona ni yang dipandu oleh wanita telah berhenti mengejut bila pemandu tu tak pasti nak jalan atau tak dekat traffic light.So abang terlanggarlah bila org dpn dah break mcm tu.Sian abang..teruk juga kereta dia.Tapi asalkan abang selamat itu lebih penting kan?Baru aku boleh cool down bila tengok abang balik ok je.Tapi abang dalam trauma rasanya sebab dia diam je.

Sunday, August 28, 2011

Terima kasih teman..



"Macam mana adik usrah, kak minat korea pulak ni?"


Aku menjaga batasku
Aku cuba sedaya upaya pelihara auratku
Aku laksanakan perintahMu
Aku kutip ilmu menerusi pembacaanku
Namun aku masih kekurangan sesuatu

Bukan kesempurnaan yang aku cari..kerana seorang hamba itu tidak sempurna
Bukan hormat orang yang aku damba..kerana aku mahu kasihMu
Bukan cinta manusia yang mahu aku kejar..kerana keabadian bersama rahmatMu lebih bermakna

InsyaAllah..aku tidak akan lupa padaNya
Dari semasa ke semasa akan aku perbaiki diri
Terima kasih teman kerana gurauanmu menyedarkan aku
Teruslah mengingatkan aku
Agar tidak lupa diri, tidak lupa peganganku
Doalah moga aku tidak tersasar daripada jalan ini
Kerana aku juga sentiasa mendoakan teman-temanku
Sentiasa dilindungi,diberkati dan dirahmati selalu...
Aminn..


Friday, August 26, 2011

Aku dan kuih raya

Masa cuti bermula bulan mei lepas, aku memang dah berkira-kira nak kerja.Kononnya nak menyimpan duitlah nak pergi bercuti dengan Najib ke Korea & Jepun tahun depan.Tapi ni dah nak habis cuti pun, aku cuma dapat simpan sikit je duit.Tahun depan pulak aku nak kena internship pulak.Oh bilalah aku nak sampai ke sana?

Tapi tup tup masa 16 Ogos tu aku dapat tawaran bekerja.Muahaha...tiba-tiba aku teringat ayat keramat adik perempuan aku.

"Ala..kita ni tunggu kerja cari kita.Bukan kita cari kerja"

Heee..muchas gracias la dekat kak Liza sebab menawarkan peluang ini.Tapi kan aku agak risau jugak mulanya sebab aku dengan kakcik kena tolong kak Liza buat biskut raya!!!Untuk orang lain buat biskut raya memang tak ada masalah la tapi bagi aku yang dah biasa dengan biskut raya tunjuk-tunjuk, korang tak rasa aku akan menjahanamkan kecantikkan biskut raya tu?

Tu la family aku memang semua nak mudah je.Lagipun mama aku kan bekerja.Kesian la kan nak kelam-kabut buat kuih pulak.Aku nak buat tak ada hal tapi aku tak rasa biskut raya yang aku buat akan dapt keizinan daripada family aku untuk dijamu kepada tetamu.Mau kena gelak je kang..Dulu-dulu ada jugak buat masa ak kecik-kecik.Time tu chef utama adalah abang nombor dua aku, abang mie.Ah..dia memang expert la bab jaga oven sebab oven rumah aku tak pakai set timer tau.oven rumah aku pakai api sebab skali dengan dapur masak.Heh..zaman dolu-dolu punya dapur daa..

Aku kerja seminggu je dengan Kak Liza sebab nak tolong dia siapkan tempahan biskut Honey Cornflakes.Korang tau berapa kilo Honey Cornflakes aku buat dengan kakcik?50kg bebeh..Korang bayangkanlah aku duduk dekat lantai daripada pukul 9 pagi kadang-kadang pukul 8pagi sampailah pukul 5/6 petang buat Honey Cornflakes.Hari first tu aku rasa tulang belakang aku dah macam nak kembali sakit.Aku kan ada masalah dengan tulang belakang akibat tisu terkoyak ke apa tah doktor yang aku jumpa dulu bagitau yang aku alami 3 4 tahun lepas.Sebelum aku nak kena mengadap doktor, baik aku letak siap-siap minyak kuda warna putih yang panas tu dan tidur senyeyaknya..Kalau aku jumpa doktor, confirm ceramah kepentingan menjaga tulang belakang akan aku dengar.Ye, saya faham dan takkan buat perkara yang menyakitkan tulang belakang saya.


Ni timbunan dulang-dulang yang penuh dengan Honey Cornflakes dan menanti untuk dibakar.Kenapa paper cup warna warni ek?Sebab yang ni adalah untuk aku dengan family kak Liza.Tempahan orang dah siap, buat pulak untuk diri sendiri.Heheheh...

Maka, pada tahun ini mereka yang berhajat nak jadi tetamu dekat rumah aku akan dapatlah merasa biskut Honey Cornflakes ini setelah mendapat kelulusan mama.Keutamaan diberikan untuk kawan-kawan aku sebab dowg tak percaya aku buat biskut raya.Didi dah habiskan sebekas kecil biskut Honey Cornflakes sbb dia cakap sedap, manis.Bila aku kata mestilah manis sebab letak honey, dia cakap "laaa..yaka?patutlah rasa madu"..Korang tengok betapa sengalnya adik aku yang sorang tu.

Tuesday, August 16, 2011

Dapat ke Seoul Garden pun jadilah..

*Call from najib time aku tengah dancing2 exercise

najib:ilah awk tau tak anis balik? (dgn suara serak sbb sakit tekak)
ilah:ha?apa?sapa balik?tak dengarlah
najib:anis..dia balik.dia msg sy ni..awk tau x?
ilah:oh anis ka?mn dia pernah bgtau sy dia nk balik
najib:teruk tau buat surprise2 pepagi ni..
ilah:pergilah bgtau kt annas..

beberapa ketika kemudian najib call lagi

najib:ilah,kalau harini kita buka puasa kt luar ok ke?
ilah:i tny mama dlu la..nk g mn?
najib:penang kot..anis yg organize..
ilah:okeh..

So pukul 3 lbh Annas smpai depan rumah dan dapatlah jumpa Annas & Anis buat pertama kali setelah sekian lama.Masuk kereta je trs ckp dkt Annas, "eh annas, sape yg ko bwk ni?kwn baru ko ek?"..Anis memang seorang kawan yang balik Malaysia tak pernah nak bagitau.Main surprise jer.Bajet artis tau mamat ni.Dah amek Najib, trs vroom vroom pergi Queensbay Penang.

After solat Asar, gerak keluar dari Penang yang sesak nak pergi amek seorang lagi kawan, Mira.Okeh ini lagi satu kes.Anis kan dasar perahsia mcm agen kerajaan jer.Dia seboleh-boleh taknak bagitau kat mana rumah Mira even lepas ditanya.Tekanan darah mula la nak naik sampai hampir-hampir nak langgar kereta orang tau.Lepas dipaksa baru dia bagitau kat Simpang Ampat.Okeh fine..Najib pula kata dia tau kat mana.

Bila Anis kata ikut jalan Ipoh Kuala Lumpur, Najib cakap ikut Alor Star.Najib kata dia tau tempat tu sebab dekat dgn institut jepun pe tah.Anis kata memang dekat dengan institut jepun tu.So biar jelah Najib jadi penunjuk arah tapi aku mula syak wasangka,Annas bawak sahaja dan aku malas nak masuk campur sebab aku memang tak tau!So Najib amek alih jadi co-driver tak rasmi + penunjuk jalan.Dia suruh masuk ikut Perai, lepas tu tup2 dah smpai depan uitm penang, tak nampak signboard pape pn.Yang aku nampak depan mata macam kawasan kampung jer.Aku dah mula rasa lain macam suruh Anis call Mira & aku cakap dengan Mira.

Ilah:Mira, kami ada dekat dpn uitm ni.betul ke salah?
Mira:salah..
Ilah:haa..lepas tu sebelah mana ye?
Mira:korg kena ikut Ipoh Kuala Lumpur.Then ada sign board Bukit Tambun,Batu Kawan,Simpang Ampat...
Ilah:woo..ok2..tau dah.sabar sat ek.

Aku letak phone jer, semua terus serang najib sebab sesuka hati dengan penuh confident bagi arahan.Aku dah agak Najib memang tak boleh dipercayai kalau bagi dia jadi penunjuk arah.LINGKUP!!!Dulu dia buat dah masa pergi Zoo Taiping, ni dia buat lagi.Aku suruh dia diam je, biar Anis yang lead sebagai penunjuk jalan balik.Kami sampai dekat exit tol Bukit Tambun tu pukul 7.20!!!Nasib baik dah beli donut J.co dekat Queensbay tadi.Itulah juadah berbuka.

Dah amek Mira, pergi singgah masjid, sembahyang magrib dulu kemudian baru gerak nak cari makan.Kami pergi makan dekat Autocity,Juru.Nak mencari Seoul Garden sebab yang perempuan semua berangan nak ke Seoul.Hahaha..nak mencari Seoul Garden pun satu hal sampai kena tanya encik JAGA yang pun tak pasti dekat mana.Nasib baik bantuan gps Najib, dapat jumpa.Kenapa awak tak guna gps masa nak cari Simpang Ampat tadi?Haihh...

Dah dekat pukul 9 baru nak makan.Lapar!!!Semua makan dengan bajet ala-ala Korea kecuali Annas sebab dia kan Jepun wanna be and Anis kan mafia Perancis terkemuka.Muahaha..Benda pertama aku makan AISKRIM!kali ni aku makan 2 mangkuk je.Tak macam dekat Bimmers dgn D11, bermangkuk-mangkuk aiskrim aku telan.Sambil makan aku dah mengantuk giler padahal abru pukul 9 lebih.Malam sebelum tu aku tido pukul 10 ok.Lepas Seoul Garden, semapt lepak dekat Starbucks lak.

10 minit lagi pukul 12.00 tghmalam baru sampai rumah.Ada macam Cinderella tak?Balik ruamh before pukul 12.00 yer.Thank you so much to Najib,Annas,Anis & Mira sebab sudi jemput I join buka puasa luar.Memories remain forever...




p/s:rasa nak pergi Seoul skrg!!ada orang nak sponsor tak?

Saturday, August 6, 2011

FOOLISH T____T

Aku sedang dilanda rasa tekanan yang amat sangat
Aku adalah manusia yang tak boleh ada stress
Kalau aku stress, aku akan rasa nak NANGIS
*Habis macam mana kau nak kerja dlm dunia kewangan yg mmg sah2 stress?




APA PERLU AKU BUAT DALAM KEADAAN STRESS DAN PENUH DILEMA INI???




Memang aku letih la dengan situasi sekarang
Banyak benda macam tak mengikut apa yang aku harapkan
*Hei Ilah, bukan ke tak semua apa yang kita harapkan itu akan jadi kenyataan sebab Allah SWT itu Maha Mengetahui segalanya..

Okeh, fine..aku tau itu
Tapi jangan seksa jiwa dan raga aku boleh tak?
Aku memang tak suka sebab benda yang mulanya dah confirm kemudian jadi not sure..
Tak ke rasa membara kepanasan?
*Silalah bertenang sampai waktunya nanti dan berharap everything gonna be okay!



tajuk lagu ni kalau tak salah i FOOLISH
*kalau salah, salahkan Encik Google Translate..dia yg translate mcm tu

Jangan buat saya rasa Foolish boleh tak?




Wednesday, August 3, 2011

Eh dah nak raya ke?

Eh title macam buang tebiat lak kan?Baru puasa 3 hari aku dah berangan nak beraya.Aiyohh ada lagi 27 hari lagi.Tapi tu la aku aku terasa bila aku pergi mall dengan kakcik semalam.Bukan main lagi mall ni pasang lagu raya.Ohoiii..semangatnya korang nak beraya?Cubalah pasang lagu puasa kan?haha..



Tapi sebab aku kan budak-budak under otak bisnes ni, kenalah faham itu adalah strategi pemasaran atau dalam bahasa jawa international marketing strategy.Fuhh..memang terbaik punya marketing strategy sebab dah nampak hiasan raya pun dah keluar.Demi menarik pelanggan yang akan meningkatkan jumlah keuntungan, kakcik cakap minggu lepas pun dah ada dowg pasang lagu tu.Ohoiii..ni gempak punya marketing strategy.Kalau tak menarik pelanggan aku tak tau la.Tapi tahun lepas, bila aku pergi mall time puasa dekat sarawak dan dengar lagu raya berkumandang, hatiku meruntun pilu macam rasa betul-betul aku study dekat luar negara!nak-nak bila dengar lagu raya klasik macam dendang perantau,indahnya beraya di desa,dari jauh ku pohon maaf...


Eh aku belum ucap selamat berpuasa ek?Ok2..selamat berpuasa buat muslimin muslimat sekalian tidak kiralah pada waktu bila anda kena sahur dan berbuka seawal mana pun.Oh tahun lepas puasa kat sarawak best woh.Sahur minum air je xde hal la kan.Tapi part paling peberet forever buka puasa pukul 6.30petang...Maghrib kat sarawak kan awal.Muahaha..balik kelas pukul 4, beli siap-siap makanan dekat cafe, balik apartment boleh mandi n basuh baju lepas tu online dan tengok jam dah pukul 6.20..cuma kurang best sikitlah sebab I selalu buka puasa seorang diri kalau roomate I ada kelas.Kalau tak ada sesiapa nak teman, sila buat ayat sedih buka puasa seorang diri.


Kenangan puasa zaman kanak-kanak rebina



1.Perkataan puasa adalah perkataan terbeban dalam hidup aku bila aku kena start berpuasa sejak umur 7 tahun.Arghh..cabaran hidup di waktu kecil yang paling besar.Masa tu antara ayat drama aku ialah "apa?puasa?alaaa kurus la macam ni" tapi sampai sekarang pun aku tak kurus


2.Sebab dasar kenaifan tahap gaban, aku pernah buat perkara yang paling MAHARAJA LAWAK pun tak pernah fikir nak buat macam aku buat.Masa tu umur aku 8 tahun.Tok aku pergi masak sambal sotong yang jadi makanan peberet aku.Sambal sotong tu untuk adik-adik aku yang tak berpuasa la.Oleh sebab aku tergoda, aku pun makan setelah puas buat demontrasi jalanan dengan tok.Dekat sekolah kawan-kawan tanya aku puasa tak?Ko tau jawapan apa aku bagi?Aku pun slumber je jawab "aku puasa tapi tadi dekat rumah aku makan sikit.Tapi lepas tu aku tutup baliklah puasa"..Hambik kau!Kawan-kawan aku punya terkejut dan aku boleh pergi balas balik "Laaa kalau dah boleh buka puasa, mestilah boleh tutup puasa"..Dasar suka menjawab + loya buruk memang terserlah dari kecik rupanya.


3.Masa darjah 2 tu juga ada lagi perkara naif yang aku buat.Darjah 2 kan sekolah petang.Balik sekolah pukul 6 lebih, tempat pertama aku paling suka ialah bilik mandi.Kalau boleh nak masuk bilik air dari pukul 6.30 sampai 7.30 sebab ada projek best dalam toilet aku wajib buat.Korang pernah dengar kan cerita budak-budak suka minum air dalam toilet time puasa?Okeh aku buat ye perangai tu masa kecik2.Tapi dengan standard yang lebih baik laa.Aku kan budak bijak berhelah.Sebab aku tak nak telan air paip yang dah confirm tak best,aku cuma masukkan air paip dalam mulut sambil berkumur beberapa ratus kali.Bijak tak?


4.Dulu masa kecik-kecik, program Jejak Rasul dekat TV3 memang buat hidup aku nak pengsan.Tiap petang je rumah aku mesti nak bukak Jejak Rasul tu.Sebab jiwa kanak-kanak rebina, program macam tu tak best la kan.Tak masuk jiwa rebina la kan?So kau tau setiap kali aku tengok program tu, aku MESTI pening kepala macam kena migrain.Kecik-kecik aku memang over!


5.Kalau hujung minggu time cuti sekolah, aku mesti nak tidur tak nak bangun.Kau kejutlah aku macam mana pun, aku akan tetap buat pejam mata.Kalau aku bukak mata mesti tengok jam.Oh lambat lagi laaa..Baru pukul 11pagi!Nak bangun dekat-dekat dengan buka puasa je...


6.Waktu berbuka puasa sangatlah aku tunggu.Dengar azan je, telan kurma sebijik then air ais 2 gelas berturut-turut.Aku makan macam anak pelarian je rasanya.Oh sungguh la kanak-kanak rebina.


7.Aku akan tau raya dah dekat bila bapak aku beli bunga api.Muahaha..kantoi la aku dulu main bunga api.Hello kau cakap dengan aku kanak-kanak Malaysia mana yang tak main bunga api.WAJIB weh kalau tak kau memang tak ada cerita main bunga api nak tunjuk eksen dekat kawan-kawan sekolah.Dapat main mercun pop pop tu pun dah cukup bangga dah la kan.Tapi sebab dasar penakut aku aku cuma main bunga api yang batang dia kaler merah putih tu jer.And of course la mercun pop.Wakaka..abang-abang aku advance la dowg main sebab kalau main bunga api macam aku, buat malu jelah jadi abang aku kan?


8.Oh aku lupa sesuatu hidangan wajib tiap tahun untuk buka puasa hari pertama ialah bubur nasi.Hey orang utara panggil kanji.Ni bukan tulisan kanji jepun ek.Ni makanan all time peberet weh.Sampai sekarang pun tradisi tu masih dikekalkan dan belum pernah lagi buka puasa hari pertama makan benda lain.Thanks mama!muah2..




p/s:dolu-dolu bila keluar je muka pakcik hensem kacak bergaya pakai baju melayu time nak dekat puasa, aku kalau boleh nak buat litar pintas putuskan bekalan elektrik rumah sebab tak nak dengar pengunguman puasa.tapi hujung-hujung puasa, aku dengan adik-beradik boleh duduk depan tv tunggu pakcik tu nak umum bila nak raya.dia bagitau ja lusa raya, horey2 dalam rumah.lepas seksaan sebulan aku.oh aku rindu zaman dolu-dolu..


Tuesday, August 2, 2011

Ahh..rindu kelas Jepun..


Korang tau kan aku amek Bahasa Jepun sebagai subjek elektif dekat UNIMAS.Korang pun tau result Bahasa Jepun level 1 aku sangatlah membanggakan aku.I memang tak percaya je tengok result tu.Arigatou gozaimasu sensei..

Tapi korang belum tau pasal sensei aku kan?Aku belum pernah cerita pasal sensei aku kan?Korang ada keterujaan tak nak tau pasal sensei aku?Korang nak tengok tak wajah sensei aku yang handsome tu?

Okeh meh sini nak cerita kat korang.Aku amek subjek ni dan sekelas dengan Min dalam Group 10 Japanese Language Level 1.Group 10 dibawah didikan Katsuaki Sakai Sensei a.k.a Sakai Sensei.Sakai Sensei ni berasal daripada Tokyo dan sudah 3 tahun berkhidmat di UNIMAS.Sepatutnya setahun sahaja, tapi memandangkan pada tahun pertama beliau sepatutnya tamat kontrak, beliau telah diminta untuk menyambung kontraknya setahun lagi.Begitulah juga bila dah habis kontrak tahun kedua, sekali lagi beliau diminta sambung kontrak.Kalau boleh nak minta Sakai sensei sambung lagi kontraknya, tapi apakan daya.Sakai sensei nak merantau kenegara lain pula nak ajar Bahasa Jepun.Sakai Sensei cakap dia nak merantau ke Mexico kalau boleh.

Tertanya-tanya macam mana orangnya Sakai Sensei ni?Meh nak tunjuk gambar...



Taraaaa...inilah dia Sakai Sensei.Ceria tak orangnya?

Menarik tentang Sakai Sensei

1.Korang rasa berapa umur Sakai Sensei aku ni?Najib cakap umur Sakai Sensei aku 50++..SALAH.Sebenarnya Sakai Sensei ni dah berusia 70 tahun!Oh percayalah sebab dia dah bagitau masa kelas terakhir.Aku sendiri pun melopong mulut dengar umur Sensei.

2.Sakai Sensei jalan laju sangat.Aku rasa sebab budaya orang Jepun yang memang jalan laju tapi penuh tertib la Sensei aku jalan.Ada sekali tu aku berselisih dengan Sensei sebab dia nak balik rumah dia (Sensei menetap dekat apartment Felo Kolej Cempaka) dan aku dengan Min nak menuju ke library.Tapi entah macam mana masa kitaorang melalui Pusat Pengajian Bahasa, Sakai Sensei dan ada sebelah kitaorang.Ok, aku amaze!Lambat sangat ke aku dengan Min jalan?

3.Tangkas,aktif,cergas dalam sukan tenis.Korang jangan cabar la Sakai Sensei main tenis kalau tak cukup hebat atau baru mula-mula nak belajar.Senior-senior cakap Sakai sensei kalau melibas raket tenis tu, kelajuan bola kalah orang muda.Yang paling best Sakai Sensei bagitau dalam Group 10, walaupun dia nampak berumur, tapi bila main tenis automatik dia jadi umur 30 tahun.Aku dengan Min selalu cakap Sensei perasan, tapi bila Sensei ajak main terus takut tak nak.Kau gila nak suruh aku kena libas dengan bola tenis tahap kelajuan macam orang profesional daripada Sensei?

4.Sakai Sensei boleh speak English dengan Bahasa Melayu.Mula-mula aku risau juga macam mana nak berkomuniaksi sebab takut Sensei tak faham English, tapi sekali ambik kau Sensei ajar Japanese dalam English campur Jepun campur BM.Ujian BM Sensei dapat A lagi.Tapi yang buat aku sakit perut tak tahan gelak ada sekali tu Sensei sebut Tokei is TAM JANGAN sambil tunjuk jam tangan dia.Punyalah 1 kelas gelak besar dan masa tu semua orang sebut "Sensei, it is not TAM JANGAN but JAM TANGAN."Kelakarlah Sensei aku ni..

5.Selalu bila masuk kelas, lepas dah ucap konnichiwa, Sensei akan amek payung (kasa) Min yang kitaorang letak dekat pintu masuk.Tau Sensei nak buat apa?Sebab payung Min paling besar dan panjang, Sensei guna untuk naikkan layar putih dekat depan kelas.

6.Sensei cakap dia lebih sayang anjing dia daripada kucing dekat rumah dia dekat Jepun.Katanya tiap kali bila dia balik, anjing dia akan sambut dia dengan mesra tapi kucing dia buat tak peduli je dekat dia.Sensei geram dengan kucing dia yang sangat sombong tu.Hahaha..siap buat aksi kucing dia jalan tepi dia sambil memalingkan muka.Hahahaha..memang aku gelak.

7.Sakai Sensei sangatlah kelakar.Kelas dia tak pernah buat aku mengantuk, boring atau nak tidur.Ada sahaja cerita,aksi dan cara dia yang buat 1 kelas asyik nak ketawa je.Aku rasa inilah kelas yang seumur hidup aku tak pernah rasa seceria tu.Tak ada rasa stress pun nak belajar,tak ada rasa sakit jiwa tak faham, tak ada rasa putus asa nak score dalam setiap speaking assessment.Sebab tu Sakai sensei cakap students yang dia ajar memang pandai dan dia terpaksa buat soalan final exam yang susah haritu sebab ada orang cakap soalan sensei senang sangat tu ramai budak kelas sensei boleh score A.Tapi soalan susah pun kitaorg budak-budak kelas Sakai Sensei tetap score jugak..Oh bijak-bijak..bangga Sakai Sensei!

8.Ini paling menarik.Sakai Sensei mula-mulanya tak pernah ingat nama aku dengan Min.tapi masa kitaorang kena buat roleplay memperkenalkan ahli keluarga, budak group aku ni perkenalkan aku sebagai nenek dia.Bila sensei tanya berapa umur aku, aku pun jawablah "watashi wa 99sai desu".Terkejutlah sensei.Min pun budak group aku tu cakap nenek dia.Min cakap umur dia 78.Muda sikit daripada aku.Sejak daripada haritu Sensei gelar kitaorang dua OBAASAN a.k.a nenek!Bila kitaorang pergi ambil ujian baru dia tau nama kitaorang.Memang geram betul dengan budak group tu.Tak pasal-pasal dapat nickname pulak tapi suka juga sebab kitaorang dua jadi center of attraction dalam kelas.Hahahaha...

9.Aku pernah ajak Sakai Sensei pergi tengok konsert artis tradisional daripada Jepun yang datang nak buat persembahan dekat UNIMAS.Yelah dengan niat nak mengubat rindu Sensei dekat Jepun.Kau tau apa Sensei aku jawab?Sensei cakap macam ni "I dont like tradisional song, i like pop" sambil nak menari-nari.Adeh..Sensei ni kalau bab mengenakan aku, memang terbaik jer.Itu nada Sensei bergurau dengan aku yer.Min pulak menyokong cakap dia suka Nishikido Ryo dari kumpulan NEWS.Tapi kitaorang tak pergi pun.

10.Masa last kelas, aku rasa sedih nak menangis sangat-sangat sebab lepas ni dah tak boleh jumpa Sensei lagi dah.Sensei nak balik Jepun for good.Lepas ni memang akan rindu Sakai Sensei.Aku dengan Min berazam nak amek Japanese Language Level 2 semester yang akan datang ni.

Rindu nak dengar Sakai Sensei cakap "Hajimemashou" dan kitaorg akan reply "Hajimemashou" dengan lebih bersemangat.Dah habis kelas Sakai Sensei akan cakap "Owarimashou" dan kitaorg akan reply "Arigatou gozaimasu".Ahhh..rindu nak masuk kelas Jepun!

Tuesday, July 26, 2011

I Don't Know You Anymore




Saya tahu kita tak boleh bersama sebab..
Awak dan saya banyak perbezaan..latar belakang kita tidak serumpun
Awak dan saya sering cuba mencari persamaan..sampai kita letih mendekatkan jurang ini
Awak dan saya bertahan sebaik mungkin..kadang-kala kita goyah juga dengan perselisihan
Awak dan saya cari jalan bahagia..namun kebuntuan itu jawapan nyata
Awak dan saya selesa untuk berahsia segalanya..akhirnya memakan diri jua
Awak dan saya sehabis daya mahu menutupi kekurangan..tapi sentiasa nampak kepincangan

Akhirnya saya rasa cukuplah sampai sini sahaja
Awak tahu saya tak boleh lagi..untuk jadikan awak teman tapi mesra
Awak tahu saya sudah berputus asa..mencari jalan terbaik untuk kita
Awak tahu saya sudah lemah..kenyataan itu terbentang di depan mata
Awak tahu saya lebih senang sendiri..sebab ada awak pun saya masih sama sahaja

Awak jangan marah saya
Saya akan hapuskan awak..
Saya akan padam awak daripada dalam hidup saya
Saya takkan hubungi awak...
Saya bukan merajuk,membenci atau melarikan diri
Tapi saya rasa letih seletih letihnya
Saya mahu sendiri..saya hanya mahu berada dengan mereka yang mahu menerima diri saya seadanya tanpa syarat,menyayangi saya tanpa berbelah bahagi..

Kisah kita hanya sejarah..
Kita pegang janji..sampai bila-bila pun ini rahsia
Sebab kita tak boleh bersama..
Saya doakan awak akan bahagia dengan dia
Dan saya harap awak juga sudi doakan saya akan menemui dia saya nanti..

Kata terakhir saya untuk awak
"I don't know you anymore"

T_____T

Monday, July 18, 2011

Setahun sudah berlalu

Yuhuuu..mula-mula nak ucapkan tahniah kepada semua bakal mahasiswa/mahasiswi yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti dalam keputusan penempatan yang diumumkan baru-baru ini terutama sekali yang bakal mendaftar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).Tahniah dekat member aku masa diploma dulu, Ina sebab bakal meneyrtai aku di Sarawak.Ina, aku jadi senior ko weh.Siap r ko ak buli nanti.Muahahah..Dan alhamdulillah kakcik, adik aku yang tinggi tu bakal bergelar pelajar geosains di UMK..Kecek kelantan la dia pasni..

Dekat FB telah diwujudkan satu group khas untuk para pelajar ni bertanya tentang kekeliruan dan mendapat maklumat tentang UNIMAS,kursus yang ditawarkan, tempat kediaman, prosedur pendaftaran serta dokumen perjalanan terhad a.k.a passport biru utk pelajar daripada luar negeri Sarawak.Banyaklah senior-senior yang membantu dan terima kasih kepada pihak MPP kerana mewujudkan group ini.Membaca pertanyaan serta komen-komen daripada mereka ternyata menampakkan jalinan kemesraan itu telah dipupuk walaupun belum bersua muka lagi.Kalau dah bersua muka nanti, jangan malu-malu kucing yer!Heheheh..

Dan barulah aku tersedar bahawa aku sudah setahun berada di Sarawak.Bumi Kenyalang bertuah yang menemukan aku dengan pelbagai latar belakang masyarakat Malaysia hingga aku terasa sangatlah bangga berada di UNIMAS.*Oh skema gila ayat!..Masuk mendaftar bulan September nanti aku akan berada di Tahun 2.Oh no man, senior kan!!Aku dah memang tua yang nampak muda di wajah.Muahahah...*sila pengsan!Bila fikir balik kenangan setahun yang lalu aku rasa sangatlah lucu.Nak gelak-gelak.Nak-nak bila aku ingat Cony pernah cakap masa mula-mula dia nak tegur aku dalam surau time orentasi, dia nampak aku macam wanita muslimah habis!Hambek kau..mana tak muslimah habis, dalam hati aku dok meronta nak balik,nak nangis tak ada orang nak dengar.Nasib baik ada kau Cony tegur aku.

Setahun yang berlalu tu jugak aku dah melawat banyak juga tempat dekat Sarawak.Dan masih banyak lagi aku tak pergi terutama sekali Kampung Budaya Sarawak.Orang lain kalau sampai Sarawak memang inilah tempat nak dituju dulu.Tapi aku tempat pertama yang pergi dekat Sarawak kecuali shopping mall The Spring tu ialah Gunung Gading.Harap-harap semester yang akan datang ni dapatlah aku menjejakkan kaki masuk ke Kampung Budaya Sarawak.

Untuk yang bakal berjauhan dengan keluarga, aku faham perasaan korang.Nak-nak yang spesis anak-anak mak kan?Kalau boleh nak nangis daripada airport sampai ke bilik.Well, that's me a year ago bebeh!!!Letak beg dalam bilik je, terus aku keluar ke balkoni apartmen call mama dan nangis macam apa je.Lepas tu cover balik la bila tengok roomate aku yang lagi muda tu steady je.Malu wehhh...Tapi percayalah, sekali anda telah berada di UNIMAS, anda akan menyesuaikan diri dengan secepat mungkin dan tak akan terasa macam ada dekat Sarawak pun.Jangan takut untuk ambil peluang ini.Bila lagi kan nak makan angin sambil belajar ke sini.Mula-mula memang cuak la tapi bila kau dah biasa, silap aribulan kang ada yang tak nak balik sebab sayang UNIMAS.Mau tak sayang macam-macam ada kan?

Kata-kata akhir SELAMAT DATANG KE UNIMAS & SARAWAK..

Wednesday, July 6, 2011

Macam-macam Perangai Aku..

Korang pernah tak fikir tak pasal perangai diri korang yang korang sangatlah alert.Maksud aku alert tu mungkin boleh menjadi satu kepantangan atau ketidak bolehan.Adalah beberapa perangai aku yang membuatkan aku terfikir daripada mana agaknya aku warisi.Perangai yang kadang-kala aku pun rasa annoying.Boleh aku annoying dengan diri sendiri?Ahh..suka hatilah kan..

Aku rasa perangai aku yang paling annoying sampai aku rasa tak boleh nak kawal bila kena berhadapan dengan perangai aku macam ni ialah aku benci berada dalam lautan manusia.Korang faham kan maksud lautan manusia?Dengan orang yang datang daripada pelbagai tempat, entah kot-kot dia dok ada penyakit-berjangkit ke, kalau hari panas terik berpeluh tu sudah pastilahkan.Memang aku sangat-sangat tak berkenan dan paling benci menyampah bila kena mengharung lautan manusia.Boleh mengakibatkan aku rasa masa tu jugak nak meletup sambil jerit-jerit.Sebab tu masa kawan aku ajak pergi tengok show Sixth Sense dekat UNIMAS semperna Pesta Konvo 2010 aku tak pergi.Bukan aku la nak pergi join dengan manusia yang pelbagai.Baik aku duduk dekat dalam bilik layan citer korea ke jepun ke sambil makan-makan lagi heaven on earth!

Baru-baru ni aku pergi kenduri sedara.Mak aiii..wedding dia dah macam artis popular kawen you all tau!!Siap datang dengan kereta kuda, diiring motor berkuasa besar. Memang kelas la wedding sedara aku ni. Orang yang datang kau tak payah cakap laa..Beratur kereta,motor malah ada bas jugak ok sampai sesaklah sepanjang jalan rumah sedara aku tu.Siap ada RELA kena handle macam polis traffic.Masa tu aku dah mula rasa mood aku akan berubah sebab lautan manusia yang giler ramai.Dan seperti yang aku jangka masa nak ambil makanan, orang punya la berebut.Kalau beratur elok-elok tu aku memang ok je.Tapi sebab ada golongan-golongan yang penting diri, tak menyabar nak ambil lauk dok mai potong line aku tengah dok beratur, kau agak aku boleh bersabar buat bodoh kat situ?Sebelum aku sound orang yang lebih tua daripada aku, aku angkat kaki keluar daripada line beratur dan pergi berdiri jauh daripada line tu.Walau mama dok panggil aku datang beratur tepi dia, aku tak nak!!Aku bukan spesis suka potong line, buat macam orang tak akan dapat makan.Masa tu kalau ada orang ambil gambar aku, memang muka aku paling buruk dah takde makna fotogenik atau fotogedik.Semacam cuka, sepahit peria, sebasi-basinya..Memang aku sangat ketara meluahkan tak puas hati aku dengan ekspresi wajah.Bila dah clear line tu, baru aku pergi dengan hati yang lebih aman, tak ada orang nak potong barisan, boleh pilih lauk dengan lebih aman.Masa ni mama memang annoying dengan perangai aku.Tapi apa daya, aku memang spesis berperangai begitu.Sila terima dengan hati terbuka.

Perangai lain yang aku rasa mungkin boleh dikategorikan sebagai fobia ialah aku paling benci berada dalam ruang sempit sebab aku rasa tak boleh nak bernafas.Semenjak aku menggunakan kapal terbang ni, semakin menjadi-jadi rasa tak suka ruang sempit.Kau tahu sahajalah daripada Penang nak ke Kuching tu penerbangannya 2 jam.Naik flight yang mempunyai ruang sempit memang buat aku gelisah.Dah la ruang sempit, kan dalam tu orang pun ramai.Lagilah aku tak boleh nak tahan gelodak jiwa.Lepas je flight berlepas terbang dari landasan, aku terus pejam mata tidur!Itu je yang aku boleh buat.Tak pun aku belek-belek dulu magazine yang ada baru aku lelap mata.

Lepas tu sebelum habis semester baru-baru ni, aku buat pertama kalinya pergilah melepak rumah kawan tapi dia berlainan kolej kediaman dengan aku.Bila aku nak guna toilet rumah dia, alamak aku sangatlah terkejut.Ruang untuk toilet dia memang ngam-ngam saiz badan aku!!!Gelisahlah aku dok guna toilet time tu.Aku dah rasa sesak nafas, takut semacam tau.Nasib baiklah apartment aku toiletnya bersaiz lebih besar.Memang style macam dekat rumah.Amanlah sikit aku nak berada lama dalam toilet tu kan.Sangatlah bersyukur aku ditemaptkan di Koleh Cempaka.

Dulu masa muda-muda, ketika umur masih remaja aku memang kaki minum air Coke bila aku rasa stress yang amat atau otak aku rasa sesak sangat sebab banyak benda yang kena siapkan.Lepas minum Coke kan selalunya kita akan belahak.Itu memang terapi terbaik aku.Aku pernah menghabiskan 1.5 liter Coke botol besar tu sebab aku stress.Hebat tak?Kau pernah buat?Pernah je aku rasa kan.Aku sangatlah mengamalkan cara begini sampailah timbul kesedaran dalam diri apabila usia menjengah 20 lebih aku tak boleh buat macam ni.Badan aku bukan makin muda.Maka sekarang bila aku rasa sesak otak, serabut semacam je life aku, aku minum jus oren!Haaa..kan lebih sihat kan?Peberet jus oren aku ialah jenama Twister.Dapat minum yang tu aku rasa macam hilang segala masalah.

Perangai aku yang boleh dikategori sebagai habit keterbiasaan aku ialah tidur meniarap.Kalau dekat rumah ni memang aku tidur meniarap.Aku tak tidur menelentang macam biasa kecuali masa-masa aku 'dikunjungi' oleh period, memang aku tidur tegak tak pusing kiri kanan macam tentera kau tau.Sekarang ni aku dah amalkan tidur meniarap dekat UNIMAS.Masa buat diploma dulu, aku tak tidur macam ni pun.Entah kenapa dekat sana aku memang nak tidur macam ni.Dan yang paling korang kena tau perangai aku bila tidur ialah aku tak tidur atas bantal.Itu perangai aku semenjak dah meningkat dewasa ni.Aku lebih suka tidur ats tilam sahaja.Ataupun peluk bantal boster atau guna 2 biji bantal empat segi yang mama jahit sendiri.Nyenyaklah aku tidur tak sedar diri sampai esok hari.

Tuesday, July 5, 2011

Another Wedding..Congrats Abg Zul



credit to Nani's FB

This year I attended lots of wedding and will attend a special wedding insyaAllah at the end of the year..After Najib's sister wedding last March, now it is the turn for Nani's eldest brother, Abg Zul.

Alhamdulilah..finally last Saturday (2 July 2011) family of my dear best friend, Nani welcome new member into their family when his brother, Abg Zul married with Kak Eira..Million of congratulations to both of you..May Allah bless you future life and gives cute babies..hehehe...The food was very good.*kalau tak, i tak makan sampai 2 round ok! The guest book will have lots of pray for both of you..

So as usual, whenever there is a wedding among my best friend's family, I officially gonna be the bunga telur girl..However it was only for few hours for me, Nani, Fairuz & Kak Yana be the bunga telur girl..I think we spend a lot of time time on the stage as you can see there's pelamin there bebeh..*Haruslah I mengambil berkat pelamin.Kot-kot jodoh I dah dekat kan?Aminn..hahaha..

It is not only a wedding ceremony but I think it looks like a place where I met with my secondary teachers (as Nani's mom used to be Penolong Kanan at SMKI)...I had a lot of chat with Puan Aton,Puan Norliah & Puan Azilah..I donno why each time I hug Puan Azilah, I really wanna cry..She is my cikgu kelas when I was in F5 and teach me BM ok...She really like our mother laaa at that time as all of us very naughty.


I told you we really enjoy our time on the stage!
credit to Nani's FB

Saturday, June 25, 2011

The Look-A-Like Tower

Water Tower UNIMAS, Sarawak

Menara Alor Star, Kedah

Water Tower always and never fail make me miss my hometown Kedah!Dangg..

Idea sapa ni pi reka-reka tangki air dengan bentuk macam Menara Alor Star ni?Buat aku homesick tiap masa tau!Tu belum aku cakap macam Menara KL..mau teriak tak berlagu woo rindu kawan-kawan kt KL dgn aktiviti zaman muda aku di KL!

Harini aku pi melawat adik debab aku yang bongsu tu selepas sebulan aku tak jumpa dia.Dia pun tak balik rumah sebab tiap weekend ada sahaja aktiviti dekat matrik.Aku nampak slim sikit ja adik aku ni.Sorry aku tak bawak spaghetti kat dia sebab mama & bapak nak pi awal, bahan apa pun aku tak beli.Hehehe..

Lepas dah beli barang kat dia n sumbat perut dia dengan makanan, kami pulangkan dia kembali dalam 'kurungan'.Hahha..masa untuk kami berjalan.Hajat hati nak cari selendang la nak pakai untuk event terdekat, tapi 1 pun aku tak minat.Lepas tu cari jugak la baju nak raya.AKU MEMANG TAK PANDAI PILIH LAAA!!Not in the mood nak shopping.Aku mengantuk tahap kau bagi bantal jer, selamatlah jawabnya.Finally dapatlah jugak sehelai kain nak buat baju raya plus blouse kaler purple!

Bapak saja nak balik ikut jalan lama.Oh lamanya!!So tidurlah aku dalam kereta lepas penat jalan dalam panas.Letih weh!!!Tapi shawl untuk event still tak dapat!Dangg lagi..Hopefully minggu ni aku dapat pi mencari dekat mana-mana area SP je.

p/s:dah nak sebulan jogging berat aku turun 1kg je?ok..sila kerja keras..ak x berdisiplin macam tahun lepas!!!

Parenting Knowledge

"Life affords no greater responsibility, no greater privilege, than the raising of the next generation"- C.Everett Koop

While we (Najib,Nena & I) dropped for a 10 minutes shopping at POPULAR, this book arouse lots of attention to my friends.Hey, it's about parenting!To be a good mother /father now days, I believe we should prepare ourselves with parenting knowledge.You know kids in the new era generation is much more smarter than during our childhood time.

p/s:i really want to be a good mother to 3 kids..

Tuesday, June 14, 2011

Kem Jati Diri Remaja

Alhamdulillah akhirnya Kem Jati Diri Remaja anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Patani Jaya & Sungai Gelugor telah berlangsung dengan penuh semangat waja daripada adik-adik yang terdiri daripada beberapa buah taman perumahan seperti Taman Patani Jaya, Taman Ria, Taman Sri Wang serta Penghulu Him.Kem buat julung kalinya ini diadakan di Kem Palas, Yan yang terletak kira-kira 1 jam lebih perjalanan daripada Taman Patani Jaya.Seramai 36 peserta diiringi 7 orang urusetia termasuklah aku dan kakcik.

Kem selama 3 hari ini telah diuruskan dengan baik sekali oleh seluruh warga Kem Palas yang diketuai oleh Tuan Azam dan dibantu oleh beberapa orang yang lain seperti Tuan Zul,Tuan Bidi, Tuan Lan, Puan Izzati, Puan Mira serta kakitangan bahagian dapur (kakitangan bahagian dapur ada ramai sangat lelaki yang muda dan seorang sahaja perempuan.makanan yang dijamu sangatlah enak dan tak terasa macam duduk dekat kem pun!B.E.S.T!!!)

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari pertama ialah ice-breaking dalam kumpulan, latihan dalam kumpulan, dilepaskan seorang diri dalam hutan gelap tanpa bantuan cahaya, senaman pagi, kawad kaki, survival memasak dalam hutan, mendirikan khemah,jungle trekking,malam bakat, menginsafi diri, paintball, operasi menyelamat dalam hutan..best kan?

Antara yang akan aku ingat:-

1.Dapat makan durian dalam dusun milik kem.Terima kasih Tuan Zul tolong kopekkan durian dan Tuan Bidi sebab bagi kami kongsi durian yang 2 biji tu..

2.Pemandangan indah ketika tiba di temapt perhentian selepas jungle trekking.Subhanallah..cantik sangat sebab boleh nampak beberapa buah pulau.

3.Jumpa pokok yang berusia 100 tahun yang mana pada batangnya terdapat lubang.Kita boleh masuk dalam lubang ni dan apabila mendongak ke atas, boleh nampak cahaya.Kiranya pokok ni berongga pada bahagian dalamnya..

4.Kak Lina terkena serangan pacat sebaik sahaja kami selesai jungle trekking.Lebih kurang 10 ekor pacat rasanya...nasib baik aku dan kakcik terselamat.

5.Malam menginsafi diri tu aku juga turut menangis.Biarlah kami yang menghadiri kem itu yang tahu mengapa.Adik-adik sekalian, akak doakan adik-adik berubah..Walau tidak dapat kita jadi yang terbaik, cukuplah andai kita dapat buat sesuatu yang baik untuk diri kita.

6.Semasa peserta dilepaskan bersendirian dalam hutan gelap tanpa bantuan cahaya, macam-macam gelagat daripada mereka.Sebenarnya para jurulatih kem dan peserta kem telah diletakkan di beberapa kawasan dan kami dibenarkan untuk mengganggu peserta.Setiap peserta yang tiba di check point ke-3 mesti menjerit kecemasan sebab mereka terdengar bunyi babi hutan.Hahahah..padahal itu adalah muslihat Tuan Bidi yang buat bunyi tu.Ada juga budak lelaki yang menjerit bila diusik oleh kami dalam gelap.Hehehe...

7.Memasak dalam hutan memang mencabar.Dapatlah ktia lihat adik-adik ni buat kerja.Rupanya ada yang tak kenal rupa bawang macam mana.Tu dia la anak-anak remaja hari ini.Siang ikan sampai tak nampak dah rupa ikan.Hehehe..xapa adik, yang siang ikan tu akak pun fail jugak!ahahah...

8.Jurulatih kem yang sangat sporting..murah senyuman, mesra sangat dengan semua orang..




Urusetia perempuan...

Bersedia untuk peperangan paintball

Memasak dalam hutan

Rendam..jangan tak rendam

Urusetia dan jurulatih bersama pokok yang besar


Thursday, June 9, 2011

Tonton wayang sambil tutup mata..

kawan lama merangkap jiran belakang rumah merangkap senior sekolah merangkap partner jogging merangkap geng tonton movie

Hari ni masa nak p jogging dgn Fairuz a.k.a Uih, dia cadangkan kami menonton wayang Karak pada sebelah malamnya.*Jogging tetap kena on bila berat dah mula nak turun ni*..Walaupun masing-masing berhati kecil nak menonton Karak, tetap nak pergi melayan perasaan takut tu jugak.Barulah thrill kan?Hahaha...

Makanya jam 7.50, Uih dah muncul depan rumah, tapi aku baru nak pakai tudung.*Sebab tu aku rembat jer selendang yang sama macam entry lepas.Aku dah lama tak pergi membeli selendang!*Pukul 8 baru gerak daripada rumah.Mujurlah panggung wayang tak jauh daripada rumah kami kan?Zup zap zup zap..pukul 8.10 kami dah ada dalam panggung.Cepat tak?Haaa..tu la kalau buat kerja dengan kami kena pantas dan efisien.Hehehe..Wayang start pukul 8.15malam..

*Thank you so much Uih belanja aku tiket wayang,ayaq ice lemon tea dengan cheezel!Muahhh...

Dah kata kami ni berjiwa kecil, tengok wayang cerita hantu memang sampai tutup-tutup mata, peluk-peluk beg.Aku dah sampai suspen sesak nafas,sakit jiwa masa part kemunculan hantu-hantu dalam cerita tu.Uih paksa aku bukak mata, so aku bukaklah tapi pusing mengadap Uih.Lama-lama barulah aku berani nak mengadap skrin.Hehehe..

Apa yang boleh aku cakap tentang cerita Karak ni ye?Ini pandangan aku ok.Korang tak setuju, tak dapatlah den nak menolongnya.Memang kena bagi double thumb ups dekat seluruh warga kerja filem ni sebab hasilnya sangatlah memuaskan.Kesan solekan,efek khas dan segalanya sangatlah menjadi sampai aku rasa kalau buat 3D cerita ni, boleh menjerit dengan lebih dasyat.Terutamanya daripada part kepala hantu tergolek depan Jack.Memang superb ahhh...Dah terasa cheezel di tangan nak melambung jer.*Sambil aku pejam mata & jantung berdegup kencang*.Daripada segi lakonan aku rasa oklah, not bad bagi mereka yang masih baru berjinak-jinak dalam dunia lakonan.Hei kalau letak aku dalam filem tu, memang tak mampu nak buat okeh!

p/s:9jun-11jun saya nak pergi kem jadi urusetia.moga dipermudahkanlah segalanya.aminn...

Wednesday, June 8, 2011

Bertahun-tahun daripada sekarang...

*sila klik utk lihat apa yg sedang saya fikirkan




*Lagu Aizat yang terdengar time dia perform dekat Konsert Mingguan AF9

Bila dengar lagu ni memang fall in love habis dengan melodi lagunya.Saya suka gila-gila melodi yang catchy macam ni buat terasa nak bangun menari pop yeh yeh dulu-dlu tu.Macam ni barulah layan jiwa.

What will I be years from now, What will I wear, how will i look, i think too much i think too much

Lirik yang ini pun dah terkena dekat diri sendiri.Rasanya semua orang pun mesti terlalu memikirkan apa yang akan mereka tempuhi di masa hadapan kan?Adakah laluan hidup itu lebih mudah atau ada dugaan yang menanti.Yang penting di mana kita ketika itu.Sudah bekerjakah,masih belajarkah, sudah kahwinkah, sudah jadi orang ternama agaknya atau sudah bertemu mengadapNya?Kita tak tahu..dan tiada siapa yang tahu

I pun selalu jugak terfikir dah habis belajar nanti, I nak kerja atau sambung master.Kalau nak kerja, nak kerja apa?Dekat area KL atau dekat dengan rumah sahaja?Adakah beberapa tahun daripada sekarang akan ada perubahan dalam hidup.Mungkinkah I akan tampil dengan kurus ibarat model macam Next Top Model tu.Mungkinkah I dapat kahwin dengan lelaki pujaan I?Terlalu banyak yang I fikirkan...

Sometimes its scary over thinking, What you have and haven't done..You think too much, You think too much

Saturday, June 4, 2011

Top 5 Kerja Rumah yang "Oh No, H.E.L.P!!"

Dalam I menghabiskan masa terluang cuti semester di rumah, semestinyalah I kena melaksanakan kerja-kerja rumah kan?Takkan nak bergoyang kaki sahaja.Itu memang menghabiskan beras parents je kan?Dengan buat kerja rumah tak adalah rasa bersalah sangat walaupun duduk di rumah sahaja sedangkan kawan-kawan lain kerja.

Tapi dalam banyak-banyak kerja rumah, ada juga kerja rumah yang I rasa "Oh no, H.E.L.P!!!"Haaa..macam tulah gayanya bila I kena berdepan dengan kerja-kerja rumah ni.

So, let's check out!

1.Lipat kain baju
Berada di tangga pertama!Ini adalah perkara yang I paling tension kalau kena buat.I boleh basuh baju 2 3 mesin, tapi jangan bagi I bab melipat baju.Sebab?Lipat baju kena duduk.Nanti bangun kebas kaki sampai tahap lembik 1 badan.Kat hostel, memang I boleh biar je baju tu tak berlipat 2 hari.Terukkan?Kat rumah, itu je kerja yang mama kena buat kalau I ada.Yang lain I boleh bereskan tapi tidak untuk melipat kain baju!

p/s:haruslah kena mencari bakal suami yang rajin lipat baju.tak pun tolonglah sesiapa cipta mesin melipat baju.sanggup beli!

2.Siram pokok bunga
Boleh bilang dengan jari la berapa kali je dalam hidup selama ini I siram pokok bunga dekat depan rumah tu.Tak tahu kenapa I tak dilahirkan untuk jadi seorang wanita yang suka menyiram pokok.Kalau disuruh baru I buat.Tapi selalunya kerja ni tak perlu dirisaukan sebab bapak I yang akan uruskan.Bapak I memang rajin siram pokok bunga

p/s:idamkan rumah yang ada lot tanah kecik kt tepi supaya boleh muatkan mini kolam ikan dengan gazebo je.kalau nak pokok, letak je pokok kaktus!kalau nak pokok lawa-lawa, encik bakal suami, u jaga lar...

3.Gantung langsir
Ini pun kerja rumah yang boleh bilang dengan jari berapa kali je I buat.Orang selalu cakap gantung langsir tu mudah.Tapi tidak dalam hidup Ilah Ismail ok.Menggantung langsir boleh mengakibatkan ganguan emosi yang mulalah nak buat hilang sabar.Nak panjat tangga,masukkan cangkuk ke ke tempat penggantung lepas tu kang tetiba lak terpanjang la terpendek la.Biar adik-adik I yang tinggi galah tu buat.

p/s:kalau rumah I nanti tak nak pakai langsir boleh?pakai cermin yang one-way view tu jer..kita nampak orang luar,orang luar tak nampak kita..dah macam rumah kaca pulak..hurmm xpe..suruh je encik bakal suami gantung langsir kan?

4.Cuci kipas siling
Sebarang kerja yang melibatkan panjat tangga janganlah disuruh I buat.Sudah termaktub yang I ni seorang yang tidak dilahirkan untuk mempunyai hubungan baik dengan ketinggian,tangga dan kipas.Nak-nak pulak I ni rendah berbanding adik-adik I yang tinggi.Biar dowg je yang buat.

p/s:rumah I nanti tak payah berkipas-kipas.siang bukak tingkap bagi angin masuk, malam on aircond.hehe..encik bakal suami, u cuci kipas boleh?

5.Buang sampah
Berada di tangga terbawah sekali kerana tidaklah seteruk 4 yang atas tu.Selalunya yang buang sampah adik lelaki I, Didi. Bila dia tak ada, maka I @ bapak yang uruskan.I tak berapa suka nak buang sampah sebab mesti time nak kena buang tu tengahari.Yelah, lepas masak kan.Dah tu nak la kena proper attire. Pakai tudung segala bagai kan?

p/s:takpe..yang ni I masih rela buat kalau encik bakal suami tak rela..tak pun train jelah bakal anak-anak I kan?muahaha..

Selain kerja-kerja di atas, I boleh buat.Sekarang I terfikir ada tak lelaki yang sanggup kahwin dengan I if they know bout this?