Pages

Thursday, July 15, 2010

SARAWAK..kehidupanku bermula kembali! bahagian 2

sekarang mari kita sambung kisah sepanjang Minggu Aluan Pelajar atau seperti yang dikatakan oleh Pengarah Kolej Cempaka dalam kuliah magribnya pada hari Sabtu,3 Julai 2010 iaitu Minggu Aku Penat.hahaha...penat ker?Boleh tahan laa..tak ada la penat sangat macam orientasi di KPMB dulu.Yang ni lebih relax & santai.

Hari Isnin dan Selasa, kami semau dibawa ke fakulti masing-masing.Akhirnya dapat juga aku melawat Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) yang terletak di kampus timur.Sebenarnya kampus ini merupakan tapak asal UNIMAS sebelum berpindah ke kampus sekarang yang lebih baru dan selesa di kampus barat.Kampus timur hanya menempatkan FEP dan Fakulti Sains Sosial (FSS) memandangkan pembinaan fakulti baru untuk kedua-dua fakulti ini di kampus barat masih lagi dijalankan.FEP kini berada di peringkat akhir dan insyaAllah bakal siap bulan Oktober 2010 dan boleh digunakan semester hadapan.

Maka dengan itu, setiap pelajar FEP dan FSS harus menggunakan bas yang disediakan untuk ke kampus timur jika mereka menetap di kolej kediaman di kampus barat.Kampus timur hanya menempatkan Kolej Seroja dan Kolej Kenanga yang dikhaskan untuk pelajar yang menyertai PALAPES Udara, Darat dan SUKSIS.Konsep kampus timur sangat ,menarik perhatian kerana bercirikan resort.Memang terasa macam pergi tempat peranginan sebab bilik kuliah dibina daripada kayu macam pergi chalet.Dihiasi dengan lanskap menarik serta 3 buah tasik di bahagian hadapan pintu masuk kampus timur.Kafeteria di kampus timur menghadap tasik.

Lebih menarik lagi kerana setiap pelajar dibahagikan mengikut sistem mentor-mentee.Hehehe..nak tau siapa mentorku yang baru?Mentorku adalah Prof Madya Dr Anthony James Wilson atau lebih mesra disapa Dr Tony Wilson.Seorang pensyarah bidang komunikasi perniagaan dan merupakan warga Scotland.Lepas ni memang bertambah mantap la komunikasi diri ini sebab dapat mentor bahagian komunikasi.Kalau semakin banyak saya cakap, jangan marah okeh!

Turut diadakan pertandingan untuk memilih wakil setiap kolej sempena Malam Rumpun Budaya.Memandangkan hanya ada dua kategori dipertandingkan iaitu kategori sidang pleno dan tarian sahaja, maka saya dengan sukarela pilih sidang pleno.Sebab?Nak mengelakkan diri daripada kena menari.TAK NAKKK!!!Baik bercakap daripada kena menari.Saya ni kan sangat keras bab menari.Menyanyi boleh laa..hahahah..

Alhamdulilah saya terpilih untuk mewakili Kolej Cempaka untuk sidang pleno bersama dengan 2 lagi sahabat baru yang sangat baik dan berbakat iaitu Maran dan Becca.Bahasa Melayu mereka sangat mengkagumkan saya serta penyampaian mereka juga sangat baik.Maran seorang yang bijak berkias dan dia menarik perhatian audiens.Sebenarnya masa malam pertama di UNIMAS lagi Maran sudah popular kerana dijemput kehadapan oleh L.O.Semasa sesi saringan wakil kolej, pemenang diberikakan hadiah pasu sarawak.Haiyaaa...macam mana mau bawa balik semenanjung nih?

Untuk sesi saringan antara kolej pula yang berlangsung pada hari Khamis jam 10 malam selepas sesi Majlis Angkat Sumpah, kami telah dibimbing oleh 3 orang wakil debat Kolej Cempaka iaitu Abang Khairi,Abang Jonathan dan Akak Venessa.Masa sesi latihan,saya mengalami tekanan yang amat sangat serta kesakitan yang paling melemahkan.Memang tak boleh nak fokus dan saya memaksa diri untuk bertahan.Akhirnya saya telah diberikan ubat oleh Akak Venessa dan sakit itu berkurangan.Malam itu sangat mendebarkan kerana saingan kami hebat-hebat daripada kolej-kolej lain.Akhirnya kami bersyukur Bunga Cempaka dan Putera Cempaka berjaya ke peringkat akhir.Keseronokkan tidak terhingga dikongsi bersama dengan Abang Jonathan dan Akak Venessa.Sampai lewat malam kami bercerita dan mencari idea untuk peringkat akhir.

Malam Rumpun Budaya yang diadakan pada sebelah malam hari Jumaat telah membautkan pasukan kami sekali lagi berdebar.Harapan sangat diletakkan oleh warga Cempaka ke atas kami.Malam itu hujan turun dengan leabt di UNIMAS.Sejak datang Sarawak, memang saya perasan hujan kerap berlaku dengan tiba-tiba sahaja.Itu lumrah biasa di UNIMAS.Oleh kerana hujan lebat, semua pelajar terpaksa diangkut dengan bas ke Dataran Universiti.Tapi saya,Maran, Abang Jonathan dan Akak Venessa telah diberi keutamaan untuk naik kereta yang dihantar oleh salah seorang L.O yang saya terlupa nama dia.Tapi L.O inilah yang buat lawak masa saya mula-mula mendaftarkan diri di Kolej Cempaka.Siap dipayungkan lagi oleh abang L.O ni.

Masa menunggu belakang pentas, memang tekanan betul.Tiba-tiba terlupa semau teks dan rasa blur.Nasib baik aku ditemani seorang L.O Fezal dan kami ditenangkan.Macam nak pergi perang je rasanya.Sebelum naik pentas, sempat jumpa dengan Ketua Kolej dan diberi nasihat lagi.Tenangkan diri dan jangan takut berhadapan dengan orang ramai.Atas pentas semakin cuak.Dah la kami peserta terakhir.Namun pengacaranya bijak bermain dengan kata-kata sampai terlupa seketika tekanan.Ketika nama aku dipanggil, aku melangkah bagai nak rebah namun ingat pesanan akak Venessa, senyum!!!

Dihadapan lebih 2000 pelajar dan Timbalan Naib Canselor serta warga UNIMAS yang lain, aku memukau semua orang dengan sedikit nyanyian.Ini idea L.O kolej saya sebab dowg asyik tengok saya menyanyi je masa siapkan teks.Walaupun hanya satu sahaja perkataan aku nyanyikan, seluruh dataran universiti terpaku.TAK SEDAP KE AKU NYANYI?hahahaha...lantaklah, yang penting syarahan yang saya sampaikan mendapat perhatian.Giliran Maran pula lebih menggamatkan suasana.Seperti yang dikatakan dia bijak mengambil hati audiens dengan usikannya.Dan lebih membanggakan lagi Maran merupakan satu-satunya pelajar bukan Bumiputera yang mengambil bahagian.Barisan Majlis Perwakilan Pelajar pun tertarik dengan persembahan Maran.

Lepas habis sidang pleno, ada persembahan tarian.Memang terasa berada di Sarawak sebab tarian yang dipersembahkan memang etnik kretif habis.Saya dapat tengok dengan lebih dekat pakaian masyarakat Sarawak.Siap ada yang panjat-panjat lagi.Memang terbaik laa..Walaupun cuma dapat berlatih 2 hari tapi persembahan mereka sangat mantap.

Ketika mahu diumumkan pemenang, pasukan kami sangat berdebar.Saya dengan Maran sudah bersiap di tepi pentas.Sebaik sahaja mereka mengumumkan pemenang tempat kedua aadlaah Kolej Seroja, maka kami di Kolej Cempaka bersorak sakan kerana sah kami juara.Saya terus berlari memeluk akak Venessa dan berpeluk sakan.Abang Jonathan pun sangat gembira.Tak lupa juga buat fasilitator kumpulan Republic Of Cempaka, kak Mei.Bagai nak gila kami semua bersorak.Abang Jonathan cakap kami kena raikan dengan karaoke di K-BOX UNIMAS dan makan dekat Kuching.Hahaha..bile tu???

MAP yang dilalui walaupun memenatkan dan meletihkan namun seronok sebab disinilah bermulanya perkenalan saya dengan rakan sebilik Fatin, rakan sekuliah Jaslina@kaklong dan Mimi serta Cony yang sanagt kurus tinggi macam model.Terima kasih juga untuk semua L.O yang telah bekerja keras sepanjang MAP dan saya tahu kesukaran yang mereka hadapi.Untuk kak Mei,kak Venessa,abang Jonathan,abang Khairi,abang Fezal serta yang telah memberikan sumbangan idea untuk kemenangan CEMPAKA, terima kasih daun keladi,.Budi dan jasa anda dikenang abadi.Maran, walaupun kau kena pindah ke Kolej Seroja atas sebab kehendak kursus kau tapi jangan hentikan usaha menjadi pendebat.

CEMPAKA...AUMMM!! CEMPAKA...AUMMM!!! CEMPAKA...AUMMM,AUMMM,AUMMM!!!

No comments:

Post a Comment