Pages

Tuesday, August 17, 2010

Mondaygitis..

Salam...kembali kepada normal.Tapi tak normal sepenuhnya.Terlalu mengantuk rasanya.Mahu tidur sekarang!!Tapi ada tugasan menantiku.Apa?Hurmm..siapkan teks syarahan sebab pertandingan hari khamis ni.Huh..tapi saya tetap mahu tidur!!

Peperiksaan ekonomi pagi tadi ibarat sesuatu yang memberi tekanan untuk semua.Yeke?Agaklah..awat soalan dia direct sangat?Punyalah expect soalan susah sampai terasa gabra nak menjawab tadi.Huhuhu..Puan Rossa, maaf kalau anda mengalami tekanan ketika menyemak jawapan nanti. Suasana dalam dewan yang sejuk tu tak mampu mengurangkan kepanasan minda.Terasa berasap je otak.Yelah semalam kan tidur lewat.haiahhh..kesian saya!!

Habis je jawab, semua diam. Masing-masing jalan pergi surau dan melelapkan mata.Dalam hati Allah sahaja tahu betapa sedih,pilu,luluh hati ini.Tidur sampai terasa seluruh tekanan diserap oleh permaidani dekat surau.Tak lama tidur.Sejam kemudian bangun pula untuk group discussion TITAS.Hari ni kena bentang tajuk Tamadun Yunani.Kumpulan pertama ok!

Pukul 2 masuk kelas komputer.Mata ni terasa berat sangat dah.Apa patut saya buat?Najib pesan pasang earphone dengar.Hahaha..i tak bawa earphone.Tapi Mimi memang dengar lagu.Ciss!!Patutlah dia segar.Siap gelakkan aku yang tersengguk-sengguk ni.Cik Izza, maaf yer.Tertidur masa penerangan Miss tadi.Walau Miss perasan,tapi Miss tak tegur pun.Terima kasih memahami.

Habis kelas komputer, berkejar ke surau.Sambung tidur 30 min.Saya perlukan tidur yang baik.Kalau tak nanti nak bentang macam mana.Tak pasal-pasal mengantuk semua orang.Bak kata kaklong, akulah penyebar virus mengantuk paling hebat.Lepas Asar, terus bergerak ke dewan kuliah..

Woowwww...terkejut tengok my group member dah buat persiapan untuk pembentangan.Kerusi dah tersusun dekat depan siap dengan meja sekali.Hehehe..our talkshow is HARI INI DALAM SEJARAH.Ya, sangat dalam sejarah sebab dapat pegang titile Tan Sri Dr Fazilah Ismail,Pakar Sejarah DuniaSemua orang teruja sebab pembentanganku gunakan bahasa loghat utara.Faham kan semua?Alhamdulilah..dapat ekstra mark untuk individu.Terima kasih Puan Alifah.

Malam menjengah pula ke bilik JPK Cempaka.Brainstorming untuk syarahan.Otak memang blur giler2.Ingat katil dekat dalam bilik je.Ketika ini adikku, kakcik muncul jadi heroin.Siap bagi 3 isi denagn ayat yang sanagt mantap.Sejak bila dia macam tu punya bagus?Rupanya kakcik dapat no 3 daripada 100 peserta penulisan esei dekat matriks dia.Tahniah makcik!!!Tak sangka bagus juga bm ko yer.

O'ohhh..esok kelas BM.Kena hantar tugasan kumpulan.Alahmdulilah, saya dah siapkan bahagian saya.Sampai terasa berpinar mata ni mencari kesalahan tatabahasa dalam salah satu akhbar di Sarawak ni.Dan saya sangat berharap saya tak akan tertidur lagi.Esok kena bawak earphone la.Najib...saya ikut pesan awak ni.Hahahahhahaa...awak suka ajar saya yang bukan-bukan.

Ok..mau tidur laa..Nanti bagun baru start mengarang.Otak terlalu letih tak mampu nak berfikir lagi.Mata dah berat tak mampu nak dicelikkan lagi.Semangat menghadapi hari esok.

No comments:

Post a Comment