Pages

Wednesday, August 4, 2010

Dari Principles of Economics Kepada Principles of Life

Sendirian dalam bilik.Roomate kena attend kelas softskills sedangkan kelas softskills students FEB kena batal..Turun bas tadi panas terik.Dah sampai dalam apartment, buka langsir dah hujan turun lebat.Itulah yang pening dengan cuaca dekat sini.Unpredictable!!!Kena selalu bawa payung yer.

Bukan nak cerita pasal hujan tapi tentang kuliah Ekonomi yang memang super best!!!Belum pernah lagi mengantuk tiap kali attend kelas ni sebab Puan Rossa (macam nama penyanyi kan?) memang bagi simple explanation siap dengan contoh yang lebih dekat dengan pelajar dia yang muda-muda remaja.Ekekekek...

Tiap kali masuk kelas ada sahaja Principles of Life yang Puan Rossa akan kongsikan.Memang ketawa terbahak-bahak.Puan Rossa ni ada gaya tersendiri bila dia cakap.Suka cara dia.Yang paling best, sha can remember her students name.Kalu dia tak ingat, dia akan sebut semua nama student yang dia rasa-rasa lebih kurang.Dan akhir sekali dia akan cakap "Then, who are you?".Hehehe..kekadang ketawa je kami tengok Puan Rossa cuba nak ingat nama tapi nama siapa yang dia ingat tu mesti berdebar sebab nanti kena panggil jawab soalan.I sendiri kecut gak.

Hari Isnin baru-baru ni Puan Rossa kongsi satu rahsia.Semua orang teruja nak tau rahsia Puan Rossa.Sorang-sorang pandang tak kelip mata.Last-last Puan Rossa cakap "Kalau kamu nak tahu saya ni dah kawen".Hahahahah...memang I bantai gelak.Yang lain pun.Takpe dengar lagi.Tu baru mukadimah rahsia Puan Rossa.Puan Rossa cakap marriage applies the principles of economics (tak dengar lak pe law of ekonomi yang Puan sebut sebab time tu perut I meragam sangat2).

Masuk kelas hari Selasa pulak Puan Rossa bagi the next Principles of Life."Girls, dont find lelaki sejati, but find a responsible man".Memang out of our topic that day.Dari tengah cerita tentang production I sendiri tak sure macam mana boleh melencong.Puan Rossa cakap lelaki sejati tu yang macam balik kerja terus dia tengok tv,makan then tak basuh pinggan.Itu dikira lelaki sejati la.So better find responsible man.Huhuhu..memang suka la kelas Puan Rossa.

Dan semalam masa nak habis kelas Business Mathematic, Encik Bakri ni mengemukakan soalan kepada salah seorang classmate aku."Apakah faktor untuk kamu suka seseorang".Hahaha..tau la kitaorang tengah dalam chapter algebra,factoring and those kinds of things tapi soalan tu buat semua orang ketawa.Lagi kesian bila yang lain-lain dah siap-siap kemas barang n En Bakri macam terpinga-pinga dengan keadaan itu.Encik Bakri cakap "Kamu nak pergi mana?".Then yang lain pun jawab "We have another class En Bakri".Last-last En bakri mengakhiri kelas dengan ayat "Sebab saya baik, saya bagi kamu balik sekarang".Soalan Encik Bakri tadi tiada jawapan rasanya.hahahah...tak pe Encik Bakri, saya jawab dekat sini ye.Faktor untuk saya suka seseorang ialah senyuman menawan serta kebaikan hati.Ahaks...


No comments:

Post a Comment