Pages

Friday, September 17, 2010

Menjalin Ukhwah..

Alhamdulillah..sedar tak sedar sudah 2 minggu saya bercuti sempena menyambut Syawal.InsyaAllah esok saya akan kembali berangkat ke Kuching bersama 2 orang teman daripada Kedah juga untuk kembali ke tempat berjuang.Berat rasa hati untuk tinggalkan keluarga dan teman-teman yang menemani waktu-waktu saya di bumi Sungai Petani tercinta.

Betul cakap Nani, cuti kali ni macam merapatkan ukhwah dengan kawan-kawan lama.Sebelum ni kenal tapi mungkin tak berapa rapat.Yelah, lepas sekolah menengah semua bawa haluan masing-masing.Sibuk dengan rencana hidup yang baru nak bermula.Macam tak percaya sahaja sudah 5 tahun berlalu dan kami berjumpa sempena raya.Seronok!!!

LeTour DeRaya kami tahun ni meriah sebab ada Hani, Pilin n Apish.Walaupun Apish ni kawan sekolah rendah, tapi kemesraan mereka semua bergaul memang menyenangkan hati.Takut juga kalau tak dapat nak bergurau senda nanti tak bestlah.Oh saya sangat suka tahun ni dapat raya dengan Nani.Tapi sedih juga sebab tiada Dayang n Syafiq..Hari raya kedua sahaja sudah 7buah rumah kami redah daripada pukul 11 pagi smpai 7malam.Inilah hari terakhir bersama Nani.Dia telah terbang kembali ke bumi dia menimba ilmu dan khabarnya kami hanya kan bertemu 3 tahun lagi!!!Ya Allah..panjangkanlah usia kami untuk bertemu sekali lagi demi ukhwah ini..Nani, rindu hang!!!

Hari Isnin kami bertandang ke rumah kawan-kawan lain.Rumah Hazirah, rumah Razif dan rumah cikgu Azilah.Dekat rumah Hazirah, memang riuh rendah dengan suara-suara anak-anak dara yang sanagt ceria dan aktif.Berposing sakan ambil gambar.Razif rakan yang paling lama saya tak bersua.5 tahun satu tempoh yang sangat lama.Ingat lagi dia memang suka menyakat cikgu Geografi masa tingkatan 3.Now dia macam pendiam pulak.Hehehe..seiring peningkatan umur ker?Sempat singgah ke rumah cikgu Azilah yang tersangatlah dekat dengan rumah Razif.Rasa nak menitis air mata bila cikgu peluk.RINDU!!!Akhirnya dapat jua singgah ke rumah cikgu setelah beberapa kali berhajat nak singgah ke rumah baru cikgu.Rumah lama pun kami tak pernah singgah.Hehehe...

Hari Rabu kami menjengah ke rumah Amirah dan Pilin.Rumah Amirah dapat jumpa adik-adik lelaki dia yang tinggi-tinggi.Dijamu pula dengan soto, memang menghadap makanan sambil bergelak ketawa sahajalah.Bukan main gelak lagi.Kemudian bergerak ke rumah Pilin.Rumah Pilin dekat juga dengan lokasi kediaman singgah mama n bapak saya yang baru.Tapi rumah Pilin ada kucing.Oh tidak..anda boleh bayangkan aksi-aksi saya melarikan diri daripada kucing ni.Siap sahaja sembahyang Asar, mak Pilin jamu dengan steamboat!!!Walaweh..siap pakai chopstick.Suka2!!!Siap berebut ayam,udang dan lain-lain lagi.Aunty,thank you..sedap sangat!Pilin terima kasih bawa kami ke rumahmu.Hani time ni dapat tugas baru.Hani rajin kopek kulit udang sebelum dimasukkan ke dalam sup steamboat tu.Dalam mangkuk Hani ada banyak udang, kata Annas.Annas pula tukang kutip dalam steamboat tu je.Siap ada macam adegan Kungfu Panda.Muahaha...

Hari Khamis, kami ke rumah terbuka Farhana.Hari ni Annas paksa saya dengan Amirah pakai baju pink.Sebab tahun ni kan uniform raya Annas warna pink.Ramai pula yang tertarik.Sampai Annas cakap makcik dia kata "cemuih dah tengok".Hahahaaha...Lagi ramai kawan dapat jumpa masa dekat rumah Farhana.Best dapat jumpa kawan masa satu kelas masa form5, Hidayah.Dia datang dengan anaknya yang sangat comel.Kemudian saya terasa yang saya sudah bergelar makcik.O'ohh...tua dah ni.Takpa, hati masih muda remaja.








Sesuatu hubungan persahabatan itu terbina bukan kerana rupa paras mahupun kekayaan
Hubungan persahabatan yang bermakna adalah daripada jalinan kasih sayang yang ditambah dengan keikhlasan ditolak dengan hasad dengki digandakan dengan kegembiraan serta diserikan dengan kenangan indah yang tercipta.

No comments:

Post a Comment