Pages

Tuesday, January 18, 2011

Ragam hidup...

Alhamdulillah akhirnya dapat juga nak menulis.Bayangkan hidup tanpa internet memandangkan wireless dekat kolej kediaman aku tu sedang mengalami masalah pe tah.Kalau nampak aku online maknanya aku guna komputer library atau pkai phone dgn guna wireless fakulti.Sedih tak hidup?Ini pun sebenarnya dalam kelas lab demonstration subjek IT Tools for Knowledge Worker.Demonstrator tgh ckp kt dpn, ak dgn slumber tulis blog dkt blkg pkai phone.hahaha...sorry mr demonstrator.bgslah jg ak bkak blog..bdak dpn ak pkai pc lab buka FB tau

Okeh back to citer ragam hidup aku yg dh masuk 3 minggu dkt sarawak setelah cuti.Kalau aku nak citer memang boleh buat karangan sekolah.So biar ak list je ok?

1.Minggu pertama menjadi adatlah untuk merasai kesibukkan macam Perdana Menteri.Sudahlah fakulti baru dah pindah kampus barat tapi kelas masih di timur.Minggu pertama ni pejabat fakulti penuh dengan student nak mengadu mcm2 mslh termasuklah aku.Thank you abg robin n abg wan...

2. Jadual kelas berkurangan sebab aku dapat transfer 2 subjek iaitu Information System & Organization Business dengan Accounting.Hehehe..selamatlah aku semester ni daripada mengadap akaun kembali.Bukan tak sudi atau tak rela tapi semester ni kena fokus untuk subjek IT Tools for Knowledge Workers sebab kena buat website dan bahasa Jepun!!!

3.Kelas Bahasa Jepun setakat ini memang terbaiklah!!!Suka sangat dan senang faham apa yang Najwa Sensee & Sakai Sensee ajar.Sakai Sensee ni daripada Jepun tapi jangan pandang dia sebelah mata tau sebab dia boleh berbahasa Melayu dan dapat A.Inggeris pun dia boleh.Hehehe..Sakai Sensee replace Rokiah Sensee sebab Rokiah Sensee ajar Japanese Language Level 2.

4.Okeh yang ni korang jangan terkejut atau gelak guling-guling lak sebab ini memang perangai geng aku yang bikin havoc all time.Nak dijadikan cerita Hari Isnin minggu lepas, dekat surau kampus timur lepas sembahyang Zohor adalah 6 orang anak dara (Kaklong,Aida,Cony,Mimi,Min & Ilah) dah buat perjanjian.Tau perjanjian apa?Perjanjiannya alah sesiapa sahaja antara kami berenam yang berkahwin dahulu, orang tu kena bagi hadiah dekat 5 orang yang lain dan hadiah tu bernilai RM100 seorang!!!!Deal!Dan mengikut undian yang dijalankan pada sebelah malam hari yang sama ketika dinner telah menentukan bahawa Kaklong akan kahwin dulu diikuti oleh Cony,Min,Aida, Mimi dan aku adalah orang yang terakhir.Hahahah..memang terbaiklah!!!

5.Pada malam hari Isnin tu kan ke aku & the gang pergi dinner dekat Lakeview yang sebelah Cempaka je.Tapi malam tu hujan turun lebat sangat-sangat sampai kami tersangkut dekat Lakeview hampir sejam lebih.Almaklumlah dah memang musim hujan kan?Tapi pada malam ini juglah pesawat AirAsia tergfelincir daripada landasan di Lapangan Terbang Kuching.Beberapa orang pelajar berada dalam pesawat berkenaan adalah pelajar UNIMAS dan salah seorangnya adalah classmate aku sendiri.Salah seorang yang cedera tu juga merupakan pelajar UNIMAS if not mistaken.Oh memang cuak r lepas ni naik naik flight time hujan!

Okeh sudah2..Min bising nak ajak pergi library lak.Kelas dah habis tapi aku khusyuk mengadap blog.Hehehe..nak kena antar Mimi pergi Pusat Bahasa sebab dia first time nak masuk kelas Jepun.Hahahaha..akhirnya ramai pulak gang yang amek Japan.

No comments:

Post a Comment